Tuesday, April 9, 2013

Cinta Muka Buku, 150 juta

pada 30/3/2013 bersamaan hari sabtu, keluarga kami mendapat satu lagi ahli baru, Alhamdullillah... now pi amik gitar..trenggg..trenggg..

Kita berkenalan spontan di restoran Ali Maju
Kau kena sepak dan mak bapak budak buat tak tahu
Oh oh hatiku rasa nak lutu..

Dan pabila ku lihat kau sembunyi tak menentu
Kau gelisah tak tau mana nak tuju
Oh oh sedihnya rasa itu

Bagaimana
Harus ku bantu
Ku rasa gementar tapi bahagia

Dapatkah ku
Memujuk diri mu
Yang sedang ketakutan selepas di sepakkk

*adehh.. Cukup2 lah parody lirik lagu Cinta Muka Buku ni..capekk sihh nak mikior... Hehehe*

So I nampak si kecik ni menyorok kat rak-rak botol gula-gula, kesian sangat. I hulur tangan nak belai dia. Sekali, dia pelan-pelan naik atas my tangan macam seeking for comfort.. Belasnya I tenguk. Masa I angkat si kecik tu, I terdengar mak budak yang kaki tak pernah kena sesah tu cakap (mungkin kat laki dia) "dia ambil kucing tu". Abis tu takan I nak sesama berjemaah sepak-sepak kucing tu kot..hisk.. @&%*# 

At first, my better-half cakap pelan je, "we have so many at home, dh tak ada tempat.." Tapi kat muka dia atak sinyum jugakk.. I buat muka sedih dan cakap "kesian". Then he tarik nafas panjang and suruh I tanya Mamak buat capati, takut anak kucing tu mereka yang punya. Apalagi, I tanyalah, "Mamak, ni you punya ya?" Mamak tu jawab, "tarak sapa punya..yambil lah manyak kasian.." (Sila baca sambil goyang2 kepala ala2 mamak juga).

Pagi tu juga kami bawa ke Vet yang berdekatan (the usual place yang kami pergi Vet tak ada).

The doctor sahkan the kitten is a boy, anggaran age: 4 weeks,  tak ada fleas tapi ada mites, bagi mites lotion, deworm syrup and immune booster sebab tak boleh vaksin lagi. Semasa tunggu for his turn to see the doctor, kami letak dia kat tempat makan yang klinik tu sediakan for stray cats..alahai kesiannya.. Dia makan sungguh-sungguh..kelaparan..
"grrr..grrr... angan tacau..ni taya punya.. grrr..grrrr"
"mm tedap plak..mmm eh nantuk plak..mmm mmm"
Masa dengan vet pun, the doctor gave him suku wet food. Sedih I tenguk.

Bawa pulang, si kecil tu nampak keletihan,

masa ni kuyup sebab mites lotion.. nak cantik kan.. sila bersabar ya .. 
"dah tiap ke tempat taya ni.. "
letak dia dalam baby cot yang pernah Tuah and our other kittens pernah guna.

"eeee tapau nyaaa.. nom..nom..nom.."
He slept nicely.
"lullaby and goodnight, with pink roses bedight..."

So kami siapkan minum dan a bit of wet food as kami kena pergi somewhere. Our mistake was, tak siapkan his litter box.

Aiyaaa..bila balik, si kecik ni sudah yakkk..and ada sekor cacing sudah keluar. So bersihkan lah..sembur pewangi sebab bau..adehhh

Now, si kecil dah bernama, his name is Hideki bermaksud - Splendid Opportunity!  Thanks to my sister Liza for cracking her head cari nama yang terbaik buat si kecik ni.. welcome to the family darling... muahh!!!

"tampak matam ate mutuh..tenyap..tenyap"
"yahh..yahhh... tantap iaa.. tigit..tigit.."
"tamana nak tuka tanel ni..Naaa .. tene guna emote ya?"
untuk kali ke 150 juta 
mereka tanyakan soalan poyo yang sama
"eh, kenapa masih lagi kau mahukan dia?"
"apa kau buta atau kau kurang kerja"

di 150 juta kali itu
di depan semua kau buat bodo saja
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
sambil tersenyum kau terus ngendong aku..

"dia mungkin berkutu ataupun kurap"
"tapi dia ngiow dengar pun sedap"
"dia memang bukan dari berbaka"
"tapi dia buat aku tertawa"
"aku sayang sama dia!!"

lena kan tidur si Hideki ni lepas membuli Blackie.. hiks.hiks..hiks..


Monday, April 1, 2013

Allah Lebih Mengasihi Mu Bonda..


Sabtu petang, tiba-tiba hati jadi tak keruan, ingatkan kerana si kecil yang mungkin ketakutan dengan keadaan sekeliling yang baru.  Dalam diam cuba hanyut dalam zikir, tapi rasa itu masih lagi ada.  

Di pagi ahad, jam 10:30, kiriman sms hadir, malangnya hanya terlihat pada jam 11:26 pagi, membawa berita sedih.  Kembalinya seorang lagi kesayangan semua, iaitu Bonda kepada Aidah dijemput Maha Pencipta.  Rupanya hati yang tak keruan ada maksudnya.  Moga Allah menganugerahkan Syurga buat Bonda.  In shaa Allah, aaminn.




