Sabtu petang, tiba-tiba hati jadi tak keruan, ingatkan kerana si kecil yang mungkin ketakutan dengan keadaan sekeliling yang baru. Dalam diam cuba hanyut dalam zikir, tapi rasa itu masih lagi ada.
Di pagi ahad, jam 10:30, kiriman sms hadir, malangnya hanya terlihat pada jam 11:26 pagi, membawa berita sedih. Kembalinya seorang lagi kesayangan semua, iaitu Bonda kepada Aidah dijemput Maha Pencipta. Rupanya hati yang tak keruan ada maksudnya. Moga Allah menganugerahkan Syurga buat Bonda. In shaa Allah, aaminn.
Buat temanku Aidah, menangis itu boleh, tapi jangan diratap, rindu itu boleh tapi jangan sampai kita menidakkan tanggungjawab kita yang masih ada didunia ini. Sampai waktu dengan izin yang Esa, kita semua akan dipertemukan jua. Moga-moga diwaktu itu kita semua bersama dibawah lindungan mu Ya Allah.
Pada yang sudi membaca, mohon kirimkanlah Al-Fatihah buat Bonda Aidah, hanya Allah dapat membalas budi baik anda semua.
5 comments:
INNALILLAH... moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman...
moga keluarga kak aidah tabah.
**tak perasan entry last kak aidah pasal mak dia sakit tu... harini baru terbaca
Al-Fatihah... terkejut dengar sbb mmg mengikut kisah akak tu..
Allah lebih menyayangi bondanya. Dengan pergi, mungkin Allah dah meringankan bondanya dari kesakitan.
Semoga roh bondanya di tempatkan di kalangan hamba2 yg beriman. Innalillahiwainnailaihirajiuun..
Al-Fatihah..
Nini pun ada dapat sms dari kak Aidah..turut tumpang sedih atas kehilangan bondanya.moga kak Aidah sekeluarga kuat dengan dugaanNYA
alfatihah..
kita juga pasti ke sana..cuma tak tahu bila dan bagaimana keadaanya..
Post a Comment