Showing posts with label memories; felines. Show all posts
Showing posts with label memories; felines. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Saloma (1)








Saloma ni kiranya yang paling bongsu buat ketika ni (tak tahu lah ada lagi ke idak anak2 kecik yang akan lahir nanti.. huhuhu tak apa semua tu rezeki).  Mulanya I letak nama dia Tomiichi ..tapi macam tak sesuai je.. since dia ni suka keriau.. i letak lah nama dia Saloma (kena plak baru je tenguk Astro First, Biopik Saloma) hopefully rasi dan membesar bagai johan.. bulu dia semi-long, pastu lembut je.. jap lagi Na balik.. Na nak buli Saloma ni..heheh

Thursday, July 3, 2014

Jon-Jon

jon-jon was born on 29/10/13, mulanya dia bertiga beradik, malangnya satu dari adik-beradik jon-jon tiada rezeki untuk meneruskan hidup bersama kami, maka tinggallah jon-jon dengan saudaranya yang kami beri nama patchi bustamam.

jon-jon membesar dengan sihat. seperti kittens kami yang lain, dia adalah sangat cergas, berlari kesana sini, comel dan lincah. 

malang tak berbau, tanpa ada sebarang notis, pada malam 3 ramadhan 1435 bersamaan 1/7/2014, ketika kami ketempat kucing-kucing kami untuk tujuan mengemas serta membersihkan litterbox mereka, my better-half ternampak jon-jon sedang terbaring lesu bersama lelehan darah bercampur air liur keluar dari badannya.  "na, jon-jon!" hanya itu saja yang terucap.. i rushed to the said area.. my heart stopped when i see my 'son' lying there helplessly "ya ALLAH, apa dah jadi ni.. "only that i could utter.. slowly i picked him up scared of any broken bones.. jon-jon mengerang perlahan.. dan i laid him on top of the washing machine. i checked his heart beat.. it was beating very fast.. di bibir tak putus berdoa agar ALLAH SWT panjangkan usia jon-jon.  i hugged his little body gently, to let him know he is not alone, i will always be there for him.. 2 kali jon-jon menoleh to looked at my face, gently i whispered to him, "jon-jon, mesti kuat ya, kejap je kita pegi hospital ok.. kuat ya nak".  airmata turun sederas sungai selepas hujan yang lebat..tiba-tiba.. jon-jon seperti kejang.. ketika itu mata tertoleh kearah perutnya, berombak kencang..and i know my baby can't make it.. i put my face closely towards his, and whisper to his ears "ALLAH..ALLAH..ALLAH" hanya dengan niat biar lah sakratulmaut be gentled with my little baby.. ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGASIHANI.. my wished was granted.. i see my little darling jon-jon breathe out his very last breath gently.. selepas itu segala nya seperti terhenti.. masa itulah i tahu jon-jon telah kembali kepada YANG ESA, YANG MAHA PENCIPTA segala yang berada dibumi mahupun dilangit.. 

Ya RAB, ampunkan segala salah silap ku
jika ada kekurangan dalam menjaga
makhluk indah ciptaan mu ini..
Ya RAHMAN sesungguhnya ku bersyukur atas kurniaan MU
Jon-Jon, maafkan Na jika 
hati kecil mu pernah tercalar
jika Na kurang perhatian
jika Na kurang tumpuan
tapi percayalah setiap dari kamu semua
punya hak, punya ruang di dalam 
kasih dan sayang Na
dalam hati Na..
moga ada izin dari NYA untuk kita bertemu lagi 
buah hati Na
Jon-Jon

my lil baby - Jon-Jon
Jon-Jon di belakang sekali
walaupun tak selalu bertemu tapi Jon-Jon tetap rapat dengan his only sibling
thinking of something, sayang..
my curious Jon-Jon
Jon-Jon sedang membuli Patchi Bustamam
Jon-Jon bersama Tuah
Na akan selalu ingat kat Jon-Jon tau

tidurlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

foto terakhir Jon-Jon pada malam yang malang itu

Na, Opie and all of your siblings love you always.
till we meet again 
rest well my dearest 
Jon-Jon
JON-JON (29/10/2013 - 01/07/2014)

Thursday, June 12, 2014

Hachiko -1


Foto ni di ambil selepas 7 hari Hachiko pulang dari klinik haiwan dan selepas 7 hari Hachiko rasmi jadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.. 


