Thursday, October 25, 2012

Kod Itam Manis Yang Stress?

this happened last week, on 17/10/2012 (yes i know stale story..tapi who cares.. so jangan banyak bunyik..hehe) masa tu i sedang menghadiri satu Meet and Eating (meeting lah tu.. biasalah kan mesyuarat mesti ada makan dan minuman..) waktu tu meeting pun dah nak wrap-up.  tiba-tiba.. kod itam manis..kod itam manis di *** kod itam manis kod itam manis di ***.   Since meeting tu pun dah abis, apalagi I pun kemas2 my things.. cepat2 minta diri.. dan terus ke lif....apa lagi nak turun ke bawah lah dengan niat nak menyibuk kat tempat kejadian sambil berdoa banyak-banyak jangan ada kejadian yang siap ada parang memarang..karang jadi lain ler pulak..

tiba-tiba mata terpandang ada dua insan yang cukup-cukup aku kenali (cewaaahh dah macam bahasa novel lah pulak) laaa ingat kan i sorang ler yang kepochi .. two of my staff pun kepochi juga.. tapi yang musykil nya tadi meeting sesama... macamana dua mamat ni boleh sampai kat tempat kejadian dengan kadar yang pantas.. hisk hisk hisk.. masa kat situ.. ramai lah yang berdiri di kiri kanan koridor macam orang nak tabur bunga rampai pun ada gak .. actually sama kepochi macam kami juga (sebenar-benarnya) tapi tak nampak apa-apa pun.. so kami pun beredar lah sebelum cctv dapat mengecam kami dan menuduh kami mengulor.. haha..

on the way ke ofis, i asked my two gentlemen.. apa yang berlaku sebab masa i sampai i nampak mereka tu mengalahkan journalist ambik scoop .. one of the gentleman tu ceita lah.. camni boss (truthfully, bila my staff panggil i boss, i rasa macam ketua samseng wanita jeeee.. macam dalam ceita Nora Zain yang di bintangi oleh Allahyarham Saadiah - alfatihah to her soul)... the customer ni, dia nak buat a test tapi dia tak ada appointment so since dia walk-in saja, mereka letak lah dia dalam senarai extra.. (extra means he/she kena tunggu jika ada kekosongan slot, sekiranya tiada langsung maka extra itu akan dibenarkan menjalani ujian selepas slot yang akhir..paham? Tak? Ok abai kan)..


Nak dijadikan cerita, customer tu datang awal and diberi queuing no. contoh: 0001 as i mentioned tadi dia takan jadi customer yg pertama untuk jalani test itu sebab customer yg dah sememang booking slot itu sampai beberapa minit selepas nya sebelum test dijalankan.



Melihat akan kejadian tersebut teruslah customer itu tidak puas hati tanpa mahu menginsafi diri bahawa dia tu hanyalah customer yang extra yang tak buat apa-apa booking langsung tapi masih dibenarkan menunggu kalau-kalau ada customer yg dah booking tapi tidak datang..so dengan secara otomatis dia boleh lh guna slot tersebut. Oleh kerana tanduk konit dah mulo tumboh maka customer itu telah bertempik 'deyyy yipediaaa.. ai yam namber une..why you allow dat man to go in first! Dis yis unferr'. Lepas tu berlaku lah kejadian pembesar suara ..pong pang pong pang..


Untuk mengelakkan amarah merebak, pengurus tempat ujian tersebut keluarlah untuk meredakan keadaan..tapi makin naik syehh pulak customer tu..siap mencarut-carut..lepas tu datang pulak consultant.. Terus customer tu macam kena rasuk, siap jerit, "you dun no me, you ting you konsaltan ai yam apred..no wayy!! Brong breng..kronggg krengg" ..lepas tu tak tau apa jadi sebab kami dah beredar dari situ..



Late evening, seperti kepochi yang tegar dapat jumpa sorang kakitangan and tanya akhirnya apa sudah jadi.. Gini jawapannya..
"Customer tu last-last terus buat stress test"
Ooo stress berat rupanya.. patutlah mulut tu macam nak minta kena cili jeee.. Heheh okay bai!

# all photos credit to monsieur Google

2 comments:

myrozza said...

apred sangatttt... sambil tangan letak kat bahu...hahaha

zard said...

haha..you better be apred hokeh because ai yam kambing bek u know! hahaha..