Friday, November 30, 2012

Crumble & Shimmering

Last Saturday (24/11/12) I attended kelas jahit manik uolls. Haha gigih betul I kheenn.. dengan jet-lag yang gaban tetap harung gak ke kelas jahit menjahit tu.

Kelas jahitan manik itu adalah atas anjuran sport club syarikat di mana my better-half bertugas. Dengan me mengantuk giler, harung lah pagi yang hujan turun mencurah-curah ke pejabat my better-half di Shah Alam. Ingatkan lambat, alhamdullilah cikgu yang akan mengajar tu caught in d rain and was stucked in d slightly massive traffic.

To cut my bebel short, kita tenguk foto occay .. Oh by the way cikgu I nama dia Cikgu Aqmal. Baik and so sabar hahaha



Masa nak mula ..



Pattern no dipanggil crumble dan shimmers



Cijgu Aqmal dengan anak2 murid dia yang serba hyper.

Ni tengah berkobar nak menjahit ni, tak sabar tunggu esok nak pi beli manik .. Bai
- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Penemuan Yang Tak Terduga


"berikan lah jawapan...huraikanlah soalan
 agar semua kan tahu 
 AKU MALUUUU"

ini lah terjadi semalam, masa tengah berkemas, tetiba budak kenit ni masuk...


tetiba terpandang tang perut.. mulut terus auto terpekik "arghhhhh tidakkkk" rupanya dalam berjaga-jaga Mu'ezza pun bunting juga.. hadoiii.. 

My better-half dengan Sherlock Holmes nya spekulasi lah, siap cakap "ni mesti kerja si Benjy ni.."

("Benjy tak bersalah pun .. takkk Benjy masih belum akil baligh lagi.. tidakkk")
i pun tak tergamak tuduh Benjy.. dia tu walaupun cengil sikit kat i tapi rasanya Benjy ni belum pun sampai masa dia.  Dalam hati berkata ni mesti onar si

(Hachiko!!)
tak pun 

(Bintang a.k.a. Bin-Bin a.k.a. Woon Joon Bin)
tapi setelah di teliti.. pakar CSI pun datang.. buat kajian..buat kiraan.. dan ingat balik peristiwa2 yang memungkin kan.. kami sebulat suara membuat kesimpulan HACHIKO lah bapa kepada anak Mu'ezza!

Hachiko, Hachiko hadoiii.. pueh ler kita sayang kat dia... cakap dia hensem.. sekali camgini plak perangai..buat malu je!!!

 Dah lah Chomel pun Hachi bunting kan.. sekarang sapa nak jawap, nanti si Chomel pun beranak kan adik si Mu'ezza, si Mu'ezza plak beranak kan cucu si Chomel.... apa nak jadi lah Hachiko oiii.. tunggang terbalik kome jadi keluarga 69!!!

Hari sabtu esok, siap lah.. Hachiko, Bintang dan Benjy sekali pi SUNAT!!! 

p/s:  My better-half dah buat keputusan veto, anak2 yang dilahirkan oleh Chomel & Mu'ezza selepas sahaja tamat tempoh penyusuan, sapa yang teringin boleh lah request.. (sure hujan lebat lah hati i nanti..wawawawa).  

Wednesday, November 28, 2012

Spy Cat - Don Diego Dela Vega

"Na, look who is here?" my better-half asked..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
well...well..well...
 I said hello Zorro...well, hello Zorro



It's so nice to have you back where you belong



You're lookin' swell, Zorro.... I can tell, Zorro



You're still glowin'... You're still crowin'.. You're still goin' strong..
hehehehe



According to my better-half, masa nak buka padlock gate tadi, Incik Zorro ni dah siap tunggu, pastu siap "Nyeow.. Meoww.. " dengan nada yang sangat manis sekali kat my better-half.  (Translation:  Assalammualaikum.. boleh masuk makan?)


