Tuesday, March 26, 2013

Corea - part 1


at 11:45 pm on 22/2/2013, I boarded the Korean Airlines, destination, Incheon International Airport, Korea.  Misi: balik kampung boipren untuk mengembalikan ingatan dikala Winter Sonata (cewahh).  tempoh penerbangan adalah kurang lebih 6 jam.  tiada apa yang istimewa masa kat dalam perut kapalterbang, kecuali perut sendiri berdondang sayang.  ingatkan flight ke Korea ada ler di bagi nya supper, rupanya idok, supper tak ada menyapa pun tidak.  apa lagi lelapkan mata ler sambil dengar lagu-lagu Korea (amik feel).  

at around 6 am something (lupa lah time tiba..tibai je lah), i arrived safely kat Incheon International Airport. everything went smoothly dibahagian immigresen.  terus menuju ke bahagian pengambilan bagasi.
Semasa nak keluar melepasi pihak kastam, mata ni tertumpu pada signage ni.. AED.  prihatin sungguh mereka ni.  KLIA, LCCT kalau tak ada, please take note, penting ni.

Lepak sebentar sementara menunggu Pemandu Pelancong tiba.. cemana gak ler rupanya ya.. 


Semasa menunggu tu, mata ni terpandang these three Korean flight attendants, aduhai kurus nya sepesen je .. masa tu semangat je balik Malaysia nanti nak usaha giat shed the excessive weight ... tapi macam biasa gymnasium angan ku musnah..haha.. motivasi tinggal motivasi.. cehh..

On my way to the vehicle, nampak lah the colours of winter.  lots of brown and whites.  since i was there nearly end of feb, snow dah jaranggg sangat turun, tapi snow masih ada yang mostly either nak cair or keras jadi ais.  yang menariknya banyak batang pepohon di balut dengan anyaman jerami, even the grasses di tutup dengan kepingan anyaman jerami, to avoid the coldness (agaknya lah)

Setelah duduk dan tali pinggang keledar dipasang, berangkat lah ke suatu tempat yang penting.. di jalanraya kereta dah mula banyak, yang pasti Korea amat menghargai kenderaan buatan negara mereka sendiri, seperti Hyundai, Ssangyong, KIA .. (itu je yang i tau..haha..my bad) 
Ini lah pemandu pelancong nya.. Shin Jeong Cheol, panggilan pendek adalah JC ataupun Opa = abang in Hangul.  he is a funny guy, knows about the Korean history very well.  Kamsa hamida Opa.

First place yang I sampai adalah tempat 'mengendap' Korea Utara.  dari tempat ni, memang lah tak jauh sangat, sebab cuma dipisahkan oleh sebatang sungai.  siapa2 yang daring boleh lah berenang je merentasi sungai tu pi Korea Utara, tapi kalau kena tembak, pepandai lah mengelak.. 
opss bayang siapa kah itu?
sayangnya kalau North Korea declare perang.. 
"aiks mana murid2 ni tak masuk kelas lagi.. nak kena ketuk ketampi ni" (ini adalah replika bilik darjah di sekolah-sekolah di Korea Utara.
Pokok kebanyakkan togel.. but the weather masa tu best yang tak best angin.. arghh.. sejukkk..

Apakah 'sidia' akan ingat? apakah? apakah?
I really respect my tour guide ni lah, beriya dia tunjukkan kami masjid besar yang terletak di Itaewon.  siap cakap, nanti boleh perform your prayer kat sini ya..  
Mari lah menuju kejayaan, Masjid Besar Seoul di Itaewon , yang slack nya ambil wudhuk jauh gak..pastu kena panjat tangga tu ..lelaki kat 1st floor, wanita di 3rd floor.. 
Sekarang menuju ke arah mencari rezeki untuk mengalas perut.. 
One of my favourite Halal restaurant - Foreign Restaurant.  Menyediakan makanan  Pakistan .  Salad kat sini sedap.

Selepas makan, perut pun dah kenyang, misi kita diteruskan ke sekolah membuat kimchi!  secara jujur, dulu bila tenguk cerita Korea, bila part mereka makan kimchi adoiii kembang-kembang tekak ni.  bila lihat cara pembuatannya secara live, homaiiii i was totally wrong.  cara pembuatannya bersih..dan yang paling penting menggunakan bahan-bahan yang halal.    yang bestnya i was given the opportunity to prepare one..  

oleh sebab pakar pembuat Kimchi ni tak reti cakap omputih, maka JC kena lah translate kan .. tak sempat nak salin the recipe, tapi yang I ingat ada serbuk cili dan serbuk ginseng.. itu je..haha.. again, my bad.
Jangan tak tau, selain ada bahan-bahan tertentu untuk perapan, cara nak mengulung Kimchi ni pun harus ada style ya.. masa tenguk senang je..bila nak buat ..terkial-kial juga lah.. hehe..

".. spread the cabbage into two portion.. "beriya JC menerangkan kat kami.
buat perapan ok lagi.. bila part nak melipat mengulung Kimchi.. adoiii sukar gak... sempat gak lah i berpeluh suam-suam.. hehe.. akhirnya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaa..!!! JC cakap my Kimchi comel je.. (uihh terus terasa nak apply for Korean PR..cesss perasan) hahah.. 


verdict tentang rasa, i don't really fancy it.. masinnn nauuu.. tapi boleh lah makan kalau dah tak ada benda nak dibuat lauk.. redha je lah..hehe


to be continued.. 


6 comments:

Dinas Aldi said...

Bestnyaaa! Pengalaman yg sangat menarik nih! Aih seronoknya dapat jalan2 lagi pi tengok budaya negara lain :)

myrozza said...

ahh.. bestnya..
kimchi tu macam sawi jeruk kot ek klu kat mesia...

zard said...

Alhamdullillah, ada rezeki lebih sikit dapat lah pi. Yang buat kakak sangkut hati di Korea ni bila the Tour Guide tu make sure kami semua dapat melakukan solat and ensure kami merasa masakan mereka yang halal.

zard said...

Gee, truthfully memang I tak makan sawi jeruk. So nak kata rasa dia sama entah lh. Yg i tau, kimchi ni masin lah, sebab dia letak sos ikan..haa baru ingat sebab org tu ckp if tak ada sos ikan boleh guna cencaluk.. Uihh bangga org Melaka you.. Hehe

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

wahhh bestnyer dpt g jenjalan..!! jelezzz..!! :p

zard said...

@wonderfurrworld, alhamdullillah rezeki Allah beri dik. Moga2 ada rezeki utk adik juga, in shaa Allah. Aaminn.