Friday, November 1, 2013

Hear ye, Hear ye!

Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa ahli keluarga kami ada pertambahan lagi, alhamdullillah.  Pada hari Isnin, 28hb Oktober, 2013 bersamaan 23 Zulhijjah 1434H Lily telah melahirkan 4 ekor cahayamata  yang comel, malangnya beberapa minit kemudian seekor daripada mereka telah pun pergi menemui Maha Pencipta.. kini tinggallah 3 sahaja.  Ibu dan anak-anak, alhamdullillah dalam keadaan sihat walafiat (tapi Ibu tu ada sikit eksen, asik nak menyembur je bila kita jenguk keadaan mereka di wad bersalin.


Lily: apa tenguk2 ni, nak curik ea.. nampak pancaran laser kat mata kita tak?  Laser kang baru tau!!
Pada hari Selasa, 29hb Oktober, 2013 bersamaan 24 Zulhijjah 1434H, Mu'ezza pula melahirkan 3 ekor cahayamata yang mungil.  Yang paling mengembirakan pada kelahiran kali ini, Mu'ezza telah insaf dan mahu menjaga cahayamatanya sendiri.  Syabas Mu'ezza!!  

Panas tak selalu sampai kepetang adakala hujan ditengah hari, pada hari Khamis 31hb Oktober, 2013 bersamaan 26 Zulhijjah 1434H, satu dari 3 cahayamata Mu'ezza telah dijemput pulang menemui Maha Pencipta.  Kini tinggal Mu'ezza bersama-sama dua anak-anaknya.  Moga mereka semua membesar dengan sihat, cergas dan menjadi anak-anak kucing yang comel dan cerdik.  Aamiin.

Mu'ezza: apa tenguk-tenguk ni.. tak nampak ke kita tengah bf ni? 
Anak-anak Mu'ezza secara dekat
Dengan kelahiran dari kedua-dua ibu iaitu Lily dan Mu'ezza, maka kini kami sedang menunggu kelahiran daripada Chomel (besau betul perut dia sekarang) dan our new spy cat yang kami panggil Alice.  Moga Allah permudahkan semuanya.  Aamiin.

Sekian, berita terkini mengenai kehamilan dan kelahiran.. 



8 comments:

Juls Julie80 said...

Wahh tahniahh!! jadi nenek..heheheh

lame xde anak kecik..anak bulusss :p

Dinas Aldi said...

Wah, bertambah ahli keluarga tu ha, alhamdulillah. Semoga rezeki pun bertambah murah jugak dikurniakan olehNya, amin :)

Nini D.. said...

aaaarrrrgggghhhh.....comelllll!!!!!

zard said...

juls julie,

kat rumah ni mereka tak panggil i nenek, tapi mereka panggil i = Naaa

moga2 mereka yang lahir diberi kesihatan yang baik selalu..aamiin. tak sabar nak tenguk mereka berlari-lari..hehe

zard said...

Dinas,

Alhamdullillah bertambah lagi ahli keluarga kakak. Aamiin atas doa Dinas tu.. moga Dinas serta mak Dinas sentiasa diberkati oleh Allah SWT. aamiin.

zard said...

Nini,

syyy.. sila perlahankan jeritan anda itu, bayi2 sedang tidur..hahaha.. mmg comelsss sangat Nini oiii.. ni tunggu lagi ni.. ada lagi yang belum beranak.. huhuhu

Aidah said...

Lucky you, na. Jeles sangat. I ni hanya tengok anak si Pia zadorra dari kejauhaaaan je. La ni tah mana dia bawak pindah. Dah tak de lagi kat dalam bushes tu. Tapi pagi2 pukul 6.30, Pia tetap berlari2 sambil mulut dia berleter mintak makan kat gerai nasi lemak I. I bagi sorok2 je tempat tak de kamera cctv. Frust bila ada orang yang dengki bila kita bagi makan kucing. Tak pe kan, na. Jawablah pada Allah nanti.

zard said...

Aidah, i bukan selalu bernasib baik..(nanti i cerita dlm blog sekarang my mood macam tak ada je *nanges*) alahai mana plak Pia Z bawak anak2 kecil dia tu..kesian Pia Z.. apa lah salah bagi makan kucing pun.. bukan nya kotor kucing tu.. kalau dia berak pun ala sekarang musim hujan.. dibawa dek air najis tu bersih lah.. grrr.. sabar ya Aidah..