Showing posts with label lil darling/s. Show all posts
Showing posts with label lil darling/s. Show all posts

Monday, October 13, 2014

R Zairyn is 7 years old


Ni cerita dah berlalu few weeks ago, my eldest niece bila tiba bulan September je mula lah dia berzikir tentang  birthdaynya.  So this year tak terkecuali lah, my little sister (her mom) bagitau, masuk je September, terus lah zikir kat telinga "28hb nanti my birthday saya kan mak?" macam tahun2 sebelum nya itu lah zikirnya, tapi tahun ni ada penambahan.. memandangkan her mom tengah sarat menanti kehadiran orang baru, so birthday party tak ada lah.. akan tetapi ini budak kecik sudah buat plan sendiri.. dia pi invite kawan2 rapat di sekolah serta teman iqra dia datang rumah pada hari Ahad, 28hb September 2014.  Nasib baik ibu2 kawan2 ni pi call my sister and inquired.  Tepuk dahi lah.. hahaha.. terus lah anak dara kenit ni kena tarbiah dek maknya..  

My better-half dengar je kesayangan nya sudah kena tarbiah, trus buat plan.. dia ajak lah mereka sekeluarga ke hotel C untuk a pre-petite celebration, kami2 sahaja pada Sabtu, 27hb September 2014. So terubat lah sikit hati si kecik tu.. as for the adik, she don't really care.. as long as ada makanan, good enough for her lah.

R Zara Iman & R Zairyn semasa tunggu kami di lobby..

R Zara Iman checking the floor
On sunday tu, parent R Zairyn suprised her with the present yang dia memang ingin kan.  Apa lagi Lego.

beriya sungguh membuka
With her gift tapi birthday girl tak mandi
Tadaaa.. dah siap.. kali ni she was forced to assembled it by herself, mom dia tolong sikit2 je
Later, according to her mom, mereka bawalah the girls for birthday lunch treat.  We can't join due to unforseen reasons.  Kemain suka lah itu birthday girl.

R Zairyn told her mom, the Larva cake is super sedap.. a must to order.. amboiiihh 

See how happy R Zara Iman when comes to food.. 

The satisfied face

# untung eaaa. dapat celebrate 2 hari berturut-turut..


Happy Birthday Darling *muah*

Enda Na & Ayah Ngah ucapkan selamat hari lahir buat R Zairyn, moga membesar menjadi anak yang solehah, berbudi bahasa, taat pada ibubapa, hormat pada orang tua, pintar berjaya dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat kelak.  semuga ALLAH SWT sentiasa melindungi dan mempermudahkan segala urusan anakanda.  In sha Allah, aamiin.

Tuesday, August 12, 2014

Hachiko - 2

semalam terjadilah pergaduhan antara Hideki dan Lady, tak tau nak buat cemana lagi.  nak salahkan Hideki, masa kecik-kecik dia dulu selalu kena katok dgn Lady, so bila dia dah besar apa lagi balas dendam lah kot. semalam nampak segaris luka kat tangan Hideki.. according to my better-half, Lady pun teruk gak.. kena kokak dengan Hideki.  he told me dah macam pergaduhan yang nak membunuh *aduhh risau nya*

Hachiko ni kami bela semenjak kami jumpa dia dulu lemah di depan rumah jiran, masa tu usia dia sekitar 1.5 months.  sekarang dah besar dah banyak anak-anak dia dengan Chomel.  so far, Hachiko ni tak banyak masalah, baik je.. bila i tengah kemas their litter boxes, nanti dia lah yang rajin tunggu kat tepi i.  tak banyak kerenah, tapi most of the cats takut dengan Hachiko walaupun dia tak jarang tunjuk taiko. Na heart you, Hachiko!!

Jazz (1)

Jazz ni lahir berempat, tapi umur Teja tak panjang, so tinggallah Aman, Layla dan Jazz sendiri.  Berbanding siblings dia, Jazz ni dalam kategori kitten yang agak bagak dan badan sasa.. sangat friendly and quite cemburu bila i layan kittens yang lebih muda dari dia.  my better-half selalu cakap, Jazz ni macam rupa Alsatian.. hahaha.. ye ke?



