Thursday, December 27, 2012

Berita Yang Mengujakan ..

Syukran jazilan!! Alhamdullillah.. wahh macam cabutan BSN je.. sebelum I beritahu apa yang gembira sangat ni.. I want to say few words dulu. 

Pada hari yang bahagia ini, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memakbulkan doa saya, terima kasih tak terhingga kepada MyRozza kerana memberi perkabaran gembira itu semuga anda murah rezeki dan bahagia selalu, In shaa Allah. Aaminn.  

To show my gratitude, terima lah aksi-aksi seorang 'Player' yang tak sedar diri tu dah kena 'sunat' haha.. MyRozza, hope you suka lah ya...

"Beriya suruh Hachi pose ni kenapa?"

"Share lah apa yang buat Na happy sakan ni?"

"Ala kita-kita je Na, no one will know"

"Na kata sayang Hachi.. ceita lah"
"Alaaa Na ceita lah"
"pleaseeee"
"pretty please with sugar on top, pleaseeeee"
"Naaaa.. pleaseee laaa"

"tak apa lah .. tak mau ceita tak apa..now i nak menajuk"

"ye lah..ye lah.. esok Na tak yah attend 'neraka dunia' weeehoo"
"ooo Esok tak ada HOD meeting ea?"

"YES!!!"


*hikhikhikhik* "lalalala"

Tuesday, December 25, 2012

Santa!! Santa??..

Tadi masa naik tangga bergerak, I nampak



Ingat nak pi kejar Santa sebab nak tanya, cemana boleh kurus? Tapi pikir2 balik, baik tak payah karang tak pasal dia serkup I masuk dalam karung haaruu.. Hehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

3K

Malam tadi lepas maghrib, teruslah berketuntang kat dapur nak masak Lamp Chop (mengalahkan nak sambut X'mas je hahaha)..since my better-half requested mashed potatoes, so kena lah rebus itu kentang



Tetiba I received a call from my Ayah. Ada kecemasan kat sana, my mak and my younger sister keracunan makanan while my lil niece asik vomiting. Yang buat I sendu tu my niece tu requested my better-half and I pi bawak dia ke klinik. So apalagi lepas I told my better-half about the request, padam api, tutup gas put aside bahan2 masakan terus pakai uniform paramedic and start engine ambulance (haha part ni tipuuu). Lepas dah siap terus lah kami ke rumah mak & ayah. Sampai je, the little is vomiting. Kesian betul. Jenguk mak dengan adik, both of them surrendered tak larat nak bangun pergi ke klinik. So kami bertiga je yang pergi, mulanya my brother in-law nak bawa tapi dia kena tidurkan the baby dulu.

At the clinic, my lil sweetheart vomited lagi..aduhh kesiannya pastu baring ler sementara tunggu giliran kami iaitu no. 97.

Once balik dari klinik, si kecik tu nak I bagi dia makan ubat, layan. Then passed the ubat to my younger sister, later teman mother makan ubat. Tucked all of them in their bed, baru kami pulang.

Sampai kat rumah dah 10ish pm, sambung masak, rebus balik the kentang, lamb air wave grill



Goreng telur sunny side up



Then jadi lah our late night meals






Yang tak ada cuma baked beans lupa nak stock up bila pi beli groceries.

Sebelum tidur, realised that on 25th December adalah Wedding Anniversary my auntie & hubby who i fondly calls her Enda Long. May your marriage and love will last till forever. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S

Sunday, December 23, 2012

Hari ke 6

These pictures were taken yesterday evening especially for Aidah's veiw pleasure tapi others pun boleh view juga.

The kittens semalam dah usia 6 hari..alhamdullillah. Kami masih tak bagi nama lagi, sebab kecil lagi..okay happy viewing..
























And inilah yang paling akhir lahir






Yang ni pula bila dua-dua kaler cmporeng digandingkan bersama










Rasanya tak lama lagi mata mereka terbuka lah.. :)


Entri Basi - Balik Kampung (The Days) 2

Since ada permintaan so I sambung.. Once his migraine clears off (aneh kat London kejap bebenor baiknya, kalau kat rumah, satu hari my better-half akan tidur baru lah ok), kami keluar hotel jenjalan sekitar hotel nak familiarkan diri with the route. Holiday with my better-half jangan mimpi ler nak melepak dalam bilik, rehat-rehat (may it be domestic or overseas) to him, pi tempat orang kena ambil peluang jalan-jalan tenguk the surroundings. Adakala I kelentong gak my better-half tu, I cakap I pening kepala, so he will let me take a nap .. Macam masa I pi Paris dulu, I buat drama kata poning ..yang ye nya I ngantuk..haha if I cakap I ngantuk sure he will ask me to wash my face..haha malas lah.. btw, masa pi Paris I ada buat keje bodoh kat situ..haha plus ada ceita sedih dan ceita malang..nanti I ceita.. Kalau tak M.A.L.A.S. hehe

Ok back to the London story.. The hotel that we stayed berdekatan dengan Queensway Station.



