Friday, December 27, 2013

Travel - Temasek (Pre-USS)

Bangun pagi 
Gosok gigi
Cuci muka
& mandi
Minum susu
Makan cereal
Pergi USS
Senang hati.. 

Kejutkan anak dara kenit ni bangun tidur tak sesusah yang disangka, mungkin sebab I have told her that we are going to USS early in the morning.

Last night they (my better-half & RZ) went out, sekali bawak balik Princess Elsa uolls..
Nak siapkan si kecik ni pun tak susah mana pun (ye lah nak pi USS cuba nak pi school mau gak lah bersoal jawab kot..haha)

waiting for Ayah Ngah to be ready - at the waiting area  near the elevator
Since awal lagi and my better-half decided to drive to the place, jalan lah pi 7-11 dulu beli tidbits untuk si kecik (baru lepas breakfast adehh)

tah apa lah si kecik ni kecek kat Ayah Ngahnya..

Maam kenit dah get ready to roll off..
From Orchard Road to Sentosa Island where USS situated tak lah berapa jauh.. i think 30 minutes drive kot.. 
tu dia taxi and segala kete bersusun masuk..
To get a parking a bit tough juga.. nasib baik datang awal pagi..

RZ & her personal photographer - tak habis dengan her PEACE sign.. haha

macam biasa yours truly always left behind.. hey guys wait up will ya!!
to be continued..





Travel - Temasek (Orchard Road)

Gosh! Sorry lamanya nak sambung tentang our short holiday kat obersi ni (bila mana pi jenjalan guna pasport tu gi obersi lah namanya) hahaha.. ok ni sambungan dari  The Arrival (boleh jenguk the link kalau mau.).

Selepas dah rehat, solat, we decided to take the RZ for jalan-jalan kat area Orchard Road.  Tak pi jauh mana pun, pi ronda kat Robinson yang seberang jalan je dari hotel yang kami duduki and Takashimaya (my better half cakap sebenarnya nama mall tu Tak Kasi Naya.. hahaha) just beside the hotel that we stayed.

Since baru lepas hujan, cuaca agak dingin sikit lah (bahahaha... tak mau kalah..nak gak dingin.. hahaha) memula kami pi cari makan dulu.. tak pi mana pun.. pi McD je.. order something different yang tak dapat beli kat tempat sendiri, Cinnamon Melts & Mighty Wings (foto-foto makanan yang kat bawah ni adalah ikhsan dari Mr. Google, yang i beli hari tu tak sempat nak snap sebab lupa kerana tangan cepat nau masukkan mereka ni ke dalam mulut dan ngap-ngap..tau-tau dah abis.. huwaaa)


lembut and gebu.. sedap betul.. *jejes air lior*

kat sini tunjuk 5 ketul je.. tapi yang i order saploh ketul.. tudia.. lapaq..
Bila perut dah berisi.. baru lah best nak jenjalan cuci mata.. 

1st mall yang kami redah adalah Robinson.. tetiba kami di arah pi beratoq, bila sampai dekat je..laaa nak suruh kami berfoto dengan atok ni.. sebab dik kesian kat atok ni.. buat i duduk atas peha dia.. mau tempang orang tua ni nanti.. i bagi je lah my lil niece to sit on his lap.. 

Beriya tok janggut putih pose, RZ tetap dengan pose tak mau tenguk camera.. duhh..  to her itu pose model.. hahaha
Oleh kerana jalan-jalan cuci mata sahaja, tak shopping apa pun.. so jenjalan kat pedestrian walk plak.. layan anak dara kecil tu.. jurugambar dia my better-half lah.. 

(Truthfully, Singapore bila part decorate untuk hari Natal memang all out, kalah London & Paris..)

Layan je lah Ayah Ngah oii.. 
view from our room at 22nd floor - Robinsons

Malam kami tak jalan ke mana pun, kena tidur awal sebab esok dah nak bangun awal untuk pi USS plak..

till later.. 

Happy Birthday My Lil Purrlings (2)


My dearest Lily & Nadim,

There couldn't be a better day
To recite a prayer and say 
May Allah SWT blessed you with health
And let you grow as a happy cat everyday

Na and Opie loves you so much my lil purlings
Happy 1st Birthday my dearest darlings.

