Showing posts with label spy cat. Show all posts
Showing posts with label spy cat. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Alice + Bruno = Adele & Atielea


Remember I pernah cerita tentang Alice and Bruno, my two spy cats yang selalu datang makan kat rumah kami.. lepas tu nampak Alice ni terboyot-boyot bawak perut.. since nampak Alice memang sangat rapat dengan Bruno, so I terus gossip Alice memang dah kawin dengan Bruno.. Selepas itu, lama juga tak nampak Alice, bila Alice muncul balik .. perut dah kempis..tapi tak pernah lah Alice bawa anak-anak dia datang rumah kami.. tunggu gak.. 

Ni Alice sebelum pregnant, masa tu baru lepas kawin kot..
Until recently, yaitu a few weeks before kami berangkat ke Madinah dan Makkah, Alice bawa mula-mula sekor anaknya.. aduhh rupa sangat mirip dengan Alice.. mulanya memalu je budak kecik ni.. tapi bila dah kenal.. amboiihhh kemain manja sama macam ibunya.  Macam spy cats I yang lelain, since I tak tau nama mereka.. so I dengan sesuka hati telah menamakan si kecik ni.. 


Selepas sehari Alice bawak Adele, tetiba dia bawa pulak sekor lagi.. yang ini punyalah pemalu and penakut ya amat!!  Tapi bila dah kenal ehh sama gak manja juga.. so I namakan dia Atielea.. 

So now the family memang sering lah singgah makan kat rumah I.. tak apa lah sayang2 semua, ada rezeki kita kongsi2 ya..  


Atielea

Adele

Gurau time

The two sisters






Friday, October 25, 2013

Patah Tumbuh. Hilang? *nanges*

Kalau tak silap, kurang lebih 3 bulan Zorro menghilang tanpa khabar berita.  Hati tak mau nak berteka-teki sebab akhirnya akan buat terasa pilu.  

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
pada hari isnin yang lepas (21/10/2013), waktu malam my better-half called me, Na meh tenguk ni.. kita ada tetamu baru......

my new spy cat!!!  Comel sangat.. bila diamati, dilehernya ada kolar berloceng, pasti bertuan....dalam hati mungkin dia nak tumpang berehat memandangkan perutnya seakan bunting.. 

pada pada hari kedua dia datang lagi, i noticed ada sesuatu tentang spy cat ni agak mirip dengan Zorro, setiap kali dia datang, she will greet you seperti bagi salam dan tunggu hingga kita buka gate atau kita suruh dia panjat masuk dan makan.  she is a polite feline.

Satu malam, my better-half told me that the new spy cat kena kejar dengan anjing yang dibela oleh penjaga tokong cina yang berdekatan kawasan rumah kami tapi alhamdullillah dia dapat menyelamatkan diri dari dicedera.  After that night, bila dia datang, I pesan kat dia, malam-malam jangan pergi mana-mana lah tidur je lah kat sini, nanti pulang kat rumah sendiri after hari dah cerah....seakan faham she did that setiap malam.. 

btw I named her Alice, sebab macam Alice in Wonderland, this comelis girl loves to wonder around too.. if not takan dia dapat jumpa kami kan..hahah..  now I'm worried about Bruno, dia tu taiko sket..almost every night dia akan datang untuk makan kat rumah kami, takut lah dia bantai si Alice adoiii satu hal lah pulak.. 


until *jeng ..jeng..jeng...*

RUPANYA SI ALICE TU GEPREN SI BRUNO... lerrrrr..

yes, semalam baru lah sohih, masa i sampai rumah, tatkala nak tutup the gate, aiiii kemain berdua-duaan datang menjunjung duli kat depan gate kami.. pastu bila buka and ajak masuk..adoaiiii beriring-iringan masuk.. yang nyamfahsss.. uihh si Bruno siap request nak wet food.. pastu makan berdua sepinggan.. hahaha.. tak percaya.. percaya lahhhhh.. ni haaa sapa sangka muka ganas tapi dalam hati ada Taman Tasik Perdana uolls!!!

Bruno pun dah macam tau i ni rindu kat Zorro, dia pun dah mula nak baik dengan i and pandai buat aksi2 gedik (walaupun macam keras macam kayu) lepas i bagi makan treats.. 


now my better-half and i dah boleh lah manja-manja dengan Bruno (tapi still cautious sebab mamat ni unpredictable.. sekali dia pakuk..bengkak jari seyyy) usap2 kepala dia.. garuk-garuk leher dia.. 


