Friday, July 24, 2015

Syawal ke 8

Bila kami sibuk mengemas tempat mereka, salah satu aktiviti mereka adalah .....  =)

Bunyamin a.k.a Benjy
Hachiko a.k.a Hachi


Salem Sabenhagen a.k.a Salem



Sox

Thursday, July 23, 2015

Selamat Ulangtahun Ayah



Ayah:  Ina suka pergi sekolah tak? (sambil tangan beliau giat membalut buku-buku teks yang tertera untuk murid darjah satu).
Aku:  Suka!
Ayah:  Nanti belajar rajin-rajin tau.  Jadi orang yang pandai (sambil memandang padaku tersenyum, nampak wajahnya penuh bangga.)

Ayah sangat mementingkan pelajaran.  Beliau sendiri seorang 'fast learner' penuh dan sangat suka mencari ilmu pengetahuan serta keagamaan.

-----

Ayah:  Dalam hidup ni Ina, harus ada cita-cita, lepas tu usaha dengan sungguh-sungguh lepas tu doa untuk kejayaan.

Kata-kata semangat ketika aku kecundang dalam peperiksaan.

----

Ayah:  Kalau makanan tu tak sedap, makan sikit Ina, kalau sedap makan banyak.  Jangan banyak merungut.

Pujuk Ayah bila melihat anaknya ini tak menyukai makanan yang terhidang.

----

Ayah:  Ayah, tak pernah ajar anak Ayah jadi Pengecut!

'Marah' Ayah ketika melihat anaknya ini patah semangat kerana 'permainan' manusia.

----

Ayah:  Ina, bila kita ingin memilih yang lawa, yang handsome, kita sendiri harus cermin diri kita samada kita ni cantik, comel..

Aku:  Kejap ya Ayah (aku bingkas ke cermin muka yang ada di hall tengah rumah keluarga kami, setelah itu aku kembali mendapatkan Ayah yang sedang menanti di porch).

Ayah:  Haa kenapa?

Aku:  Dah Ina dah cermin dah.  Rasanya Ina ni comel lah, Ayah.

Ayah:  Aduh, nasib lah Ayah ada dua orang anak perempuan.  Ye lah kalau dah rasa diri tu comel, pilih lah nak oii..

Nasihat Ayah dan canda anaknya ini ketika berbicara tentang masa depan ku ketika itu masih belum mendirikan rumah tangga.

----

*ting tong* loceng rumah kami berbunyi ketika itu baru lepas azan Maghrib.  Ayah dalam perjalanan ke tandas untuk mengambil wudhuk.  Aku pula sedang makan malam.  Di luar kedengaran suara seseorang memanggil-manggil "hallo..hallo"

Ayah:  Siapa pulak Maghrib-Maghrib ni hallo hallo?

Ayah keluar untuk melihat siapakah yang datang itu.

Seketika kemudian, Ayah membawa sebakul bunga ros merah yang telah digubah cantik.  Tiba-tiba Ayah menyanyi "I just called to say I love you.. I just called to say how much I care.."

Aku:  Nyanyi pulak.. hahaha.. bunga untuk siapa tu Ayah?

Ayah:  Untuk awak lah, boyfriend awak Sophie tu kasi.. haa suka lah tu.. makan cepat lepas tu sembahyang..

Aku: hehehehe.. mesti lah sukaaa...

----

Ayah:  Assalammualaikum, Ayah dapat tahu Ina tak sihat ya nak?  Nak Ayah ambil bawa datang rumah Ayah?  Ina dah makan? 

Gusar seorang Ayah ketika anaknya ini tidak sihat.

----

Ayah:  Eh, apa ni? Kalau Ina tak cukup duit, tak payah lah bagi Ayah duit.

Ina:  Ayah, ambil lah.  Ina dapat rezeki pun sebab Ayah selalu doakan Ina.

Ayah:  Terima kasih ya.  Moga Allah murahkan rezeki anak Ayah ni.  Thanks sweetheart.

Iya, panggil 'Sweetheart' itu memang adalah hanya untuk anaknya ini dan gelaran 'Darling' adalah untuk adik ku, Liza.

