Thursday, November 28, 2013

Annie -Part 2

Pada pagi Sabtu, 21/11/2013, at around 9 am, I received a call from AMC, I was hoping for a good news, masa nak jawab telefon, sempat doa dan baca bismillah banyak-banyak agar bukan bad news yang mereka ingin sampaikan.  "Hi, this is MS. Shin, Annie's doctor, I'm sorry to inform you that Annie's unable to deliver the fetus after we have induced her, thus we are preparing her for immediate surgery, hence I'm asking your consent to proceed", tutur MS. Shin melalui talian.  Tanpa paksaan, airmata menitis deras, lidah jadi kelu, the only words that I could utter "MS. Shin, please save Annie.. please".  I boleh dengar suara MS. Shin seperti dalam dilema bila dia menjawab, "We will try our best".  Dalam hati I prayed and prayed so hard, "Ya Allah, jangan pisahkan kami.. berikan lah hambamu ini peluang untuk bersama-sama dengan Annie.  Kasihani lah kami Ya Rahman" mungkin pada orang lain, it's too much sampai nak berdoa begitu untuk pet/binatang peliharaan.  To me Annie dan my other purrlings they are not my pets.. my better-half and I never regards Annie and the rest of my cats as PETS.. to us they are our immediate FAMILY.  Well, even my mother never agrees in this.

At around 12 something, I received a call from AMC, masa tu rasa macam tak mau angkat langsung.. but deep inside my heart was saying, serah pada Allah SWT, tak sapa lagi boleh tolong kecuali DIA. "Hello, this is MR. Nathan, the Senior Surgeon that attended to Annie's case with MS. Shin, we have taken out the fetus, unfortunately , the fetus has turned septic, hence we have to remove Annie's uterus.  We have put Annie on a strong antibiotic as we fear for infection, we did not anes as we do not want to stress her.  We only use gas. Annie now resting in the ward, a bit weak but she is seems ok"  

I could feel, masa Vet to terang pada I, my breathing stopped tiba-tiba .. it started to breath bila I tanya, "Is my Annie okay?" MR. Nathan, jawab,"Yes, your Annie is fine and you may visit her tonight."  

Soon after I disconnect the call, I terus buat sujud syukur, masa tu airmata jangan ucap, memang banjir.. I hope Annie tau how much I love her.. Ya Rahim, hanya padaMU hambaMU yang sering khilaf ini dapat bergantung harap, sihatkan lah kembali Annie dan lindungi lah semua kesayangan ku Ya Rahman.

At 6:30pm, kami bertolak dari rumah menuju ke AMC.  Setiba di sana, we were taken to the ward, Annie sedang tidur, MS. Shin juga ada di situ, beliau memberitahu, "Annie is resting now but she did woke up a moment ago, but we gave her medication so that she could rest longer, but her progress report shown a very good sign, she did not develop any fever or any symptoms of major or minor infection.. perhaps if she is okay by tomorrow she go home".  "MS. Shin, if she is okay, can she still be in the hospital until next Saturday, as both of us are working, it is better for her to have someone around, as for the bill, we will pay for the top up." I merayu.  MS. Shin senyum and said, "ok.. not to worry."  Cepat sembuh Annie sayang..

foto lama, masa tu Annie kena sakit mata.. 
Pada hari Ahad 22/11/2013, kami ziarah Annie pada jam 10:30 pagi, Annie dah sedar tapi masih terbaring, nurse di AMC beritahu mereka agak rungsing sebab Annie tidak berbunyi pun.  I told them, Annie memang pendiam and not too active pun.. maknanya tak lah lasak macam Hideki tu..  Lega hati tenguk Annie dah sedar.  Sebelum pulang, I promised to Annie, "Na pulang dulu, esok hari senin lepas kerja Na datang lagi ok.. Annie rehat ya, cepat sembuh ya sayang."  Seperti nampak mata Annie berkaca macam nak menangis.. hmm can a cat cry?

Hari Isnin, 23/11/2013, I totally forgotten tentang janji I nak jenguk Annie due to rotten argument kat office with a self-centred staff arghhh.. I gave a call to AMC tanya kabar Annie, mereka beritahu Annie bertambah baik, dah mahu makan tapi tak banyak.

Hari Selasa 24/11/2013, I put an alert di handphone agar jangan terlupa nak jenguk Annie, Alhamdullilah dapat pergi.. Annie masa tu sedang santai dalam cage 13 sedang menung pandang luar.  I called her name, dia buat donno je.. I buka pintu cage and usap Annie, she turned and look macam menjeling seperti merajuk.. i held her front paws, Annie tolak my hand slowly.. I was so shocked.. i cuba lagi, dia tolak lagi perlahan.. Annie benar-benar merajuk.. aduhhhh.. Before i go off, I told Annie, "maafkan Na okay, semalam Na in a very bad situation sampai lupa janji, sorry ya Annie sebab mungkir.. but Na datang hari ni and in sha Allah Na datang esok lagi ya.." Annie paling muka and still tolak my hand..

