Showing posts with label my sayang. Show all posts
Showing posts with label my sayang. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Syawal ke 8

Bila kami sibuk mengemas tempat mereka, salah satu aktiviti mereka adalah .....  =)

Bunyamin a.k.a Benjy
Hachiko a.k.a Hachi


Salem Sabenhagen a.k.a Salem



Sox

Tuesday, February 17, 2015

Hideki & Adele (1)





Hideki and Adele relationship boleh di kategorikan sebagai BFF yang sangat notti sebab selalu join venture untuk menjahanamkan barang-barang kat rumah. nasib lah sayanggg.. 

Tuesday, May 20, 2014

Cermin Mata


Ini last week punya cerita, sewaktu bersiap nak pergi kerja.  Since I ni tak ada keberanian nak memandu kereta, so my better-half lah yang tukang hantar dan ambil i to and from work place.  

Setiap kali nak pakai tudung serta anak tudung, i takan pakai cermin mata.. bila dah siap semua, last sekali baru i sarungkan cermin mata.. nak jadi cerita, pagi tu, masa nak pakai cermin mata, tetiba ehhh tak ada .. puas lah cari kat meja tepi katil tak ada.. cari atas dressing table pun tak ada.. pastu teringat.. mungkin kat area lemari TV, sebab bila nak solat, suka letak cermin mata kat situ.. ehhh, tak ada juga.. huhuhu.. then check plak kat bathroom .. pun tak ada.. haaa sudah...mana boleh buat kerja tak ada cermin mata.. adusss..  
dial mobile number my better half and told him, "Opi, you ada tak nampak my cermin mata.. puas dah i cari.. tak ada lah.. " suara dah nak dekat menangis masa tu..
"tak ada i tak nampak pun.. (jawapan cliche)" jawap my better-half.  "hmm tak jumpa tak apa lah.. cemana ni nak pi keje tak ada cermin mata" i bermonolog sendirian.. (cewahhh baruuuu belajarrrrr .. )

tetiba, phone berbunyi.. tenguk kat screen number my better half.. "ni sure nak cakap cepat Naaa, nanti i sampai opis lewat.. "

suka tak suka kena gak lah jawap panggilan telefon tu.. "hello, kejap lah Opi..tak jumpa lagi ni" 


"Na cuba you tenguk kat meja sebelah katil i, ada tak cermin mata kat situ.. I TERPAKAI YOU PUNYA LAH.. HAHAHAHA" 

chessss.. suami sapa lah agaknya tu eaaaa.. nak je ku gigit pokcik tu.. haishhhh.. 

Friday, May 2, 2014

Separuh jiwaku pergi... (1 Jamadilakhir 1435H bersamaan 1 April 2014)

Masa berlalu terlalu pantas, semalam genap sebulan Ayah dijemput dengan cara yang paling indah oleh yang Maha Pencipta, Allah S.W.T.  Yang tinggal hanya lah rasa rindu yang mendalam di hati ini, yang dipendam secara diam, doa dan zikir dikirim sambil mengharap akan disampaikan sebagai hadiah kepada Ayah.  In Sha Allah.

Pemergian ke tanah suci Makkah dan Madinah pada tahun ini adalah kejutan sekali lagi  buat beliau dari kami, anak menantunya.  Tidak terlintas langsung rupanya ada kejutan yang lebih besar menanti kami, ada sambutan yang meriah buat Ayah.

Ayah pergi tanpa melalui sakit yang tenat, tanpa rasa resah, tanpa rasa gundah.. wajahnya tenang, matanya tertutup rapat seakan tidur yang puas bersama bibir yang mengukir senyuman yang sering kelihatan apabila permintaannya dipenuhi.

Serasa tak jejak kaki di bumi, ketika Ina lihat Ayah tidur tanpa mahu bangun lagi.  Serasa kaku segala jemari, ketika Ina perlu menandatangani watikah pelepasan agar Ayah boleh berada di bumi yang di berkati oleh Allah sentiasa.  Serasa gelap seluruh alam ini bila Ina menerima ucapan takziah dari teman dan kenalan. Serasa ingin kembali ke hari esok, agar dapat puas bercerita dengan Ayah, seperti selalu kita lakukan. Bukan tidak redha, Ina sedar tak esok atau lusa, Ina pasti akan menyusul, itu memang janji Allah pada kita. Cuma rasa rindu yang teramat, buat Ina sering mencari-cari agar dapat melihat sepintas kelibat Ayah, rindu tersangat-sangat, Yah.