Bak kata orang-orang tua, patah tumbuh hilang berganti.. tapi to me, yang patah pasti kan tumbuh dengan izin NYA.  tapi yang hilang akan sentiasa dihati, diminda dan pasti dirindui selalu... 
and I will always love and remember you my darling Don Deigo Dela Vega a.k.a. ZORRO
Zorro sesungguhnya sangat istimewa to us, pertama kali jumpa terus jatuh cinta macam lagu "Siapa pernah jatuh cinta, pada pandangan yang pertama, apakah memang sama dengan ku punya cinta, yang kini ku alami sendiri...........Hari pun terlalu cepat berganti lagi, tak terasa tambah umurku kini, siang malam kau selalu ku nanti nanti, rinduku rasa tak tertahan lagi.." hati tak rela nak berandai-andai.. jika ada ketentuan Illahi yang memungkin kan segala yang mustahil, in sha Allah Zorro pasti kembali, kiranya tiada, moga Zorro di dalam perlindungan Allah SWT selalu.

Tuesday, September 17, 2013

Belle, Cleo & New Spy Cat

For the past few days, I noticed Cleo is having sore eye at her left eye.  I checked Belle takut jangkit sama, but Belle's eyes Alhamdullillah, ok, just her tail yang tak ok.. ada one spot near to her pangkal ekor tu dilanda botak.  So macam biasa lah after the discovery, tiap-tiap malam I akan berperang lah untuk cuci the kelopak mata Cleo and letak krim ubat untuk mata yang sakit tu.. begitu juga dengan Belle, I kena gak berperang untuk sapukan krim kat area yang botak tu.

Hati ni terpikir, dari sapa gak lah sakit mata ni datang.. since the question does not has any definite answer..so I just let it be.. 

Last saturday, since my better-half bagitau ada contractor nak datang betulkan kunci pintu rumah kami, I decided to let both girls out from the cage and roam freely kat area porch kami (tapi under supervision Na the warden hostel lah hahaha).

Belle dapat keluar je terus meluru kat tembok pagar to do her scratching.. dasat kan.. certain kucing buat kat scratching post kayu.. Belle kat batu.. ko mampu? haha


Si Cleo tak padan dengan sakit mata..terus susup sasap berlari ke hulu ke hilir. panjat atas cage.. pastu lari keliling porch.. kita yang perhati ni pun letih tenguk.. I tenguk dia kemain cargas sesangat.. 

Tetiba agaknya dah kepenatan Cleo trus rebah kat pintu pagar amik nafas dan lepaskan kepenatannya.. 


Tetiba, I saw a cat, look like Fluffy, cuma bulu dia tak berapa panjang and lebat like Fluffy.. tetiba yang lebih terperanjat.. wahhh anak dara I si Cleo boleh plak greet mamat ni.. siap boleh sium-sium..pastu borak-borak plak.. adehhh..


Patut lah si Cleo sakit mata, rupanya abam spy cat yang baru ni pun sakit mata, dua-dua mata sekali.. agaknya dia datang nak tanya Cleo dah sihat ke belum kot.. ish ish ish..


I ada gak pesan, nanti datang lah lagi, kali ni masuk lah kat porch macam yang selalu dia buat iaitu curi-curi masuk.. hehe... 

If dia datang lagi, I nak bagi dia antibiotik biar mata dia cepat sihat, tapi lepas hari yang dia singgah tanya kabar, susah betul nak nampak dia.. hopefully he is okay, aamiin..

Wednesday, August 21, 2013

Kenalan Baru ..Kenalan Lama??


Nearly two weeks, my spy cat yang I panggil Zorro tak nampak batang hidung.. selalunya lepas semua orang kembali dari kampung kerana berhari raya, mamat hensem ni sure datang bagitau dia dah balik sini. Ini langsung tak nampak bayang.. risaunyaa.. (walaupun hanya spy cat bukan kami yang punya).  Raya ke 3 hari tu ada nampak spy cat yang satu lagi, yang I selalu panggil Bruno. Nampak dia keluar dari kawasan hutan yang terbakar baru-baru ni.. ada i ceita hari tu.. agaknya ada tugasan baru..jaga kebun buah-buahan yang penduduk kat sini sama-sama tanam kot.. Moga Allah sentiasa melindungi all my Spy Cats .. Rindu nya dengan Zorro...

Malam tadi, masa tengah relax dengan my better-half sambil tunggu Isyak, tiba-tiba i tenguk si Baby & Blackie beriya menjenguk kat tingkap.. feeling curious my better-half pun selak lah langsir tu.. (suruh i selak langsir memalam..huhu seram seyy.. haha) ..tetiba my better-half macam kecoh panggil i.. "Na..Na.. meh sini.. tenguk.. meh laaaa"  Walaupun ada rasa cuak tapi rasa ingin tahu tu lagi hebat so I pun pi lah jenguk kat tingkap.. SEKALI INI YANG I NAMPAK!!!!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Homaigaddddd... abam hensemmmm... i lap youuuu... 