Hari Rabu, 25/11/2013, after work terus pergi ke AMC, Annie sedang resting, I lifted up her kelambu and macam semalam I cuba usap her and hold her front paws, mula-mula nak merajuk lagi.. tapi bila I cakap, "see Na datang kan.. I will never abandon you Annie.. Annie kena cepat sihat.. nanti hari Sabtu, Annie boleh balik" her reaction, dia nampak relax and let me touched her paws, usap2 dia.. Alhamdullillah lega hati..

.... bersambung

Wednesday, November 27, 2013

Annie - Part 1

Last Friday, we had to rushed Annie to AMC, Emergency sebab I noticed dia terbaring sahaja dalam sangkar.  Truthfully, kami tak sangka Annie juga salah satu kucing kami yang pregnant, until hari Khamis 21/11/2013, ketika kami check sangkarnya, Annie telah melahir kan dua ekor anak, malangnya kedua-dua anak Annie tersebut telah meninggal dunia.  Melihat keadaan Annie, kami saspek ada lagi anak-anak Annie yang masih dalam proses untuk dilahirkan.  Maka we decided to leave Annie alone, so she could deliver all her babies. 

To our surprised, bila kami checked on her pada hari Jumaat yang lepas, Annie tak melahirkan tapi nampak she's a bit quiet and bila i checked her bottoms, banyak lendir merah keluar and the smell very hanyir.. tanpa berlengah-lengah lagi, I siapkan carrier lined with patient's bed pad and placed her gently on it.  

Dengan bulu yang agak meriah.. sapa ler sangka Annie mengandung.. 
Sesampai kami di AMC, kami terdengar tangisan dari salah seorang ahli keluarga patient (berbangsa tionghua), sayunya hati..mungkin kesayangan nya tak dapat diselamatkan..  Sementara my better-half daftarkan kemasukkan Annie, I went in to the treatment room bersama Doctor on Call, Senior Surgeon MS. Shin (if di hospital, sekiranya pakar bedah kita panggil MS utk perempuan dan MR untuk lelaki).  Setelah diperiksa, MS. Shin dapati ada seekor anak Annie telah tersangkut di Vi jay jay Annie (MS. Shin shown me, memang nampak dua paws dah terkulai).  MS. Shin minta kami keluar, untuk beliau dan her assistant to do the manual procedure, sekiranya tak berjaya, Annie mungkin akan di operasi malam itu juga.  Dalam 10 minit, MS. Shin called us in, Alhamdullillah, anak Annie yang tersangkut itu telah berjaya dikeluarkan tapi janin tersebut telah pun meninggal more than 8 hours ago kata MS. Shin.  Bau hanyir menusuk deria bau kami, MS. Shin memberitahu, ada satu lagi fetus masih tertinggal di dalam rahim Annie dan beliau akan cuba keluarkan menerusi proses induced.  Sekiranya Annie masih tidak dapat mengeluarkan nya secara normal, maka Annie akan di bawa ke bilik bedah untuk pembedahan mengeluarkan janin yang sudah mula septic dan yang paling penting untuk menyelamatkan nyawa Annie.

Sepanjang penerangan MS. Shin, i pegang one of Annie's front paw and to my surprise she held out both her paws and pegang one of my jari.. I told her I'm so sorry with what had happened. I asked her to be strong, stronger than Tuah.. I told her that I love her so much.. Annie just looked at me .. looked direct to my eyes.. I kissed her forehead, Annie just stared at me.. 
A very shy but adorable cat, actually she still a kitten, baru 11 bulan, her 1st year birthday pada 17 Disember  nanti.
We left AMC at around 12 midnight, after Annie dah masuk ward.




Perjalanan pulang terasa kosong sangat-sangat.. Bau hanyir darah masih terbau-bau.. dalam hati terus berdoa agar Annie selamat dan kembali sihat, itu yang paling penting..

Code Orange Block A

Seperti yang telah diberitahu dalam 'Neraka Dunia' yang telah lalu, latihan kebakaran akan dilakukan pada 27/11/2013.  So pada jam 8:00 pagi, briefing terakhir mengenai aktiviti latihan telah di adakan di Auditorium.  Kali ini hanya Blok A sahaja yang terlibat dan senarionya akan bermula dari tingkat 4 blok A.