Hensem dan ohsem sungguh Don Diego Dela Vega a.k.a. Zorro ni lah....sekarang dah musim hujan, duduk dendiam kat rumah.. jangan sibuk nak merayap je.. tapi kalau rindu kat I, datang je lah kat rumah ea.. nanti I gosok perut you macam hari tu..spy-cat-zorro aka romeo


p.s:  cerita tentang my trip balik ke kampung tu, I cerita lenkali je lah ye.. ada ceita 'vangang' yang I nak share.. hikhikhikhik..

Saturday, November 24, 2012

Apa kacau ni??!!

(zikir)


(Zikir)



Apasal kacau ni? Dah solat ke belum?



"Err..err.. Na nak amik wudhuk lah ni.. "

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Friday, November 23, 2012

Alhamdullilah..dah sampai..

Alhamdullilah, tepat jam 6:01 petang waktu Malaysia, MH001 yang kami naiki selamat mendarat di lapangan terbang KLIA. Sepanjang kurang lebih 12 jam perjalanan, ianya agak rough juga..banyak bumpy rides..banyak langgar awan kot.
Perjalanan pulang ni tak padat dengan penumpang, kami dapat extra seat so keseronokkan lah sebab tak bersempit.. Hehe ada yang lebih beruntung dapat extra 4 seats punyalah lapang tak payah keluar duit banyak2 duduk business or 1st class..haha (those classes the treatment different lah ahhh..well to those yang mampu..why not kan..
Masa plane took off, i was sound asleep, terjaga dah diudara, bila tanya my better half 'bila take off? Ehhh dia bagi loyar buruk punya jawapan plak 'semalam!' Pffbtt
Lepas makan supper, terus lelap balik. Nyenyak betul kali ni. Rasanya termendengkur pun ada..lantak lah...haha.. Bila terjaga, nampak kat monitor ada 4jam lebih nak sampai KL. Seronok. Tahan mata dari lelap. Tenguk movie. Pilih cerita Harry Potter, Deathly Hollow Part II. Tak lama lepas tu, they served brunch kot. Tak berani minum juices banyak2 opted for plain water je, sebab penah jadi masa balik dari Paris (1st trip) belantak minum mango juice kot (sedap sangat), nasib baik sempat sampai arrival hall, minta semua orang tunggu and I berlari ke toilet. So i learnt my lesson.
Masa nak keluar dari bahagian imigresen tu, walawehhh ramainya tunggu siap bendera and sepanduk bagai.. Siap ada pemberita.. Awat kalut ni..ohh mereka sambut wira wirawati ASEAN ..oohh bukan tunggu kita lah, I told my better half. He cebik kat I. Biasa tu!
Kami kehulur kehilir..after 30 minit baru dapat jumpa. My sister and her family came. Rindunya kat my nieces. Nearly 8pm kami sampai at our home. Was greeted by the two ladies yang duduk di porch - Belle dan Cleo. We chatted..usap2 mereka and promised to continue our chatting the next day (today).
Masuk dalam, Baby and Blackie greeted us plak. Lady looked at us curiously and lari naik tingkat atas. Hmm.. My sister and her family stayed for a while. Panas nya (chehh tak sedar diri!). Later after they went home, kami pi makan kat restoran Hidayah. Order Tembikai Laici dan Mee Goreng. Nikmat! Alhamdullilah. My better half lapar lagi, buat U turn pi cari durian. Beli dua biji (minta yang kecik je) musang king. Makan dua ulas but my better half bantai berulas-ulas..haihh..
Turned in at 12:34 am. Jaga for subuh at around 6:00am then tertidur balik and jaga at around 9:00am itu pun the three girls dah keriau kat luar bilik nak masuk. Till now I tak benarkan my eyes shut sebab takut nanti berterusan jet lag..but my better half terlelap balik. Yang peliknya kami yang letih jet lag..kenapa the three ladies beriya yang bongkang. Hadoiihh..












(Baby memang tak boleh lepas dengan youtube dia..)



- Posted using BlogPress from my new version iPad

Monday, November 19, 2012

Rindunyaaa..