----

Ayah:  Come, meet my eldest daughter, she is my sweetheart.

Ayah suka mengenalkan anak-anaknya pada teman-teman beliau.

----

Terlalu banyak kenangan.. terlalu banyak kasih sayang yang Ayah tinggalkan.  Setahun Ayah pergi, 2 kali kita tak dapat berpuasa bersama, 2 kali kita tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama, Ina rindu untuk bersalam, mengucup dahi dan pipi Ayah.  Memeluk erat Ayah.  2 kali Ina tak dapat mengucapkan selamat ulangtahun kepada Ayah.


Rindu di sanubari ni tak terungkap Ayah.  Tersangat rindu.  Sering Ina mohon dapat bermimpi tentang Ayah.

Tiada lagi yang dapat mendengar masalah Ina dan mampu memberi nasihat yang padat dan bernas buat Ina.  Tiada lagi yang ketawa pada lawak bodoh Ina.


Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah kerana memberi rezeki kepada Ina dan suami untuk membawa Ayah dan Emak ke tanah suci buat pertama kali.  Riak wajah Ayah ketika kami beritahu tentang kejutan itu amatlah bermakna.  Seronoknya hati Ina dapat bawa Ayah ke sana.  Ketika di sana, banyak keistimewaan Ayah terserlah.  Alhamdullillah.

Ayah suka buat aksi yang lucu... 

Aku:  Ayah, kami akan bawa Ayah dengan Mak buat Umrah lagi!  Ayah terperanjat tak?

Aku memberitahu tentang kejutan itu buat beliau.

Ayah:  Takkk pun, Ayah dah agak dah.

Ayah memang suka bercanda begitu.  Ayah tersenyum lawa.

2 Minggu sebelum berangkat ke tanah suci.

Ayah bersama Ustaz Suhaimi 
Rupanya, pemergian Ayah kali ini adalah pemergian yang takan kembali lagi.  Rupanya hasrat Ayah ketika di Umrah yang pertama, Allah makbulkan.  Rupanya anak ini akan terpisah dari Ayahnya di dunia ini.  

Ketika aku mendakap, mengucup dahi dan pipi Ayah buat kali terakhir, terasa fana dunia ini. Bahang di tanah suci tidak terasa, masa berlalu dah tak ku hiraukan lagi.  Sampailah waktu kami harus berpisah.


Moga Ina dapat terus datang ke sini ziarah Ayah lagi..

Ayahku seorang yang tegas dan garang tetapi beliau juga seorang yang pemurah, kaya kasih sayang, dan seorang ilmuan.  Moga Allah satukan kita sekeluarga di Jannah NYA.  Moga kita bertemu kembali Ayah.  

Ayah,

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 76.  Moga Ar-Rahman menyayangi Ayah sepertimana Ayah menyayangi Ina sedari kecil hingga dewasa, Ar-Rahim kasihanilah Ayahku sepertimana Ayah mengasihani diriku ketika kecil dan sewaktu diriku sakit atau gundah.  Moga Al-Ghaffar mengampunkan segala kekhilafan Ayah dan kurniakan lah Jannah MU buat Ayahanda ku.  Aamiin Ya Rabbal alamin. 


one of Ayah's way to show how much he loves and care about me.

Wednesday, March 25, 2015

Letih arrr

Kejadian ni berlaku semalam.  Nama dan tempat dirahsiakan sebab padaippa (PDPA daa) hahaha. Perbualan melalui telefon.

Kak Tan:   Kenapa masukkan patient tu ke ward Jupiter? Alaaaa awak ni.. laki patient pun komplen tau..

Na :  Bukan tak nak masukkan ke ward Zuhal tu.. tapi ward Zuhal tu penuh masa patient masuk.. jadi kami letak dulu di ward Jupiter.  Sekarang dah petang dah ada discharged, kami dah minta misi ward Jupiter transfer patient kat ward Zuhal tu.

Kak Tan:  Alaaaa letih arrr.. orang masukkan lah ke ward Zuhal tu..

Na :  Eh eh.. dah bilik deluxe kat ward Zuhal tu penuh tadi.. saya nak buat cemana? (dalam hati berkata "tak paham bahasa ke?")