Abam Hensem: apa kehe ler dia orang ni, tak penah tgk kucing hensem gamaknya...
Abam hensem ni, siap spray sekali kat kaca tingkap kami.. kong asam betul.. tapi tak apa Na paham.. you nak tanda sebab takut lupa rumah kami.. nanti nak tatap wajah Na kan.. kannnnnn.. hiuhiuhiu..

So jadinya malam tadi.. kami beramai-ramai berlonggok kat tepi tingkap sebab nak tenguk abam hensem ni sebelum dia berlalu pergi.. esok2 datang lah lagi ya eiii gerammnnya.. (tapi macam biasalah.. walaupun hensem macam terbiar je spy cat ni.. saya shedeyy..tak apa..datang selalu nanti Na lap dengan baby wipes ya darling).

Ya Allah, lindungi lah Zorro selalu, dengan rahmat MU, hamba MU bermohon agar Zorro kembali kepada kami dengan selamat.  Aamiin Ar-Rahman.

Tuesday, July 30, 2013

Cerita Semalam Tentang 2 ekor Spy Cats

Semalam sampai je di depan rumah, nampak Don Diego De La Vega @ Zorro sedang berehat kat tempat kaup sampah.. yes sekarang itu pulak his favourite port.   Kesian tenguk Zorro, dah tak sehensem dulu, banyak kudis-kudis, luka sana sini, bulu pun dah tak secantik dulu (tapi Na tetap sayang), mungkin his family dah totally ignores him.  Off late, Zorro dah makin kerap datang and bermalam kat porch kami sambil borak-borak dengan the two girls: Belle dan Cleo. 

Semalam, semasa Zorro tengah makan his treats (ayam rebus dalam tin), dapatlah I lap badan dia baby wipes.  Nak mandi kan dah petang.  Oh yes, I used to bathe him once.. dia tak cakar tapi nak lari je.. hehe.  Pastu i put lotion untuk luka-luka kat badan Zorro.  Oh ya, Zorro off late ni I selalu dengar dia sneezing..so dalam treat dia tu ada antibiotik dan ubat untuk cure sneezing.  Moga-moga Zorro cepat sembuh and kembali hensem macam dulu.  Well, if Datuk K boleh sembuh, takan lah Don Diego De La Vega tak boleh kannnnn..   =)
Zorro: Mmmm harumnya bau ayam rebus ni.. ehhh kenapa ada bau ubat plak ni.. haa Naa nak manderam kita eaa?
Na: iya ke? tak lah.. imaginasi je tu..makan lah sila..sila... tau memang tak posa kannn..

Zorro:  Na..amik gambar Zorro macam ni..konon-konon pengsan.. cepat lah.. 
Sedih tenguk keadaan dia.. dulu terurus, segak bergaya.. dah selalu pesan, datang lah pepagi hari sabtu, sebab boleh lah bawa pi Vet for grooming.. biar nampak sihat kembali.. tapi pakcik ni susah nau nak tepati masa.. hehe.. 
Zorro:  Naaaa.. tenguk kita buat Gwiyomi..
Na: aiyooo nak juga.. adehh

Zorro: aduhhh letih lah.. rasa nak lelap kejap.. Naa tolong tenguk-tengukkan si Bruno tu.. dia tu asik nak ajak kita gaduhh je.. nyamfahss..

Zorro: Esok kita datang lagi boleh tak?
Na:  Boleh..datang lah..tapi dengan syarat jangan gaduh and kencing merata-rata ok..

Zorro: In sha Allah.. 
Pada masa yang sama another of my spy cat pun sampai.. yang I suka panggil dia Bruno.  Pakcik ni memanjang je muka stern je.. tak pernah lah tak muka ketat.. banyak kot masalah nak kena pikir ya Bruno.  Untuk mengelakkan pergaduhan berlaku.. maka Bruno juga telah di jamu hidangan ayam rebus.. tapi makan kat sudut lain.. bukan boleh percaya both of them ni.. tak pasal plak ada yang kena kokakan free nanti.. 

Bruno:  Sedap sungguh ayam rebus ni.. ko buat sendiri ke? atau beli kat kedai?
Na:  beli ler cik Bruno oiii..

Bruno: Na, ko layankan lah sangat si Zorro tu.. ngada lebih tu..
Na: isk tak baik tau Bruno cakap macam tu.. sesama lah.. 

Na:  Bruno, meh Na ubatkan mata yang berair tu nak tak?
Bruno: haaa ko jangan nak memandai-mandai.. dah lupa hari tu aku pakuk tangan ko tu.. mata aku tu nanti baik lah sendiri.. 

Na: baik ke hapa? dah berminggu Na tenguk asik berair je..
Bruno: ala biarlah..nampak kesamsengan aku.. ko ni tak paham2.. dari ko berleter pok pek pok pek..cer amik gambar aku ada gak paedah.. 

Bruno: Ini gaya santai di tepi pantai.. 

Bruno: ini plak gaya kucing kaya ngorat.... ehem.. ciku Dinas nak Abam Bruno teman pi sekolah ke? 