If you pi sana and you intend to stay a week or more, silalah purchase Oyster Transport card, it will allow you to travel either by Tube (underground train) or by bus. Guna lah sampai lebam selama 7 hari kemana-mana saja di London. Lepas 7 hari top up lah lagi.. bila nak balik to our country, pulangkan lah card tu, nanti dapat duit deposit kad £5.

Queensway station ni, bila waktu peak mereka akan suruh kita menapak turun ya.. Ada 123 anak tangga..so I pun exercise ler setiap hari semasa di sana tapi bila balik, boleh naik lif. Hishh tak sapa wehh nak menapak 123 anak tangga untuk naik ke atas baru lah tercabut kepala lutut.

Selain dekat dengan Queensway station, the hotel tu berdekatan dengan



nampak tak papan tanda Bayswater Road..haa tempat tu penting tau..sebab kat situlah Malaysian Hall haha..tapi jangan risau, kat London banyak restaurant halal dan toyibban dan restaurant Malaysia ada quite a few kat sana. So rindu pasal makan mungkin tak membuak-buak cuma poket boleh bocor ler sebab maheii (to me lah) yaaa amat.. For instance nasi lemak ni



With air sirap biasa regenya £6 (masa I kat sana the conversion is £1 = RM5.20) ramai cakap jangan convert jangan convert, nanti kelaparan..makan boleh lah tutup mata tak convert, tapi kalau pi shopping tak convert memang penaya diri sendiri lah..tak tau lah kalau orang lain tu mungkin duit berkepuk kat dalam vault. I tak do..so kena plan my shopping dengan hati-hati hehe.. Well, masing-masing ada perception sendiri lah..

Selama beberapa hari kami di sana, cuaca sangat lah baik sekali, sejuk tapi ada sinaran matahari..macam waktu pagi around 7am - 8am di sini selepas hujan..redup je just the suhu sejuk lah..hanya sekali je we experienced drizzle.. Hari2 lain redup and sedikit mendung. Suhu sekitar 7 darjah celcius - 11 darjah celcius. Bestkan? Masa tu minum hot drinks, nikmattt..

I used to visit London in 1999 kot ... lupa lah (aiyoo eonss ago), suasana masa tu dengan my recent visit very different lah. Dulu ramai orang British kat London, boleh jumpa kat serata ceruk di London..ye lah dah tempat dia kan.. Now, yang omputih2 I jumpa kebanyakkannya orang dari Spain, pastu orang Pakistan, Bangladesh, Chinese..dah rasa kat masjid India dan Petaling Street pun ada..haha.. Yang kat hotel tu, pekerja dia pun either dari Romania tak pun Sepanyol. Mana gak ler orang British.. Haaa I dapat tenguk British kat dalam train ler..haha..tapikan, orang British ni tak se va va va voom orang Perancis (nak tak I ceita?? Hehe). They are fair tapi face wise I think nak kata handsome and beautiful tu tak ramailah (I sedau diri, I pun dalam kategori itu gak haha).

Dalam train, bila bosan I pun mula lah buat experimen vagang, kita selalu cakap, omputih ni putih kan..actually idok ler..dah dekat kaler kita dah, sebab masa dalam train selalu gak I kena pegang tiang sebab tak dapat duduk, so mesti ada yang lelain pun pegang the same pole, so apalagi buat perbandingan lah..haha my kulit jatuh satu level bawah warna kulit mereka..I think Dinas Aldi & Aidah sama level dengan kaler kulit omputih kat sana.

London sekarang (from my personal view ya) is cleaner compared to the year I pegi dulu. Public toilet hanciangg..but now dah bagus cuma still tak ada bidet, so I nasihatkan, rajin2 bawa air mineral sebotol..pahamkan?? Hehe

What I missed about London while I'm in London? Masa dulu I pi sana, bila mereka cakap thank you, sure ada love kat belakang or dia nak bagi kita jalan dulu ke mesti ada love kat belakang, contoh: -

'Thank you, Love' 'After you, Love' 'Is that all, Love?' Aiyoo i really missed that..sebab dah tarak ..sepanjang I kat sana hanya sekali je I dapat dengar the love thingy. Uwaaa.. Kecik hati I tau..