Masih Ina ingat lagi, ketika Ayah disolatkan, ramai jemaah lelaki mahupun wanita yang sudi melakukannya, hanya Allah sahaja yang dapat memberkati mereka.  Opi bilang, ketika Ayah diusung keluar dari Masjidil Haram yang suci lagi penuh barakah itu, Subhana Allah, Maha Suci Allah, sungguh ramai yang menanti, permintaan Ayah sekali lagi ditunaikan oleh Ar-Rahim.  Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi dan terus memberi segala yang indah buat Ayah Ina.

Di Masjidil Haram menanti solat jenazah dimulakan.. 

Ketika keluar dari Masjidil Haram
Menaiki van untuk ke destinasi yang terakhir.. 
Ya Allah, Kau berkati lah Ayahanda ku dan diriku.
  Ya Ghaffar, Kau ampuni serta tutupilah dosa-dosa Ayahanda ku serta diriku.
Ya Mu'iz, Kau tinggikanlah darjat Ayahanda ku
Ya Muhaimin, Kau lindungilah Ayahanda ku sebagaimana beliau melindungiku ketika kecil hingga dewasa
Al Hasiib, Kau cukupkan lah segala amalan baik Ayandandaku dan diriku
Ya Rahman Ar Rahim, sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
jangan kau putuskan rasa kasihku, ingatanku serta doaku buat 
Ayahandaku Abdul Rahman Bin Dalib
Moga beliau sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Mu, 
Ya Rauuf.

In sha Allah.

I will always be your little sweetheart, kan Ayah?
"Not a single day goes by
Without you in my doa..
Missing you so much, Yah"

Al- fatihah.



Thursday, February 13, 2014

Patchi - 6

walaupun Patchi Bustamam hanyalah seekor anak kucing KKU, tapi masih ada yang sudi bertanya kabar dan berkirim doa, thank you so much, budi baik anda semua hanya Allah SWT yang dapat membalasnya..

from my concern sister, thanks adik
from my dearest auntie, syukran Enda.
from my blog friend cum sister, Aidah

rupa-rupanya Patchi Bustamam tunggu cikgu dia doakan.  Alhamdullillah, Patchi Bustamam managed to performed apa yang tak boleh dilakukkannya the whole week.. moga terus sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.  aamiin.
Jazakillah Khairon cikgu!!
tak lupa Hideki yang prihatin tentang adik Patchi Bustamam nya..  

i love all of you to the moon and back.. xoxo

Saturday, January 4, 2014

2/1/2014 - Darjah Satu

My lil rainbow tahun ni masuk darjah satu, my sister sent her photo ketika hari pertama di sekolah, aiyooo so adorable.. tak sangka dah besar sayang Enda Na ni.. Study Smart tau darling..

my lil rainbow - RZ
Waktu rehat pada jam 9:20 pagi, my sister bawakan fish fingers, sekali ini budak kicik sudah demand daaa untuk esok punya makanan - nasi ayam.. *tekup mulut*   

Masa hari pertama waktu rehat tu, my lil butterfly si adik ikut sekali kesekolah, my sister kata dia buat muka adorable terus tokey kantin tu belanja minum.  Alhamdullillah rezeki my lil butterfly!

RZI, awak lagi 2 tahun akan masuk pre-school.. 

Friday, January 3, 2014

Happy Birthday My Dearest Better-Half


If I ever taken you for granted
Please forgive me
If I have ever hurt your feelings 
Please accept my apology
If I have ever compromised on your happiness
Believe me it was done unintentionally
Today is the perfect day
To seek your forgiveness
To tender every single apology
As you deserve the finest
Thank you for always be kind
May you always be mine.
Happy Birthday My Dearest Husband 

 ❤  You To The Moon And Back!  

Thursday, December 26, 2013

Patchi - 4

Patchi Bustamam (yes, I officially called him by that full name - sometimes..hahaha sebab sounds like gerek seyyy haha).. Alhamdullillah berkat dari doa semua (Jazaakumullah Khairon) Patchi Bustamam bertambah sihat dan kuat makan (harap timbangan berat badannya dah ideal sebab minggu hadapan his 1st booster vaccination).  Dah pandai cari tempat makan and minum, cumaaa he still does not know how to poo and pee in the litter box properly or in other words, dia yak dan shishi mana dann je.. *tepuk dahi, tekup muka, lap airmata*

masa lepas bangun dari tidur pagi semalam - 25/12/2013 - serabai
Since yesterdaym 25/12/2013 adalah cuti perayaan Hari Natal, so I decided to potty train ini budak kicik.. for the past few days (termasuk hari yang Patchi Bustamam shishi atas I hingga lencun my baju) I noticed that he always do his 'stuff' between 10pm to 10:30pm.  So semalam, tepat jam 10 malam, I masukkan this little boy dalam litterbox budak-budak besar tu (tumpang ya Blackie, Hideki, Lady & Baby), tunggu punya tunggu, siap buat bunyi 'syyyy syyyy' tapi apa yang terjadi..  haaa nidia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Patchi Bustamam pi tidoq lah pulak.. (no worries, litterbox tu filled with clean sands, baru je keluar dari plastik)