Lily
Nadim

Thursday, December 26, 2013

Sepintas Lalu - Tugasan

Almost everyday, both of us (my better-half and myself) will have to clean our cats' places (ada 3 areas: Cage di ruang letak kereta, dalam rumah dan halaman belakang rumah).  Cage di ruang tempat letak kereta dan di dalam rumah tak banyak sangat perlu dikemaskan, few minutes dah siap, tapi kawasan di halaman belakang rumah (tak besar pun cuma bentuk L shape) agak makan masa juga.. paling cepat pun boleh habis dalam sejam.  My better-half akan mengemop, vacumm the area, isi makanan dan lap apa yang patut.  My tasks plak akan cover cleaning all litter boxes, fill the bowl with clean water and check the cats kalau-kalau ada kecederaan, perlu grooming or illness i.e. sakit mata, selsema, luka, bersihkan telinga, cuci tahi mata.. etc.. thus, itu lah exercise kami berdua setiap hari.. lencun woo keluar peluh..

Memandangkan i ni yang bertugas membersihkan jamban-jamban mereka.. so view macam ni memang lah lumrah.. saboo je lah.. hahaha..



Patchi - 4

Patchi Bustamam (yes, I officially called him by that full name - sometimes..hahaha sebab sounds like gerek seyyy haha).. Alhamdullillah berkat dari doa semua (Jazaakumullah Khairon) Patchi Bustamam bertambah sihat dan kuat makan (harap timbangan berat badannya dah ideal sebab minggu hadapan his 1st booster vaccination).  Dah pandai cari tempat makan and minum, cumaaa he still does not know how to poo and pee in the litter box properly or in other words, dia yak dan shishi mana dann je.. *tepuk dahi, tekup muka, lap airmata*

masa lepas bangun dari tidur pagi semalam - 25/12/2013 - serabai
Since yesterdaym 25/12/2013 adalah cuti perayaan Hari Natal, so I decided to potty train ini budak kicik.. for the past few days (termasuk hari yang Patchi Bustamam shishi atas I hingga lencun my baju) I noticed that he always do his 'stuff' between 10pm to 10:30pm.  So semalam, tepat jam 10 malam, I masukkan this little boy dalam litterbox budak-budak besar tu (tumpang ya Blackie, Hideki, Lady & Baby), tunggu punya tunggu, siap buat bunyi 'syyyy syyyy' tapi apa yang terjadi..  haaa nidia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Patchi Bustamam pi tidoq lah pulak.. (no worries, litterbox tu filled with clean sands, baru je keluar dari plastik)


Sebab tak sampai hati tenguk dia beriya lelap atas pasir tu, redho je lah angkat and letak dalam cage dia, ingat hati biar lah dia tidur dengan selesa.. tapi apa sudah jadi.. nidiaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masuk je dalam cage, si kecik ni terus bangun bergegas pi menjamu selera.. hadoiii kelakar betullah budak kenit ni.. apa-apa lah Patchi oiii.. Na redho je lah.. kita cuba lagi ya.. (dalam hati, dah hari ni tak yakk and shishi bila lah dia nak buat projek tu ya..???)




(p/s: memang betul dia cakap, esok iaitu pagi ni dia pi poo kat tepi kandang *tepuk dahi* but shishi we managed to put him in the litterbox and he shishi kat situ *yeayyyy palu kompang*)

Patchi Bustamam, malam ni kita cuba lagi ya sayang oii pengarang jantung gunung meletup.. hahaha.. *mintak nyawa..mintak nyawa*

Monday, December 23, 2013

Jon Jon -1

I have another lil kitten yang sebaya Patchi iaitu adik/abang Patchi yang I panggil Jon Jon.  A male kitten sangat-sangat lincah.. tak tau takut langsung.. kat belakang tu, dia satu je yang paling kecik roaming around... (yang tiga lagi masih duduk dalam cage.. itu pun dah start berkeriau nak keluar juga..)


kalau berlari tu terkedek-kedek je.. geram tenguk.. ni anak kesayangan Mu'ezza, pantang jauh sikit sure kena heret dengan maknya yang kedekut penyayang balik kat tempat mereka selalu berehat..


