Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (walaupun dah masuk 5 Ramadhan)

masih belum terlewat untuk saya mengalu-alukan kedatangan Ramadhan al Mubarak


seelok-eloknya kita baca niat puasa Ramadhan setiap hari di bulan Ramadhan lah ya..


moga Ramadhan kali ini lebih bermakna serta lebih sempurna dari tahun-tahun sebelumnya


masa kecik2 dulu Almarhumah Nenda kami sering berpesan, "Na, puasa tak boleh korek idung tau nanti batal puasa.." tapi bukan itu sahaja banyak lagi pekara boleh membatalkan puasa kita .. so berhati-hatilah..


antaranya sebegini.. tapi lebihkan lah ibadah (ini pesanan pada diri saya sendiri) moga akan terus jadi tabiat seharian agar tidak kekok untuk terus menjadi muslimah yang diredhoi oleh Maha PENCIPTA


tahun ini, 
Ramadhan tiba dengan rasa serba kekurangan
tiada lagi wajah yang saya kasihi menanti di tepi pancuran air untuk membawa saya pulang ke rumah,
 tiada lagi senyuman ketika saya menghulur bingkisan kurma kegemarannya, 
tiada lagi pesanan untuk membawa pulang bubur lambuk agihan pejabat yang adakala kurang rasanya,
 tiada lagi dapat saya dengar cerita-cerita serta nasihat-nasihat beliau
Ramadhan kali ini terasa sunyi tanpa bacaan Al-Quran darinya
Ramadhan kali ini dilalui dengan kerinduan
moga Ayah di dalam kasih sayang NYA
moga AR RAHMAN akan mempertemukan kita kelak, 
Ayah
buah tamar sering menjadi buah pilihan Ayah
bubur lambuk sering menjadi hidangan permulaan Ayah
tiada lagi bacaan ayat-ayat suci selepas waktu subuh atau selepas sepertiga malam
hanya pada MU ku titipkan rasa rindu
hanya pada MU ku ungkapkan kata-kata sayang
hanya ENGKAU yang tahu sebaknya rasa ku
hanya ENGKAU yang mengerti sepi ku
pada MU, Ya ALLAH
ku bentangkan segala resahku
airmata yang mengalir bukan tanda ingkar
ia mengalir untuk mengubati 
rasa kosong yang bersarang
jika sedetik dapat ku kembali 
akan ku peluk erat
akan ku nyatakan buat terakhir kali
akan kasih dan sayang ku buat mu
 Ayah.













Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

salam Maal Hijrah 1436H buat semua kenalan serta saudara mara, moga ditahun baru ni Allah SWT melindungi kita semua dari aniaya manusia dan hasutan syaiton yang direjam.  moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan akhirat, in sha Allah. aamiin.

bebudak kat rumah ni serta sicomelis-comelis nak dendangkan lagu Maal Hijrah.. nak muzik sila cari di YouTube ya .. 
*ralat: Muhajirin
semuga seluruh umat Islam di Malaysia serta di luar Malaysia akan mula bersatu dan berbaik-baik kembali. in sha Allah, aamiin.

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha

Pejam celik pejam celik mata buntang.. tetiba dah Hari Raya Aidil Adha.. rasa baru je buat korban tahun lepas.. masa pantas betul berlalu sekarang ni.. ingat masa kecik-kecik dulu.. nak tunggu bas pi sekolah pun lama bebenor.. sekarang ketuk ketik ketuk ketik dah jam 10 pagi.. ketuk ketik ketuk ketik dah nak pi makan tengahari.. ok ok..cukup bebel hehe.. 

Since esok adalah 10 Zulhijjah, maka my purrlings & nieces macam biasa lah dah pandai demand sekarang nak mengucapkan Salam Aidil Adha pada kekawan yang sudi bertandang kat sini.. ucapan dibuat dengan menggunakan lirik lagu hari raya EON.. haaa sapa ingat siapa kah penyanyi originalnya..haaa sapa sapa.. kalau betul.. memang lah oldskool..hahah..   

SOX
APRIL & ABBOUD
SALEM SABENHAGEN
NINO
RHYZ ZARA-IMAN
BINTANG A.K.A BIN BIN A.K.A. JOON BIN

EDWARD CULLEN
APRIL
HACHIKO
MOIRA
(dari atas kiri: NADIM, CHOMEL, TUAH
dari tengah kiri: NINO, ABBOUD, FLUFFY
dari bawah kiri: HIDEKI, SMITHY, REESE)
RHYZ ZARA-IMAN & RIZALEA ZAIRYN

SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIN WAL FAIDZIN BUAT SEMUA SAUDARA MARA SERTA HANDAI TAULAN.. 






Friday, September 20, 2013

Selamat Hari Lahir Anis

Kami di Ukay (obersi tauuu don't pray pray) ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Cikgu Anis nun jauh di Wilayah ShomeyShayang dan didoakan, moga panjang usia, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan dengan rezeki-rezeki yang diberkati, dipertemukan jodoh yang diredhai, dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa oleh Allah S.W.T. Aamiin.

Btw, Anis few of my purrlings nak wish you Happy Birthday (ada tu memalu so mereka wish you di angin nan lalu ya..) Hope you have a blast on your birthday girl!

from Jacob Black
from Belle
from Lady
from Annie
from April and her mom Spacey
from Baby
from Hideki
from Hachiko
from Tuah
from Nina
from Bintang
from Fluffy
from Smithy
from Bunyamin
from Moira
from Abboud
from Nino
from Salem Sabenhagen
from Reese
from Diponegoro & Lily
from Mia
from Edward Cullen
from Nadim