Innalillahiwaiinahirojiun. Kembali nya almarhum kepada Maha Pencipta ALLAH SWT setelah sekian lama gering. Moga ALLAH merahmati almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta mempermudahkan segala urusannya di alam barzakh serta di akhirat nanti. In sha Allah. Aamiin.
Wednesday, May 28, 2014
Teja (1 March 2014 - 23 May 2014)
Teja dilahirkan pada 1 Mac 2014, anak Lily. Teja lahir bersama-sama tiga lagi adik-beradiknya. Tak tahulah dari mana mereka adik beradik ni telah diserang dengan kutu dan fungus, ye lah all of my purrlings adalah indoors. Mempunyai bulu berwarna Tortoiseshell, DSH.
On 18 May, 2014, I decided to take her to the Vet sebab I tenguk dia tak berapa aktif and macam dehydrated. Sebelum pergi tu, sempat gak suapkan few ml air zam-zam, sambil doa moga Teja kuat untuk bertahan.
Vet beritahu, Teja telah kehilangan banyak air dari dalam badan dia and risau tenguk kutu2 yg banyak kat badan dia. Teja terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan yang lebih terperinci.
Teja tidak menunjukkan progress yang banyak ketika berada di wad, sekali sekala sahaja dia bergerak, tapi sekiranya di suapkan makan, maka barulah Teja mahu jalan-jalan, panjat kotak.. dalam hati, tak apa Teja, just kuat semangat ya sayang...
Memandangkan tempat Teja diadmit agak jauh (di Puncak Jalil Utama), tak dapatlah kami menziarahi Teja, seperti mana yang sering kami lakukan ketika Tuah, Annie, Patchi Bustamam, Abboud dan Sox masuk hospital. Rasa bersalah sangat-sangat.
Pada hari Khamis, 22 May 2014, Vet beritahu Teja dah ada sikit kemajuan, dah yakk, boleh makan sendiri, tapi cacing masih tak keluar.. Alhamdullillah hanya itu yang mampu diucapkan.. moga Teja terus berjuang.
Jumaat, 4:00 ptg, ketika hati berura-ura hendak menelefon pihak Vet untuk bertanyakan progress Teja, I received a call, "kak, saya ada berita tak gembira buat kakak.." suara di sana berkata, hati terdetik "Ya RABB, kuatkan lah hati ini.. moga Teja KAU berikan rezeki untuk bersama-sama kami di dunia ini". "Kak, maaf, Teja baru sahaja pergi tinggalkan kita, maaf ya kak". Hilang terus daya nak berkata.. cuma menzahirkan rasa redha atas ketentuan NYA.
Innalillahiwaiinahirojiun..
Teja, though your presence only for a short while
The love that we have shared shall remain in the deepest heart of mine
Moga ada izin dari AR RAHMAN, untuk kita bersama lagi..
Mati itu Pasti, Hidup In sha Allah
(Saifuddin ~ RAM)
Wednesday, May 21, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Cermin Mata
Ini last week punya cerita, sewaktu bersiap nak pergi kerja. Since I ni tak ada keberanian nak memandu kereta, so my better-half lah yang tukang hantar dan ambil i to and from work place.
Setiap kali nak pakai tudung serta anak tudung, i takan pakai cermin mata.. bila dah siap semua, last sekali baru i sarungkan cermin mata.. nak jadi cerita, pagi tu, masa nak pakai cermin mata, tetiba ehhh tak ada .. puas lah cari kat meja tepi katil tak ada.. cari atas dressing table pun tak ada.. pastu teringat.. mungkin kat area lemari TV, sebab bila nak solat, suka letak cermin mata kat situ.. ehhh, tak ada juga.. huhuhu.. then check plak kat bathroom .. pun tak ada.. haaa sudah...mana boleh buat kerja tak ada cermin mata.. adusss..
dial mobile number my better half and told him, "Opi, you ada tak nampak my cermin mata.. puas dah i cari.. tak ada lah.. " suara dah nak dekat menangis masa tu..
"tak ada i tak nampak pun.. (jawapan cliche)" jawap my better-half. "hmm tak jumpa tak apa lah.. cemana ni nak pi keje tak ada cermin mata" i bermonolog sendirian.. (cewahhh baruuuu belajarrrrr .. )
tetiba, phone berbunyi.. tenguk kat screen number my better half.. "ni sure nak cakap cepat Naaa, nanti i sampai opis lewat.. "
suka tak suka kena gak lah jawap panggilan telefon tu.. "hello, kejap lah Opi..tak jumpa lagi ni"
"Na cuba you tenguk kat meja sebelah katil i, ada tak cermin mata kat situ.. I TERPAKAI YOU PUNYA LAH.. HAHAHAHA"
chessss.. suami sapa lah agaknya tu eaaaa.. nak je ku gigit pokcik tu.. haishhhh..