Selepas 3 tahun bersama kami.. tu dia anak bujang yang sihat ni.. dah pandai cari barang hilang..hahah..  Hachi..Hachi.. 


Wednesday, May 28, 2014

Merafak Takziah Kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1928 - 2014)

Innalillahiwaiinahirojiun.  Kembali nya almarhum kepada Maha Pencipta ALLAH SWT setelah sekian lama gering.  Moga ALLAH merahmati almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta mempermudahkan segala urusannya di alam barzakh serta di akhirat nanti.  In sha Allah. Aamiin.




Teja (1 March 2014 - 23 May 2014)

Teja dilahirkan pada 1 Mac 2014, anak Lily.  Teja lahir bersama-sama tiga lagi adik-beradiknya.  Tak tahulah dari mana mereka adik beradik ni telah diserang dengan kutu dan fungus, ye lah all of my purrlings adalah indoors.  Mempunyai bulu berwarna Tortoiseshell, DSH.


On 18 May, 2014, I decided to take her to the Vet sebab I tenguk dia tak berapa aktif and macam dehydrated.  Sebelum pergi tu, sempat gak suapkan few ml air zam-zam, sambil doa moga Teja kuat untuk bertahan. 

Vet beritahu, Teja telah kehilangan banyak air dari dalam badan dia and risau tenguk kutu2 yg banyak kat badan dia.  Teja terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan yang lebih terperinci.

Teja tidak menunjukkan progress yang banyak ketika berada di wad, sekali sekala sahaja dia bergerak, tapi sekiranya di suapkan makan, maka barulah Teja mahu jalan-jalan, panjat kotak.. dalam hati, tak apa Teja, just kuat semangat ya sayang...

Memandangkan tempat Teja diadmit agak jauh (di Puncak Jalil Utama), tak dapatlah kami menziarahi Teja, seperti mana yang sering kami lakukan ketika Tuah, Annie, Patchi Bustamam, Abboud dan Sox masuk hospital.  Rasa bersalah sangat-sangat.

Pada hari Khamis, 22 May 2014, Vet beritahu Teja dah ada sikit kemajuan, dah yakk, boleh makan sendiri,  tapi cacing masih tak keluar.. Alhamdullillah hanya itu yang mampu diucapkan.. moga Teja terus berjuang.

Jumaat, 4:00 ptg, ketika hati berura-ura hendak menelefon pihak Vet untuk bertanyakan progress Teja, I received a call, "kak, saya ada berita tak gembira buat kakak.." suara di sana berkata, hati terdetik "Ya RABB, kuatkan lah hati ini.. moga Teja KAU berikan rezeki untuk bersama-sama kami di dunia ini".  "Kak, maaf, Teja baru sahaja pergi tinggalkan kita, maaf ya kak". Hilang terus daya nak berkata.. cuma menzahirkan rasa redha atas ketentuan NYA.


Innalillahiwaiinahirojiun.. 
Teja, though your presence only for a short while
The love that we have shared shall remain in the deepest heart of mine

Moga ada izin dari AR RAHMAN, untuk kita bersama lagi..

Mati itu Pasti, Hidup In sha Allah
(Saifuddin ~ RAM)

Tuesday, May 20, 2014

Cermin Mata


Ini last week punya cerita, sewaktu bersiap nak pergi kerja.  Since I ni tak ada keberanian nak memandu kereta, so my better-half lah yang tukang hantar dan ambil i to and from work place.  

