Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Alice + Bruno = Adele & Atielea


Remember I pernah cerita tentang Alice and Bruno, my two spy cats yang selalu datang makan kat rumah kami.. lepas tu nampak Alice ni terboyot-boyot bawak perut.. since nampak Alice memang sangat rapat dengan Bruno, so I terus gossip Alice memang dah kawin dengan Bruno.. Selepas itu, lama juga tak nampak Alice, bila Alice muncul balik .. perut dah kempis..tapi tak pernah lah Alice bawa anak-anak dia datang rumah kami.. tunggu gak.. 

Ni Alice sebelum pregnant, masa tu baru lepas kawin kot..
Until recently, yaitu a few weeks before kami berangkat ke Madinah dan Makkah, Alice bawa mula-mula sekor anaknya.. aduhh rupa sangat mirip dengan Alice.. mulanya memalu je budak kecik ni.. tapi bila dah kenal.. amboiihhh kemain manja sama macam ibunya.  Macam spy cats I yang lelain, since I tak tau nama mereka.. so I dengan sesuka hati telah menamakan si kecik ni.. 


Selepas sehari Alice bawak Adele, tetiba dia bawa pulak sekor lagi.. yang ini punyalah pemalu and penakut ya amat!!  Tapi bila dah kenal ehh sama gak manja juga.. so I namakan dia Atielea.. 

So now the family memang sering lah singgah makan kat rumah I.. tak apa lah sayang2 semua, ada rezeki kita kongsi2 ya..  


Atielea

Adele

Gurau time

The two sisters






Monday, April 1, 2013

Allah Lebih Mengasihi Mu Bonda..


Sabtu petang, tiba-tiba hati jadi tak keruan, ingatkan kerana si kecil yang mungkin ketakutan dengan keadaan sekeliling yang baru.  Dalam diam cuba hanyut dalam zikir, tapi rasa itu masih lagi ada.  

Di pagi ahad, jam 10:30, kiriman sms hadir, malangnya hanya terlihat pada jam 11:26 pagi, membawa berita sedih.  Kembalinya seorang lagi kesayangan semua, iaitu Bonda kepada Aidah dijemput Maha Pencipta.  Rupanya hati yang tak keruan ada maksudnya.  Moga Allah menganugerahkan Syurga buat Bonda.  In shaa Allah, aaminn.




Buat temanku Aidah, menangis itu boleh, tapi jangan diratap, rindu itu boleh tapi jangan sampai kita menidakkan tanggungjawab kita yang masih ada didunia ini.  Sampai waktu dengan izin yang Esa, kita semua akan dipertemukan jua.  Moga-moga diwaktu itu kita semua bersama dibawah lindungan mu Ya Allah.




Pada yang sudi membaca, mohon kirimkanlah Al-Fatihah buat Bonda Aidah, hanya Allah dapat membalas budi baik anda semua. 

Monday, December 31, 2012

Mohon Doa Di Pengakhir 2012

within few hours 2012 nak pergi, I hope sesiapa yang sudi lalu lalang kat blog ni.. yang baca dalam diam (nak cakap tak ada orang baca macam bida'ah lah pulak sebab bila tenguk traffic ada puluh2 juga walaupun tak ratus ribu tapi ada gak lah orang yang nak baca or glace thru'), saya nak minta sesuatu.. yang senang sangat..boleh?  Boleh la ya.. 

saya harap sudilah kiranya menghulurkan doa ikhlas buat Puan Wok, (Aidah's mom) tolong doakan semuga penyakit yang hadir biar lah berlalu pergi agar beliau kembali sihat dan ceria.  moga Allah permudahkan segala usaha untuk melawan penyakit Puan Wok.  In shaa Allah. Aminn ya Rab.

To my friend Aidah, you pun mesti jaga kesihatan.. nanti i upload foto2 kekenits tu to boost up your mood.  Salam sayang buat your mom, pesanan buat beliau:  Saya dan kucing2 saya doakan makcik pulih seperti sedia kala.. banyak bahaso nogori tak khatam lagi ni.. (ayah saya orang Melako - Gadek/Kelomak tapi tak pandai cakap macam orang Melaka pun.. hehe)