Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati


Should all acquaintance be forgot
and never thought upon,
The flames of love extinguished
and fully past and gone,
Is thy sweetheart now grown so cold
that loving breast of thine,
That thou canst never once reflect
On old long syne..

On old long syne my dear
On old long syne
That thou canst never once reflect 
On old long syne

(by Robert Burns)

from left: Wani, Dr. Rayney & Ogie
Terima kasih di atas segala perkhidmatan yang telah dihulurkan, moga anda semua dilimpahi rahmat serta rezeki yang melimpah ruah daripada Ar Rahman.  In sha Allah.  Aamiin.

Untuk meraikan kebaikkan mereka selama berkhidmat bersama-sama kami, jabatan kami telah mengadakan jamuan kecil-kecilan buat mereka.  Makanan telah disediakan oleh Cheritera Cafe.  
Caterer:  Cheritera Cafe
Makanan yang disediakan adalah High Tea yang berbentuk kombinasi Barat bertemu Timur.. walah.. sangat sedapppp.. sampai tak terkata semua yang menjamahnya.. senyapp je.. tau-tau dah abis..

Spaghetti Carbonara with sliced beef

Grilled Stingray wrapped in Banana leaves
Delicious Cheritera Baked Chicken
Special Cheritera Dipping Sauce

Sago Gula Melaka

Seniors & Juniors digging their plates

The girl who bid farewell

The girls

Ringan Tulang







Wednesday, September 18, 2013

Bila Angin 'R' Berhembus...fooh fooh fooh

Since hari Isnin yang baru lepas ni cuti sempena Hari Malaysia, cuaca plak best semacam je.. mood R plak datang.. maka apalagi, I pun turun pi dapur and *tadaaaaaaaaaaaaaa* mari kita memasak.. 

Dah lamaaaaaa tak makan hati ayam.. so I decided buat hati ayam goreng cili bersama asparagus.. 


Then for the second dish, I buat Sup Tulang Chef Wan, wahh dah lamaaa gak tak enjoy this sup.. slurrpp slurrpp..


Memandang siang dah makan dengan nasi bagai..so malam kita makan ciput lah.. tapi still with the soup (penat wehhh masak sensorang, rasa nak tanggal pinggang hehe) kita makan dengan roti..nom nom nom..

roti tak yah letak lah ea.. beli kat kedai runcit je..hehe..



Thursday, September 12, 2013

Lauk Mak, Amukan Di Malam Hari

Alhamdullillah.. semalam Mak kirim lauk lagi.. sekali masa nak hidang..Ya Allah, bercucuran airmata bila memandang pinggan.. ada lauk peberettttt.. Sotong Masak Dakwat uolls!! (to be honest la.. the one yang Mak buat rasa dia lain sikit dari yang Aruah Atok buat tapi dah nama peberet..wallop je lah.. dan bersyukurr)

Sebab tak menegok lauk apa yang Mak kirim, maka tertanak (tertanak, boleh??) nasi 1 1/4 pot je.. sebab kat rumah I ni, kalau tanak se pot tak cukup lah.. tanak 1 1/2 pot sure ada lebih ..so malam tadi decide 1 1/4 pot .. sekali ini lauk sudah mari.. haaa.. terkulat-kulat lah teman ni.. adehh tenguk gambo ni pun asik telan-telan air lior ..

Sotong Masak Dakwat
Rebung ni dibeli di Giant.. kat packing dia tertulis Rebung Madu.. tapi tak maniss punn..hehe
Ikan Goreng Bawal Putih
Air Vimto! Terima Kasih ya Adik..
Tanpa berlengah masa lagi, mari lah kita menjamu seleraaaaa...


Lepas selesai makan malam, kemas serba sedikit dan membasuh pinggan mangkuk serta mengucapkan Alhamdullillah ke atas rezeki yang Allah kurnia kan.. maka kami pun berbondong-bondong lah (wahh ayattt..) naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat Isyak.. Since my better- half ada sesuatu yang dia kena attend dulu.. he asked me to perform my solah first.

Masa I selesai, my better-half ngadu that Lady sudah bagi penampo kat Hideki, kalau biasa-biasa tak apa gak.. ni siap keluar kuku.. ni yang menaikkan darah Na ni.. (for those yang tak familiar dengan senario keluarga purrlings kami.. let me brief once again.. yang tinggal bersama-sama di dalam rumah adalah Blackie, Lady, Baby dan Hideki)  Lady ni memang kepala hangin sikit.. dulu kepala hangin dia memang lagi kuat.. bukan hangin je puting beliung ribut taufan segala lah.. dulu nama si arrogant ni adalah Ms. Snob.. bila makin lama tenguk tak ada rasa keinsafan.. maka tukar nama dia kepada Lady.. lorat tu ada kurang banyak lah juga tapi kesombongan tu masih lagi tinggal quite a bit.