Buat temanku Aidah, menangis itu boleh, tapi jangan diratap, rindu itu boleh tapi jangan sampai kita menidakkan tanggungjawab kita yang masih ada didunia ini.  Sampai waktu dengan izin yang Esa, kita semua akan dipertemukan jua.  Moga-moga diwaktu itu kita semua bersama dibawah lindungan mu Ya Allah.




Pada yang sudi membaca, mohon kirimkanlah Al-Fatihah buat Bonda Aidah, hanya Allah dapat membalas budi baik anda semua. 

Tuesday, March 26, 2013

Corea - part 1


at 11:45 pm on 22/2/2013, I boarded the Korean Airlines, destination, Incheon International Airport, Korea.  Misi: balik kampung boipren untuk mengembalikan ingatan dikala Winter Sonata (cewahh).  tempoh penerbangan adalah kurang lebih 6 jam.  tiada apa yang istimewa masa kat dalam perut kapalterbang, kecuali perut sendiri berdondang sayang.  ingatkan flight ke Korea ada ler di bagi nya supper, rupanya idok, supper tak ada menyapa pun tidak.  apa lagi lelapkan mata ler sambil dengar lagu-lagu Korea (amik feel).  

at around 6 am something (lupa lah time tiba..tibai je lah), i arrived safely kat Incheon International Airport. everything went smoothly dibahagian immigresen.  terus menuju ke bahagian pengambilan bagasi.
Semasa nak keluar melepasi pihak kastam, mata ni tertumpu pada signage ni.. AED.  prihatin sungguh mereka ni.  KLIA, LCCT kalau tak ada, please take note, penting ni.

Lepak sebentar sementara menunggu Pemandu Pelancong tiba.. cemana gak ler rupanya ya.. 


Semasa menunggu tu, mata ni terpandang these three Korean flight attendants, aduhai kurus nya sepesen je .. masa tu semangat je balik Malaysia nanti nak usaha giat shed the excessive weight ... tapi macam biasa gymnasium angan ku musnah..haha.. motivasi tinggal motivasi.. cehh..

On my way to the vehicle, nampak lah the colours of winter.  lots of brown and whites.  since i was there nearly end of feb, snow dah jaranggg sangat turun, tapi snow masih ada yang mostly either nak cair or keras jadi ais.  yang menariknya banyak batang pepohon di balut dengan anyaman jerami, even the grasses di tutup dengan kepingan anyaman jerami, to avoid the coldness (agaknya lah)

Setelah duduk dan tali pinggang keledar dipasang, berangkat lah ke suatu tempat yang penting.. di jalanraya kereta dah mula banyak, yang pasti Korea amat menghargai kenderaan buatan negara mereka sendiri, seperti Hyundai, Ssangyong, KIA .. (itu je yang i tau..haha..my bad) 
Ini lah pemandu pelancong nya.. Shin Jeong Cheol, panggilan pendek adalah JC ataupun Opa = abang in Hangul.  he is a funny guy, knows about the Korean history very well.  Kamsa hamida Opa.

First place yang I sampai adalah tempat 'mengendap' Korea Utara.  dari tempat ni, memang lah tak jauh sangat, sebab cuma dipisahkan oleh sebatang sungai.  siapa2 yang daring boleh lah berenang je merentasi sungai tu pi Korea Utara, tapi kalau kena tembak, pepandai lah mengelak.. 
opss bayang siapa kah itu?
sayangnya kalau North Korea declare perang.. 
"aiks mana murid2 ni tak masuk kelas lagi.. nak kena ketuk ketampi ni" (ini adalah replika bilik darjah di sekolah-sekolah di Korea Utara.
Pokok kebanyakkan togel.. but the weather masa tu best yang tak best angin.. arghh.. sejukkk..

Apakah 'sidia' akan ingat? apakah? apakah?
I really respect my tour guide ni lah, beriya dia tunjukkan kami masjid besar yang terletak di Itaewon.  siap cakap, nanti boleh perform your prayer kat sini ya..  
Mari lah menuju kejayaan, Masjid Besar Seoul di Itaewon , yang slack nya ambil wudhuk jauh gak..pastu kena panjat tangga tu ..lelaki kat 1st floor, wanita di 3rd floor.. 
Sekarang menuju ke arah mencari rezeki untuk mengalas perut.. 
One of my favourite Halal restaurant - Foreign Restaurant.  Menyediakan makanan  Pakistan .  Salad kat sini sedap.

Selepas makan, perut pun dah kenyang, misi kita diteruskan ke sekolah membuat kimchi!  secara jujur, dulu bila tenguk cerita Korea, bila part mereka makan kimchi adoiii kembang-kembang tekak ni.  bila lihat cara pembuatannya secara live, homaiiii i was totally wrong.  cara pembuatannya bersih..dan yang paling penting menggunakan bahan-bahan yang halal.    yang bestnya i was given the opportunity to prepare one..  

oleh sebab pakar pembuat Kimchi ni tak reti cakap omputih, maka JC kena lah translate kan .. tak sempat nak salin the recipe, tapi yang I ingat ada serbuk cili dan serbuk ginseng.. itu je..haha.. again, my bad.
Jangan tak tau, selain ada bahan-bahan tertentu untuk perapan, cara nak mengulung Kimchi ni pun harus ada style ya.. masa tenguk senang je..bila nak buat ..terkial-kial juga lah.. hehe..

