Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Ahli Baru!!

rahmat berganda dibulan Jun 2014.  Moira telah selamat melahirkan anak-anaknya pada 25/6/2014.  kali ini Moira really take good care of them, mungkin kesal sebab tahun lepas semua anak-anaknya mati hingga Moira terpaksa menumpang kasih dengan anak-anak Mu'ezza.
anak-anak Moira, lahir pada 25/6/2014
then on 29/6/2014, ketika kami nak bersihkan tempat Moira serta anak-anak kecil nya, tiba-tiba mata ni terpandang satu makhluk kecil berdarah-darah sedang dikuis-kuis oleh Kang Ji-hwan.  "Ya ALLAH, anak Moira.. " dalam hati terus terfikir perut baby tu terburai.. sekali ternampak ianya terkuit-kuit.. amati sekali lagi.. "laaa baru lahir.. placenta mak aihhh.. ni anak sapa plak ni" sekali ternampak Mia, perut dah melayut.. ooo anak Mia ya.. pakai sarung tangan, tatang bayi yang agak sejuk itu bersama-sama tali pusat yang masih intact dengan placenta nya.. suakan ke Mia.. Mia merengus trus meninggalkan anak kecil itu pergi.. dalam hati risau "cemana ni..tali pusat pun tak potong lagi.. aduhh" masa tu juga terdengar suara my better-half berkata, "Na..look here.." sambil menunjuk ke arah dalam sebuah rumah kucing kami.. "Ya RAB, selonggok lagi .. 2 ekor babies sama juga keadaannya.. terus ambil keputusan drastik.. tali pusat kena potong.. if not susah nak selenggarakan.. i ran off to my bedroom, ambil scissors yang paling tajam, alcohol swab untuk sterilise kan gunting itu sebelum memotong. (have to do it sebab tali pusat mereka dah saling berpintal sesama sendiri..takut tercabut), dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim berserta tawakkal kepada yang ESA *sap sap sap* sebahagian tali pusat terpisah daripada placenta mereka.  dengan persetujuan my better-half, kami satukan anak-anak yang tidak dikehendaki oleh ibu mereka kedalam tempat anak-anak Moira bersama doa agar Moira dapat menerima anak-anak kecil ini..
anak-anak Mia, lahir pada 29/6/2014
syukur alhamdullillah, ketika Moira kembali ketempatnya untuk menyusukan anak-anaknya, Moira terus menerima the babie.. wahhh hati sangat suka.. 
hello my lil darling
hi sleepy baby
aren't they adorable
cuddling together
hey cutie pies
now they look very healthy and getting along fine with their other siblings. moga terus sihat dan membesar dengan jayanya. #makin besar lah ahli keluarga kami, alhamdullillah.. 

Wednesday, November 27, 2013

Code Orange Block A

Seperti yang telah diberitahu dalam 'Neraka Dunia' yang telah lalu, latihan kebakaran akan dilakukan pada 27/11/2013.  So pada jam 8:00 pagi, briefing terakhir mengenai aktiviti latihan telah di adakan di Auditorium.  Kali ini hanya Blok A sahaja yang terlibat dan senarionya akan bermula dari tingkat 4 blok A.


Tepat jam 10 pagi, amaran kecemasan telah dibunyikan, bemula dengan Code Red A4Z1, kurang lebih setengah jam barulah amaran kecemasan Code Orange untuk keseluruhan Blok A.  As instructed, pada yang terlibat haruslah evacuate their working area dan pergi menuju ke kawasan lapang tempat yang telah dikenalpasti sebagai kawasan berhimpun utama.

Sebelum siren berbunyi lampu kecil khas akan dinyalakan secara berkelip-kelip .. 
Dari blok A ke kawasan perhimpunan utama (di area Blok B) hanya makan masa 5 minit if jalan lenggang kangkung.. 

The rescue squad dari kalangan kakitangan yang ditugaskan sebagai penyelamat sebelum  BOMBA sampai
"mereka-mereka yang sempat menyelamatkan diri" sempat bagi sign PEACE uolls.. 
Acara pengiraan kakitangan yang terlibat.
Menanti arahan Code Orange Stand Down
Jika pokok ni boleh berkata-kata, mesti ia bicara begini "haishh.. dulu2 mudo2 yo den tenguk ..sekarang dah kerepot yang datang" haha..
Code Orange Stand Down
Walaupun tak berapa panas, sempat gak lah berlengas but I still find it as a fun activities.  Moga-moga Fire Drill kali ini tak gagal lagi.. Aamiin.... to the 3 BOMBA squads (from different locations) we heart you so much... psst.. lenkali boleh hantar yang kacak2 tak.. hahahahahahahah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini pulak latihan kebakaran yang dikendalikan oleh Hachiko and co.