Sebab tak sampai hati tenguk dia beriya lelap atas pasir tu, redho je lah angkat and letak dalam cage dia, ingat hati biar lah dia tidur dengan selesa.. tapi apa sudah jadi.. nidiaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masuk je dalam cage, si kecik ni terus bangun bergegas pi menjamu selera.. hadoiii kelakar betullah budak kenit ni.. apa-apa lah Patchi oiii.. Na redho je lah.. kita cuba lagi ya.. (dalam hati, dah hari ni tak yakk and shishi bila lah dia nak buat projek tu ya..???)




(p/s: memang betul dia cakap, esok iaitu pagi ni dia pi poo kat tepi kandang *tepuk dahi* but shishi we managed to put him in the litterbox and he shishi kat situ *yeayyyy palu kompang*)

Patchi Bustamam, malam ni kita cuba lagi ya sayang oii pengarang jantung gunung meletup.. hahaha.. *mintak nyawa..mintak nyawa*

Monday, December 23, 2013

Patchi - 3

Berkat doa dari semua (Jazaakumullaahu khairon) dan izin dari Allah SWT, alhamdullillah, kesihatan Patchi makin meningkat bagus.  Sekarang dia dah mula lasak sikit.. dah pandai nak lari sana sini.. walaupun penglihatan Patchi terhad tapi itu tak halang Patchi dari explore dan berkejar ke sana ke mari.. selera makan pun dah bertambah (budak ni kuat makan wooo), minum air pun dah terel.. yang masih tak pandai-pandai, shi shi dan yakkk masih lagi tidak di tempat yang sepatutnya.. any idea macamana nak asuh si kenit ni agar pi ke litter box untuk do his business.. if not selamanya kena pakai surat kabar.. (marah nanti cina surat kabar lama.. paper lama)..


Jumaat yang lepas, Patchi gave me his special "perfume" .. dia sudah kincing masa saya dukung dia.. aiyooo kuyup wooo baju kurung saya itu.. adoiii lah anak oiii... nasib sayanggggg sangat sangat..

Friday, December 20, 2013

Patchi - 2

malam tadi Patchi dah mula pandai minum sendiri.. alhamdullillah, syukur.. yeayyy.. *lambung confetti* senang sikit hati tinggalkan dia kat rumah bila kami pi kerja..


nampaknya poo dia ok cuma Patchi tak pandai nak poo kat litter box je.. nak kena train lagi ni.. pagi tadi jalan pun dah tak terhoyong hayang lagi.. nampaknya kuat semangat Patchi nak gerakkan kaki dia tu. syabas Patchi.  i think his vision is a bit ok sikit.. sebab we could see when ever we walked in front of him kiri kanan, his head pun akan gerak macam nak pandang apa kita buat.  hopefully, he could see a bit better walaupun tak dapat perfect vision.

terus usaha ya Patchi and i will never give up on you.

p/s: nampaknya tak jadi the 3 months notice, sebab penjaga neraka dunia macam okay je.. *sengih* alhamdullillah.

Thursday, December 19, 2013

Patchi - 1

Patchi dilahirkan pada 29 Oktober 2013 by Mu'ezza.  Hanya Patchi dan Jon Jon sahaja anak-anak Mu'ezza yang survived.  Ketika usia Patchi menginjak ke 1.5 bulan, I noticed something not right kat kaki belakang Patchi plus pada ketika itu Patchi masih tak mahir berjalan dengan betul berbanding Jon Jon.  Walaubagaimana pun Patchi membesar dengan baik, kecuali dia agak kurus dari Jon Jon.
beberapa hari sebelum Patchi jatuh sakit

Pada hari Jumaat malam yang lalu, I found Patchi in a very weak condition, Ya Allah, Patchi cirit birit.  Badan Patchi lemah, terus capai air zam-zam and bagi Patchi minum sedikit demi sedikit melalui syringe.  Alhamdullillah dekat 4ml Patchi minum.  Keadaan Patchi masih lemah.  My better half and I trus buat keputusan bawa Patchi ke AMC.  Dr. Shibu was on call at that time.  He ran a test, Patchi confirmed having PARVO virus and having high fever.  Patchi dimasukkan ke dalam isolation ward dan diberikan rawatan untuk membebaskan Patchi dari virus Parvo yang merbahaya tu serta pulih dari demam dan cirit birit.