Dah seminggu lebih di London, naik lenguh jalan sana-sini.  Tapi hati rindu sangat kat bebudak yang 23 orang ekor tu.  I know 18 of them are well taken care by my brother (insya Allah) terima kasih dik, tiada ole2 yang setara dengan your deeds to our felines,  hanya Allah yang dapat membalasnya, insya Allah, aaminn.  Dah lah sekarang musim hujan di KL according to my younger sister tiap2 petang hujan, the cats' den for 13 felines tu bocor pulak, sure basah je.. Hopefully none getting flu or fever.  Blackie, Baby and Lady, sure tertanya-tanya mana kami pergi, dah seminggu lebih tak nampak muka, (balik nanti sure kembang telinga dengar 'leteran' Baby mau sampai serak suara dia bertanya.  Belle dan Cleo yang duduk dalam cage di porch, mesti bosan dah lama tak dapat skipping or main tag me kat kawasan porch.  As for Chomel and 4 orang ekor anak2nya: Benjy, Mu'ezza, Moira & Mia, baru tadi I pejam mata keraskan hati serta tangan gengam dompet kuat2..sebab I call KL from London..dalam hati lantak lah berapa charges, if banyak nak kena bayar, I rela puasa.  Dapat cakap dengan Linda, Rahayu the Front Office Manager kat Vet tu, cuti.  According to Linda, mereka semua baik2 sahaja kecuali yang hitam asik angin nak marah je.  Aiyoo tu Mu'ezza lah tu.. sabar lah sayang oii.. Bukan i want to abandon all of you.  Cuma dalam setahun, bagi lah kami take a break, insya Allah tak lama lagi kami balik.  Doakan kami selamat di sini dan selamat sampai ke tanah air.  Balik nanti Na bagi treats ya. Adoii..rindunyaaa kat my furry darlings.
Sejak hari pertama sampai di sini, untuk hilangkan sikit rindu kat my little furry darlings I baca blog Kakak Cikgu, dari senyum I sengih, adakala gelak dan ada ketika I menangis.  Tau dak I dah habis all entry in that blog.  Menitis airmata bila baca tentang pemergian Abang Kevin @ Ebin & si kecil Twinkle @ Win.  Kagum dengan semangat Obi One Kenobi, he is as handsome as my Sox.  Banyak onak duri the owner of the blog and Shomey2 (that's what she calls the lots) tempuhi.  Bila baca the hardship she has to endure, rasanya 'kejian' yang pernah I terima sebab bela the 'unwanted' kucing (nanti I share lah) were not bad at all.
Okay then, my better half dah panggil I balik hotel..it's nice sitting at the Kensington Park walaupun sejuk bedi tapi ada matahari Alhamdullilah!










Monday, November 12, 2012

Balik Kampung Ho Ho

perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hati ku melonjak sama

ingin berjumpa 'Nenda Sedara'
yang selalu bermain dimata


'sejuk dingin udara dan cuaca'
langit dan tinggi bertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut gembira



balik kampung oh oh oh
balik kampung oh oh oh 
balik kampung 
hati girang


terbayang wajah 'Peter Pan yang riang'
'Sekolah Hogwarts juga tak dilupa'
'banyak tempat kan ku lawati'
'tapi Parit tetap diziarahi!!'

(credits to Mr. Google) 

# foto-foto di atas atas ehsan Inchek Google, not from my camera sebab I masih dalam perjalanan ke sana..ke sana... ke sana... doakan I selamat pergi dan selamat kembali.. Insya Allah, aaminn.

Friday, November 9, 2012

Night call

Had to rushed to our family clinic as my better half kena asthma attack. So kena buat nebuliser.

After the nebu session, alhamdullilah his lungs rasa clear tapi complaint gatal tekak nak batuk je. Haaa minum es lagi.. Kan dah hek hek hek..
Hopefully malam ni can sleep well..

Bila sampai je kat rumah, i ternampak cik adik ni



Baby tunggu kami balik ye..risau ye... Thanks so much ye Bie..

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Thursday, November 8, 2012

Tremendous Thursday

Pagi ni sekali lagi i was greeted by incik Bruno si kucing spy having breakfast at our porch.