Friday, November 1, 2013

Hear ye, Hear ye!

Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa ahli keluarga kami ada pertambahan lagi, alhamdullillah.  Pada hari Isnin, 28hb Oktober, 2013 bersamaan 23 Zulhijjah 1434H Lily telah melahirkan 4 ekor cahayamata  yang comel, malangnya beberapa minit kemudian seekor daripada mereka telah pun pergi menemui Maha Pencipta.. kini tinggallah 3 sahaja.  Ibu dan anak-anak, alhamdullillah dalam keadaan sihat walafiat (tapi Ibu tu ada sikit eksen, asik nak menyembur je bila kita jenguk keadaan mereka di wad bersalin.


Lily: apa tenguk2 ni, nak curik ea.. nampak pancaran laser kat mata kita tak?  Laser kang baru tau!!
Pada hari Selasa, 29hb Oktober, 2013 bersamaan 24 Zulhijjah 1434H, Mu'ezza pula melahirkan 3 ekor cahayamata yang mungil.  Yang paling mengembirakan pada kelahiran kali ini, Mu'ezza telah insaf dan mahu menjaga cahayamatanya sendiri.  Syabas Mu'ezza!!  

Panas tak selalu sampai kepetang adakala hujan ditengah hari, pada hari Khamis 31hb Oktober, 2013 bersamaan 26 Zulhijjah 1434H, satu dari 3 cahayamata Mu'ezza telah dijemput pulang menemui Maha Pencipta.  Kini tinggal Mu'ezza bersama-sama dua anak-anaknya.  Moga mereka semua membesar dengan sihat, cergas dan menjadi anak-anak kucing yang comel dan cerdik.  Aamiin.

Mu'ezza: apa tenguk-tenguk ni.. tak nampak ke kita tengah bf ni? 
Anak-anak Mu'ezza secara dekat
Dengan kelahiran dari kedua-dua ibu iaitu Lily dan Mu'ezza, maka kini kami sedang menunggu kelahiran daripada Chomel (besau betul perut dia sekarang) dan our new spy cat yang kami panggil Alice.  Moga Allah permudahkan semuanya.  Aamiin.

Sekian, berita terkini mengenai kehamilan dan kelahiran.. 



Monday, July 8, 2013

Menjenguk

Semalam petang lepas beli groceries and supply for the purrlings at home, we went to area Pandan to visit a friend and her purrlings at The Shomey Shayangs  The actual plan nak pi jenguk on Saturday evening, tapi ada hal lah plak.. so tangguh ke hari ahad yakni semalam lah.. nasib baik tuan punya rumah tak kemana-mana.. if not the saprais will be on me..heh heh heh..

Pegi pun tak lama, sebab kat dalam groceries bags tu ada few barang yang kena cepat2 letak dalam freezer if not pakat pakai ceduk je nanti..hahaha.. tapi kami sempat borak-borak lah cerita tentang pergolakkan dunia sekarang.. wah wah wah.. pergolakkan donia lah sangat..hahah.. tanya kabar sikit lebih nya tangan asik mengusap bebudak bawah ni.. actually she has few others but few tu dah macam daro pinggitan lah pulak.. I masuk je, mereka tegur then trus hilang membawa diri.. so tinggal ni je le yang rajin melayan.. Wawa yang memang friendly sesangat..guardiannya puas lah ceita dalam blog kata Wawa ni muka comot..sebenarnya kan TAK!!.. he is one jambus cat!! bulu dia kemain lembut, agaknya selalu buat rawatan spa  untuk fur kat rumah kot.."guna jari pun boleh"

Wawa: Na bukan bulu Wa je lembut tau, tapi Wa pandai berqasidah tauuuuuu

I: iya lah..BTW, Wa ngandung ke? hehe

Wawa:  Nak kena azan ke Na?? hmphh..
Panda: Na, kenapa uncle tu tak pelawa pun Adik naik kete  tu? Yang kat perut uncle tu bukit ke Na?

I: bukan tak mau pelawa, uncle tu pemalu ya hamattt.. oo itu bukan bukit Adik, tapi itu lah tabung tempat isi segala harta karun uncle tu.. bahahaha
Mila: hmm semalam kata nak datang, tapi tak jadi.. pastu datang hari  ni asik lah pot pet pot pet dengan Kakak Anis tu.. kata nak jumpa Mila.. ni yang I ped up ni.. 

I: aiyooo..sorry lah darling .. sebab I teruja tenguk Kakak Anis tu.. kemas je.. senyum je.. lenkali lah kita borak ya.. btw, moga kudis Mila cepat sembuh ya.. dan bagitau kat Adika tolong lah jangan makan cengkarung ke..bengkarung ke..mengkarung ke.. lenkali kalau nak makan sangat, pi lah kokak buaya DARAT ada gak lah menapaatnyaa..