Baik di London mahupun di Paris (baru 2 tempat I dapat pi kat Europe tu) tempat lain tak tau lah..mereka ada sistem sewa basikal,dasat kan..



Rasanya kalau kat sini basikal ni terus jadi rete. It is called Barclays Cycle Hire, boleh guna debit or credit card or register as a member nanti dapat hire card. Basikal boleh ambil kat docking area. Kat Paris pun ada gak ni..Malangnya yours truly tak reti naik basikal so lupakan lah nak hire it..uwaaa lagi..tapi never fear as I mentioned earlier, nak jenjalan boleh naik tube, bus, tour bus, naik tour bot, taxi ataupun sewa lah kereta, I rasa if you nak sewa kereta, kita kena apply international driving licence dulu lah..

Benda2 yang penting kita kena jaga adalah, paspot, jaga bebaik, ada nasihat buat salinan, yang ori simpan dalam luggage and tinggal kat hotel, ada yang cakap bawak tapi simpan dalam tempat yang tersorok either in the handbag or kat poket baju macam orang pi mekah tu. I pilih yang latter, simpan dalam handbag tapi London quite safe compared to Paris dan polis ada di mana-mana senang cari berbanding Paris ..stress. Btw, kehilangan paspot di luar negara boleh mengakibatkan kita kena keluar dari negara tersebut dalam masa 24jam setelah dapat paspot sementara yang dikeluarkan oleh Kedutaan/Pesuruhjaya Malaysia (correct me if I'm wrong sebab I dapat tau verbally from a friend).

Oklah..nanti sambung lagi, I show you the places plak.. Bai..




- Posted using BlogPress from my new version iPad

Ditemani Spy Cat



Bagai tau-tau je yang diri dia tu dipuji-puji oleh AidahDinas Aldi & Nini D, Zorro datang malam semalam dalam hujan yang separa lebat dan tak malunya minta wet food...hahaha amboii Zorro dah buat macam keluarga sendiri je.  Oleh kerana dah mula sayang, I pi cukai satu tin ayam rebus nak bagi pada Incik Zorro.  Bila bagi kat dia, Cleo, Belle, Baby, Blackie and Lady, kena gak bagi..karang tak pasal dapat surat komplen..haha..yang the rest will be given petang hari ni.



Lepas makan wet food tu, Zorro temankan I sidai baju. Yeeee..saya sidai baju memalam sebab saya ni pemalu orang nya ..haha.. Zorro tunggu je sampai I habis sidai.  Lepas tu, he meow to me agaknya cakap dia basah lagi, so i went in ambil kitchen towel and lap badan dia sampai kering.  Pastu dia mintak garuk2 badan dia..  Sambil tu I cakap lah "wahh, Zorro, ramai yang kata Zorro hensem..ada cakap macam Antonio Banderas" sekali dia dongak 







"Tell las mujeres bonitas, gracias! Now I am going to give some exclusive pose for my fans"
So sila lah feast your eyes..



















Itu lah aksi2 tarian Flamenco ala kucing manja..
Lepas habis beraksi sakan, tetiba Zorro ajak masuk rumah.. Alamak aii tak boleh lah karang marah pulak family dia. Pujuk dia makan kibbles and pesan lenkali datang lagi.. Baru lah dia tak ikut masuk rumah. Kesian Zorro.
I ingat if monday ni dia datang siang hari, I nak mandikan dia lah. Kotor bebenor .. Sure family dia kajut!! Hahaha tapi tak apa ke eh?

Friday, December 21, 2012

The Kittens, The Ayama & The 'magic' Basket

Judul entri mengalahkan judul pilem The Lion, The Witch & The Wardrobe (Narnia) hehe ..

Tadi Ayama sepital baru check the 5 days old kittens, alhamdullillah all 5 sihat walafiat and ada yang dah mula nak terbuka matanya..






Masa ni Ayama belum kemas katil bersalin.. See how healthy the kittens..

Selalunya bila Ayama nak kemas the bed, the kittens will be placed in this basket




Dah habis kemas, the basket will be hung kat handle lemari. Selalunya the basket tak sapa lah pedulik. Tapiiiii malam ni, tah hapa punya special, raga ni bermajis plak sebab .. Taraaaaaa



Adoii Fluffy, kome tu bukan ler kecik2 anak.. Teringin juga .. Idok ke sempit yob oii!!




"Na, malam ni Fluffy tido kat dalam raga ni boleh ya?"
#pingsan

Ingatkan Fluffy je, sekali lagi tenguk laaa si April pulak.. Aiks ganti baton ke??


"Na, karang bila nak keluar tu, tolong tutup lampu ya, silau la"
#amboii

- Posted using BlogPress from my iPhone 4S