Cerita tentang kod itam manis ni.. teringat plak tentang
satu peristiwa kod biru.. ni macam nak announce kecemasan lah.. ada lah satu
pagi ni.. nak kata pagi pun tak pagi sangat.. kita ingat nak menghala ke
tengahari.. kat satu kawasan ni, orang ramai dah mula berkurangan.
Sekali tu
sorang ni terpandang kat satu susuk tubuh yang duduk ala-ala orang tak ada
tulang tu slouching gitu.. bila di
amat-amati.. orang tu seperti tidur.. tapi macam pengsan.. so risau lah kan..
so ketua kawasan pun cepat-cepatlah mengambil tindakan pro-aktif. Ketua kawasan pun pergilah dekat orang
tersebut.
Mula-mula dipanggil-panggilnya.
Ketua kawasan: encik, encik..
Tiada riaksi.. ketua kawasan terfikir pengsan ke?
Ketua kawasan cuba goyangkan badan.. tiada reaksi juga.. “ahhh
sudah” fikir ketua kawasan.. lalu ketua kawasan meletakkan jejari runcingnya
(runcing ke?) di bawah lubang aliran nafas orang tersebut, “eh macam tak
bernafas je” ketua kawasan dah mula panic.. terus melaung “ ooo ooo ooo..
panggil kod biru wooiii “ tindakan pantas oleh rakan beregu .. tak lama
kemudian berkumandanglah “kod biru di (lokasi) dewasa.. kod biru di (lokasi)
dewasa”
Semasa menunggu itu, usaha untuk menbangunkan orang tersebut
dilakukan dengan jayanya.. “encik..encik..ooo encik oii” tapi tetap tiada
reaksi..
Sekali terdengar suara “beri ruang beri ruang” oo pasukan
penyelamat telah tiba..
Tiba-tiba, mata terbuka, rupa terkejut “eh apa pasat aaa ini
lamai-lamai olang .. ??”
Apa nak kata.. rasanya semua patut buat *mata ke atas,
tangan di bahu*
No comments:
Post a Comment