Masa berlalu terlalu pantas, semalam genap sebulan Ayah dijemput dengan cara yang paling indah oleh yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. Yang tinggal hanya lah rasa rindu yang mendalam di hati ini, yang dipendam secara diam, doa dan zikir dikirim sambil mengharap akan disampaikan sebagai hadiah kepada Ayah. In Sha Allah.
Pemergian ke tanah suci Makkah dan Madinah pada tahun ini adalah kejutan sekali lagi buat beliau dari kami, anak menantunya. Tidak terlintas langsung rupanya ada kejutan yang lebih besar menanti kami, ada sambutan yang meriah buat Ayah.
Ayah pergi tanpa melalui sakit yang tenat, tanpa rasa resah, tanpa rasa gundah.. wajahnya tenang, matanya tertutup rapat seakan tidur yang puas bersama bibir yang mengukir senyuman yang sering kelihatan apabila permintaannya dipenuhi.
Serasa tak jejak kaki di bumi, ketika Ina lihat Ayah tidur tanpa mahu bangun lagi. Serasa kaku segala jemari, ketika Ina perlu menandatangani watikah pelepasan agar Ayah boleh berada di bumi yang di berkati oleh Allah sentiasa. Serasa gelap seluruh alam ini bila Ina menerima ucapan takziah dari teman dan kenalan. Serasa ingin kembali ke hari esok, agar dapat puas bercerita dengan Ayah, seperti selalu kita lakukan. Bukan tidak redha, Ina sedar tak esok atau lusa, Ina pasti akan menyusul, itu memang janji Allah pada kita. Cuma rasa rindu yang teramat, buat Ina sering mencari-cari agar dapat melihat sepintas kelibat Ayah, rindu tersangat-sangat, Yah.
Masih Ina ingat lagi, ketika Ayah disolatkan, ramai jemaah lelaki mahupun wanita yang sudi melakukannya, hanya Allah sahaja yang dapat memberkati mereka. Opi bilang, ketika Ayah diusung keluar dari Masjidil Haram yang suci lagi penuh barakah itu, Subhana Allah, Maha Suci Allah, sungguh ramai yang menanti, permintaan Ayah sekali lagi ditunaikan oleh Ar-Rahim. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberi dan terus memberi segala yang indah buat Ayah Ina.
Di Masjidil Haram menanti solat jenazah dimulakan.. |
Ketika keluar dari Masjidil Haram |
Menaiki van untuk ke destinasi yang terakhir.. |
Ya Allah, Kau berkati lah Ayahanda ku dan diriku.
Ya Ghaffar, Kau ampuni serta tutupilah dosa-dosa Ayahanda ku serta diriku.
Ya Mu'iz, Kau tinggikanlah darjat Ayahanda ku
Ya Muhaimin, Kau lindungilah Ayahanda ku sebagaimana beliau melindungiku ketika kecil hingga dewasa
Al Hasiib, Kau cukupkan lah segala amalan baik Ayandandaku dan diriku
Ya Rahman Ar Rahim, sesungguhnya Kau yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
jangan kau putuskan rasa kasihku, ingatanku serta doaku buat
Ayahandaku Abdul Rahman Bin Dalib
Moga beliau sentiasa di dalam dakapan kasih sayang Mu,
Ya Rauuf.
In sha Allah.
I will always be your little sweetheart, kan Ayah? |
"Not a single day goes by
Without you in my doa..
Missing you so much, Yah"
Al- fatihah.
No comments:
Post a Comment