Kalau tak silap, kurang lebih 3 bulan Zorro menghilang tanpa khabar berita. Hati tak mau nak berteka-teki sebab akhirnya akan buat terasa pilu.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
pada hari isnin yang lepas (21/10/2013), waktu malam my better-half called me, Na meh tenguk ni.. kita ada tetamu baru......
my new spy cat!!! Comel sangat.. bila diamati, dilehernya ada kolar berloceng, pasti bertuan....dalam hati mungkin dia nak tumpang berehat memandangkan perutnya seakan bunting..
pada pada hari kedua dia datang lagi, i noticed ada sesuatu tentang spy cat ni agak mirip dengan Zorro, setiap kali dia datang, she will greet you seperti bagi salam dan tunggu hingga kita buka gate atau kita suruh dia panjat masuk dan makan. she is a polite feline.
Satu malam, my better-half told me that the new spy cat kena kejar dengan anjing yang dibela oleh penjaga tokong cina yang berdekatan kawasan rumah kami tapi alhamdullillah dia dapat menyelamatkan diri dari dicedera. After that night, bila dia datang, I pesan kat dia, malam-malam jangan pergi mana-mana lah tidur je lah kat sini, nanti pulang kat rumah sendiri after hari dah cerah....seakan faham she did that setiap malam..
btw I named her Alice, sebab macam Alice in Wonderland, this comelis girl loves to wonder around too.. if not takan dia dapat jumpa kami kan..hahah.. now I'm worried about Bruno, dia tu taiko sket..almost every night dia akan datang untuk makan kat rumah kami, takut lah dia bantai si Alice adoiii satu hal lah pulak..
until *jeng ..jeng..jeng...*
RUPANYA SI ALICE TU GEPREN SI BRUNO... lerrrrr..
yes, semalam baru lah sohih, masa i sampai rumah, tatkala nak tutup the gate, aiiii kemain berdua-duaan datang menjunjung duli kat depan gate kami.. pastu bila buka and ajak masuk..adoaiiii beriring-iringan masuk.. yang nyamfahsss.. uihh si Bruno siap request nak wet food.. pastu makan berdua sepinggan.. hahaha.. tak percaya.. percaya lahhhhh.. ni haaa sapa sangka muka ganas tapi dalam hati ada Taman Tasik Perdana uolls!!!
Bruno pun dah macam tau i ni rindu kat Zorro, dia pun dah mula nak baik dengan i and pandai buat aksi2 gedik (walaupun macam keras macam kayu) lepas i bagi makan treats..
now my better-half and i dah boleh lah manja-manja dengan Bruno (tapi still cautious sebab mamat ni unpredictable.. sekali dia pakuk..bengkak jari seyyy) usap2 kepala dia.. garuk-garuk leher dia..
Bak kata orang-orang tua, patah tumbuh hilang berganti.. tapi to me, yang patah pasti kan tumbuh dengan izin NYA. tapi yang hilang akan sentiasa dihati, diminda dan pasti dirindui selalu...
and I will always love and remember you my darling Don Deigo Dela Vega a.k.a. ZORRO |
Zorro sesungguhnya sangat istimewa to us, pertama kali jumpa terus jatuh cinta macam lagu "Siapa pernah jatuh cinta, pada pandangan yang pertama, apakah memang sama dengan ku punya cinta, yang kini ku alami sendiri...........Hari pun terlalu cepat berganti lagi, tak terasa tambah umurku kini, siang malam kau selalu ku nanti nanti, rinduku rasa tak tertahan lagi.." hati tak rela nak berandai-andai.. jika ada ketentuan Illahi yang memungkin kan segala yang mustahil, in sha Allah Zorro pasti kembali, kiranya tiada, moga Zorro di dalam perlindungan Allah SWT selalu.
2 comments:
Sedih mengenangkan Zorro. I pun macam you jugak. Kalau dah tak nampak lagi kucing tu, takut nak fikir lebih2 nanti tak tidur malam, risau. Banyak stray cats kat rumah PD yang mati sebab anjing liar, Na. Mati di tangan org Myanmar pun banyak jugak.
Aidah,
Ya Allah, seriau nya baca mati kat tangan orng Myanmar.. apa kebulur sgt smp makan kucing.. tak guna betul lah.. kesian kucing2 tu.. I have come to the term that i have to accept yang Zorro dah pegi jauh.. mgkin tak akan jenguk I lagi.. rindu sangat kat dia Aidah.. :(
Post a Comment