Tepat jam 10 pagi, amaran kecemasan telah dibunyikan, bemula dengan Code Red A4Z1, kurang lebih setengah jam barulah amaran kecemasan Code Orange untuk keseluruhan Blok A.  As instructed, pada yang terlibat haruslah evacuate their working area dan pergi menuju ke kawasan lapang tempat yang telah dikenalpasti sebagai kawasan berhimpun utama.

Sebelum siren berbunyi lampu kecil khas akan dinyalakan secara berkelip-kelip .. 
Dari blok A ke kawasan perhimpunan utama (di area Blok B) hanya makan masa 5 minit if jalan lenggang kangkung.. 

The rescue squad dari kalangan kakitangan yang ditugaskan sebagai penyelamat sebelum  BOMBA sampai
"mereka-mereka yang sempat menyelamatkan diri" sempat bagi sign PEACE uolls.. 
Acara pengiraan kakitangan yang terlibat.
Menanti arahan Code Orange Stand Down
Jika pokok ni boleh berkata-kata, mesti ia bicara begini "haishh.. dulu2 mudo2 yo den tenguk ..sekarang dah kerepot yang datang" haha..
Code Orange Stand Down
Walaupun tak berapa panas, sempat gak lah berlengas but I still find it as a fun activities.  Moga-moga Fire Drill kali ini tak gagal lagi.. Aamiin.... to the 3 BOMBA squads (from different locations) we heart you so much... psst.. lenkali boleh hantar yang kacak2 tak.. hahahahahahahah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini pulak latihan kebakaran yang dikendalikan oleh Hachiko and co.




Friday, November 22, 2013

Washing Machine - Kenangan

Kisah Dua

selepas form 5, my dad was transferred to Johore, since i'm furthering my study (during that time), i was asked to live with my late grandmother and unmarried uncle di Kenny Hills.  bila hari jumaat i tak ada class, so apa lagi "pulang mari lah pulang..marilah pulang bersama-sama" .. adakala jika ayah ada meeting di ibupejabat di KL then i will followed him.  jika tak i akan pagi-pagi pergi ke KTM pulang dengan train.  i think the tix counter people tau i travel sendirian, sebab selalu i dapat duduk sorang-sorang.. i really appreciate it especially bila mata dah mula mengantuk dek buaian coach keretapi.

well, i bukan nak cerita tentang keretapi pun.. tapi ada satu peristiwa yang berlaku semasa my parent tinggal di Batu Pahat, Johore (sebelum ayah di tranfer ke JB).  bila dah tinggal berjauhan dari mak, bila balik bercuti for sure banyak pekara yang kami bualkan but tentang boyfriend will always an off topic.. forbidden.. my mak garang wooo.. 

pada suatu hari (wahhh..start dahh) masa mak and i borak-borak (i pun tak ingat borak tentang apa..) my lil sister, (masa tu dia darjah 3 kot) pergi ke dapur, the house yang the company rented for us quite huge juga lah..so the dapur tu a tad far from the tea room (tudia ada tea room bagai.. betul tak tipu).  sedang rancak borak-borak sambil lap peluh (the tea room tu dinding dgn roof top dia guna glass.. bersaunalah kita..haha.. tapi akak feeling england.. hahaha.. ) tiba-tiba terdengar suara adik menjerit cemas .. "mak, kakak... cepatttt.. tolonggg.. ija tak larat ni.. tolongggg"

i looked at my mak, mak looked at me.. dalam hati kami sure berkata "what happen?"  tanpa berlengah lagi, kami pun bergegas lah ke dapur.. tenguk kat ruang dapur eh tak ada plak kelibat adik .. luckily dia berteriak kembali "makkkkk..tolongggg .. adehh.. kakak.. tolonggg.. dia nak lariiiii.. tolonggg"

rupanya adik kat luar tempat washing area.. bila mak dengan i jenguk ke luar, oh myyyy what a scene.. adik sedang beriya menahan washing machine yang sedang menjalankan tugas membasuh sambil bergegar seperti berjalan hendak menuruni anak-anak tangga ke kawasan ampaian.. 





"kakak, makkk..tolong lah ija dah penat ni.. mak punya mesin basuh ni nak lariii.. puas ija tahan.. dah penat ni.. "

kesian bukan tak kesian..tapi apa-apa pun kami bantai gelak sakan dulu.. haha.. i wonder whether my baby sister still remember about this incident or not.. hahahah.

Friday, November 15, 2013

Kisah Di Dewan Peperiksaan - Kenangan

Bila membaca entri Dinas Aldi tentang menjadi pengawas peperiksaan beso, teringat akan satu kenangan indah ketika menghadapi peperiksaan yang besoo juga.. tak perlu lah ditanya di mana atau bila.. itu rahaaaasia.. haha..