Monday, May 19, 2014
Milo
first of all, Aidah maafkan i for taking Milo pic without your consent.. ni satu je..
ketika berada di dalam kenderaan dalam perjalanan ke pejabat, i received a heartbreaking news from my dearest sister Aidah, our Milo tengah tenat.. Ya Allah, tabahkan lah hati Aidah, hati kami, KAU permudahkan lah segala urusan Milo, KAU redakan kesedihan dihati adik ku itu..
a few minutes later, Aidah memberi perkhabaran yang baru, perkhabaran yang sangat mendukacitakan.. Milo telah dipanggil Yang Maha Pencipta, Allah SWT... innalilllah waiina'illahirojiun..
Milo, terima kasih di atas kenangan indah yang telah kau tinggalkan, yang pasti rindu yang akan sering bertandang.. sleep well my darling.. moga suatu ketika Allah memberi keizinan NYA untuk kita bersama kembali. In sha Allah. aamiin.
Thursday, May 8, 2014
Eksekutif Kecil
sessi interview pengambilan Eksekutif kecil yang bermata booooolattt
Hideki sekarang ni very the notty cat, tapi pandai ambil hati kami, ni belum sunat lagi ni dah gendut.. tak tau lah bila dah sunat nanti cemana boyaknya.. sekarang ni dah pandai berkelahi dengan kakak Lady.. pantang nampak kelibat Lady, memang dikejar dan diligannya sungguh-sungguh.. tapi yang herannya, muka dia yang akan luka seliang dua.. haishhh..Hideki..Hideki.. rasa nak ciummm je muka ni.. hehehehe..
Wednesday, May 7, 2014
Keputusan...
jika sudah itu takdirnya, Na akan buatkan yang terbaik buat Patchi Bustamam dan yang lelain.. at the moment, please be well and live happily darlings..
Tuesday, May 6, 2014
Tahniah!!
pada 1 Mei 2014, yang ditunggu-tunggu selamat dilahirkan. sorang lahir setelah berada dalam perut ibunya selama 40 weeks, sorang lagi lahir tercepat 4 minggu. alhamdullillah both babies are healthy and adorable.
Selamat datang wahai umat Rasullullah saw |
Baby girl with her Papa |
Baby boy with his Papa |
both parents are bff, maybe now their babies will carry on the tradition.. the baby girl was born one hour earlier tapi via C-section, whilst baby boy was from normal delivery.
Nur Aleesya Zara Binti Muhammad Zulhilmi |
Kanda Ezariff Bin Mohammad Shahriman |
Sunday, May 4, 2014
Alice + Bruno = Adele & Atielea
Remember I pernah cerita tentang Alice and Bruno, my two spy cats yang selalu datang makan kat rumah kami.. lepas tu nampak Alice ni terboyot-boyot bawak perut.. since nampak Alice memang sangat rapat dengan Bruno, so I terus gossip Alice memang dah kawin dengan Bruno.. Selepas itu, lama juga tak nampak Alice, bila Alice muncul balik .. perut dah kempis..tapi tak pernah lah Alice bawa anak-anak dia datang rumah kami.. tunggu gak..
Ni Alice sebelum pregnant, masa tu baru lepas kawin kot.. |
Until recently, yaitu a few weeks before kami berangkat ke Madinah dan Makkah, Alice bawa mula-mula sekor anaknya.. aduhh rupa sangat mirip dengan Alice.. mulanya memalu je budak kecik ni.. tapi bila dah kenal.. amboiihhh kemain manja sama macam ibunya. Macam spy cats I yang lelain, since I tak tau nama mereka.. so I dengan sesuka hati telah menamakan si kecik ni..
Selepas sehari Alice bawak Adele, tetiba dia bawa pulak sekor lagi.. yang ini punyalah pemalu and penakut ya amat!! Tapi bila dah kenal ehh sama gak manja juga.. so I namakan dia Atielea..
So now the family memang sering lah singgah makan kat rumah I.. tak apa lah sayang2 semua, ada rezeki kita kongsi2 ya..
Atielea |
Adele |
Gurau time |
The two sisters |
Saturday, May 3, 2014
Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati
Should all acquaintance be forgot
and never thought upon,
The flames of love extinguished
and fully past and gone,
Is thy sweetheart now grown so cold
that loving breast of thine,
That thou canst never once reflect
On old long syne..