Kak Tan :  Ni satu lagi.. kenapa nak pakaikan BP monitor pun kena turun ke?

Na : *kerut dahi* eh kak Tan hal BP monitor pun kami kena jaga ke?

Kak Tan :  errr... eh itu hal NCL.. ahh letih arrr kamu orang ni.. letih arrr..



Dari masa kejadian sampai balik rumah, I kept thinking.. kenapa soalan bodoh macam gini sering keluar dari mulut bijak pandai kat sini .. especially si akak Tan ni.. mungkin kah 

Dia tengah berlatih kerana nak join Maharaja Lawak Mega 2015, kah?

Kalau betul lah.. bila dia tanya : -

Kak Tan :  Kenapa masukkan patient ke ward Jupiter?

I should jawab begini: -

Na :   Saya nak masukkan patient ke ward Zuhal tapiiiiiii ward penuhhhhhh!!! bahahahahah..


... apa? lawak hambar? .. majuk lah.. 

tapi yang sohih Kak Tan memang peminat tegar Shuib Sepah Tu.. miahahaha...

Tuesday, February 17, 2015

Hideki & Adele (1)





Hideki and Adele relationship boleh di kategorikan sebagai BFF yang sangat notti sebab selalu join venture untuk menjahanamkan barang-barang kat rumah. nasib lah sayanggg.. 

Thursday, February 12, 2015

Apakah???




betul ke ucapan or carutan ni? rasanya yang sering didengar adalah GONG XI FA CAI atau KUNG HEI FAT CHOI... tapi tak pernah lah pulak dengar or baca tulisan Cong Xi Fa Cai.. adakah ini unsur-usur carotan??  LoL adehhh.. 

Wednesday, December 31, 2014

Kisah Semalam ~ 1

Semalam pergi melawat anak2 yang masih lagi berada di Isolation ward, Alhamdullillah nampak ada perubahan yang banyak. Syukur sangat2.  In sha Allah, ikut kata Dr. Ajas, Kenko dan Saloma boleh pulang pada 1 Januari 2015.  Cuma mereka perlu di asingkan selama 2 minggu, ikut kata Dr. Ajas itu adalah masa untuk virus Parvo itu di nyahkan dari mereka (shedding time).  Ikutkan hati nak warded kan mereka lagi selama 2 minggu, tapi tenguk muka masing2.. pastu bila kita pi tenguk eh eh eh diludah-ludahnya kita.. tanda-tanda stress lah tu.. ok lah sayang-sayang Na, Khamis ni kita pulang ok..
Kenko yang grumpy

Saloma, comot nya sayang Na ni.. 

Lepas dah ziarah Kenko dan Saloma, teruslah pulang ke rumah, bila buka pintu rumah.. Ya RAB!! arghh!! apa kehenya ni.. adoiii... 

Mintak nyawaaaaaa... sempuikkk nak oiii.. 
Rupanya ini kerja mereka bila kami berdua keluar pergi kerja ---> berjimba sakan!!


Culprit yang disyaki mengadakan Parti Kiraian Kertas Tisu adalah seperti berikut: -


Adele #saspek 1

Hideki # saspek 2
Abis je berkemas, tiba malam... diri ni pun bertukarlah menjadi suster ngensot.. apa taknya.. bagi Darcy, Dodit, Tiffany dan Patchi Bustamam makan ubat.

Nindia.. berkuntau you..

Tuesday, October 21, 2014

Salem Sabenhagen (1)






Salem Sabenhagen adalah anak Blackie dari batch yang ketiga.  Tak banyak kerenah, lebih suka meleseh kat Sox.  Sox tu selain dari his big brother, he also macam mentor to Salem.  Ada satu perangai tak senonoh si Salem ni, dia ni kaki muntah, not always but .. at one time tu, masa tu sehari nak pi Umrah, he vomited directly on my head, don't try to imagine lah.. not a pretty sight.. arghh.. lepas he has done it, dia buat lah muka toya je.. Salem .. Salem.. haihh..








