Thursday, November 8, 2012

Tremendous Thursday

Pagi ni sekali lagi i was greeted by incik Bruno si kucing spy having breakfast at our porch.

Few days back, i gave him treat - a can of tuna with carrot (semuga terang mata incik Bruno ye).

Wahh suka dia makan, al-maklum lah treat kan lain lah threat baru lah kena cakau nanti! Hehe

Masa dia menjamu selera tu (tuna carrot) i minta my better half rub Bruno's back.... wa wa wa wa seplaisss dia tak lari laaa cuma kami dapat lihat dia stiff kan badan dia.. Mungkin his owner or orang ramai penah sakit kan dia kot tu yang Bruno tak percaya kat orang.. Lepas tu i pulak cuba.. Wahh pun tak marah.. I heart you lah Incik Bruno.

So pagi tadi bila nampak him having his morning kibbles, i felt blessed. Sebelum kami pergi, he sent us off sambil duduk di pagar.. I think his way to say have a good day to us and drive safely..


Lepas tu masa kami nak keluar ke jalan besar .. Waduh waduh waduhh ni tinggal kat kawasan perumahan ke? Kat resort ni.. Hahaha perasan sekejap..
KABUS UOLLS .. I loike! Eh.. Alhamdullilahh suka sangat2





Foto2 ini di ambil pada jam 7:12 pagi tadi.. Jadinya sila lah jeles hehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Wednesday, November 7, 2012

Blackie

I rasa I have not introduce my eldest and oldest lil darling properly kan? ok let me introduce to my beautiful Madame Blackie La Chat Noir.
(ini lah kucing hitam yang pertama i pernah bela.. yang kat belakang tu anak dia Lady)

Blackie came to our life secara tiba-tiba..iaitu dengan terberanak kat area tingkat dua rumah jiran yang tak suka kucing di mana one of Blackie's kitten terjatuh dan menangis mengeow dengan sekuat hatinya and of course I heard the tangisan sad sound anaknya yang dah kedepek kat bawah.. tapi alhamdullilah the kittens survive..

(kiri: Beau, kanan: Anna-Belle, tapi Beau hanya ada rezeki untuk hidup for 1.5 months saja)


(ni masa baru balik dari Vet, untuk dapatkan treatment for Belle, Beau accompany saja)


Blackie dah tinggal dengan kami for more than 4 years, masa kami mula-mula bela Blackie, the doctor agak her age is around 6 years old, jadinya usia Blackie now dah 10 years old lah kot..

Selama dia tinggal dengan kami, Blackie dah lahirkan 18 ekor kittens.  Tapi ada yang meninggal dan ada yang diberi pada yang meminta.  So anak-anak Blackie yang masih bersama kami tinggal adalah 13 ekor - Belle (1st Batch), Sox, Abboud, Lady, Baby (2nd Batch), Fluffy, Salem Sabenhagen, Nino, Nina, Tupai and Spacey (3rd Batch).  Ni semua gara-gara kami quite reluctant nak spayed Blackie..so ammekaw kena bela 13 anak2 dia.. LOL. But it was fun.. Lagipun Blackie tak pelokek dengan anak2 dia.  Angkat lah..main lah..dia tak kisah.  Satu lagi Blackie ni is a very dotting mommy cat.  Pernah i ternampak, dia tengah menyusukan si Baby and Sox walaupun masa tu both of them dah setahun lebih..ish..ish..ish..  Pastu, dia suka bersih2 kan anak-anak dia.. dah tua pun rajin bersihkan anak-anak tapi biasalah bila dah tua air liur pun banyaklah apa lagi lencun ler siapa yang kena jilat tu..hahaha..termasuk tangan i.. hohohoho
(ini anak2 Blackie selepas Belle dan Beau, the 2nd batch ada 6 ekor, 3 girls and 3 boys.  she delivered betul2 sehari sebelum kami pegi holiday, terpaksa ler hantar ke Vet for boarding, nasib baik tak terlepas flight..hahaha)
(ni bukan gaduh tapi Blackie tengah bergurau dengan her son Abboud, Abboud ni a very low self esteem cat..nanti lah ceita kat entri lain.. so dia selalu dapat full attention dari Blackie tapi ada juga kena pelepuk sedas dua gak from Blackie.. hehe)
(bergurau dengan Nino, anak dari her 3 batch, dapat 6 juga, 3 girls and 3 boys)

From anak-anak Blackie tu, kami dapat lagi kittens.  Ni lah padah ambik hal spay or neuter ni sambil lewa.. Apalagi bercucu lah Blackie.  Spacey kawin dengan Fluffy dapat 2 ekor kittens - April dan Edward C.  Nina kawin dengan Nino dapat 2 ekor kittens juga tapi sekor je yang hidup - Jacob B.  Tapi cucu2 dia ni adakala lansi sket..selalu buat hati Blackie terguris itu yang ada makan penampo si Blackie..huhu..