Kisah Satu

Ianya berlaku diwaktu pagi, (exam waktu pagi lah tu).. seperti biasa sebelum peperiksaan dimulakan kita semua cari tempat duduk kita mengikut angka giliran yang telah diberi.  Setelah semua student duduk di tempat masing-masing, booklet peperiksaan akan diagihkan.. hyeppp tak boleh dibuka dulu.. tenung je mukasurat hadapan sahaja.. tapi as usual lah walaupun dah tua merenta tetap ada yang terteleng-teleng kepala nak ngintip soalan apa yang telah disediakan hahah 

Seperti kebiasaan, sebelum peperiksaan dimulakan, Ketua Pengawas Peperiksaan akan memberi sepatah dua kata.. all the do's and don'ts ketika menjawab soalan-soalan lah.. salah satunya adalah samada matikan talian telefon bimbit yang dibawa atau padamkan suara telefon bimbit tersebut agar tidak menganggu konsentrasi penuntut-penuntut yang ada di dewan peperiksaan.. Bila Ketua Pengawas Peperiksaan tu tanya, "semua FAHAM!" serentak kami sahut, "Faham" bergema dewan peperiksaan dengan suara kami.. dah macam anak-anak sekolah je.. haha..

Peperiksaan dimulakan, setengah jam telah berlalu, wahh masing-masing dengan gaya tersendiri, ada yang relaks je menjawab.. ada yang berkerut-kerut, ada sampai senget-senget badan dan tak kurang nya yang membongkang a.k.a tidur.. suasana seperti biasa lah waktu exam.. Senyap Sunyi.. kalau jatuhkan pin sure dengar bunyi ' TING '

Tiba-tiba dalam dalam suasana yang sunyi hening itu.. terdengar dengan kuat deringan ringtone yang berbunyi gini.......

konna koto ii na
dikitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
sora wu jiyuu ni tobitai na
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

Semua penuntut tergelak besar, kerana tuan empunya handphone yang berbunyi tu adalah KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN itu sendiri.. yang epic nya lagu DORAEMON daaa.. hahaha.. 

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

salam Maal Hijrah 1436H buat semua kenalan serta saudara mara, moga ditahun baru ni Allah SWT melindungi kita semua dari aniaya manusia dan hasutan syaiton yang direjam.  moga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan akhirat, in sha Allah. aamiin.

bebudak kat rumah ni serta sicomelis-comelis nak dendangkan lagu Maal Hijrah.. nak muzik sila cari di YouTube ya .. 
*ralat: Muhajirin
semuga seluruh umat Islam di Malaysia serta di luar Malaysia akan mula bersatu dan berbaik-baik kembali. in sha Allah, aamiin.

Friday, November 1, 2013

Hear ye, Hear ye!

Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa ahli keluarga kami ada pertambahan lagi, alhamdullillah.  Pada hari Isnin, 28hb Oktober, 2013 bersamaan 23 Zulhijjah 1434H Lily telah melahirkan 4 ekor cahayamata  yang comel, malangnya beberapa minit kemudian seekor daripada mereka telah pun pergi menemui Maha Pencipta.. kini tinggallah 3 sahaja.  Ibu dan anak-anak, alhamdullillah dalam keadaan sihat walafiat (tapi Ibu tu ada sikit eksen, asik nak menyembur je bila kita jenguk keadaan mereka di wad bersalin.


Lily: apa tenguk2 ni, nak curik ea.. nampak pancaran laser kat mata kita tak?  Laser kang baru tau!!
Pada hari Selasa, 29hb Oktober, 2013 bersamaan 24 Zulhijjah 1434H, Mu'ezza pula melahirkan 3 ekor cahayamata yang mungil.  Yang paling mengembirakan pada kelahiran kali ini, Mu'ezza telah insaf dan mahu menjaga cahayamatanya sendiri.  Syabas Mu'ezza!!  

Panas tak selalu sampai kepetang adakala hujan ditengah hari, pada hari Khamis 31hb Oktober, 2013 bersamaan 26 Zulhijjah 1434H, satu dari 3 cahayamata Mu'ezza telah dijemput pulang menemui Maha Pencipta.  Kini tinggal Mu'ezza bersama-sama dua anak-anaknya.  Moga mereka semua membesar dengan sihat, cergas dan menjadi anak-anak kucing yang comel dan cerdik.  Aamiin.

Mu'ezza: apa tenguk-tenguk ni.. tak nampak ke kita tengah bf ni? 
Anak-anak Mu'ezza secara dekat
Dengan kelahiran dari kedua-dua ibu iaitu Lily dan Mu'ezza, maka kini kami sedang menunggu kelahiran daripada Chomel (besau betul perut dia sekarang) dan our new spy cat yang kami panggil Alice.  Moga Allah permudahkan semuanya.  Aamiin.

Sekian, berita terkini mengenai kehamilan dan kelahiran..