Saturday, May 3, 2014

Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati


Should all acquaintance be forgot
and never thought upon,
The flames of love extinguished
and fully past and gone,
Is thy sweetheart now grown so cold
that loving breast of thine,
That thou canst never once reflect
On old long syne..

On old long syne my dear
On old long syne
That thou canst never once reflect 
On old long syne

(by Robert Burns)

from left: Wani, Dr. Rayney & Ogie
Terima kasih di atas segala perkhidmatan yang telah dihulurkan, moga anda semua dilimpahi rahmat serta rezeki yang melimpah ruah daripada Ar Rahman.  In sha Allah.  Aamiin.

Untuk meraikan kebaikkan mereka selama berkhidmat bersama-sama kami, jabatan kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan buat mereka.  Makanan telah disediakan oleh Cheritera Cafe.  
Caterer:  Cheritera Cafe
Makanan yang disediakan adalah High Tea yang berbentuk kombinasi Barat bertemu Timur.. walah.. sangat sedapppp.. sampai tak terkata semua yang menjamahnya.. senyapp je.. tau-tau dah abis..

Spaghetti Carbonara with sliced beef

Grilled Stingray wrapped in Banana leaves
Delicious Cheritera Baked Chicken
Special Cheritera Dipping Sauce

Sago Gula Melaka

Seniors & Juniors digging their plates

The girl who bid farewell

The girls

Ringan Tulang







Friday, May 2, 2014

Separuh jiwaku pergi... (1 Jamadilakhir 1435H bersamaan 1 April 2014)

Masa berlalu terlalu pantas, semalam genap sebulan Ayah dijemput dengan cara yang paling indah oleh yang Maha Pencipta, Allah S.W.T.  Yang tinggal hanya lah rasa rindu yang mendalam di hati ini, yang dipendam secara diam, doa dan zikir dikirim sambil mengharap akan disampaikan sebagai hadiah kepada Ayah.  In Sha Allah.

Pemergian ke tanah suci Makkah dan Madinah pada tahun ini adalah kejutan sekali lagi  buat beliau dari kami, anak menantunya.  Tidak terlintas langsung rupanya ada kejutan yang lebih besar menanti kami, ada sambutan yang meriah buat Ayah.

Ayah pergi tanpa melalui sakit yang tenat, tanpa rasa resah, tanpa rasa gundah.. wajahnya tenang, matanya tertutup rapat seakan tidur yang puas bersama bibir yang mengukir senyuman yang sering kelihatan apabila permintaannya dipenuhi.

Serasa tak jejak kaki di bumi, ketika Ina lihat Ayah tidur tanpa mahu bangun lagi.  Serasa kaku segala jemari, ketika Ina perlu menandatangani watikah pelepasan agar Ayah boleh berada di bumi yang di berkati oleh Allah sentiasa.  Serasa gelap seluruh alam ini bila Ina menerima ucapan takziah dari teman dan kenalan. Serasa ingin kembali ke hari esok, agar dapat puas bercerita dengan Ayah, seperti selalu kita lakukan. Bukan tidak redha, Ina sedar tak esok atau lusa, Ina pasti akan menyusul, itu memang janji Allah pada kita. Cuma rasa rindu yang teramat, buat Ina sering mencari-cari agar dapat melihat sepintas kelibat Ayah, rindu tersangat-sangat, Yah.

Masih Ina ingat lagi, ketika Ayah disolatkan, ramai jemaah lelaki mahupun wanita yang sudi melakukannya, hanya Allah sahaja yang dapat memberkati mereka.  Opi bilang, ketika Ayah diusung keluar dari Masjidil Haram yang suci lagi penuh barakah itu, Subhana Allah, Maha Suci Allah, sungguh ramai yang menanti, permintaan Ayah sekali lagi ditunaikan oleh Ar-Rahim.  Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi dan terus memberi segala yang indah buat Ayah Ina.

Di Masjidil Haram menanti solat jenazah dimulakan.. 

Ketika keluar dari Masjidil Haram
Menaiki van untuk ke destinasi yang terakhir.. 
Ya Allah, Kau berkati lah Ayahanda ku dan diriku.
  Ya Ghaffar, Kau ampuni serta tutupilah dosa-dosa Ayahanda ku serta diriku.
Ya Mu'iz, Kau tinggikanlah darjat Ayahanda ku
Ya Muhaimin, Kau lindungilah Ayahanda ku sebagaimana beliau melindungiku ketika kecil hingga dewasa
Al Hasiib, Kau cukupkan lah segala amalan baik Ayandandaku dan diriku
Ya Rahman Ar Rahim, sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
jangan kau putuskan rasa kasihku, ingatanku serta doaku buat 
Ayahandaku Abdul Rahman Bin Dalib
Moga beliau sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Mu, 
Ya Rauuf.

In sha Allah.