Friday, July 4, 2014

Ahli Baru!!

rahmat berganda dibulan Jun 2014.  Moira telah selamat melahirkan anak-anaknya pada 25/6/2014.  kali ini Moira really take good care of them, mungkin kesal sebab tahun lepas semua anak-anaknya mati hingga Moira terpaksa menumpang kasih dengan anak-anak Mu'ezza.
anak-anak Moira, lahir pada 25/6/2014
then on 29/6/2014, ketika kami nak bersihkan tempat Moira serta anak-anak kecil nya, tiba-tiba mata ni terpandang satu makhluk kecil berdarah-darah sedang dikuis-kuis oleh Kang Ji-hwan.  "Ya ALLAH, anak Moira.. " dalam hati terus terfikir perut baby tu terburai.. sekali ternampak ianya terkuit-kuit.. amati sekali lagi.. "laaa baru lahir.. placenta mak aihhh.. ni anak sapa plak ni" sekali ternampak Mia, perut dah melayut.. ooo anak Mia ya.. pakai sarung tangan, tatang bayi yang agak sejuk itu bersama-sama tali pusat yang masih intact dengan placenta nya.. suakan ke Mia.. Mia merengus trus meninggalkan anak kecil itu pergi.. dalam hati risau "cemana ni..tali pusat pun tak potong lagi.. aduhh" masa tu juga terdengar suara my better-half berkata, "Na..look here.." sambil menunjuk ke arah dalam sebuah rumah kucing kami.. "Ya RAB, selonggok lagi .. 2 ekor babies sama juga keadaannya.. terus ambil keputusan drastik.. tali pusat kena potong.. if not susah nak selenggarakan.. i ran off to my bedroom, ambil scissors yang paling tajam, alcohol swab untuk sterilise kan gunting itu sebelum memotong. (have to do it sebab tali pusat mereka dah saling berpintal sesama sendiri..takut tercabut), dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim berserta tawakkal kepada yang ESA *sap sap sap* sebahagian tali pusat terpisah daripada placenta mereka.  dengan persetujuan my better-half, kami satukan anak-anak yang tidak dikehendaki oleh ibu mereka kedalam tempat anak-anak Moira bersama doa agar Moira dapat menerima anak-anak kecil ini..
anak-anak Mia, lahir pada 29/6/2014
syukur alhamdullillah, ketika Moira kembali ketempatnya untuk menyusukan anak-anaknya, Moira terus menerima the babie.. wahhh hati sangat suka.. 
hello my lil darling
hi sleepy baby
aren't they adorable
cuddling together
hey cutie pies
now they look very healthy and getting along fine with their other siblings. moga terus sihat dan membesar dengan jayanya. #makin besar lah ahli keluarga kami, alhamdullillah.. 

Saturday, June 14, 2014

Adele - 2


Last Sunday kami bawa Adele ke AMC, Jalan Ipoh for wound review, Vet on Call adalah Dr. Imran.  I shown him the gauze yang i ganti kemarin tu melekat kat kulit Adele and i tak berani nak remove.. huhuhu.. Dr. Imran terus cakap.. not too worry.. dia sapunya alcohol kot.. ehhh kojap yo tanggal.. pastu dia buat dressing.. ada luka2 sebab Adele kerap mengaruk.. adehhh.. 

Luka jahitan according to Dr. Imran healing very well.. can be opened within few days .. I tanya dia.. can I bring her on Saturday or Sunday, sebab hari tu je yang kami ada masa.. Dr. Imran cakap as long as on the stipulated day or after the stipulated day.. not too worry.. i angguk..dalam hati terus cakap "wokeh veres"

Adele dah makin sihat sekarang.. makan pun kuat, minum pun kuat.. verakk kincin pun vagusss.. cuma dia belum gemuk lagi..hehe.. tapi manja kemain.. bagi makan ubat sangat senang.. Baby macam berbulus je tenguk dia ni.. sebab Adele suka beriba .. siap lentok2 lagi .. So far tak ada masalah bela Adele ni.. if she can get along with the others.. mungkin Adele can live with us.. tapi kalau tak.. I think would be better if Adele be with someone yang boleh concentrate on her alone.. tapi malas nak fikir tu semua dulu.. biarlah dulu.. 

Adele lepas makan ubat..

Adele: Na .. Adele boleh makan chicken chop ke?