Setiap kali nak pakai tudung serta anak tudung, i takan pakai cermin mata.. bila dah siap semua, last sekali baru i sarungkan cermin mata.. nak jadi cerita, pagi tu, masa nak pakai cermin mata, tetiba ehhh tak ada .. puas lah cari kat meja tepi katil tak ada.. cari atas dressing table pun tak ada.. pastu teringat.. mungkin kat area lemari TV, sebab bila nak solat, suka letak cermin mata kat situ.. ehhh, tak ada juga.. huhuhu.. then check plak kat bathroom .. pun tak ada.. haaa sudah...mana boleh buat kerja tak ada cermin mata.. adusss..  
dial mobile number my better half and told him, "Opi, you ada tak nampak my cermin mata.. puas dah i cari.. tak ada lah.. " suara dah nak dekat menangis masa tu..
"tak ada i tak nampak pun.. (jawapan cliche)" jawap my better-half.  "hmm tak jumpa tak apa lah.. cemana ni nak pi keje tak ada cermin mata" i bermonolog sendirian.. (cewahhh baruuuu belajarrrrr .. )

tetiba, phone berbunyi.. tenguk kat screen number my better half.. "ni sure nak cakap cepat Naaa, nanti i sampai opis lewat.. "

suka tak suka kena gak lah jawap panggilan telefon tu.. "hello, kejap lah Opi..tak jumpa lagi ni" 


"Na cuba you tenguk kat meja sebelah katil i, ada tak cermin mata kat situ.. I TERPAKAI YOU PUNYA LAH.. HAHAHAHA" 

chessss.. suami sapa lah agaknya tu eaaaa.. nak je ku gigit pokcik tu.. haishhhh.. 

Monday, May 19, 2014

Milo

first of all, Aidah maafkan i for taking Milo pic without your consent.. ni satu je.. 


ketika berada di dalam kenderaan dalam perjalanan ke pejabat, i received a heartbreaking news from my dearest sister Aidah, our Milo tengah tenat.. Ya Allah, tabahkan lah hati Aidah, hati kami, KAU permudahkan lah segala urusan Milo, KAU redakan kesedihan dihati adik ku itu.. 


a few minutes later, Aidah memberi perkhabaran yang baru, perkhabaran yang sangat mendukacitakan.. Milo telah dipanggil Yang Maha Pencipta, Allah SWT... innalilllah waiina'illahirojiun..



Milo, terima kasih di atas kenangan indah yang telah kau tinggalkan, yang pasti rindu yang akan sering bertandang.. sleep well my darling.. moga suatu ketika Allah memberi keizinan NYA untuk kita bersama kembali.  In sha Allah. aamiin.

Thursday, May 8, 2014

Eksekutif Kecil

sessi interview pengambilan Eksekutif kecil yang bermata booooolattt



Hideki sekarang ni very the notty cat, tapi pandai ambil hati kami, ni belum sunat lagi ni dah gendut.. tak tau lah bila dah sunat nanti cemana boyaknya.. sekarang ni dah pandai berkelahi dengan kakak Lady.. pantang nampak kelibat Lady, memang dikejar dan diligannya sungguh-sungguh.. tapi yang herannya, muka dia yang akan luka seliang dua.. haishhh..Hideki..Hideki.. rasa nak ciummm je muka ni.. hehehehe.. 


Saturday, May 3, 2014

Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati


Should all acquaintance be forgot
and never thought upon,
The flames of love extinguished
and fully past and gone,
Is thy sweetheart now grown so cold
that loving breast of thine,
That thou canst never once reflect
On old long syne..

On old long syne my dear
On old long syne
That thou canst never once reflect 
On old long syne

(by Robert Burns)

from left: Wani, Dr. Rayney & Ogie
Terima kasih di atas segala perkhidmatan yang telah dihulurkan, moga anda semua dilimpahi rahmat serta rezeki yang melimpah ruah daripada Ar Rahman.  In sha Allah.  Aamiin.

Untuk meraikan kebaikkan mereka selama berkhidmat bersama-sama kami, jabatan kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan buat mereka.  Makanan telah disediakan oleh Cheritera Cafe.  
Caterer:  Cheritera Cafe
Makanan yang disediakan adalah High Tea yang berbentuk kombinasi Barat bertemu Timur.. walah.. sangat sedapppp.. sampai tak terkata semua yang menjamahnya.. senyapp je.. tau-tau dah abis..