In sha Allah, 2 minggu lagi Patchi dan Jon Jon akan terima booster pertama lah.. harap-harap Patchi akan montel dan sihat macam Jon Jon juga.. aamiin..


Patchi - 3

Berkat doa dari semua (Jazaakumullaahu khairon) dan izin dari Allah SWT, alhamdullillah, kesihatan Patchi makin meningkat bagus.  Sekarang dia dah mula lasak sikit.. dah pandai nak lari sana sini.. walaupun penglihatan Patchi terhad tapi itu tak halang Patchi dari explore dan berkejar ke sana ke mari.. selera makan pun dah bertambah (budak ni kuat makan wooo), minum air pun dah terel.. yang masih tak pandai-pandai, shi shi dan yakkk masih lagi tidak di tempat yang sepatutnya.. any idea macamana nak asuh si kenit ni agar pi ke litter box untuk do his business.. if not selamanya kena pakai surat kabar.. (marah nanti cina surat kabar lama.. paper lama)..


Jumaat yang lepas, Patchi gave me his special "perfume" .. dia sudah kincing masa saya dukung dia.. aiyooo kuyup wooo baju kurung saya itu.. adoiii lah anak oiii... nasib sayanggggg sangat sangat..

Friday, December 20, 2013

Patchi - 2

malam tadi Patchi dah mula pandai minum sendiri.. alhamdullillah, syukur.. yeayyy.. *lambung confetti* senang sikit hati tinggalkan dia kat rumah bila kami pi kerja..


nampaknya poo dia ok cuma Patchi tak pandai nak poo kat litter box je.. nak kena train lagi ni.. pagi tadi jalan pun dah tak terhoyong hayang lagi.. nampaknya kuat semangat Patchi nak gerakkan kaki dia tu. syabas Patchi.  i think his vision is a bit ok sikit.. sebab we could see when ever we walked in front of him kiri kanan, his head pun akan gerak macam nak pandang apa kita buat.  hopefully, he could see a bit better walaupun tak dapat perfect vision.

terus usaha ya Patchi and i will never give up on you.

p/s: nampaknya tak jadi the 3 months notice, sebab penjaga neraka dunia macam okay je.. *sengih* alhamdullillah.

Thursday, December 19, 2013

Patchi - 1

Patchi dilahirkan pada 29 Oktober 2013 by Mu'ezza.  Hanya Patchi dan Jon Jon sahaja anak-anak Mu'ezza yang survived.  Ketika usia Patchi menginjak ke 1.5 bulan, I noticed something not right kat kaki belakang Patchi plus pada ketika itu Patchi masih tak mahir berjalan dengan betul berbanding Jon Jon.  Walaubagaimana pun Patchi membesar dengan baik, kecuali dia agak kurus dari Jon Jon.
beberapa hari sebelum Patchi jatuh sakit

Pada hari Jumaat malam yang lalu, I found Patchi in a very weak condition, Ya Allah, Patchi cirit birit.  Badan Patchi lemah, terus capai air zam-zam and bagi Patchi minum sedikit demi sedikit melalui syringe.  Alhamdullillah dekat 4ml Patchi minum.  Keadaan Patchi masih lemah.  My better half and I trus buat keputusan bawa Patchi ke AMC.  Dr. Shibu was on call at that time.  He ran a test, Patchi confirmed having PARVO virus and having high fever.  Patchi dimasukkan ke dalam isolation ward dan diberikan rawatan untuk membebaskan Patchi dari virus Parvo yang merbahaya tu serta pulih dari demam dan cirit birit.

