Bila membaca entri Dinas Aldi tentang menjadi pengawas peperiksaan beso, teringat akan satu kenangan indah ketika menghadapi peperiksaan yang besoo juga.. tak perlu lah ditanya di mana atau bila.. itu rahaaaasia.. haha..
Kisah Satu
Ianya berlaku diwaktu pagi, (exam waktu pagi lah tu).. seperti biasa sebelum peperiksaan dimulakan kita semua cari tempat duduk kita mengikut angka giliran yang telah diberi. Setelah semua student duduk di tempat masing-masing, booklet peperiksaan akan diagihkan.. hyeppp tak boleh dibuka dulu.. tenung je mukasurat hadapan sahaja.. tapi as usual lah walaupun dah tua merenta tetap ada yang terteleng-teleng kepala nak ngintip soalan apa yang telah disediakan hahah
Seperti kebiasaan, sebelum peperiksaan dimulakan, Ketua Pengawas Peperiksaan akan memberi sepatah dua kata.. all the do's and don'ts ketika menjawab soalan-soalan lah.. salah satunya adalah samada matikan talian telefon bimbit yang dibawa atau padamkan suara telefon bimbit tersebut agar tidak menganggu konsentrasi penuntut-penuntut yang ada di dewan peperiksaan.. Bila Ketua Pengawas Peperiksaan tu tanya, "semua FAHAM!" serentak kami sahut, "Faham" bergema dewan peperiksaan dengan suara kami.. dah macam anak-anak sekolah je.. haha..
Peperiksaan dimulakan, setengah jam telah berlalu, wahh masing-masing dengan gaya tersendiri, ada yang relaks je menjawab.. ada yang berkerut-kerut, ada sampai senget-senget badan dan tak kurang nya yang membongkang a.k.a tidur.. suasana seperti biasa lah waktu exam.. Senyap Sunyi.. kalau jatuhkan pin sure dengar bunyi ' TING '
Tiba-tiba dalam dalam suasana yang sunyi hening itu.. terdengar dengan kuat deringan ringtone yang berbunyi gini.......
konna koto ii na
dikitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
sora wu jiyuu ni tobitai na
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
Semua penuntut tergelak besar, kerana tuan empunya handphone yang berbunyi tu adalah KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN itu sendiri.. yang epic nya lagu DORAEMON daaa.. hahaha..
6 comments:
Kahkahkahkah! Adoih sakit perut la! Kalau saya memang tak bleh tahan sure gelak sakan dalam dewan tu!
Saya pun ada kawan yg guna ringtone tu, kata dia itu lagu kegemaran anak dia, haha!
adfohhhhhhhaiiii..!!
lagu doremon yg x tahan tuu..!!!
hahahahah!!!!!!!!!
Hahaha. Kenangan paling indah zaman sekolah tu. I pulak masa trial exam SRP, jadi pilihan burung nak cicirkan seketul dua bahan kumbahannya atas bahu I. Good luck ke bad luck, tak tahulah. Tapi rasa kelakar pulak bila ingat balik. Masa kejadian tu kompom tak kelakar.
Dinas, Juls Julie & Aidah,
bila teringat kisah2 dulu2 yg lucu2 memang buat I tersengih2 sendirian.. haha.. apa gak kabar Ketua Pengawas Peperiksaan tu.. dah lah buat amaran siap guna microphone.. hahah.. aduhh.
hahahahahahahaha...lawak kak!
ingatkan kot la henpone sapa yang bunyik
Nini D,
heheh.. kini semua tinggal kenangan..
Post a Comment