Spaghetti Carbonara with sliced beef

Grilled Stingray wrapped in Banana leaves
Delicious Cheritera Baked Chicken
Special Cheritera Dipping Sauce

Sago Gula Melaka

Seniors & Juniors digging their plates

The girl who bid farewell

The girls

Ringan Tulang







Friday, May 2, 2014

Separuh jiwaku pergi... (1 Jamadilakhir 1435H bersamaan 1 April 2014)

Masa berlalu terlalu pantas, semalam genap sebulan Ayah dijemput dengan cara yang paling indah oleh yang Maha Pencipta, Allah S.W.T.  Yang tinggal hanya lah rasa rindu yang mendalam di hati ini, yang dipendam secara diam, doa dan zikir dikirim sambil mengharap akan disampaikan sebagai hadiah kepada Ayah.  In Sha Allah.

Pemergian ke tanah suci Makkah dan Madinah pada tahun ini adalah kejutan sekali lagi  buat beliau dari kami, anak menantunya.  Tidak terlintas langsung rupanya ada kejutan yang lebih besar menanti kami, ada sambutan yang meriah buat Ayah.

Ayah pergi tanpa melalui sakit yang tenat, tanpa rasa resah, tanpa rasa gundah.. wajahnya tenang, matanya tertutup rapat seakan tidur yang puas bersama bibir yang mengukir senyuman yang sering kelihatan apabila permintaannya dipenuhi.

Serasa tak jejak kaki di bumi, ketika Ina lihat Ayah tidur tanpa mahu bangun lagi.  Serasa kaku segala jemari, ketika Ina perlu menandatangani watikah pelepasan agar Ayah boleh berada di bumi yang di berkati oleh Allah sentiasa.  Serasa gelap seluruh alam ini bila Ina menerima ucapan takziah dari teman dan kenalan. Serasa ingin kembali ke hari esok, agar dapat puas bercerita dengan Ayah, seperti selalu kita lakukan. Bukan tidak redha, Ina sedar tak esok atau lusa, Ina pasti akan menyusul, itu memang janji Allah pada kita. Cuma rasa rindu yang teramat, buat Ina sering mencari-cari agar dapat melihat sepintas kelibat Ayah, rindu tersangat-sangat, Yah.

Masih Ina ingat lagi, ketika Ayah disolatkan, ramai jemaah lelaki mahupun wanita yang sudi melakukannya, hanya Allah sahaja yang dapat memberkati mereka.  Opi bilang, ketika Ayah diusung keluar dari Masjidil Haram yang suci lagi penuh barakah itu, Subhana Allah, Maha Suci Allah, sungguh ramai yang menanti, permintaan Ayah sekali lagi ditunaikan oleh Ar-Rahim.  Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi dan terus memberi segala yang indah buat Ayah Ina.

Di Masjidil Haram menanti solat jenazah dimulakan.. 

Ketika keluar dari Masjidil Haram
Menaiki van untuk ke destinasi yang terakhir.. 
Ya Allah, Kau berkati lah Ayahanda ku dan diriku.
  Ya Ghaffar, Kau ampuni serta tutupilah dosa-dosa Ayahanda ku serta diriku.
Ya Mu'iz, Kau tinggikanlah darjat Ayahanda ku
Ya Muhaimin, Kau lindungilah Ayahanda ku sebagaimana beliau melindungiku ketika kecil hingga dewasa
Al Hasiib, Kau cukupkan lah segala amalan baik Ayandandaku dan diriku
Ya Rahman Ar Rahim, sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
jangan kau putuskan rasa kasihku, ingatanku serta doaku buat 
Ayahandaku Abdul Rahman Bin Dalib
Moga beliau sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Mu, 
Ya Rauuf.

In sha Allah.

I will always be your little sweetheart, kan Ayah?
"Not a single day goes by
Without you in my doa..
Missing you so much, Yah"

Al- fatihah.