So apa lagi berlakulah pertengkaran antara Na dan Lady yang bongkak dan kepala hangin tu.. si Hideki muka dah ada satu zas kat hidung.. berdarah sikit..and takut je mamat tu.. 



As usual, Lady memang kaki mengadu.. tapi akak tak kesahhhh.. ngadu lah apa ada hal.. silakan mengadu..



As usual adiknya Baby will come and tanya2 lah.. minah ni memang kepochi..tapi dia memang ambil berat tentang semua orang di rumah..

** ralat: Opi, Na marah Ladyy



Yang si Hideki pun satu, tak padan dengan kenit.. semua dia nak ligan.. pernah sekali dia nak ligan lah si Lady, Lady sudah hangin, dah cornered dia tunggu nak pelempang je.. nasib baik I lalu and terus dukung si Hideki yang bolatt mata dia ketakutan..  ish ish ish..



tenguk macam mana tak marah, Eki minta maaf dia boleh buat muka garang plak.. amboiii.. bese ni..haishh.. nasib baik Na sayang semua tauuu.. if not.. hmm nak gomol Lady memang mencari nahas lah.. harus dapat tattoo percuma je nanti.. haaa memang nak kena bebel lah lagi ni..

An hour later, Lady climbed our bed and sat kat hujung katil kami sambil buat muka.. kesian lah pulak tenguk dia.. I tepuk2 the area kat I and ajak dia dekat.. macam budak kecik lah.. she came, rebah kan diri..terus buat muka cembeng.. haiyooo..what should I do with this girl lah..Stress Na!! hiuhiuhiu










Tuesday, August 27, 2013

Late Dinner

Semalam disebabkan ada mesyuarat yang bermulanya jam 5 petang maka hasilnya pulang lambatlah..at around 7:15 pm baru melangkah keluar opis.  secara jujur 8 jam bertapa di opis dah memadai.  Sekali sekala pulang lewat untuk menyiapkan tugasan yang urgent tak apa lah but not everyday occay.. sebab bukan semua kerja kat opis tu urgent ..so janganlah nak tipu.Tipu tu DOSA.. hehe.. 

So seperti biasa, bila dah pulang lewat, kami pun tertanya-tanya nak makan apa ea? Nak makan di kedai sahaja atau tapau atau adakah yang menaip ni cargas nak buat makan malam.. ye ler nak suruh sapa lagi.. takan nak suruh Blackie plak masak..ye dak?   Semalam pulak masa pulang punya lah hazab.. banyak nau kenderaan.. my conclusion senang je.. ni semua bukan hapa.. OPEN HOUSE lah ni!!! hehehe.. 

Pikir punya pikir, bincang punya bincang.. akhirnya kami ambil keputusan, makan di rumah masak masakan yang ringkas sahaja.. sib baik badan larat lagi.. ye ke? sebenarnya tekak yang nak sangat makan hasil tangan sendiri..(though not all 100% hasil tangan sendiri..ada yang pasang siap..)

Sementara my better half solat maghrib dan isyak, i pun keluarkan lah barang pasang siap tu dulu untuk di lembut kan seketika.. karang susah lah pulak if still beku.. 

Lady: Na, barang-barang nak masak dah keluarkan ke? Jangan karang terhegeh-hegeh
Na: dahhh.. cili pun dah keluarkan.. nak kena cili muncung tu.. amboiii.. 
Lady: Apa lagi.. pegi lah masak...
Baby: Ko jangan kak, karang tak pasal malam ni ada pulak resepi korma kucen.. jgn cari pasal ...
Bila turun ke bawah, tenguk daging dah lembut, base dah lembut, cheese separa lembut, sekaya dah ready, ok lah.. lets start... *chop chop* *atur atur* * sapu sapu* *tabur tabur*

Ada dua perisa.. 
Tadaaaa.. pizza segera.. yang segera adalah base nya sahaja.. you can buy at any supermarket kot.. yang ni i beli kat Cold Storage G.E. Mall. tapi topping letak sendiri.. sebelah i letak topping pizza sauce, daging salami  dan tabur dengan Mozzarella Cheese dan Italian Herbs.. (patutnya i letak chili paste tapi lupa..tak apa next change I nak buat yang rasa pedas plak) yang sebelah lagi.. i spreadkan sekaya then i tabur kan Mozzarella cheese.. then i masukkan dalam oven bakar pada suhu 220 darjah celcius selama 13 minit.

wallahhhh... 

View from my plate.. nom nom nom.. 
Itu lah dia our late dinner dish last night.. alhamdullillah asal kenyang sudeyyy.. 

BUT APA KAH KEJADIAN DI BAWAH INI??!!!

haaaa jangan tak tau.. ini sajalah cara nak bagi budak kecik ni tak ganggu bila kita tengah sibuk masak.. serkup dia dalam bakul baju .. terus sedar diri.. 