Pagi esoknya, Dr. Shibu called, he told me keaadan Patchi ada perubahan tetapi amat sedikit, mereka tak berani nak beri harapan.  Dalam hati hanya mampu kirimkan zikir dan doa, mohon bantuan pada yang SATU  sahaja.  Petangnya, Dr. Shibu called and said Patchi dah mula bangun dan mau minum sendiri.. tapi makan kena force feed.. Alhamdullillah.
Patchi ketika di Isolation ward selepas 3 hari admitted
Hari Isnin 16/12/13, terima call dari Dr. Amilan pakar mata untuk haiwan, he noticed Patchi has a weird eating habit, iaitu bila Patchi makan muka akan hampir sangat kat makanannya.  Bila ujian dilakukan, mereka mendapati Patchi mengalami 'Slight Blindness' dan kaki belakang Patchi pula selepas di check, ianya tak dapat di betulkan kerana ia berkaitan dengan saraf Patchi.  Dalam hati, saya redho ya Allah.  I asked Dr. Amilan to convey the findings to Dr. Shibu, sebab I feel at ease to discuss the matter with Dr. Shibu.  That night my better-half and I went to AMC.  Dr. Shibu told us the findings sama macam yang telah di conveyed by Dr. Amilan, but Patchi health is getting better, Patchi telah disahkan bebas dari Parvo cuma dia masih perlu makan ubat antibiotik dan Dr. Amilan prescribed a medication untuk saraf matanya, moga-moga dapat membantu.

Patchi was discharged on Tuesday, 17/12/13,  nampak sangat dia keletihan, mungkin duduk di ward pastu diasingkan terlalu melelahkan.  Most of his time, he spent sleeping.  Malam tu, we prepared his place (a medium size cage) and placed it in our room.  Around 11:30 pm, nampak dia bangun dan makan, masa tu baru nampak how he fed himself.. kesian sungguh.. nak minum air pun agak susah.. Then he continued sleeping, around 12:30 am, masa tu I dah sound asleep, tiba-tiba I terdengar bunyi nyiauuu nyiauuu halus tapi bertalu-talu.. woke up and check if he needs anything, bila pi dekat and usap-usap badannya, barulah Patchi diam, sunyi kot, or Patchi praktis menyanyi hehehe.. 
Patchi selepas discharged from the hospital.
Pagi semalam, start giving balance of the ubat-ubat, nampak Patchi makin bertenaga.  Moga terus sihat ya sayang. 

Petang, sampai je kat rumah selepas pulang dari kerja, check Patchi, nampak dia terbaring diam tapi mata terbuka luas, Ya Allah jangan KAU hampakan harapan kami.. usik-usik kaki Patchi, ooo rupanya Patchi sedang rehat sambil tu menung panjang.. bila kena usik kakinya, terus dia bangun.. check kandang, nampak stool nya, looks ok.. senang sikit hati.  Kemas his place and took him to our room.

Alhamdullillah, nampak Patchi very healthy, malam tadi saja bangunkan I, empat kali.. tak apa lah asalkan Patchi tambah sihat.. aamiin.. 
foto malam tadi tampak lebih segar 
ketika Patchi buat walking exercise
Tak apa lah Patchi, entah-entah, kurang lebih tiga bulan lagi Na dah boleh jaga Patchi dari pagi hingga malam tanpa perlu pergi ke tempat kerja yang terlalu banyak kisah duka dari suka.. Nasib orang siapa yang tahu kan Patchi.. :)

Tuesday, December 17, 2013

Happy Birthday My Lil Purrlings

Cepatnya masa berlalu, dah setahun usia budak-budak lorat ni.  Dalam setahun menjaga mereka, macam-macam yang berlaku, ada suka ada duka.  Melihat mereka membesar hingga menjadi kucing yang cantik dan handsome, memang lah rahmat dari Allah SWT.

Moga Allah SWT sentiasa melindungi serta memberi kesihatan yang baik buat semua kesayangan Na.  Aamiin. Muah Muah Muah Muah Muah... 
SMITHY
DIPONEGORO
ANNIE
REESE
TUAH

Wednesday, December 4, 2013

Annie - Part 3


On Thursday 28/11/2013, in the middle of my training (around 4pm), I received a call from AMC.." ya Allah.. please don't let them deliver bad news, ya Allah let the call because of they are so sibuk nak top up lagi.. " that was what my heart babbled.