Thursday, February 13, 2014

Patchi - 6

walaupun Patchi Bustamam hanyalah seekor anak kucing KKU, tapi masih ada yang sudi bertanya kabar dan berkirim doa, thank you so much, budi baik anda semua hanya Allah SWT yang dapat membalasnya..

from my concern sister, thanks adik
from my dearest auntie, syukran Enda.
from my blog friend cum sister, Aidah

rupa-rupanya Patchi Bustamam tunggu cikgu dia doakan.  Alhamdullillah, Patchi Bustamam managed to performed apa yang tak boleh dilakukkannya the whole week.. moga terus sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.  aamiin.
Jazakillah Khairon cikgu!!
tak lupa Hideki yang prihatin tentang adik Patchi Bustamam nya..  

i love all of you to the moon and back.. xoxo

Patchi - 5

sejak dari hari Khamis yang lepas, 6/2/14 i noticed that Patchi Bustamam tak yakk, bila masih tak yakk pada hari Jumaat, 7/2/14 i decided to take him to PetCare Hospital (bukan tak mau bawa ke AMC, Ukay Heights, masa nak pi tu Vet tak ada).  masa siapkan Patchi Bustamam, i dapat rasa badan dia dedar je.. petanda demam tu.. alahai .. 

bila diperiksa oleh Dr. Christine, she told me Patchi B tak demam (i did told her yang Patchi B tak yakk).  she gave one shot of immune booster then prescribed kan ubat antibiotik dan immune booster syrup.

the next day tu tenguk Patchi B semi aktif.. banyak duduk je, tapi badan panas balik.. tak sedap hati.. terus decide nak bawa ke AMC, HQ kat jalan Ipoh.  Masa tu Vet yang selalu attend to Patchi B (Dr. Shibu Sulaiman) tak ada, so Patchi B was atteded by the on call Vet, Dr. Imran.  Terperanjat I bila he told me suhu badan Patchi B tinggi cecah 40 degree celcius.. dia periksa perut Patchi B and ambil darah untuk di uji takut jangkitan kuman atau serangan bakteria.  mulanya dia offer to admit Patchi B, tapi I rasa berat hati nak tinggal kan Patchi B takut tambah stress je.. so i declined the offer.  Dr. Imran prescribed a few ubat dan bagi one shot untuk turunkan suhu badan Patchi B.

petang Ahad tu, Patchi still tak yakk and nampak macam tired.  kami decided pi balik ke AMC, HQ, kali ni Vet on call adalah Dr. Ajay. Bila dia periksa suhu Patchi B, masih lagi tinggi 40.4 darjah celcius.  he suggested for another shot untuk turunkan suhu badan Patchi B, tapi i refused, sebab belum cukup 24 jam selepas injection sebelumnya.. lagi pulak dah dua hari berturut-turut Patchi B dapat shots, gerak hati i cakap jangan.  Dr. Ajay tinggikan pengambilan dosage utk melembutkan najis Patchi B, dari 0.5ml ke 1ml (pengambilan selama 3 hari sahaja) . ubat tahan sakit (pengambilan utk. 3 hari sahaja), antibiotik (pengambilan untuk 7 hari sahaja) and some other ubat untuk kuat kan sistem pertahanan tubuh Patchi B.

a bit susah bagi Patchi B ni makan ubat, few times he punctured my thumb and pointer finger.. siap berdarah bagai.. tapi pasal sayang sesangat pasrah lah.. biar lah luka asalkan Patchi sembuh dan sihat semula.  suapkan juga air zam-zam dan tak lupa doa.  sejak hari Isnin, balik kerja je..terus dukung Patchi B biar dia tidur dalam pelukan i.  tapi masa hari Isnin, agaknya terlalu panas, Patchi B sampai kena serangan mild fits. bila kena serang je, I hugged him tightly, biar dia rasa secure and calm.  Alhamdullilah, hari selasa dah tak ada serangan tu.. walaupun tak yakk, Patchi B semi aktif lah juga.. mau bangun and jalan2.. sejak hari selasa, dia dah mau makan and minum sendiri.

semalam, terharu tenguk Hideki datang dekat kat adiknya and tanya kabar.. 





Patchi Bustamam, jangan pernah mengalah ya.. Na will always love you (and others too) no matter what .. xoxo