Friday, June 13, 2014

Lost & Found Story

Alice and her new offsprings
"eh..ini Alice ni, cuba you tenguk", my better-half tunjuk photo yang di atas kepada I.. patutlah dah beberapa hari Alice tak terboyot2 datang makan kat rumah kami.. rupanya dia dah melahirkan kat one of my jiran's house.  He posted the news in their Whatsapps group.. tanya ada tak sesapa yang hilang kucing.. on top of that.. kat store dia pun ada anak2 kucing yang telah ditinggalkan oleh ibu mereka, yang dia sendiri tak tau macamana budak2 kecik ni boleh masuk.. 

sian momot jeee..
Alhamdullillah, a day after, our neighbour tu posted another great news.. Alice and the babies dah ada yang adopt.. and the two lil kittens pun telah ada adopter .. our jiran yang berbangsa Tionghua yang suka berkaraoke tu.. wahhh memalam boleh lah awak berdua join berkaraoke dgn guardian baru awak.. hahahaha.. 

Moga mereka semua hidup dengan selesa selepas ini.. in sha Allah. aamiin.

Thursday, June 12, 2014

Hachiko -1


Foto ni di ambil selepas 7 hari Hachiko pulang dari klinik haiwan dan selepas 7 hari Hachiko rasmi jadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.. 


Selepas 3 tahun bersama kami.. tu dia anak bujang yang sihat ni.. dah pandai cari barang hilang..hahah..  Hachi..Hachi.. 


Monday, June 2, 2014

Adele


Adele is one of the stray kittens or I fondly called them as my Spy Kitten/Cat yang datang ke rumah kami untuk makan2, minum2 dan lepak2.  Adele ni adalah anak kepada Alice and Bruno.  Adele ada another siblings yang I namakan Atielea.  Oh yes, all of the spy cats atau spy kittens yang sering datang makan/minum/lepak akan I beri nama sebab senang nak panggil mereka.  Since I named their mom as Alice, so I thought better namakan her two girls with names yang bermula dengan huruf A. 

Adele ni mula-mula je penakut... once you dukung dia, she will extra friendly a.k.a. manja teramat.  She followed her mom's features - Berbulu Separa Panjang (Domestic Semi-Long Hair - DSLH) dan berwarna Tabby.  

My better-half and I always saw her and her sibling Atielea plays at one of our neighbour's house, so we thought "ohh.. that jiran has took a liking to these two adorable babies and adopted them" in fact ada one day, anak jiran tu datang and ambil Atielea semasa I was playing with Atielea, siap cakap, "ini kucing saya" tapi bila tanya sapa nama kucing awak ni? the girl jawab, "tak tau" so i told her.. the kitten's name is Atielea". The little girl nodded and off she went home with a wide smile on her face.. suka lettew.. hahaha

Adele

Adele bergurau dengan Atielea

Adele & Atielea

Adele
Langit tak selalu cerah, panas adakala tak sampai ke petang (cewahh) ..  after Adele and Atielea dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa tak datang makan2, minum2 mahupun lepak2..  tetiba pada malam 25/5/2014 (Ahad) a week ago, Adele mengiow sayu je di depan pintu pagar kami, masa tu I was like helping my better-half unloading items from the car.  I tenguk she was so thin and looks like she is a bit ill.. rasa badannya.. alahai susutnya.. asked her to come in.. longlai je langkah dia masuk.. cepat2 masuk.. and took a small cup of air Zam2 and a bit of wetfood.. sambil riba bagi dia minum Zam2 and suap wetfood.. sikit je yang Adele lalu telan.  Masa tu hati terdetik nak bawa ke 24hrs Veterinary Hospital (sebab masa tu dah malam.. klinik biasa utk binatang dah tutup) tapi apakan daya, kena lah tanya my better-half .. tapi takut suggestion itu akan di reject.. sure I melalak nanti.. so tahan lah hati doa banyak-banyak agar Allah SWT kuat kan semangat juang Adele agar lawan sakit yang dia hidapi.

Pagi Isnin (26/5/2014), masa dalam kereta nak pegi kerja (yes, my better-half yang hantar and ambil I pi and balik dari kerja) tetiba my better-half cakap, "if she still around (referring to Adele), kita bawa dia pi hospital" dalam hati..wahhh berbunga-bunga sakura.. terus doa lagi..moga2 Adele bertahan dan tunggu di rumah sampai kami balik.. 