Blackie thanks for selecting us. You have given us load of joy and happiness. Stay healthy selalu ya sayang..



Lutung Kesarung

Lutung Kesarung adalah kisah hikayat (kisah dongeng lettew) dari negara Indonesia (kena sebut ni nanti tak pasal di ling ling nya nama negara kita ish ish ish sungguh tak sopan) mengenai seorang putera dari kerajaan kayangan yang turun ke bumi untuk mencari isteri yang secantik bondanya... Bonda dia dah aim satu tuan puteri ni, memang dia berkenan sesangat nak dijadikan menantu..so dia bagi lah hint2 kat puteranya..

Kesiankan, dahulukala nak cari isteri pun nak kena menyamar sampai jadi lotong (ini ejaan Malaysia).. Dibuatnya bukan tuan puteri tu yang jumpa lotong ni tapi pak samad ke? Harus lotong ni kena kerahan tenaga iaitu petik buah kelapa..haaa naya je.

Di kawasan perumahan kami, memang ada species lotong ni..aiyoo so cutee..i managed to see them late last year kat pokok rambutan jiran kami.  Bila kami cerita kat few jiran rupa2nya they had bad experience with the clan.  Mereka cakap, lotong ni kalau kita halau mereka, malam nanti siaplah, wiper tuan kereta yang halau mereka tu akan mereka patahkan, tingkap bilik akan mereka ketuk2, grill pintu akan mereka hogah2. Protes ler tu.  Ada few yang merungut, tapi bila fikir balik, patut ke kita merungut? Sebab bukan mereka yang invade our area tapi kita yang invade tempat tinggal mereka terlebih dahulu.  Alah setakat makan buah-buahan, halal kan je lah.. Tapi yang lotong ni pun satu, nak makan pun jangan lah abis satu pokok macikk oii..pastu buah tu belum masak lagi pun disebatnya..gelojoh tau..tak caya meh tenguk foto-foto yang sempat diambil..
cuba cari binatang tersembunyi ituuuu..
nampak?
dah jumpa ke belum?
tenguk betul-betul.. ada ke tak ada?
tadaaa....
sekor lagi..
lagi satu..

actually banyak kat atas pokok rambutan tu.. comel kan... alhamdullilah so far mereka tak pernah lah menganggu my place.. mungkin pasal mereka tenguk ada species berbulu lain yang turut tinggal dengan kami pun sama comel dengan mereka.  kat kawasan rumah i ni, ada macam-macam binatang liar juga lah.. ada musang pandan.. (sekali tu i nampak dia tengah meniti wire telephone.. adoiii besar and comeelll sangat-sangat), ada segerombolan babi hutan siap ada piglets sekali tu.. tapi takut lah.. yang ssstt ssstt tu pun ada gak.. kancil pun sekali sekala keluar.. 

tapiiii kalau nak tenguk yang lebih eksotik, kena pegi jauh sikit lah dari kawasan kami.. kat situ boleh jumpa lagi banyakkkk binatang liar yang geram gila kita.. macam badak air, zirapah, harimau sumatera, harimau malaya, beruang madu, tenuk aka cipan, gajah..ehhhh segala macam lah.. hehe you all knows kan where is this special place kannn...? hahahaha.. 


Tuesday, November 6, 2012

Teman Tapi Mesra MK

senang hati Hachiko sebab aunty Aidah bagi green light jadi teman tapi mesra Miki a.k.a. Minah Kaktus (mucho gracias Aidah..hehe) tapi Hachiko nak panggil Miki, MK je boleh ya..pleasee.. 

hari tu hati Hachi picah sebab tenguk MK dah ada kawan osem dari PD..wa wa wa... tapi Hachi pasrah je lah.. kena pulak ada satu reader tu pi cakap boleh..boleh blah bila Hachi minta izin nak jadi pen pal je dengan MK. kecik tau hati Hachi.. huhuhu.. tapi tak apa lah.. kat bawah ni ada lirik Hachi bagi untuk MK..boleh lah MK karaoke sama-sama kawan osem MK tu ya..(ikut irama Anak Kampung ya MK)..


 memang Hachi ini anak kucing kutip, tiada apa-apa  yang dapat diberikan
MK memang cantik, memang tidak padan dan tidak sepadan
Hachi kucing biasa, tiada sijil baka
Biasa biasa saja, memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda 
sebab ada rupa

chorus:

tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
rumahku yang ada hanyalah papan biasa
apalagi belanja mahu bayar berian kawin sama MK
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi Hachi takut hidup MK sengsara
kerna Hachi suka 

Hachi lepas MK pada kucing Osem..


tapi apa-apa pun kita tetap teman tapi mesra kan MK.. 