Few days back, i gave him treat - a can of tuna with carrot (semuga terang mata incik Bruno ye).

Wahh suka dia makan, al-maklum lah treat kan lain lah threat baru lah kena cakau nanti! Hehe

Masa dia menjamu selera tu (tuna carrot) i minta my better half rub Bruno's back.... wa wa wa wa seplaisss dia tak lari laaa cuma kami dapat lihat dia stiff kan badan dia.. Mungkin his owner or orang ramai penah sakit kan dia kot tu yang Bruno tak percaya kat orang.. Lepas tu i pulak cuba.. Wahh pun tak marah.. I heart you lah Incik Bruno.

So pagi tadi bila nampak him having his morning kibbles, i felt blessed. Sebelum kami pergi, he sent us off sambil duduk di pagar.. I think his way to say have a good day to us and drive safely..


Lepas tu masa kami nak keluar ke jalan besar .. Waduh waduh waduhh ni tinggal kat kawasan perumahan ke? Kat resort ni.. Hahaha perasan sekejap..
KABUS UOLLS .. I loike! Eh.. Alhamdullilahh suka sangat2





Foto2 ini di ambil pada jam 7:12 pagi tadi.. Jadinya sila lah jeles hehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Wednesday, November 7, 2012

Blackie

I rasa I have not introduce my eldest and oldest lil darling properly kan? ok let me introduce to my beautiful Madame Blackie La Chat Noir.
(ini lah kucing hitam yang pertama i pernah bela.. yang kat belakang tu anak dia Lady)

Blackie came to our life secara tiba-tiba..iaitu dengan terberanak kat area tingkat dua rumah jiran yang tak suka kucing di mana one of Blackie's kitten terjatuh dan menangis mengeow dengan sekuat hatinya and of course I heard the tangisan sad sound anaknya yang dah kedepek kat bawah.. tapi alhamdullilah the kittens survive..

(kiri: Beau, kanan: Anna-Belle, tapi Beau hanya ada rezeki untuk hidup for 1.5 months saja)


(ni masa baru balik dari Vet, untuk dapatkan treatment for Belle, Beau accompany saja)


Blackie dah tinggal dengan kami for more than 4 years, masa kami mula-mula bela Blackie, the doctor agak her age is around 6 years old, jadinya usia Blackie now dah 10 years old lah kot..

Selama dia tinggal dengan kami, Blackie dah lahirkan 18 ekor kittens.  Tapi ada yang meninggal dan ada yang diberi pada yang meminta.  So anak-anak Blackie yang masih bersama kami tinggal adalah 13 ekor - Belle (1st Batch), Sox, Abboud, Lady, Baby (2nd Batch), Fluffy, Salem Sabenhagen, Nino, Nina, Tupai and Spacey (3rd Batch).  Ni semua gara-gara kami quite reluctant nak spayed Blackie..so ammekaw kena bela 13 anak2 dia.. LOL. But it was fun.. Lagipun Blackie tak pelokek dengan anak2 dia.  Angkat lah..main lah..dia tak kisah.  Satu lagi Blackie ni is a very dotting mommy cat.  Pernah i ternampak, dia tengah menyusukan si Baby and Sox walaupun masa tu both of them dah setahun lebih..ish..ish..ish..  Pastu, dia suka bersih2 kan anak-anak dia.. dah tua pun rajin bersihkan anak-anak tapi biasalah bila dah tua air liur pun banyaklah apa lagi lencun ler siapa yang kena jilat tu..hahaha..termasuk tangan i.. hohohoho
(ini anak2 Blackie selepas Belle dan Beau, the 2nd batch ada 6 ekor, 3 girls and 3 boys.  she delivered betul2 sehari sebelum kami pegi holiday, terpaksa ler hantar ke Vet for boarding, nasib baik tak terlepas flight..hahaha)
(ni bukan gaduh tapi Blackie tengah bergurau dengan her son Abboud, Abboud ni a very low self esteem cat..nanti lah ceita kat entri lain.. so dia selalu dapat full attention dari Blackie tapi ada juga kena pelepuk sedas dua gak from Blackie.. hehe)
(bergurau dengan Nino, anak dari her 3 batch, dapat 6 juga, 3 girls and 3 boys)