Tak lama pun kat sana, kejap je macam minta api je..hahaha..well that's me.. always busy and on the run.. upon arrival to our housing estate (uihh estate ko..haha), kami ternampak kesan kejadian yang menyayat hati ni.. so we decided to go to that area.. dekat je dgn rumah kami.. 

Astaghfirullah.. kesan terbakar.. nasib baik tak melarat , kesian kat pokok2 di situ.. rasanya binatang-binatang liar pun banyak gak..moga mereka selamat..
So malam semalam, waktu my better-half kat majlis kenduri seorang jiran kami, dia sempat lah tanya what happeng? Jiran kami tu beritahu, masa dia sampai rumah dia, memang dah marak, lepas api dapat dipadam mereka pergi lah tenguk takut-takut ada kemalangan jiwa.. sekali jeng jeng jeng... mereka jumpa few passports, dompet2 .. ooo rupanya ada penjenayah dok buat port kat situ.. so they decided to call the police untuk mereka buat siasatan.. mungkin kebakaran tersebut penjenayah tu yang start, to dispose the evidence.. 

Rupanya menyimpan 1001 macam rahasia.. isk isk isk..
Anyhow, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. since the area dah gondol dek kebakaran, the people decided to tanam pohon buah-buahan.. lagipun tanah bukit sememang nya tak elok dibiarkan gondol sebab boleh mengundang musibah seperti tanah runtuh.. dari gondol meh lah kita tanam pohon buah-buahan.. I ingat nak donate pokok durian, pulasan kalau ada rambai lagi i sokaaa.. woo hoo nak pi cari nanti.. hehehe..

Lepas tenguk kejadian yang misteri serta meruntun hati itu.. kami pun pulang lah, bila tiba kat dalam bilik.. kejadian lebih mendebarkan jantung.. rupanya ada WWF sedang berlangsung.. antara nenek angkat dengan cucu angkat.. hmm sapa lagi Blackie telah diligan oleh Hideki.. 

Hideki!! udah-udah lah tu nak oiiii.. karang mau semput Blackie tu.. alahai bujang konit ni .. adehhh.. 


Friday, December 28, 2012

Kabar Gembira, Kabar Duka, 32


Dua beradik paramedik ini telah bertungkus lumus memandu ambulan sederas yang mungkin


Rhyz Zara & Rizalea

ke pusat kesihatan desa yang terdekat kerana Mu'ezza

Mu'ezza yang tengah sarat

telah menunjukkan tanda2 akan bersalin.

Alhamdullillah, kerana ibu muda ini telah berjaya melahirkan 5 ekor anak-anak yang comel cuma satu daripadanya tiada rezeki untuk hidup bersama-sama yang lain di dunia ini. Innalillahwaiinahirojiun.  (Yang telah pergi itu kami kebumikan di kawasan pengebumian sementara dan akan dikebumikan kemudian ditempat yang sesuai pada hari sabtu ini)

Inilah anak-anak yang selamat itu

2 boys 2 girls
Setelah di amati oleh Jururawat desa yang rabun jauh dekat tak tahan silau, anak-anak yang masih hidup adalah 2 boys 2 girls.

Yang sedihnya, Mu'ezza can't be bothered with the babies.. Dia sibuk nak main kejar-kejar.. Nak lepak dengan yang lain-lain kat wet kitchen. Bila sua the babies to her.. Dia boleh buat muka hairan as if she is saying "this ain't me babies, so dontcha dare shove them to me face, 'aight" uihh sekali cakap gaya Ghettho der.  Tapi can't blame her sebab she is still young to be a mother baru 8 bulan.

Yang buat terharu sesangat bila tenguk Chomel selepas keluar dari bilik dia, terus pi dekat anak-anak Mu'ezza and jilat. Bila letak dalam kotak, Chomel terus masuk and nursed them. Alhamdullillah.

Lady: "Apa??!!Mu'ezza dah bersalin, satu meninggal, innalillah wainnahirojiun"
After few attempts, suakan the babies kat Mu'ezza, tapi  Mu'ezza tetap buat tak kenal dengan her kittens even lari jejauh, so both of us buat decision to let the babies tinggal bersama Chomel, hopefully Chomel will take pity and nurse the kittens till weaning.