Hachiko ni i jumpa last year (kalau tak silap) kat depan rumah my neighbour, i think memang dia kena buang intentionally (but not by my neighbour) sebab masa tu he was so dirty penuh scabbies, fleas and bercacing.  Just imagine, masa i mandi kan dengan shampoo kutu, kutu2 dia keluar membuak-buak macam kumbang dalam cerita the Mummy tu.. and due to scabbies sure lah dia rasa pedih, apalagi he scratched me and i ended up dengan a single shot of tetanus vaccine, sakit wooo.. the vet told me anggaran usia Hachi masa tu adalah dalam 1.5 months.  i had to admit him in the hospital for 5 days as he is in a very bad condition.  actually we nearly gave him away after his treatment sebab masa tu kami dah ada 15 ekor kucing (tapi dalam hati i berdoa agar  my better half changed his mind and let him stay, sebab i memang nak kucing oren).  

on the day kami ambil, oh my! when the front office manager presented him to us, he's so adorable and kenal i....menitis airmata mak nak..huhuhu... masa dalam kereta, tetiba my better half tanya, u nak nama dia ni siapa? wa wa wa wahhhh, itu adalah signal of consent.. kena pulak sehari sebelum tu i baru lepas melalak tenguk movie Hachiko plus Hachi ni adalah male cat yang ke 8 kira coincidence sangat.. nama dia pun termaktub Hachiko-san hingga kini.

he loves to be rubbed and pat tapi tak suka kena angkat apalagi kena dukung.  pandai ambil hati. pandai sebut Naaa.. and pandai juga merengus.

tagline Hachiko adalah 'I'm a lover never a fighter' tapi sekali sekala dia lingan gak abang-abang angkat dia tu.. 





Monday, November 5, 2012

Moga2 diterima olehNya

Alhamdullilah selesai sudah my puasa qadho.. anda semua sudah ke? Kalau belum, bila lagi? Cepatan lunasin donk.. Ate tahun depan idok ler kita semua terkejor-kejor yong oiii.. Apa semua dah langsai.. Teman ler yang lambat ni ye.. Huhuhu

Alhamdullilah, sempat gak masak for berbuka, ni belum makan lagi (tapi dah minum) sebab tunggu my better half balik, huhuhu

So, apa lagi teman renung je lah lauk2 ni walaupun tekak teman dah bergelen-gelen menelan air liur walaupun teman punya lauk sempoi sesempoinya hahaha lapooo



Sayur campur telur asin bermentega


Telur dadar basil



Sotong Rex masak ala berlado



Bismillah, wanna join?

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Friday, November 2, 2012

Bruno si kucing Spy

Pagi tadi masa buka pintu rumah sebab nak pi kerja, i've been greeted by one of my kucing spy - Bruno. Lama tak nampak Bruno datang makan kat rumah kami mungkin family dia curfew kan dia kot sebab off late ni kan hujan lebat. Senang hati dapat tenguk Bruno and knowing he is well is always a pleasure.

Tapi yang pasti, tiap kali Bruno singgah makan my Cleo lah yang tak keruan. Gatal tau minah hitam manis tu.. Hish..
- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Fright Night?

Tak tau lah kenapa, these four kittens attitude semacam. Tak tau nak amik hati mereka cemana. Dah bagi tinggal dalam bungalow 3 tingkat, makan minum free flows. Maid & Butler tiap2 hari kemas their place. Apa yang tak cukup pun tak tau lah. Sejak dah besar sket ni, ehh kemain lansi nya bebudak ni ..



Tenguk ler muka si Moira mencuka je



Ni pulak Mu'ezza, buat muka syak wasangka je..



Si Benjy dengan muka angkuh tenguk maid & butler mengemas..



Tapi Mia pulak kepala angin asik nk marah aje.. Tak percaya?



Percaya lah!

Now, si Salem Sabenhagen pun dah mula buat muka problem


Jangkit ya Salem?


p.s. my niece kata these cats looks like Halloween Cats .. Ada pulak!

-Posted using BlogPress from my iPhone 4S