Wednesday, November 7, 2012

Lutung Kesarung

Lutung Kesarung adalah kisah hikayat (kisah dongeng lettew) dari negara Indonesia (kena sebut ni nanti tak pasal di ling ling nya nama negara kita ish ish ish sungguh tak sopan) mengenai seorang putera dari kerajaan kayangan yang turun ke bumi untuk mencari isteri yang secantik bondanya... Bonda dia dah aim satu tuan puteri ni, memang dia berkenan sesangat nak dijadikan menantu..so dia bagi lah hint2 kat puteranya..

Kesiankan, dahulukala nak cari isteri pun nak kena menyamar sampai jadi lotong (ini ejaan Malaysia).. Dibuatnya bukan tuan puteri tu yang jumpa lotong ni tapi pak samad ke? Harus lotong ni kena kerahan tenaga iaitu petik buah kelapa..haaa naya je.

Di kawasan perumahan kami, memang ada species lotong ni..aiyoo so cutee..i managed to see them late last year kat pokok rambutan jiran kami.  Bila kami cerita kat few jiran rupa2nya they had bad experience with the clan.  Mereka cakap, lotong ni kalau kita halau mereka, malam nanti siaplah, wiper tuan kereta yang halau mereka tu akan mereka patahkan, tingkap bilik akan mereka ketuk2, grill pintu akan mereka hogah2. Protes ler tu.  Ada few yang merungut, tapi bila fikir balik, patut ke kita merungut? Sebab bukan mereka yang invade our area tapi kita yang invade tempat tinggal mereka terlebih dahulu.  Alah setakat makan buah-buahan, halal kan je lah.. Tapi yang lotong ni pun satu, nak makan pun jangan lah abis satu pokok macikk oii..pastu buah tu belum masak lagi pun disebatnya..gelojoh tau..tak caya meh tenguk foto-foto yang sempat diambil..
cuba cari binatang tersembunyi ituuuu..
nampak?
dah jumpa ke belum?
tenguk betul-betul.. ada ke tak ada?
tadaaa....
sekor lagi..
lagi satu..

actually banyak kat atas pokok rambutan tu.. comel kan... alhamdullilah so far mereka tak pernah lah menganggu my place.. mungkin pasal mereka tenguk ada species berbulu lain yang turut tinggal dengan kami pun sama comel dengan mereka.  kat kawasan rumah i ni, ada macam-macam binatang liar juga lah.. ada musang pandan.. (sekali tu i nampak dia tengah meniti wire telephone.. adoiii besar and comeelll sangat-sangat), ada segerombolan babi hutan siap ada piglets sekali tu.. tapi takut lah.. yang ssstt ssstt tu pun ada gak.. kancil pun sekali sekala keluar.. 

tapiiii kalau nak tenguk yang lebih eksotik, kena pegi jauh sikit lah dari kawasan kami.. kat situ boleh jumpa lagi banyakkkk binatang liar yang geram gila kita.. macam badak air, zirapah, harimau sumatera, harimau malaya, beruang madu, tenuk aka cipan, gajah..ehhhh segala macam lah.. hehe you all knows kan where is this special place kannn...? hahahaha.. 


2 comments:

myrozza said...

yeay... jom kiter gi zoo....

zard said...

hahaha.. pandaiii..