"This is Dr. Rajan (I think that was the name that been uttered..sebab tak berapa nak dengar..hati tengah buk bak buk bak..) Annie's having a mild seizure in the afternoon, so I would like to know has this ever occured before?" I was like "WHAT?!" but that was said in my heart lah..... I jawab, "No, she never has any kind of seizure before..not even major or minor illness except eyesore."  "We would like to take her blood for  test so we could determined what's the cause, I hope you could give the consent" sambung Dr. Rajan.. I terus cakap ok.. then I asked him, how is she now? did she develop any fever? Dr. Rajan beritahu, currently she is ok, so far no fever tapi mereka syak mungkin virus.  I told Dr. Rajan, I will be coming to AMC with my better-half.. he may go ahead with the treatment..(dalam hati: Ya Allah, tolong jangan ambil Annie.. hamba MU yang sering khilaf ini merayu..)

Sepanjang Jalan Tun Razak massive traffic, i waited for my better-half patiently sambil dalam hati zikir dan doa tak putus pada yang Esa.  Hanya pada jam 8:30 malam, barulah dapat jejak kaki di AMC, di tempat menunggu rawatan, terdapat se ekor canine yang besar mungkin baka Alsatian sedang menanti resah untuk dipanggil, kesian di punggung nya terdapat bisul yang agak besar.. terpandang ada kesedihan dimata si kacak itu.  Tak lama, kami dibenarkan untuk masuk ke wad untuk melawat Annie.. Annie masih dalam keadaan groggy sebab mereka terpaksa beri ubat untuk kurangkan serangan seizurenya itu.  
ini photo Annie, a day sebelum kena seizure ( Actually photos are prohibited to be taken, but being me, i tangkap curi2)
even when my better-half hulur jari je, she responded well..
having cone around your neck and covering your head and face mmg meresahkan..
Annie kembali dipasangkan tiub untuk ubat dan air, I saw her luka operation nampaknya dah mula nak heal. Alhamdullillah.  Tak lama kemudian, Dr. Saribu Sulaiman, a nice looking (very friendly and senyum je) came and told us that they has taken Annie's blood for test and the result stated Annie's positive of a virus that probably trigger the seizure (Allah sahaja yang tau my heart crushed knowing about it but I have to be strongfor her sebab I need to take care of this little lady nanti).

I bid her farewell for the night and promised to visit her tomorrow, afterwork.

jiran Annie masa dalam ward, siap pesan kat sicomel ni jgn bising2 nanti Annie stress..  :)
Hari Jumaat, 29/12/2013, before I go home, as promised I went and visit Annie kat AMC, I saw Annie still with tube resting, sebaik sahaja Annie nampak kami masuk ke wad, terhoyong hayang dia nak bangun seperti nak acknowledge kami.  Senangnya hati kami bila tenguk dia dah mau datang dekat kami, serta demanded for us to rub her body.  I asked ada tak serangan seizure, En. Ganesan yang bertugas beritahu ada mild seizure pada jam 4.00 ptg hari itu.. (dalam hati, mulalah nak menyumpah sebab no one inform me about the matter.. mereka ingat ni kes apa ni.. tapi pujuk hati sendiri.. Annie ok).  My better-half decided not to take home Annie on Saturday (the next day) as planned.. tapi on Sunday, let Annie under AMC supervision for another day.

Hari Ahad (1/12/2013), we went to AMC at 3.00 pm nak bawak Annie pulang.  Dr. Saribu Sulaiman beritahu, pada hari Jumaat jam 4.00 petang serangan seizure Annie lebih teruk dari serangan hari Khamis (my heart crushed for the second time), however after that day, dari hari Sabtu hingga ke hari ini (Rabu, 4/12/2013) alhamdullillah Annie tidak diserang seizure lagi.. moga-moga Annie bebas dari serangan tersebut.

Annie really get a very warm welcome home by her sibs.. especially the boys.. semua kerumun kat carrier nak tenguk and tanya kabar Annie.. 




Tapi yang paling teruja adalah Tuah.  Though Annie has come home, tapi Annie kami confine dalam cage dan bila kami kemas tempat mereka, we will let Annie roam free but under our supervision.  So far, all of them kinda understand that Annie is still not well and need to be stressed free.  So no hissing apalagi cat fight dengan Annie except sesama mereka lah.. 

Annie still on Antibiotic and ubat untuk her nerves, doctor bekalkan untuk 10 hari, after that they want to examine Annie kembali.  I pray that Annie tak perlu makan ubat seumur hidupnya..  



Kepada AidahCikgu AnisJuls Julie; & others, thanks for your kind d'ua, semuga Allah SWT membalasnya dengan jutaan kebaikkan. Aaminn.