Sepulangnya kami dari kerja malam tu, Adele sedang tunggu kami di depan gate dengan wajah yang lesu dan sayu, seperti yang dijanjikan oleh my better-half, selepas solat Isyak, kami pun bergegas ke AMC. 

Adele di periksa oleh Dr. Vasim (hensem macam aktor Bollywood.. hehehe sempattt), masa tu perasan yang dileher Adele macam bengkak sebelah.. bila Dr. Vasim tekan, agak lembik.. bila dicucuk dengan syringe dan ditarik keluar.. aduhhh nanah..alahai anak.. kesiannya...mengikut kata Dr. Vasim, bengkak dan nanah tersebut does not happened overnight.. ini bermaksud Adele dah menderita mungkin dalam seminggu lebih.. aduhh.. Adele.. She was warded sebab telah kehilangan banyak air dan boleh memungkinkan dia mengalami shock jika air tidak dimasukkan secepat mungkin.. Nanah yang bertakung kemungkinan akan di keluarkan pada keesokkan harinya.. Dr. Vasim check for parvo.. alhamdullillah negative.. My better-half paid the estimated cost plus emergency registration fees .. alhamdullillah..

Esoknya I received from Dr. James, telling me that Adele red blood cells are very low.. kena masuk darah dalam 30ml.  Since her red blood cells are very low, mereka tak berani nak sedate Adele untuk keluarkan nanah yang bertakung, takut Adele tak boleh nak bertahan.  Selepas waktu pejabat, we went to visit Adele,  mulanya dia lemah je.. kami usap2 badan Adele yang kurus.. she meowed softly.. 

Adele ketika menerima darah
Hari keesokkannya (hari Rabu, 28/5/14),  Dr. Ajas called and informed Adele will undergo the procedure untuk keluarkan nanahnya pada petang hari.  Dr. Ajas beritahu, selepas kami pulang dari jenguk Adele, macam we lifted up her spirit.. terus Adele nak makan, nampak ceria sikit.. if not kata Dr. Ajas, gerak2 pun tak mahu.. makan minum kena force je.. 

Nanah yang telah dikeluarkan adalah dalam 20ml, Adele dalam keadaan yang baik..Dr. Ajas kata she is a fighter!

Semalam, Adele telah di discaj dari hospital..now on antibiotic selama 10hari.. and makan supplement folic asid selama 30 hari .. being an outdoor kitten, duduk dalam cage amat lah membosan kan.. tak percaya.. hari pertama pulang je dah komplen ini minah.. 

Adele: Miciiii.. tenapa matanan taye tikittttt... lapooo
Misi: lepas makan ubat .. baru boleh tambah ya mak incik..

Adele: errkkk ubat.. alaaaa.. bagi wedput je tudah lah.. ubat tak yah lah.. 
Harap2 Adele betah dengan layanan kami...kemungkinan selepas Adele sihat .. kami terpaksa put Adele for adoption.. but at the moment Adele kami akan jaga dulu hingga pulih.. hmmmmmmmmmmmmmmm

Wednesday, May 28, 2014

Teja (1 March 2014 - 23 May 2014)

Teja dilahirkan pada 1 Mac 2014, anak Lily.  Teja lahir bersama-sama tiga lagi adik-beradiknya.  Tak tahulah dari mana mereka adik beradik ni telah diserang dengan kutu dan fungus, ye lah all of my purrlings adalah indoors.  Mempunyai bulu berwarna Tortoiseshell, DSH.


On 18 May, 2014, I decided to take her to the Vet sebab I tenguk dia tak berapa aktif and macam dehydrated.  Sebelum pergi tu, sempat gak suapkan few ml air zam-zam, sambil doa moga Teja kuat untuk bertahan. 

Vet beritahu, Teja telah kehilangan banyak air dari dalam badan dia and risau tenguk kutu2 yg banyak kat badan dia.  Teja terpaksa dimasukkan ke wad untuk pemantauan yang lebih terperinci.

Teja tidak menunjukkan progress yang banyak ketika berada di wad, sekali sekala sahaja dia bergerak, tapi sekiranya di suapkan makan, maka barulah Teja mahu jalan-jalan, panjat kotak.. dalam hati, tak apa Teja, just kuat semangat ya sayang...