Hideki: *sob sob sob* Naaa tak cayang Eki.. Naa tak cayang Eki..

Tuesday, December 25, 2012

3K

Malam tadi lepas maghrib, teruslah berketuntang kat dapur nak masak Lamp Chop (mengalahkan nak sambut X'mas je hahaha)..since my better-half requested mashed potatoes, so kena lah rebus itu kentang



Tetiba I received a call from my Ayah. Ada kecemasan kat sana, my mak and my younger sister keracunan makanan while my lil niece asik vomiting. Yang buat I sendu tu my niece tu requested my better-half and I pi bawak dia ke klinik. So apalagi lepas I told my better-half about the request, padam api, tutup gas put aside bahan2 masakan terus pakai uniform paramedic and start engine ambulance (haha part ni tipuuu). Lepas dah siap terus lah kami ke rumah mak & ayah. Sampai je, the little is vomiting. Kesian betul. Jenguk mak dengan adik, both of them surrendered tak larat nak bangun pergi ke klinik. So kami bertiga je yang pergi, mulanya my brother in-law nak bawa tapi dia kena tidurkan the baby dulu.

At the clinic, my lil sweetheart vomited lagi..aduhh kesiannya pastu baring ler sementara tunggu giliran kami iaitu no. 97.

Once balik dari klinik, si kecik tu nak I bagi dia makan ubat, layan. Then passed the ubat to my younger sister, later teman mother makan ubat. Tucked all of them in their bed, baru kami pulang.

Sampai kat rumah dah 10ish pm, sambung masak, rebus balik the kentang, lamb air wave grill



Goreng telur sunny side up



Then jadi lah our late night meals






Yang tak ada cuma baked beans lupa nak stock up bila pi beli groceries.

Sebelum tidur, realised that on 25th December adalah Wedding Anniversary my auntie & hubby who i fondly calls her Enda Long. May your marriage and love will last till forever. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Tuesday, December 11, 2012

Habit

I don't know about orang lain, tapi I kalau dapat makanan sedap sayang betul nak perabihkan. Bila makan tu sure kunyah lama-lama, makan pun secara berhemah sikit-sikit.. Sebab apa tau, I takut lain kali takan dapat rasa macam tu lagi, hahaha apa punya teruk lah I ni.. Well that's me.
Anyway, tadi masa kat Pegaga Restaurant I ordered this dish

Meatball with gravy
Secara jujurnya memang lah sedap sesangat. Nak makan sampai pejam-pejam mata pun tak berani sebab takut kena cukai dengan my better half hahaha.
Suka tak suka mesti habiskan juga, walaupun niat hati tak mau.
Bila dah habis, baru boleh pose santun bagai Hachiko, begini,

Lentuk macam Edward C, gini

Pastu pikir, bila ya boleh datang lagi macam Nino ni,

Sebab nak cuba masak, tak tau resepi macam budak Moira ni

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Monday, October 29, 2012

Kucing berperisa Basil

seminggu sebelum aidil adha, I went to G. E. Mall (Great Eastern Mall).  macam biasalah aktiviti kalau kat situ, memula hantar kereta for wash and polish, then makan light brekkie.  menjelang tengahari, lunch lepas tu merayap ke MPH cuci mata tenguk buku-buku, if ada yang best beli lah. lagi sejam nak pulang my better half and i akan singgah ke Cold Storage beli groceries.. haaa minggu tu tah macamana capai lah dua pot Basil, satu pot Thai Basil dan satu pot Rosemary.  actually minggu lepas dah beli satu pot, tapi habis daun kena gigit dek anak-anak bertuah kat rumah tu.. 




tengah belek-belek the plants, sekali my better half kata.. amikan few pots Basil plus Thai Basil.. rupanya dia nak bagi the cats kudap-kudap the leaves. sebelum i benarkan kejadian tersebut (sakit my children meraung i wooo) i have cari info kat dalam google, almost all kata ok for the cats to nibble the Basil leaves..the only side effect adalah the cats will breathe Basil lah.. 







yang paling suka kudap-kudap the Basil leaves adalah 




Fluffy and her grumpy daughter April tengah sibuk nibbling the Basil leaves



Tak peduli orang kiri kanan


Sekali Salem Sabenhagen pun teruja sama..



Udah2 ler tu tinggei2 kan ler kat yang lelain yob oiii..

Saturday, May 26, 2012

Percubaan Pertama..

Dah lama I teringin nak buat carrot cake siap with topping, tapi disebabkan ada penyakit M yang separa kronik tu yang tak pernah lah mencuba, until yesterday... Dan ini lah hasilnya hiuhiuhiu








Okaylah nak tapaukan for my sister yang sekarang suka makan kek.. Nak tanya pendapat.. If rajin nak cuba buat Red Velvet Cake ..then Rainbow cake .. Then .. (uihh cita2 tak menahan ..

- Posted using BlogPress from my iPhone