From anak-anak Blackie tu, kami dapat lagi kittens.  Ni lah padah ambik hal spay or neuter ni sambil lewa.. Apalagi bercucu lah Blackie.  Spacey kawin dengan Fluffy dapat 2 ekor kittens - April dan Edward C.  Nina kawin dengan Nino dapat 2 ekor kittens juga tapi sekor je yang hidup - Jacob B.  Tapi cucu2 dia ni adakala lansi sket..selalu buat hati Blackie terguris itu yang ada makan penampo si Blackie..huhu..

Blackie thanks for selecting us. You have given us load of joy and happiness. Stay healthy selalu ya sayang..



Lutung Kesarung

Lutung Kesarung adalah kisah hikayat (kisah dongeng lettew) dari negara Indonesia (kena sebut ni nanti tak pasal di ling ling nya nama negara kita ish ish ish sungguh tak sopan) mengenai seorang putera dari kerajaan kayangan yang turun ke bumi untuk mencari isteri yang secantik bondanya... Bonda dia dah aim satu tuan puteri ni, memang dia berkenan sesangat nak dijadikan menantu..so dia bagi lah hint2 kat puteranya..

Kesiankan, dahulukala nak cari isteri pun nak kena menyamar sampai jadi lotong (ini ejaan Malaysia).. Dibuatnya bukan tuan puteri tu yang jumpa lotong ni tapi pak samad ke? Harus lotong ni kena kerahan tenaga iaitu petik buah kelapa..haaa naya je.

Di kawasan perumahan kami, memang ada species lotong ni..aiyoo so cutee..i managed to see them late last year kat pokok rambutan jiran kami.  Bila kami cerita kat few jiran rupa2nya they had bad experience with the clan.  Mereka cakap, lotong ni kalau kita halau mereka, malam nanti siaplah, wiper tuan kereta yang halau mereka tu akan mereka patahkan, tingkap bilik akan mereka ketuk2, grill pintu akan mereka hogah2. Protes ler tu.  Ada few yang merungut, tapi bila fikir balik, patut ke kita merungut? Sebab bukan mereka yang invade our area tapi kita yang invade tempat tinggal mereka terlebih dahulu.  Alah setakat makan buah-buahan, halal kan je lah.. Tapi yang lotong ni pun satu, nak makan pun jangan lah abis satu pokok macikk oii..pastu buah tu belum masak lagi pun disebatnya..gelojoh tau..tak caya meh tenguk foto-foto yang sempat diambil..
cuba cari binatang tersembunyi ituuuu..
nampak?
dah jumpa ke belum?
tenguk betul-betul.. ada ke tak ada?
tadaaa....
sekor lagi..
lagi satu..

actually banyak kat atas pokok rambutan tu.. comel kan... alhamdullilah so far mereka tak pernah lah menganggu my place.. mungkin pasal mereka tenguk ada species berbulu lain yang turut tinggal dengan kami pun sama comel dengan mereka.  kat kawasan rumah i ni, ada macam-macam binatang liar juga lah.. ada musang pandan.. (sekali tu i nampak dia tengah meniti wire telephone.. adoiii besar and comeelll sangat-sangat), ada segerombolan babi hutan siap ada piglets sekali tu.. tapi takut lah.. yang ssstt ssstt tu pun ada gak.. kancil pun sekali sekala keluar.. 

tapiiii kalau nak tenguk yang lebih eksotik, kena pegi jauh sikit lah dari kawasan kami.. kat situ boleh jumpa lagi banyakkkk binatang liar yang geram gila kita.. macam badak air, zirapah, harimau sumatera, harimau malaya, beruang madu, tenuk aka cipan, gajah..ehhhh segala macam lah.. hehe you all knows kan where is this special place kannn...? hahahaha..