Ayah: Ina suka pergi sekolah tak? (sambil tangan beliau giat membalut buku-buku teks yang tertera untuk murid darjah satu).
Aku: Suka!
Ayah: Nanti belajar rajin-rajin tau. Jadi orang yang pandai (sambil memandang padaku tersenyum, nampak wajahnya penuh bangga.)
Ayah sangat mementingkan pelajaran. Beliau sendiri seorang 'fast learner' penuh dan sangat suka mencari ilmu pengetahuan serta keagamaan.
-----
Ayah: Dalam hidup ni Ina, harus ada cita-cita, lepas tu usaha dengan sungguh-sungguh lepas tu doa untuk kejayaan.
Kata-kata semangat ketika aku kecundang dalam peperiksaan.
----
Ayah: Kalau makanan tu tak sedap, makan sikit Ina, kalau sedap makan banyak. Jangan banyak merungut.
Pujuk Ayah bila melihat anaknya ini tak menyukai makanan yang terhidang.
----
Ayah: Ayah, tak pernah ajar anak Ayah jadi Pengecut!
'Marah' Ayah ketika melihat anaknya ini patah semangat kerana 'permainan' manusia.
----
Ayah: Ina, bila kita ingin memilih yang lawa, yang handsome, kita sendiri harus cermin diri kita samada kita ni cantik, comel..
Aku: Kejap ya Ayah (aku bingkas ke cermin muka yang ada di hall tengah rumah keluarga kami, setelah itu aku kembali mendapatkan Ayah yang sedang menanti di porch).
Ayah: Haa kenapa?
Aku: Dah Ina dah cermin dah. Rasanya Ina ni comel lah, Ayah.
Ayah: Aduh, nasib lah Ayah ada dua orang anak perempuan. Ye lah kalau dah rasa diri tu comel, pilih lah nak oii..
Nasihat Ayah dan canda anaknya ini ketika berbicara tentang masa depan ku ketika itu masih belum mendirikan rumah tangga.
----
*ting tong* loceng rumah kami berbunyi ketika itu baru lepas azan Maghrib. Ayah dalam perjalanan ke tandas untuk mengambil wudhuk. Aku pula sedang makan malam. Di luar kedengaran suara seseorang memanggil-manggil "hallo..hallo"
Ayah: Siapa pulak Maghrib-Maghrib ni hallo hallo?
Ayah keluar untuk melihat siapakah yang datang itu.
Seketika kemudian, Ayah membawa sebakul bunga ros merah yang telah digubah cantik. Tiba-tiba Ayah menyanyi "I just called to say I love you.. I just called to say how much I care.."
Aku: Nyanyi pulak.. hahaha.. bunga untuk siapa tu Ayah?
Ayah: Untuk awak lah, boyfriend awak Sophie tu kasi.. haa suka lah tu.. makan cepat lepas tu sembahyang..
Aku: hehehehe.. mesti lah sukaaa...
----
Ayah: Assalammualaikum, Ayah dapat tahu Ina tak sihat ya nak? Nak Ayah ambil bawa datang rumah Ayah? Ina dah makan?
Gusar seorang Ayah ketika anaknya ini tidak sihat.
----
Ayah: Eh, apa ni? Kalau Ina tak cukup duit, tak payah lah bagi Ayah duit.
Ina: Ayah, ambil lah. Ina dapat rezeki pun sebab Ayah selalu doakan Ina.
Ayah: Terima kasih ya. Moga Allah murahkan rezeki anak Ayah ni. Thanks sweetheart.
Iya, panggil 'Sweetheart' itu memang adalah hanya untuk anaknya ini dan gelaran 'Darling' adalah untuk adik ku, Liza.
----
Ayah: Come, meet my eldest daughter, she is my sweetheart.
Ayah suka mengenalkan anak-anaknya pada teman-teman beliau.
----
Terlalu banyak kenangan.. terlalu banyak kasih sayang yang Ayah tinggalkan. Setahun Ayah pergi, 2 kali kita tak dapat berpuasa bersama, 2 kali kita tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama, Ina rindu untuk bersalam, mengucup dahi dan pipi Ayah. Memeluk erat Ayah. 2 kali Ina tak dapat mengucapkan selamat ulangtahun kepada Ayah.
Rindu di sanubari ni tak terungkap Ayah. Tersangat rindu. Sering Ina mohon dapat bermimpi tentang Ayah.
Tiada lagi yang dapat mendengar masalah Ina dan mampu memberi nasihat yang padat dan bernas buat Ina. Tiada lagi yang ketawa pada lawak bodoh Ina.
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah kerana memberi rezeki kepada Ina dan suami untuk membawa Ayah dan Emak ke tanah suci buat pertama kali. Riak wajah Ayah ketika kami beritahu tentang kejutan itu amatlah bermakna. Seronoknya hati Ina dapat bawa Ayah ke sana. Ketika di sana, banyak keistimewaan Ayah terserlah. Alhamdullillah.
|
Ayah suka buat aksi yang lucu... |
Aku: Ayah, kami akan bawa Ayah dengan Mak buat Umrah lagi! Ayah terperanjat tak?
Aku memberitahu tentang kejutan itu buat beliau.
Ayah: Takkk pun, Ayah dah agak dah.
Ayah memang suka bercanda begitu. Ayah tersenyum lawa.
2 Minggu sebelum berangkat ke tanah suci.
|
Ayah bersama Ustaz Suhaimi |
Rupanya, pemergian Ayah kali ini adalah pemergian yang takan kembali lagi. Rupanya hasrat Ayah ketika di Umrah yang pertama, Allah makbulkan. Rupanya anak ini akan terpisah dari Ayahnya di dunia ini.
Ketika aku mendakap, mengucup dahi dan pipi Ayah buat kali terakhir, terasa fana dunia ini. Bahang di tanah suci tidak terasa, masa berlalu dah tak ku hiraukan lagi. Sampailah waktu kami harus berpisah.
|
Moga Ina dapat terus datang ke sini ziarah Ayah lagi.. |
Ayahku seorang yang tegas dan garang tetapi beliau juga seorang yang pemurah, kaya kasih sayang, dan seorang ilmuan. Moga Allah satukan kita sekeluarga di Jannah NYA. Moga kita bertemu kembali Ayah.
Ayah,
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 76. Moga Ar-Rahman menyayangi Ayah sepertimana Ayah menyayangi Ina sedari kecil hingga dewasa, Ar-Rahim kasihanilah Ayahku sepertimana Ayah mengasihani diriku ketika kecil dan sewaktu diriku sakit atau gundah. Moga Al-Ghaffar mengampunkan segala kekhilafan Ayah dan kurniakan lah Jannah MU buat Ayahanda ku. Aamiin Ya Rabbal alamin.
|
one of Ayah's way to show how much he loves and care about me. |