Bila dah pindahkan the kittens box masuk dalam bilik Chomel, Chomel terus masuk and susukan the kittens sekali lagi selepas menyusukan anak-anaknya sendiri (Mulanya kami nak campurkan anak-anak Chomel dengan anak-anak Mu'ezza tetapi memandangkan anak-anak Chomel dah besar, takut lah pulak.. Aidah nanti kita upload lagi foto2 anak-anak Chomel sure awak gerammmm sebab mereka punya mata sudah atak bukak.. hehehe)

Chomel with her own kittens
Bila mereka dah tidur,

Chomel naik ke tingkat atas untuk susukan anak-anak barunya itu sehingga kenyang dan lena


Harap-harap mereka semuanya selamat dan sihat selalu. In shaa Allah.




so with this 4 lovely kittens, my Purrlings from 28 now 32 !!!!  Alhamdullillah Ya Rahman..

(sedang berdoa agar my better-half terbuka hati untuk bela all 9kittens tu.. Aaminn.. hehehehe *grinning*)

Tuesday, December 4, 2012

Berkhatan Beramai-ramai

Long term school holidays dah tiba, wah apalagi meriahlah dengan majlis-majlis keraian especially majlis perkahwinan serta majlis berkhatan atau bersunat. I pun tak nak lah ketinggalan juga sebab ada 3 boys yang dah cukup 'haul' untuk di'sunat'kan.

Memula ingat nak buat


Kononnyalah kannn.. Nanti boleh lah panggil



"Pukul lah tabuh, pukul lah tabuh, pukul rebana" ehh silap lagu plak..lagu untuk berkhatan tak ada lah pulak..heheh

Pastu ingat nak buat berarak beramai-ramai ke rumah 'tok mudim'



Tapi memandangkan the 3 boys tu memang tak makan saman, maka kansel ini berarak dengan bunga manggar bagai. Tak pasal nanti I meroyan plak nak mengejar mereka, sebab sure mereka akan lari lintang pukang..

Pastu teringin gak lah nak ada mandi-mandi macam ni



Tapi acara ni pun kena dilupakan sebab budak2 tu memang penakut nau nak mandi..tak pa kita kensel acara ni

Pastu, terpikir plak buat acara ber'sumpuh'(enchang atas bahu) pun best gak, tapi pikir balik, sure si tukang enchang tu mesti dapat cakaran demi cakaran satu kepala dan muka plak nanti..haaa sapa nak tanggung-jawab..



So..lupakan lah saja majlis2 ni..so pada hari Sabtu yang lepas 1/12/12), I hantar je lah bebudak bertiga tu ke hospital.

Ini lah wajah-wajah mereka sebelum kami semua berangkat ke sana (tempat per'sunat'an.



"Na, Bin-Bin tak mau lah..apa salah Bin-Bin?"
"Apa salah Bin-Bin? Yang pegi spray sana sini tu kenapa? so kena 'sunat'"



"Aiks spray kasik wangi pun kena sunat ke?"
"Banyak lah kasik wangi, haring adalah pastu puas plak kita nak menyental, malu tau if orang lain bau"



"Ala, Bin-Bin janganlah risau, kejap je prosedur tu, lagi pun bagus untuk kesihatan Bin-Bin juga..tak yah sakit tekak nyanyi ala2 opera"
"Pffbbttttt...menciklah dengan Na!"



"Na, Hachi tak salah, mana ada Hachi pi spray2, tak ada pun.."
"Memang lah Hachiko tak spray2 tapi Hachi asik nak 'ligan' the girls..tenguk apa dah jadi pada Chomel dengan Mu'ezza?"



"A'ah Hachi ni, tenguk perut Mel dah boyot balik.."



"Ahh saddap you lah Mel!"



"Nanti lah Mel, your time will come..just wait and see, masa tu I nak tenguk Mel gumbira or not?"


"Na, iya ke?!!!"
"Err..err..err ..well untuk kesihatan apa salahnya kan lagipun prosedur dia lain..beranak lagi sakit kan Mel?"
"Yelah..Hachi ni pendengki lettew..



"Benjy tecik lagi lah Na..mana boleh tunat?"
"Kecik ke hapa, badan dah besar gabak dah..so memang kena sunat"



"Ala jangan takut lah Benjy, Edward dah lalui nya tak apa-apa pun..insya Allah, yakin boleh"


"Talau macam tu apa tate, Edward jelah tanti tempat Benjy ni..hmmmphh"



"Eh, banyak bunyik plak budak ni..orang nak bagi semangat..whatever lah!"

Ni plak gelagat one of my girls, sebelum pergi kami showed her the boys..
Reaksinya..adoii






CLEO KEGARITAN!!!!! Adoiii..anak... anak.. Hehehe

p/s: according to Ayu the Front Office Manager, di AMC.. Benjy dah selamat neutered semalam (alhamdullilah), after lunch hari ni, giliran Hachiko dan Bintang pulak. Moga2 dipermudahkan serta mereka semua cepatlah baik. Insya Allah, aaminn. Risau wooo..

Note: Insya Allah they will be back with us on Saturday, 8/12/12. Tolong doakan ya moga mereka baik-baik sahaja.