Sunday, September 29, 2013

Gaduh

Semenjak dua menjak ni, si Lady dah berapa kali kantoi dia membedal si Hideki.  Latest incident hari sabtu lepas, around 6am.  Dia dah cornered si Hideki masa mereka semua tengah sarapan.  I plak masa tu dalam bilik, sekali dengar bunyi berkeriau.. apa lagi berlari lah i to the rescue.. terpaksa tarik Lady dengan penyapu..sebab minah tu kalau tengah baran, kita pun dihentamnya. Ekor masing-masing dah kembang.. i tawakkal je scooped si Hideki dan cepat-cepat bawak masuk bilik tidur kami. Kesian betul I tenguk si Hideki tu.. ya lah dia tu sebatang kara.. masuk bilik je dia cepat-cepat lari bawah katil.. aduhh picah hati Na tau Eki.. huhu.. si Lady tu memang nak kena tarbiah tu.. nanti dia.. ish ish ish..

Cerita yang kat bawah ni berlaku pada hari Khamis yang baru lepas ni.. kesian lah si kecik tu bawak diri kat anak tangga.. sayuuu wooo tenguk dia masa tu.. 

yang incident hari sabtu tu meninggalkan seliang luka kat badan si Hideki sebab kena cakar.. dah letak ubat..hopefully baik lah.. rasa nya semangat Hideki yang hilang sebab kena debik dek Lady dah ok kot.. sebab dia dah makan 3 cebis Puri ..isk isk isk..kalau dah asal dari kedai Mamak, tetap nak makan masakan Mamak juga ya Eki.. hehehe.. 

2 comments:

Dinas Aldi said...

Awat la budak2 tu keja gaduh ja. Kena hantaq pi bilik disiplin tu. Atau hantaq pi kaunseling. Kehkehh..

zard said...

Dinas Aldi,

itu lah dik, pantang lepa gaduh, pantang gaduh lepa.. emm boleh ke hantaq pi kaunseling? tak pun kakak hantaq pi jumpa ciku Dinas ja lah.. boleh tolong hep hep yaa.. hehehehe