Pagi esoknya, Dr. Shibu called, he told me keaadan Patchi ada perubahan tetapi amat sedikit, mereka tak berani nak beri harapan.  Dalam hati hanya mampu kirimkan zikir dan doa, mohon bantuan pada yang SATU  sahaja.  Petangnya, Dr. Shibu called and said Patchi dah mula bangun dan mau minum sendiri.. tapi makan kena force feed.. Alhamdullillah.
Patchi ketika di Isolation ward selepas 3 hari admitted
Hari Isnin 16/12/13, terima call dari Dr. Amilan pakar mata untuk haiwan, he noticed Patchi has a weird eating habit, iaitu bila Patchi makan muka akan hampir sangat kat makanannya.  Bila ujian dilakukan, mereka mendapati Patchi mengalami 'Slight Blindness' dan kaki belakang Patchi pula selepas di check, ianya tak dapat di betulkan kerana ia berkaitan dengan saraf Patchi.  Dalam hati, saya redho ya Allah.  I asked Dr. Amilan to convey the findings to Dr. Shibu, sebab I feel at ease to discuss the matter with Dr. Shibu.  That night my better-half and I went to AMC.  Dr. Shibu told us the findings sama macam yang telah di conveyed by Dr. Amilan, but Patchi health is getting better, Patchi telah disahkan bebas dari Parvo cuma dia masih perlu makan ubat antibiotik dan Dr. Amilan prescribed a medication untuk saraf matanya, moga-moga dapat membantu.

Patchi was discharged on Tuesday, 17/12/13,  nampak sangat dia keletihan, mungkin duduk di ward pastu diasingkan terlalu melelahkan.  Most of his time, he spent sleeping.  Malam tu, we prepared his place (a medium size cage) and placed it in our room.  Around 11:30 pm, nampak dia bangun dan makan, masa tu baru nampak how he fed himself.. kesian sungguh.. nak minum air pun agak susah.. Then he continued sleeping, around 12:30 am, masa tu I dah sound asleep, tiba-tiba I terdengar bunyi nyiauuu nyiauuu halus tapi bertalu-talu.. woke up and check if he needs anything, bila pi dekat and usap-usap badannya, barulah Patchi diam, sunyi kot, or Patchi praktis menyanyi hehehe.. 
Patchi selepas discharged from the hospital.
Pagi semalam, start giving balance of the ubat-ubat, nampak Patchi makin bertenaga.  Moga terus sihat ya sayang. 

Petang, sampai je kat rumah selepas pulang dari kerja, check Patchi, nampak dia terbaring diam tapi mata terbuka luas, Ya Allah jangan KAU hampakan harapan kami.. usik-usik kaki Patchi, ooo rupanya Patchi sedang rehat sambil tu menung panjang.. bila kena usik kakinya, terus dia bangun.. check kandang, nampak stool nya, looks ok.. senang sikit hati.  Kemas his place and took him to our room.

Alhamdullillah, nampak Patchi very healthy, malam tadi saja bangunkan I, empat kali.. tak apa lah asalkan Patchi tambah sihat.. aamiin.. 
foto malam tadi tampak lebih segar 
ketika Patchi buat walking exercise
Tak apa lah Patchi, entah-entah, kurang lebih tiga bulan lagi Na dah boleh jaga Patchi dari pagi hingga malam tanpa perlu pergi ke tempat kerja yang terlalu banyak kisah duka dari suka.. Nasib orang siapa yang tahu kan Patchi.. :)

Tuesday, December 17, 2013

Happy Birthday My Lil Purrlings

Cepatnya masa berlalu, dah setahun usia budak-budak lorat ni.  Dalam setahun menjaga mereka, macam-macam yang berlaku, ada suka ada duka.  Melihat mereka membesar hingga menjadi kucing yang cantik dan handsome, memang lah rahmat dari Allah SWT.

Moga Allah SWT sentiasa melindungi serta memberi kesihatan yang baik buat semua kesayangan Na.  Aamiin. Muah Muah Muah Muah Muah... 
SMITHY
DIPONEGORO
ANNIE
REESE
TUAH

Thursday, December 12, 2013

Travel - Temasek (The Arrival)

Last Friday, 6/12/2013, for the first time my better-half and I bawak budak kecik ni pi holiday, since this trip was the first for us with her, kita pi trip obersi yang paling dekat sekali, ke Pulau Temasek a.k.a. Singapore a.k.a Singapura.

As usual, when travelling, kami ni memang lah kelam kabut dan akan tergocoh-gocoh.. plan lah bagai nak rak.. tapi that's us.. sama gak lah pada hari tu, kami sepatutnya berada di  LCCT pada jam 10 pagi, tapi pada jam 9 pagi baru sampai kat AMC untuk board Annie kat ward (since she still on medication better masukkan ke wad boleh dapat pemerhatian yang rapi).  Dalam 10 - 15 minutes baru lah kami dapat keluar dari AMC, tempuh jam bagai.. at around 11.00 am baru sampai kat LCCT, makaih.. parking plak buat satu hal.. I asked my better-half to dropped us biar kami checked-in first, nasib boleh lagi.. nasib baik juga kami bertiga hanya bawa hand-luggage sahaja.  Around 11:30 am baru lah nampak my better-half masuk ke dalam LCCT, apa lagi bergegas lah kami masuk nasib boarding gate belum bukak.. i masa tu tak usah cakap lah.. dah berminyak satu badan rasanya.. tepat 12:00 noon, baru lah kami boleh masuk ke perut kapal terbang itu.. 

Wajah keceriaan..
Semasa nak flew off, the plane tu ada bunyi macam sreettt..sreettt.. hiiiikkkk hiikkk... masa tu seriau woo.. tapi doa dalam hati banyak-banyak minta Allah SWT lindungi perjalanan kami pergi dan pulang nanti..  Take off nya very smooth, the flight took 45 minutes to arrive Changi Airport.  Masa nak mendarat, banyak plak langgar air pocket.. so dah macam naik roller coaster.. my niece apalagi takut lah.. tak perlu dia, my better-half and I pun dah macam seriau amat-amat.  Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada semua penumpang-penumpang kapal terbang, walaupun tanda talipinggang telah di padamkan, bila berada ditempat duduk, sila guna talipinggang kaledar ya.. sebab bila kapal terbang melalui air pocket dan kita tak memakai talipinggang keledar, maka kita boleh melantun ke atas dan akan mengakibatkan kemalangan i.e. kepala terhantuk.

Soon after kami mendarat, kelihatan di luar keadaan Changi Airport sedang menghadapi hujan lebat.. 
RZ: "Enda Na, cemana ni.. hujannn"
RZ: "Alhamdullillah, I'm so happy we arrived  safely"

Ada something about Changi Airport, I always envy.. their decoration.  Oh, ya.. kami arrived at Terminal 2 tapi kena pergi ke Terminal 1 sebab my better-half rent a car so kena ambil di Terminal 1..(actually mereka boleh tunggu kami di Terminal 2 tapi as usual when guys yang buat arrangement begini lah hasilnya..hahah.. can't blame them.. mereka tak pandai multitasking macam kita perempuan.. hahaha)

replica of St. Petersburgh, they made it from plants and flowers..
i still remember ada one boy yang pelat akan cakap, pon bob pepen.. haha.. 
Mastryoshka dolls in giant sizes.. and that lil girl tak habis2 dgn PEACE sign nya..
and as usual, I have to be their personal mamarazi.. haishh..
Puas melayan si kenit tu merayap dalam terminal 1 and membiarkan omputih2 tu menunggu bagai nak rak.. akhirnya around 2:00 pm baru lah kami jumpa mereka (very bad of us.. bahahaha) hujan tetap lebat di luar.. selepas selesai segala urusan sign menyain kontrak dan pembayaran.. we got the car.. yeayyy..
nampak je macam nak reda..tapi takkk hujan lobek bertingkek-tingkek
Now set the destination to Mandrin Hotel situated in Orchard Road.. yeayyyy..

Masa ni dah masuk dalam central dah.. tapi biasalah berpusing-pusing..hehe..
Dari kejauhan nampak lah hotel kami..

Mandrin Hotel ni dulu adalah Meritus Hotel lepas tu jadi Meritus Mandrin Hotel dan akhirnya tinggal Mandrin Hotel as their name .. The lobby is situated at 5th floor, very nice and comfy.
The young chap in suit tu orang Islam .. lawa wooo.. I rasa dia orang timur tengah.. bagus sangat siap bagi  Assalammualaikum kat I.. 
The check-in does not took too long..within few minutes we were given the room card (without the room card kami tak boleh naik ke atas.. huhuhu sedeyy) and up we went to 22nd Floor... our room number while we were there was 2215.
Mem kecik merasmi kan kerusi..
Mem kecik dengan pose pengsan.. hadoii..
Kami berehat seketika, solat then siap-siap untuk jalan-jalan sekitar Orchard Road.. (bersambung)