I will always be your little sweetheart, kan Ayah?
"Not a single day goes by
Without you in my doa..
Missing you so much, Yah"

Al- fatihah.



Thursday, May 1, 2014

Cari Perbezaan


sesuka hati je deme ni .. *gelak sambil lap airmata* 

Selamat Hari Pekerja!!!

Tuesday, April 29, 2014

Taman Tasik Titiwangsa (26/4/14)


as salam... dah lama I tak update any entry in this blog.. terlalu banyak peristiwa yang berlaku.. terlalu banyak kesedihan yang melanda.  Ada yang tahu ada yang belum.. but I don't have the strength to share it in here.. nanti lah .. in the mean time let me be macam biasa.. macam tak apa-apa.. just give me few days mungkin I have the courage to bercerita tentang hal itu.. 

last saturday, my better-half and I took Patchi Bustamam ke Tasik Titiwangsa, nak bagi dia hirup udara segar and let him walk on the grass bagi dia kuatkan his kaki belakang.

masa kat sana, Patchi Bustamam dapat few spectators.. yang paling ramai adalah dari anak-anak RTK (Rumah Titian Kasih).. the children were nice and polite..loves to ask questions.  dari ramai-ramai tu, ada sorang yang I anggap quite wise sebab bila teman-temannya asik dok bertanya, kenapa Patchi Bustamam tak boleh nampak? kenapa kaki Patchi Bustamam tak kuat macam kucing-kucing yang biasa? this young chap answered, "kucing pun makhluk Allah, macam kita manusia ada yang cacat.  sama lah tak ada beza, dah Allah jadikan macam tu"  when I heard his answer, I know that boy can have a bright future, jika di didik dengan baik, in sha Allah.

another question pulak, I rasa tersentuh hati, "makcik, nak tinggalkan kucing ni kat sini ke?"  I jawab, "tidak, makcik bagi dia exercise..and ambil angin."

sambil we looked out for Patchi Bustamam (yelah tak tenguk2 kan dia karang tak pasal terhumban anak I tu kat dalam longkang plak nanti..sian dia) sambil kami tenguk gelagat anak-anak tersebut, when my husband said, "bila anak-anak ni merajuk, siapa yang pujuk ya? atau mereka terpaksa pujuk sesama sendiri.."   
my heart cried.

Patchi Bustaman dengan muka eksyen sebab ramai pemerhati.. haha..

Friday, February 14, 2014

Patchi - 7

Lega hati bila semalam balik dari kerja tenguk Patchi dah mula jalan mundar mandir dalam tempat tidurnya.. makanan pun ada yang luak, minuman pun banyak yang kurang.. walaupun tiada tanda dia yakk lagi, tapi ada kesan shi-shi kat atas bed liner nya.. tak apalah pagi semalam yakk banyakk jadi takan nak yakk lagi petang tu ..kan dik kan.. Moga si adik ni akan sembuh sepenuhnya, aamiin.

Macam biasa Hideki sibuk juga tenguk2 keadaan adiknya ni.. tapi hari ni si adik boleh nak sepak muka Eki..amboiii baru nak kebah dari sakit dah tunjuk taiko ya dik yaaa..sian kat abang..



Semenjak tak sihat ni, Patchi Bustamam cukup suka berdukung, tidur melekap kat i.. adehh.. tapi dek sayang harung juga lah.. 


Sessi beri makan ubat adalah sessi yang menyiksakan... si Patchi Bustamam ni susah betul nak suap ubat kat dia.. especially pil.. tah berapa kali dia dah punctured my fingers.. huhuhuhu


Yang lagi seronok adalah selera makan dan minum tetap hevatss.. Alhamdullillah






Thursday, February 13, 2014

Yang Mana Satu Ni??

nasib suka ttg character (rupa pun ye gak hahaha), tapi tetap buat hati tak keruan.. aduhhh awatlah depa dua orang ni suka buat muka sombong ea.. tapi yang ye nya jalan cerita menarik.. lakonan pun menarik tambah pandai berekspresi ketika berlakon.. wahhh tu yang terus terconggok kat depan tv.. (plus record sekali..kahkahakah)
Keith Foo as Tg Adam Kamil Mukhriz
Kang Ji-hwan as Hyun Ki-joon




Ariana Rose akan berakhir episodenya malam ni.. so babai Tengku Adam Kamil.  Though tenguk dari pertengahan episode .. tapi catched up tenguk episode yang terlepas dari tab.. hehe..gigih mencari uolls..


Lie To Me, tak dapat cari episode2 yang lepas tapi sanggup program kan agar tiap episode yang mendatang di tape jadi bila tenguk Ariana Rose, later boleh tenguk ceita ni pulak.. plus angau kejap kat si sepet yang hensem ni.. muahahaha.. 

aduhh terjebak.. *tepuk dahi*