On old long syne my dear
On old long syne
That thou canst never once reflect
On old long syne
(by Robert Burns)
from left: Wani, Dr. Rayney & Ogie |
Terima kasih di atas segala perkhidmatan yang telah dihulurkan, moga anda semua dilimpahi rahmat serta rezeki yang melimpah ruah daripada Ar Rahman. In sha Allah. Aamiin.
Untuk meraikan kebaikkan mereka selama berkhidmat bersama-sama kami, jabatan kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan buat mereka. Makanan telah disediakan oleh Cheritera Cafe.
Caterer: Cheritera Cafe |
Spaghetti Carbonara with sliced beef |
Grilled Stingray wrapped in Banana leaves Delicious Cheritera Baked Chicken Special Cheritera Dipping Sauce |
Sago Gula Melaka |
Seniors & Juniors digging their plates |
The girl who bid farewell |
The girls |
Ringan Tulang |
Friday, May 2, 2014
Separuh jiwaku pergi... (1 Jamadilakhir 1435H bersamaan 1 April 2014)
Masa berlalu terlalu pantas, semalam genap sebulan Ayah dijemput dengan cara yang paling indah oleh yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. Yang tinggal hanya lah rasa rindu yang mendalam di hati ini, yang dipendam secara diam, doa dan zikir dikirim sambil mengharap akan disampaikan sebagai hadiah kepada Ayah. In Sha Allah.
Pemergian ke tanah suci Makkah dan Madinah pada tahun ini adalah kejutan sekali lagi buat beliau dari kami, anak menantunya. Tidak terlintas langsung rupanya ada kejutan yang lebih besar menanti kami, ada sambutan yang meriah buat Ayah.
Ayah pergi tanpa melalui sakit yang tenat, tanpa rasa resah, tanpa rasa gundah.. wajahnya tenang, matanya tertutup rapat seakan tidur yang puas bersama bibir yang mengukir senyuman yang sering kelihatan apabila permintaannya dipenuhi.
Serasa tak jejak kaki di bumi, ketika Ina lihat Ayah tidur tanpa mahu bangun lagi. Serasa kaku segala jemari, ketika Ina perlu menandatangani watikah pelepasan agar Ayah boleh berada di bumi yang di berkati oleh Allah sentiasa. Serasa gelap seluruh alam ini bila Ina menerima ucapan takziah dari teman dan kenalan. Serasa ingin kembali ke hari esok, agar dapat puas bercerita dengan Ayah, seperti selalu kita lakukan. Bukan tidak redha, Ina sedar tak esok atau lusa, Ina pasti akan menyusul, itu memang janji Allah pada kita. Cuma rasa rindu yang teramat, buat Ina sering mencari-cari agar dapat melihat sepintas kelibat Ayah, rindu tersangat-sangat, Yah.
Masih Ina ingat lagi, ketika Ayah disolatkan, ramai jemaah lelaki mahupun wanita yang sudi melakukannya, hanya Allah sahaja yang dapat memberkati mereka. Opi bilang, ketika Ayah diusung keluar dari Masjidil Haram yang suci lagi penuh barakah itu, Subhana Allah, Maha Suci Allah, sungguh ramai yang menanti, permintaan Ayah sekali lagi ditunaikan oleh Ar-Rahim. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi dan terus memberi segala yang indah buat Ayah Ina.
Di Masjidil Haram menanti solat jenazah dimulakan.. |
Ketika keluar dari Masjidil Haram |
Menaiki van untuk ke destinasi yang terakhir.. |
Ya Allah, Kau berkati lah Ayahanda ku dan diriku.
Ya Ghaffar, Kau ampuni serta tutupilah dosa-dosa Ayahanda ku serta diriku.
Ya Mu'iz, Kau tinggikanlah darjat Ayahanda ku
Ya Muhaimin, Kau lindungilah Ayahanda ku sebagaimana beliau melindungiku ketika kecil hingga dewasa
Al Hasiib, Kau cukupkan lah segala amalan baik Ayandandaku dan diriku
Ya Rahman Ar Rahim, sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
jangan kau putuskan rasa kasihku, ingatanku serta doaku buat
Ayahandaku Abdul Rahman Bin Dalib
Moga beliau sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Mu,
Ya Rauuf.
In sha Allah.
I will always be your little sweetheart, kan Ayah? |
"Not a single day goes by
Without you in my doa..
Missing you so much, Yah"
Al- fatihah.
Thursday, May 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)