Bruno: haaa ni pulak gaya ketua kucing tengah serius.. grr..grr.. takut tak? takut tak?
Na: a'ah.. takuttt hahaha..

Bruno: haaa ni plak cer teka gaya apa?
Na: mmm  mmm.. gaya JAGA pintu!! hahaha..
Bruno: @##%%%^&$#*(
Biarpun kedua-dua spy cats ni dah beransur usia mereka, kehenseman pun dah mula kurang tapi I still love both of them dearly.. hmm semalam ada gak I nampak 2 ekor lagi kucing yang macam terbiar je.. hopefully mereka sudi datang and jamah makanan yang disediakan di porch kami.. tambah lagi lah spy cats kami nanti... in sha Allah.. aamiin.


Tuesday, March 26, 2013

Anugerah Terindah

Last week ada satu pekara yang mengembirakan telah berlaku ketika I sampai di rumah.  sewaktu pintu pagar dibuka..taraaaa.. terlihat my kucing spy Zorro sedang lepak bagus punya kat bawah porch.

semasa tengah beramah mesra tanya kabar Zorro, I heard a soft meow.. wahh rupanya itu adalah sapaan dari another my kucing spy iaitu Bruno.. aisayy ini sudah macam pakcik menang moto!!! 

perhaps to others, apa lah yang bestnya ea..abih2 kucing2 ni nanti di spray2 nya lah kawasan rumah habis hancing..  itu others.. yes bengkek gak hati bila mereka berlumba spray perfume percuma tu.. tapi my feeling of happiness, seronok melebihi dari rasa negative yang lain.  dalam hati bersyukur kepada Allah sebab let the scene happened..suka tak terucap.

dalam suka2 tu, berdoalah juga jangan budak berdua ni buka bunga silat ke? silat pulut ke? ahhh baru lah bertatoo plak my badan..huhuhu..  since rasa overwhelm maka dengan besar hati belanja mereka berdua makan ayam rebus kesukaan ramai.. anak dara yang dalam kandang tu apa lagi.. berkeriau lah.. "abang Bruno, abang  Zorro.. we lap youuuu ..ayam tu bak sikit!!" 


Zorro: Na, hari ni *nom..nom..nom..gulp* banyak keje kat opis?
Na: "banyak lah juga, makan aje lah Zorro, mulut penuh pun nak cakap gak ke?"
Bruno: Sedap betul makan ayam rebus waktu hujan turun deras.. *nom..nom..nom*
Na: "lepas makan nanti jangan lupa basuh pinggan tu ya.."
Bruno & Zorro: Errrrr... 
to be honest this is a very rare sight..sebab these two bapak kucing adalah 'Taiko' yang paling ditakuti oleh kucing2 lain di kawasan perumahan kami kecuali my cats sebab my cats semua indoors, so apa mereka heran sebab these two Abang Besar tak boleh nak usik mereka.. hiuhiuhiuhiu..

Sunday, December 23, 2012

Ditemani Spy Cat



Bagai tau-tau je yang diri dia tu dipuji-puji oleh Aidah, Dinas Aldi & Nini D, Zorro datang malam semalam dalam hujan yang separa lebat dan tak malunya minta wet food...hahaha amboii Zorro dah buat macam keluarga sendiri je.  Oleh kerana dah mula sayang, I pi cukai satu tin ayam rebus nak bagi pada Incik Zorro.  Bila bagi kat dia, Cleo, Belle, Baby, Blackie and Lady, kena gak bagi..karang tak pasal dapat surat komplen..haha..yang the rest will be given petang hari ni.



Lepas makan wet food tu, Zorro temankan I sidai baju. Yeeee..saya sidai baju memalam sebab saya ni pemalu orang nya ..haha.. Zorro tunggu je sampai I habis sidai.  Lepas tu, he meow to me agaknya cakap dia basah lagi, so i went in ambil kitchen towel and lap badan dia sampai kering.  Pastu dia mintak garuk2 badan dia..  Sambil tu I cakap lah "wahh, Zorro, ramai yang kata Zorro hensem..ada cakap macam Antonio Banderas" sekali dia dongak 







"Tell las mujeres bonitas, gracias! Now I am going to give some exclusive pose for my fans"
So sila lah feast your eyes..



















Itu lah aksi2 tarian Flamenco ala kucing manja..
Lepas habis beraksi sakan, tetiba Zorro ajak masuk rumah.. Alamak aii tak boleh lah karang marah pulak family dia. Pujuk dia makan kibbles and pesan lenkali datang lagi.. Baru lah dia tak ikut masuk rumah. Kesian Zorro.
I ingat if monday ni dia datang siang hari, I nak mandikan dia lah. Kotor bebenor .. Sure family dia kajut!! Hahaha tapi tak apa ke eh?