Patchi dilahirkan pada 29 Oktober 2013 by Mu'ezza. Hanya Patchi dan Jon Jon sahaja anak-anak Mu'ezza yang survived. Ketika usia Patchi menginjak ke 1.5 bulan, I noticed something not right kat kaki belakang Patchi plus pada ketika itu Patchi masih tak mahir berjalan dengan betul berbanding Jon Jon. Walaubagaimana pun Patchi membesar dengan baik, kecuali dia agak kurus dari Jon Jon.
|
beberapa hari sebelum Patchi jatuh sakit |
Pada hari Jumaat malam yang lalu, I found Patchi in a very weak condition, Ya Allah, Patchi cirit birit. Badan Patchi lemah, terus capai air zam-zam and bagi Patchi minum sedikit demi sedikit melalui syringe. Alhamdullillah dekat 4ml Patchi minum. Keadaan Patchi masih lemah. My better half and I trus buat keputusan bawa Patchi ke AMC. Dr. Shibu was on call at that time. He ran a test, Patchi confirmed having PARVO virus and having high fever. Patchi dimasukkan ke dalam isolation ward dan diberikan rawatan untuk membebaskan Patchi dari virus Parvo yang merbahaya tu serta pulih dari demam dan cirit birit.
Pagi esoknya, Dr. Shibu called, he told me keaadan Patchi ada perubahan tetapi amat sedikit, mereka tak berani nak beri harapan. Dalam hati hanya mampu kirimkan zikir dan doa, mohon bantuan pada yang SATU sahaja. Petangnya, Dr. Shibu called and said Patchi dah mula bangun dan mau minum sendiri.. tapi makan kena force feed.. Alhamdullillah.
|
Patchi ketika di Isolation ward selepas 3 hari admitted |
Hari Isnin 16/12/13, terima call dari Dr. Amilan pakar mata untuk haiwan, he noticed Patchi has a weird eating habit, iaitu bila Patchi makan muka akan hampir sangat kat makanannya. Bila ujian dilakukan, mereka mendapati Patchi mengalami 'Slight Blindness' dan kaki belakang Patchi pula selepas di check, ianya tak dapat di betulkan kerana ia berkaitan dengan saraf Patchi. Dalam hati, saya redho ya Allah. I asked Dr. Amilan to convey the findings to Dr. Shibu, sebab I feel at ease to discuss the matter with Dr. Shibu. That night my better-half and I went to AMC. Dr. Shibu told us the findings sama macam yang telah di conveyed by Dr. Amilan, but Patchi health is getting better, Patchi telah disahkan bebas dari Parvo cuma dia masih perlu makan ubat antibiotik dan Dr. Amilan prescribed a medication untuk saraf matanya, moga-moga dapat membantu.
Patchi was discharged on Tuesday, 17/12/13, nampak sangat dia keletihan, mungkin duduk di ward pastu diasingkan terlalu melelahkan. Most of his time, he spent sleeping. Malam tu, we prepared his place (a medium size cage) and placed it in our room. Around 11:30 pm, nampak dia bangun dan makan, masa tu baru nampak how he fed himself.. kesian sungguh.. nak minum air pun agak susah.. Then he continued sleeping, around 12:30 am, masa tu I dah sound asleep, tiba-tiba I terdengar bunyi nyiauuu nyiauuu halus tapi bertalu-talu.. woke up and check if he needs anything, bila pi dekat and usap-usap badannya, barulah Patchi diam, sunyi kot, or Patchi praktis menyanyi hehehe..
|
Patchi selepas discharged from the hospital. |
Pagi semalam, start giving balance of the ubat-ubat, nampak Patchi makin bertenaga. Moga terus sihat ya sayang.
Petang, sampai je kat rumah selepas pulang dari kerja, check Patchi, nampak dia terbaring diam tapi mata terbuka luas, Ya Allah jangan KAU hampakan harapan kami.. usik-usik kaki Patchi, ooo rupanya Patchi sedang rehat sambil tu menung panjang.. bila kena usik kakinya, terus dia bangun.. check kandang, nampak stool nya, looks ok.. senang sikit hati. Kemas his place and took him to our room.
Alhamdullillah, nampak Patchi very healthy, malam tadi saja bangunkan I, empat kali.. tak apa lah asalkan Patchi tambah sihat.. aamiin..
|
foto malam tadi tampak lebih segar |
|
ketika Patchi buat walking exercise |
Tak apa lah Patchi, entah-entah, kurang lebih tiga bulan lagi Na dah boleh jaga Patchi dari pagi hingga malam tanpa perlu pergi ke tempat kerja yang terlalu banyak kisah duka dari suka.. Nasib orang siapa yang tahu kan Patchi.. :)