Saturday, September 15, 2012

Aku Malu?

Kenapa ya, orang lain buat onar, kita tegur pastu kita yang malu sesangat?? Why? Why? Why???
Lihat foto ni dulu ...

Sila buat kawad cam ke arah wanita yang bertudung hitam, baju kaler hitam putih.. Tak nampak juga .. Ok tak apa meh tenguk secara dekat..

Inesen je muka dia kan.. Gini ceritanya .. Masa I tengah leka kat cashier tunggu nak bayar, tetiba I ternampak this woman keluarkan satu peket dari troli dan letak kat rak yang berdekatan ala rak2 yg jual segala mak nenek sweets, battery all that sorts la. Mulanya malas nak amik pot tapi bila terpandang peket yang dia letak kat situ adalah ayam, I terus senyum ikhlas (jujur ikhlas bukan senyum tiga yer) kat woman tu and perbualan ini berlaku..
Saya: u tak nak ayam tu ke?
That woman: (sengih teruja) a'ah tak nak, kenapa ya? (dlm hati: mesti minah ni nak kot)
Saya: (nada lembut, manis dan sopan sesangat sambil kedip2 mata ala2 ayu gitu walaupun masa tu belum mandi pun.. Ahahaha kantoii) kalau tak nak letak lah balik kat tempat dia nanti sayang je ayam tu busuk..
That woman: (telan air liur.. Sebab I nampak bibir dia ketap semacam) a'ah lah tu lah.. I nak pegi antar lah ok lahh...
That woman pun angkat peket ayam tu dan terus berlalu ke arah kanan..dan kembali ke cashier beberapa saat kemudian dengan muka yang amat konfiden.. Tapi I pulak tertunduk malu sampai tak sanggup memandang muka that woman nak tau kenapa? Kenapa? Kenapa? (tu bunyi effect echo)
Nak tau kenapa ya? Kepada yang pernah ke Jusco Aeon Keramat tu, tau lah dari arah cashier, tempat ayam adalah di belah kiri.. Kenapa dia pi ke kanan and that cashier tu jauhhh juga .. Awat dia pi few seconds je.. Saya tertunduk malu sebab kenapa lah ada manusia yang PEMALAS plus inconsiderate macam minah ni.. Sob sob sob .. Kan I dah maluuu..
P/s: tah mana lah dia pi park that peket ayam,
- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

No comments: