Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (walaupun dah masuk 5 Ramadhan)

masih belum terlewat untuk saya mengalu-alukan kedatangan Ramadhan al Mubarak


seelok-eloknya kita baca niat puasa Ramadhan setiap hari di bulan Ramadhan lah ya..


moga Ramadhan kali ini lebih bermakna serta lebih sempurna dari tahun-tahun sebelumnya


masa kecik2 dulu Almarhumah Nenda kami sering berpesan, "Na, puasa tak boleh korek idung tau nanti batal puasa.." tapi bukan itu sahaja banyak lagi pekara boleh membatalkan puasa kita .. so berhati-hatilah..


antaranya sebegini.. tapi lebihkan lah ibadah (ini pesanan pada diri saya sendiri) moga akan terus jadi tabiat seharian agar tidak kekok untuk terus menjadi muslimah yang diredhoi oleh Maha PENCIPTA


tahun ini, 
Ramadhan tiba dengan rasa serba kekurangan
tiada lagi wajah yang saya kasihi menanti di tepi pancuran air untuk membawa saya pulang ke rumah,
 tiada lagi senyuman ketika saya menghulur bingkisan kurma kegemarannya, 
tiada lagi pesanan untuk membawa pulang bubur lambuk agihan pejabat yang adakala kurang rasanya,
 tiada lagi dapat saya dengar cerita-cerita serta nasihat-nasihat beliau
Ramadhan kali ini terasa sunyi tanpa bacaan Al-Quran darinya
Ramadhan kali ini dilalui dengan kerinduan
moga Ayah di dalam kasih sayang NYA
moga AR RAHMAN akan mempertemukan kita kelak, 
Ayah
buah tamar sering menjadi buah pilihan Ayah
bubur lambuk sering menjadi hidangan permulaan Ayah
tiada lagi bacaan ayat-ayat suci selepas waktu subuh atau selepas sepertiga malam
hanya pada MU ku titipkan rasa rindu
hanya pada MU ku ungkapkan kata-kata sayang
hanya ENGKAU yang tahu sebaknya rasa ku
hanya ENGKAU yang mengerti sepi ku
pada MU, Ya ALLAH
ku bentangkan segala resahku
airmata yang mengalir bukan tanda ingkar
ia mengalir untuk mengubati 
rasa kosong yang bersarang
jika sedetik dapat ku kembali 
akan ku peluk erat
akan ku nyatakan buat terakhir kali
akan kasih dan sayang ku buat mu
 Ayah.













Thursday, June 26, 2014

Majlis Perkahwinan - Kenangan

hari-hari cuti persekolahan selalunya memang banyak orang buat kenduri kendara terutama majlis perkahwinan.  cuti penggal kedua tahun ini pada minggu pertama cuti persekolahan tersebut, kami dapat 2 jemputan, majlis pernikahan sepupu my better-half di taman tun dr. ismail, satu lagi majlis persandingan jiran kami - anak perempuan tunggal.  berkelintau kami hari tu, sebab kedua-dua majlis diadakan pada hari yang sama..cuma berlainan masa..foooh.. nasib.. if not mau kincang kirap kami..

Majlis pernikahan - Barangan hantaran dari pihak lelaki..

air merohhh tu sedapp..

tapi sayang ayam tu korehhh
cakap tentang majlis pernikahan ni, teringat satu cerita pernikahan yang pernah berlaku di negeri yang terletak di bahagian selatan.. (i lupa siapa yang cerita the story to me).  selalunya sebelum kadhi mengenggam tangan pengantin lelaki untuk upacara akad nikah.. kadhi akan meminta pengantin lelaki beristighfar.. 

kadhi:  sebelum saya memulakan upacara akad nikah ni, pengantin lelaki moleklah beristighfar dahulu..

pengantin lelaki: ohh boleh boleh..

kadhi: sila lah..

pengantin lelaki: ashadu alla illaha illallah wa ashadu anna muhammadar rasullullah

kadhi: ???


majlis perkahwinan yang banyak dikunjungi burung-burung Flamingo

Tuesday, April 29, 2014

Taman Tasik Titiwangsa (26/4/14)


as salam... dah lama I tak update any entry in this blog.. terlalu banyak peristiwa yang berlaku.. terlalu banyak kesedihan yang melanda.  Ada yang tahu ada yang belum.. but I don't have the strength to share it in here.. nanti lah .. in the mean time let me be macam biasa.. macam tak apa-apa.. just give me few days mungkin I have the courage to bercerita tentang hal itu.. 

last saturday, my better-half and I took Patchi Bustamam ke Tasik Titiwangsa, nak bagi dia hirup udara segar and let him walk on the grass bagi dia kuatkan his kaki belakang.

masa kat sana, Patchi Bustamam dapat few spectators.. yang paling ramai adalah dari anak-anak RTK (Rumah Titian Kasih).. the children were nice and polite..loves to ask questions.  dari ramai-ramai tu, ada sorang yang I anggap quite wise sebab bila teman-temannya asik dok bertanya, kenapa Patchi Bustamam tak boleh nampak? kenapa kaki Patchi Bustamam tak kuat macam kucing-kucing yang biasa? this young chap answered, "kucing pun makhluk Allah, macam kita manusia ada yang cacat.  sama lah tak ada beza, dah Allah jadikan macam tu"  when I heard his answer, I know that boy can have a bright future, jika di didik dengan baik, in sha Allah.

another question pulak, I rasa tersentuh hati, "makcik, nak tinggalkan kucing ni kat sini ke?"  I jawab, "tidak, makcik bagi dia exercise..and ambil angin."

sambil we looked out for Patchi Bustamam (yelah tak tenguk2 kan dia karang tak pasal terhumban anak I tu kat dalam longkang plak nanti..sian dia) sambil kami tenguk gelagat anak-anak tersebut, when my husband said, "bila anak-anak ni merajuk, siapa yang pujuk ya? atau mereka terpaksa pujuk sesama sendiri.."   
my heart cried.

Patchi Bustaman dengan muka eksyen sebab ramai pemerhati.. haha..

Friday, January 3, 2014

Travel - Temasek (USS - 1)

Seperti kebiasaan, my better half  loves to do an impromptu action i.e. buying entrance fee USS a few hours sebelum kami pi Sentosa Island.. *sigh* but what to do, itu lah antara characteristicnya yang I suka kot...haha.. ok ok..back to the story of USS.. the entrance fee was SGD58.65/adult and SGD42.80/child tapi nama pun impromptu, minta tolong consierge hotel pi secure the tix.. jadilah tix itu berharga SGD 64 (kot) for adult  and SGD50 (something) for child.  Tak apa lah extra tu kira tips for penat dia mencari tix tu.. 

Ok, bila dah masuk taman tema ni, secara automatik bukan my niece sahaja jadi kanak-kanak, tapi my better half and I pun sama lah jadi rakan sebaya.. or rasanya I sorang je yang tetiba jadi kanak-kanak macam my niece - RZ, whilst my better half jadi kami punya guardian.. ya lah takan tak ada adult kan.. hehe

Belum apa-apa haaa tudia dah masuk kedai souvenir - shopping 

RZ & Ayah Ngah

Tak tau lah apa yang mereka tengah negotiate
Sepanjang *jalan kenangan* kita akan terjumpalah banyak maskot2 dari karakter2 dari filem-filem yang diterbitkan oleh Universal Studios.

Kung Fu Panda

Charlie Chaplin 
Malangnya ini budak kicik bukan senang nak bagi dia excited sebab dia boleh buat bodo je bila kita suruh dia bergambar dengan karakter-karakter tersebut.. *tepuk dahi*

Masih lagi dengan sign peace nya..
Jalan punya jalan, tetiba ternampak sesuatu yang mengamit perasaan my better half and I, kami nampak Churro (tapi kat Paris, ejaan nya Churros..hmmm)

So beli lah 2 batang Churros, nice tapi tak cukup kick.. *lap airmata serta air liur*

the churros a bit besar and a  bit liat
Hey guys, wait up laaa.. adehhh  makcik monggah
Rides yang memula kami ambil adalah Madagascar!!

Alex & Marty
Skipper, Rico, Private & Kowalski doing the "I like to move it" dance
*kita sambung sat sat naaa*

Friday, December 27, 2013

Travel - Temasek (Orchard Road)

Gosh! Sorry lamanya nak sambung tentang our short holiday kat obersi ni (bila mana pi jenjalan guna pasport tu gi obersi lah namanya) hahaha.. ok ni sambungan dari  The Arrival (boleh jenguk the link kalau mau.).

Selepas dah rehat, solat, we decided to take the RZ for jalan-jalan kat area Orchard Road.  Tak pi jauh mana pun, pi ronda kat Robinson yang seberang jalan je dari hotel yang kami duduki and Takashimaya (my better half cakap sebenarnya nama mall tu Tak Kasi Naya.. hahaha) just beside the hotel that we stayed.

Since baru lepas hujan, cuaca agak dingin sikit lah (bahahaha... tak mau kalah..nak gak dingin.. hahaha) memula kami pi cari makan dulu.. tak pi mana pun.. pi McD je.. order something different yang tak dapat beli kat tempat sendiri, Cinnamon Melts & Mighty Wings (foto-foto makanan yang kat bawah ni adalah ikhsan dari Mr. Google, yang i beli hari tu tak sempat nak snap sebab lupa kerana tangan cepat nau masukkan mereka ni ke dalam mulut dan ngap-ngap..tau-tau dah abis.. huwaaa)


lembut and gebu.. sedap betul.. *jejes air lior*

kat sini tunjuk 5 ketul je.. tapi yang i order saploh ketul.. tudia.. lapaq..
Bila perut dah berisi.. baru lah best nak jenjalan cuci mata.. 

1st mall yang kami redah adalah Robinson.. tetiba kami di arah pi beratoq, bila sampai dekat je..laaa nak suruh kami berfoto dengan atok ni.. sebab dik kesian kat atok ni.. buat i duduk atas peha dia.. mau tempang orang tua ni nanti.. i bagi je lah my lil niece to sit on his lap.. 

Beriya tok janggut putih pose, RZ tetap dengan pose tak mau tenguk camera.. duhh..  to her itu pose model.. hahaha
Oleh kerana jalan-jalan cuci mata sahaja, tak shopping apa pun.. so jenjalan kat pedestrian walk plak.. layan anak dara kecil tu.. jurugambar dia my better-half lah.. 

(Truthfully, Singapore bila part decorate untuk hari Natal memang all out, kalah London & Paris..)

Layan je lah Ayah Ngah oii.. 
view from our room at 22nd floor - Robinsons

Malam kami tak jalan ke mana pun, kena tidur awal sebab esok dah nak bangun awal untuk pi USS plak..

till later.. 

Wednesday, December 4, 2013

Pengamen - Kenangan

4 atau 5 years ago, buat pertama kalinya (actually sekali tu je hahaha) I jejak kaki di bumi Indonesia.  Just us, my better-half and me.  Percutian singkat kami merangkumi Jakarta & Bandung.  Kat sana we hired a private supir yang kami panggil Pak Didin and our personal tourist guide namanya Risa Aprillia, panggilan singkat Risa aja.. 

Semasa dalam perjalanan Risa akan menerangkan lah apa-apa pekara yang menarik, as usual my better-half akan buat wayang bantal lah.. (tidoq).  Jakarta tempatnya terlalu padat.  Bandung seperti kota lama tapi menarik.

Ada suatu ketika, terlihat anak-anak kecil sekitar 7 tahun mundar mandir bersama gitar mereka.. Risa terus menerangkan, "itu kak, adalah anak-anak pengamen."  I pun terus pikir, "pengamen?" hmm dan terus mulut ni ringan betul nak bertanya, "Risa, jadi anak-anak itu di upah ke kuburan atau acara tahlil lah ya.. kenapa harus di upah mereka, kenapa tak amenkan sendiri?"

Risa buat muka bingung, lalu bertanya, "maksud kakak, apa? saya kurang ngerti.."

"Kan Risa bilang, itu pengamen.. jadi anak-anak itu diupah untuk amen amen kan doa kannnn." i told her..

"lhooo kakak silap pengertian nih.. bukan sihh.. pengamen itu.. pemujik jalanan tohhh" terang Risa sambil ketawa berdekah-dekah hingga kelihatan giginya yang karat sebab merokok keterlaluan.. 

"laaaa... silap ya.. sorry ya Risa ingat kan pengamin doa"

"ichh kakak nich..ada-ada saja..by the way (jangan memain boleh ngomong bule ya) orang-orang Malaysia, kayaknya lucu2 banget deh" ujar Risa lagi..

If anyone are planning to go to Jakarta or any part of Indonesia, sila cuba jus mangga nya.. enak banget sih.. 

Friday, November 22, 2013

Washing Machine - Kenangan

Kisah Dua

selepas form 5, my dad was transferred to Johore, since i'm furthering my study (during that time), i was asked to live with my late grandmother and unmarried uncle di Kenny Hills.  bila hari jumaat i tak ada class, so apa lagi "pulang mari lah pulang..marilah pulang bersama-sama" .. adakala jika ayah ada meeting di ibupejabat di KL then i will followed him.  jika tak i akan pagi-pagi pergi ke KTM pulang dengan train.  i think the tix counter people tau i travel sendirian, sebab selalu i dapat duduk sorang-sorang.. i really appreciate it especially bila mata dah mula mengantuk dek buaian coach keretapi.

well, i bukan nak cerita tentang keretapi pun.. tapi ada satu peristiwa yang berlaku semasa my parent tinggal di Batu Pahat, Johore (sebelum ayah di tranfer ke JB).  bila dah tinggal berjauhan dari mak, bila balik bercuti for sure banyak pekara yang kami bualkan but tentang boyfriend will always an off topic.. forbidden.. my mak garang wooo.. 

pada suatu hari (wahhh..start dahh) masa mak and i borak-borak (i pun tak ingat borak tentang apa..) my lil sister, (masa tu dia darjah 3 kot) pergi ke dapur, the house yang the company rented for us quite huge juga lah..so the dapur tu a tad far from the tea room (tudia ada tea room bagai.. betul tak tipu).  sedang rancak borak-borak sambil lap peluh (the tea room tu dinding dgn roof top dia guna glass.. bersaunalah kita..haha.. tapi akak feeling england.. hahaha.. ) tiba-tiba terdengar suara adik menjerit cemas .. "mak, kakak... cepatttt.. tolonggg.. ija tak larat ni.. tolongggg"

i looked at my mak, mak looked at me.. dalam hati kami sure berkata "what happen?"  tanpa berlengah lagi, kami pun bergegas lah ke dapur.. tenguk kat ruang dapur eh tak ada plak kelibat adik .. luckily dia berteriak kembali "makkkkk..tolongggg .. adehh.. kakak.. tolonggg.. dia nak lariiiii.. tolonggg"

rupanya adik kat luar tempat washing area.. bila mak dengan i jenguk ke luar, oh myyyy what a scene.. adik sedang beriya menahan washing machine yang sedang menjalankan tugas membasuh sambil bergegar seperti berjalan hendak menuruni anak-anak tangga ke kawasan ampaian.. 





"kakak, makkk..tolong lah ija dah penat ni.. mak punya mesin basuh ni nak lariii.. puas ija tahan.. dah penat ni.. "

kesian bukan tak kesian..tapi apa-apa pun kami bantai gelak sakan dulu.. haha.. i wonder whether my baby sister still remember about this incident or not.. hahahah.

Friday, November 15, 2013

Kisah Di Dewan Peperiksaan - Kenangan

Bila membaca entri Dinas Aldi tentang menjadi pengawas peperiksaan beso, teringat akan satu kenangan indah ketika menghadapi peperiksaan yang besoo juga.. tak perlu lah ditanya di mana atau bila.. itu rahaaaasia.. haha..

Kisah Satu

Ianya berlaku diwaktu pagi, (exam waktu pagi lah tu).. seperti biasa sebelum peperiksaan dimulakan kita semua cari tempat duduk kita mengikut angka giliran yang telah diberi.  Setelah semua student duduk di tempat masing-masing, booklet peperiksaan akan diagihkan.. hyeppp tak boleh dibuka dulu.. tenung je mukasurat hadapan sahaja.. tapi as usual lah walaupun dah tua merenta tetap ada yang terteleng-teleng kepala nak ngintip soalan apa yang telah disediakan hahah 

Seperti kebiasaan, sebelum peperiksaan dimulakan, Ketua Pengawas Peperiksaan akan memberi sepatah dua kata.. all the do's and don'ts ketika menjawab soalan-soalan lah.. salah satunya adalah samada matikan talian telefon bimbit yang dibawa atau padamkan suara telefon bimbit tersebut agar tidak menganggu konsentrasi penuntut-penuntut yang ada di dewan peperiksaan.. Bila Ketua Pengawas Peperiksaan tu tanya, "semua FAHAM!" serentak kami sahut, "Faham" bergema dewan peperiksaan dengan suara kami.. dah macam anak-anak sekolah je.. haha..