Memandangkan tempat Teja diadmit agak jauh (di Puncak Jalil Utama), tak dapatlah kami menziarahi Teja, seperti mana yang sering kami lakukan ketika Tuah, Annie, Patchi Bustamam, Abboud dan Sox masuk hospital.  Rasa bersalah sangat-sangat.

Pada hari Khamis, 22 May 2014, Vet beritahu Teja dah ada sikit kemajuan, dah yakk, boleh makan sendiri,  tapi cacing masih tak keluar.. Alhamdullillah hanya itu yang mampu diucapkan.. moga Teja terus berjuang.

Jumaat, 4:00 ptg, ketika hati berura-ura hendak menelefon pihak Vet untuk bertanyakan progress Teja, I received a call, "kak, saya ada berita tak gembira buat kakak.." suara di sana berkata, hati terdetik "Ya RABB, kuatkan lah hati ini.. moga Teja KAU berikan rezeki untuk bersama-sama kami di dunia ini".  "Kak, maaf, Teja baru sahaja pergi tinggalkan kita, maaf ya kak". Hilang terus daya nak berkata.. cuma menzahirkan rasa redha atas ketentuan NYA.


Innalillahiwaiinahirojiun.. 
Teja, though your presence only for a short while
The love that we have shared shall remain in the deepest heart of mine

Moga ada izin dari AR RAHMAN, untuk kita bersama lagi..

Mati itu Pasti, Hidup In sha Allah
(Saifuddin ~ RAM)

Monday, May 19, 2014

Milo

first of all, Aidah maafkan i for taking Milo pic without your consent.. ni satu je.. 


ketika berada di dalam kenderaan dalam perjalanan ke pejabat, i received a heartbreaking news from my dearest sister Aidah, our Milo tengah tenat.. Ya Allah, tabahkan lah hati Aidah, hati kami, KAU permudahkan lah segala urusan Milo, KAU redakan kesedihan dihati adik ku itu.. 


a few minutes later, Aidah memberi perkhabaran yang baru, perkhabaran yang sangat mendukacitakan.. Milo telah dipanggil Yang Maha Pencipta, Allah SWT... innalilllah waiina'illahirojiun..



Milo, terima kasih di atas kenangan indah yang telah kau tinggalkan, yang pasti rindu yang akan sering bertandang.. sleep well my darling.. moga suatu ketika Allah memberi keizinan NYA untuk kita bersama kembali.  In sha Allah. aamiin.

Thursday, May 8, 2014

Eksekutif Kecil

sessi interview pengambilan Eksekutif kecil yang bermata booooolattt



Hideki sekarang ni very the notty cat, tapi pandai ambil hati kami, ni belum sunat lagi ni dah gendut.. tak tau lah bila dah sunat nanti cemana boyaknya.. sekarang ni dah pandai berkelahi dengan kakak Lady.. pantang nampak kelibat Lady, memang dikejar dan diligannya sungguh-sungguh.. tapi yang herannya, muka dia yang akan luka seliang dua.. haishhh..Hideki..Hideki.. rasa nak ciummm je muka ni.. hehehehe.. 


Wednesday, May 7, 2014

Keputusan...





jika sudah itu takdirnya, Na akan buatkan yang terbaik buat Patchi Bustamam dan yang lelain.. at the moment, please be well and live happily darlings..


Tuesday, May 6, 2014

Tahniah!!

pada 1 Mei 2014, yang ditunggu-tunggu selamat dilahirkan.  sorang lahir setelah berada dalam perut ibunya selama 40 weeks, sorang lagi lahir tercepat 4 minggu.  alhamdullillah both babies are healthy and adorable.

Selamat datang wahai umat Rasullullah saw

Baby girl with her Papa

Baby boy with his Papa
both parents are bff, maybe now their babies will carry on the tradition.. the baby girl was born one hour earlier tapi via C-section, whilst baby boy was from normal delivery.


Nur Aleesya Zara Binti Muhammad Zulhilmi

Kanda Ezariff Bin Mohammad Shahriman
moga both of them will grow up jadi anak-anak yang bertakwa kepada Allah S.W.T., kasih kepada Rasullullah saw, taat kepada ibubapa dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.  in sha Allah. aamiin.