Wednesday, October 15, 2014

Korea & Jepun





yang besar tu namanya Kang Ji-hwan, sempena nama hero cerita Korea (tertengok terus tersuka) Lie To Me.  yang kecil Hiroki, sebab suka dengan sikap orang-orang Jepun.  both of them bukan satu mak tapi bapak hmm mungkin sama kot.. dua budak ni memang baik.. tak banyak karenah, tapi mereka ni tak berapa friendly meaning mereka ni takan mau meleseh kat kita..sihat selalu ya Ji-hwan dan Hiroki.  Me love you both!! (and others)...

Tuesday, October 14, 2014

Saloma (1)








Saloma ni kiranya yang paling bongsu buat ketika ni (tak tahu lah ada lagi ke idak anak2 kecik yang akan lahir nanti.. huhuhu tak apa semua tu rezeki).  Mulanya I letak nama dia Tomiichi ..tapi macam tak sesuai je.. since dia ni suka keriau.. i letak lah nama dia Saloma (kena plak baru je tenguk Astro First, Biopik Saloma) hopefully rasi dan membesar bagai johan.. bulu dia semi-long, pastu lembut je.. jap lagi Na balik.. Na nak buli Saloma ni..heheh

Monday, October 13, 2014

William (1)




Si cilik ni namanya William, dia ni berenam beradik tapi sekor meninggal, tinggal 5.  Bawak masuk for few days sebab sakit mata so kena pantau and bagi ubat mata.  Malam ni kena pulangkan balik ke mak and adik beradik dia.. sebab William dah mula ngomel bocan..bocan bocan.. dalam bocan bocan.. berak tetap banyakk.. haha.. 

R Zairyn is 7 years old


Ni cerita dah berlalu few weeks ago, my eldest niece bila tiba bulan September je mula lah dia berzikir tentang  birthdaynya.  So this year tak terkecuali lah, my little sister (her mom) bagitau, masuk je September, terus lah zikir kat telinga "28hb nanti my birthday saya kan mak?" macam tahun2 sebelum nya itu lah zikirnya, tapi tahun ni ada penambahan.. memandangkan her mom tengah sarat menanti kehadiran orang baru, so birthday party tak ada lah.. akan tetapi ini budak kecik sudah buat plan sendiri.. dia pi invite kawan2 rapat di sekolah serta teman iqra dia datang rumah pada hari Ahad, 28hb September 2014.  Nasib baik ibu2 kawan2 ni pi call my sister and inquired.  Tepuk dahi lah.. hahaha.. terus lah anak dara kenit ni kena tarbiah dek maknya..  

My better-half dengar je kesayangan nya sudah kena tarbiah, trus buat plan.. dia ajak lah mereka sekeluarga ke hotel C untuk a pre-petite celebration, kami2 sahaja pada Sabtu, 27hb September 2014. So terubat lah sikit hati si kecik tu.. as for the adik, she don't really care.. as long as ada makanan, good enough for her lah.

R Zara Iman & R Zairyn semasa tunggu kami di lobby..

R Zara Iman checking the floor
On sunday tu, parent R Zairyn suprised her with the present yang dia memang ingin kan.  Apa lagi Lego.

beriya sungguh membuka
With her gift tapi birthday girl tak mandi
Tadaaa.. dah siap.. kali ni she was forced to assembled it by herself, mom dia tolong sikit2 je
Later, according to her mom, mereka bawalah the girls for birthday lunch treat.  We can't join due to unforseen reasons.  Kemain suka lah itu birthday girl.

R Zairyn told her mom, the Larva cake is super sedap.. a must to order.. amboiiihh 

See how happy R Zara Iman when comes to food.. 

The satisfied face

# untung eaaa. dapat celebrate 2 hari berturut-turut..


Happy Birthday Darling *muah*

Enda Na & Ayah Ngah ucapkan selamat hari lahir buat R Zairyn, moga membesar menjadi anak yang solehah, berbudi bahasa, taat pada ibubapa, hormat pada orang tua, pintar berjaya dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat kelak.  semuga ALLAH SWT sentiasa melindungi dan mempermudahkan segala urusan anakanda.  In sha Allah, aamiin.