Peperiksaan dimulakan, setengah jam telah berlalu, wahh masing-masing dengan gaya tersendiri, ada yang relaks je menjawab.. ada yang berkerut-kerut, ada sampai senget-senget badan dan tak kurang nya yang membongkang a.k.a tidur.. suasana seperti biasa lah waktu exam.. Senyap Sunyi.. kalau jatuhkan pin sure dengar bunyi ' TING '

Tiba-tiba dalam dalam suasana yang sunyi hening itu.. terdengar dengan kuat deringan ringtone yang berbunyi gini.......

konna koto ii na
dikitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
sora wu jiyuu ni tobitai na
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

Semua penuntut tergelak besar, kerana tuan empunya handphone yang berbunyi tu adalah KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN itu sendiri.. yang epic nya lagu DORAEMON daaa.. hahaha.. 

Friday, October 25, 2013

Patah Tumbuh. Hilang? *nanges*

Kalau tak silap, kurang lebih 3 bulan Zorro menghilang tanpa khabar berita.  Hati tak mau nak berteka-teki sebab akhirnya akan buat terasa pilu.  

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
pada hari isnin yang lepas (21/10/2013), waktu malam my better-half called me, Na meh tenguk ni.. kita ada tetamu baru......

my new spy cat!!!  Comel sangat.. bila diamati, dilehernya ada kolar berloceng, pasti bertuan....dalam hati mungkin dia nak tumpang berehat memandangkan perutnya seakan bunting.. 

pada pada hari kedua dia datang lagi, i noticed ada sesuatu tentang spy cat ni agak mirip dengan Zorro, setiap kali dia datang, she will greet you seperti bagi salam dan tunggu hingga kita buka gate atau kita suruh dia panjat masuk dan makan.  she is a polite feline.

Satu malam, my better-half told me that the new spy cat kena kejar dengan anjing yang dibela oleh penjaga tokong cina yang berdekatan kawasan rumah kami tapi alhamdullillah dia dapat menyelamatkan diri dari dicedera.  After that night, bila dia datang, I pesan kat dia, malam-malam jangan pergi mana-mana lah tidur je lah kat sini, nanti pulang kat rumah sendiri after hari dah cerah....seakan faham she did that setiap malam.. 

btw I named her Alice, sebab macam Alice in Wonderland, this comelis girl loves to wonder around too.. if not takan dia dapat jumpa kami kan..hahah..  now I'm worried about Bruno, dia tu taiko sket..almost every night dia akan datang untuk makan kat rumah kami, takut lah dia bantai si Alice adoiii satu hal lah pulak.. 


until *jeng ..jeng..jeng...*

RUPANYA SI ALICE TU GEPREN SI BRUNO... lerrrrr..

yes, semalam baru lah sohih, masa i sampai rumah, tatkala nak tutup the gate, aiiii kemain berdua-duaan datang menjunjung duli kat depan gate kami.. pastu bila buka and ajak masuk..adoaiiii beriring-iringan masuk.. yang nyamfahsss.. uihh si Bruno siap request nak wet food.. pastu makan berdua sepinggan.. hahaha.. tak percaya.. percaya lahhhhh.. ni haaa sapa sangka muka ganas tapi dalam hati ada Taman Tasik Perdana uolls!!!

Bruno pun dah macam tau i ni rindu kat Zorro, dia pun dah mula nak baik dengan i and pandai buat aksi2 gedik (walaupun macam keras macam kayu) lepas i bagi makan treats.. 


now my better-half and i dah boleh lah manja-manja dengan Bruno (tapi still cautious sebab mamat ni unpredictable.. sekali dia pakuk..bengkak jari seyyy) usap2 kepala dia.. garuk-garuk leher dia.. 


Bak kata orang-orang tua, patah tumbuh hilang berganti.. tapi to me, yang patah pasti kan tumbuh dengan izin NYA.  tapi yang hilang akan sentiasa dihati, diminda dan pasti dirindui selalu... 
and I will always love and remember you my darling Don Deigo Dela Vega a.k.a. ZORRO
Zorro sesungguhnya sangat istimewa to us, pertama kali jumpa terus jatuh cinta macam lagu "Siapa pernah jatuh cinta, pada pandangan yang pertama, apakah memang sama dengan ku punya cinta, yang kini ku alami sendiri...........Hari pun terlalu cepat berganti lagi, tak terasa tambah umurku kini, siang malam kau selalu ku nanti nanti, rinduku rasa tak tertahan lagi.." hati tak rela nak berandai-andai.. jika ada ketentuan Illahi yang memungkin kan segala yang mustahil, in sha Allah Zorro pasti kembali, kiranya tiada, moga Zorro di dalam perlindungan Allah SWT selalu.