".. spread the cabbage into two portion.. "beriya JC menerangkan kat kami.
buat perapan ok lagi.. bila part nak melipat mengulung Kimchi.. adoiii sukar gak... sempat gak lah i berpeluh suam-suam.. hehe.. akhirnya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaa..!!! JC cakap my Kimchi comel je.. (uihh terus terasa nak apply for Korean PR..cesss perasan) hahah.. 


verdict tentang rasa, i don't really fancy it.. masinnn nauuu.. tapi boleh lah makan kalau dah tak ada benda nak dibuat lauk.. redha je lah..hehe


to be continued.. 


Anugerah Terindah

Last week ada satu pekara yang mengembirakan telah berlaku ketika I sampai di rumah.  sewaktu pintu pagar dibuka..taraaaa.. terlihat my kucing spy Zorro sedang lepak bagus punya kat bawah porch.

semasa tengah beramah mesra tanya kabar Zorro, I heard a soft meow.. wahh rupanya itu adalah sapaan dari another my kucing spy iaitu Bruno.. aisayy ini sudah macam pakcik menang moto!!! 

perhaps to others, apa lah yang bestnya ea..abih2 kucing2 ni nanti di spray2 nya lah kawasan rumah habis hancing..  itu others.. yes bengkek gak hati bila mereka berlumba spray perfume percuma tu.. tapi my feeling of happiness, seronok melebihi dari rasa negative yang lain.  dalam hati bersyukur kepada Allah sebab let the scene happened..suka tak terucap.

dalam suka2 tu, berdoalah juga jangan budak berdua ni buka bunga silat ke? silat pulut ke? ahhh baru lah bertatoo plak my badan..huhuhu..  since rasa overwhelm maka dengan besar hati belanja mereka berdua makan ayam rebus kesukaan ramai.. anak dara yang dalam kandang tu apa lagi.. berkeriau lah.. "abang Bruno, abang  Zorro.. we lap youuuu ..ayam tu bak sikit!!" 


Zorro: Na, hari ni *nom..nom..nom..gulp* banyak keje kat opis?
Na: "banyak lah juga, makan aje lah Zorro, mulut penuh pun nak cakap gak ke?"
Bruno: Sedap betul makan ayam rebus waktu hujan turun deras.. *nom..nom..nom*
Na: "lepas makan nanti jangan lupa basuh pinggan tu ya.."
Bruno & Zorro: Errrrr... 
to be honest this is a very rare sight..sebab these two bapak kucing adalah 'Taiko' yang paling ditakuti oleh kucing2 lain di kawasan perumahan kami kecuali my cats sebab my cats semua indoors, so apa mereka heran sebab these two Abang Besar tak boleh nak usik mereka.. hiuhiuhiuhiu..

Monday, March 25, 2013

Pesanan dari Baby buat Chew


kelmarin Na ada ceita yang Chew dari wilayah ~ShomeyShayang~ tak berapa sihat.  sampai kena warded sebab buang air kecil tak lawas.  kesian Chew.  

Chew kena rajin2 makan ubat dengar cakap kakak occay.. minum byk air kosong sebab sekarang cuaca bahang lah.. ..psstt..psstt..Kakak Anis, cantik tak? Baby pakai product yang Kakak pakai tu C360 turrrr...keh keh keh..
sebab bila Chew sakit Baby sure tak lena tidur.. 
mesti hati Baby jadi tak keruan..
jika lelap pun mesti terigau-igau risaukan keadaan Chew di sana...
Baby: "Na apa lah agaknya ceita Chew hari ni ya?
Na: "Entah lah Baby..moga2 makin sihat lah hendaknya..in shaa Allah"
Baby akan sentiasa doakan Chew serta kawan-kawan semua di wilayah ShomeyShayang sihat selalu..aaminn.


Blog ni pun kena gak ke??

ni apa sapa punya kerja lah ni..


Search Keywords

EntryPageviews
cerita 18sx.mr
1



katuk jari jemari tu baru tau.. isk isk isk..




Kami dah ada nama..


my purrlings yang sudah berusia 3 bulan pada17/3 dan akan masuk 3 bulan pada 27/3 ini, alhamdullillah sudah bernama.. adoii nak namakan mereka ni pun satu keje gak.. tapi tak apa   I redha...hehehe..

ready?.. meh kita mula berkenalan..

Smithy - male
Dipo - male
Reese - female
Annie - female
Tuah - male
Nadim - male
Lily - female
ChloƩ - female

now waiting to send them to vet for vaccination and deworming.. heh heh heh heh..

"pweesh be nice to all Allah's tweecher, they need your wuv and care, tentiu, tee you again.."