Wednesday, December 31, 2014

Kisah Semalam ~ 1

Semalam pergi melawat anak2 yang masih lagi berada di Isolation ward, Alhamdullillah nampak ada perubahan yang banyak. Syukur sangat2.  In sha Allah, ikut kata Dr. Ajas, Kenko dan Saloma boleh pulang pada 1 Januari 2015.  Cuma mereka perlu di asingkan selama 2 minggu, ikut kata Dr. Ajas itu adalah masa untuk virus Parvo itu di nyahkan dari mereka (shedding time).  Ikutkan hati nak warded kan mereka lagi selama 2 minggu, tapi tenguk muka masing2.. pastu bila kita pi tenguk eh eh eh diludah-ludahnya kita.. tanda-tanda stress lah tu.. ok lah sayang-sayang Na, Khamis ni kita pulang ok..
Kenko yang grumpy

Saloma, comot nya sayang Na ni.. 

Lepas dah ziarah Kenko dan Saloma, teruslah pulang ke rumah, bila buka pintu rumah.. Ya RAB!! arghh!! apa kehenya ni.. adoiii... 

Mintak nyawaaaaaa... sempuikkk nak oiii.. 
Rupanya ini kerja mereka bila kami berdua keluar pergi kerja ---> berjimba sakan!!


Culprit yang disyaki mengadakan Parti Kiraian Kertas Tisu adalah seperti berikut: -


Adele #saspek 1

Hideki # saspek 2
Abis je berkemas, tiba malam... diri ni pun bertukarlah menjadi suster ngensot.. apa taknya.. bagi Darcy, Dodit, Tiffany dan Patchi Bustamam makan ubat.

Nindia.. berkuntau you..

Tuesday, October 21, 2014

Salem Sabenhagen (1)






Salem Sabenhagen adalah anak Blackie dari batch yang ketiga.  Tak banyak kerenah, lebih suka meleseh kat Sox.  Sox tu selain dari his big brother, he also macam mentor to Salem.  Ada satu perangai tak senonoh si Salem ni, dia ni kaki muntah, not always but .. at one time tu, masa tu sehari nak pi Umrah, he vomited directly on my head, don't try to imagine lah.. not a pretty sight.. arghh.. lepas he has done it, dia buat lah muka toya je.. Salem .. Salem.. haihh..








Wednesday, October 15, 2014

Korea & Jepun





yang besar tu namanya Kang Ji-hwan, sempena nama hero cerita Korea (tertengok terus tersuka) Lie To Me.  yang kecil Hiroki, sebab suka dengan sikap orang-orang Jepun.  both of them bukan satu mak tapi bapak hmm mungkin sama kot.. dua budak ni memang baik.. tak banyak karenah, tapi mereka ni tak berapa friendly meaning mereka ni takan mau meleseh kat kita..sihat selalu ya Ji-hwan dan Hiroki.  Me love you both!! (and others)...

Tuesday, October 14, 2014

Saloma (1)








Saloma ni kiranya yang paling bongsu buat ketika ni (tak tahu lah ada lagi ke idak anak2 kecik yang akan lahir nanti.. huhuhu tak apa semua tu rezeki).  Mulanya I letak nama dia Tomiichi ..tapi macam tak sesuai je.. since dia ni suka keriau.. i letak lah nama dia Saloma (kena plak baru je tenguk Astro First, Biopik Saloma) hopefully rasi dan membesar bagai johan.. bulu dia semi-long, pastu lembut je.. jap lagi Na balik.. Na nak buli Saloma ni..heheh

Monday, October 13, 2014

William (1)




Si cilik ni namanya William, dia ni berenam beradik tapi sekor meninggal, tinggal 5.  Bawak masuk for few days sebab sakit mata so kena pantau and bagi ubat mata.  Malam ni kena pulangkan balik ke mak and adik beradik dia.. sebab William dah mula ngomel bocan..bocan bocan.. dalam bocan bocan.. berak tetap banyakk.. haha.. 

R Zairyn is 7 years old


Ni cerita dah berlalu few weeks ago, my eldest niece bila tiba bulan September je mula lah dia berzikir tentang  birthdaynya.  So this year tak terkecuali lah, my little sister (her mom) bagitau, masuk je September, terus lah zikir kat telinga "28hb nanti my birthday saya kan mak?" macam tahun2 sebelum nya itu lah zikirnya, tapi tahun ni ada penambahan.. memandangkan her mom tengah sarat menanti kehadiran orang baru, so birthday party tak ada lah.. akan tetapi ini budak kecik sudah buat plan sendiri.. dia pi invite kawan2 rapat di sekolah serta teman iqra dia datang rumah pada hari Ahad, 28hb September 2014.  Nasib baik ibu2 kawan2 ni pi call my sister and inquired.  Tepuk dahi lah.. hahaha.. terus lah anak dara kenit ni kena tarbiah dek maknya..  

My better-half dengar je kesayangan nya sudah kena tarbiah, trus buat plan.. dia ajak lah mereka sekeluarga ke hotel C untuk a pre-petite celebration, kami2 sahaja pada Sabtu, 27hb September 2014. So terubat lah sikit hati si kecik tu.. as for the adik, she don't really care.. as long as ada makanan, good enough for her lah.

R Zara Iman & R Zairyn semasa tunggu kami di lobby..

R Zara Iman checking the floor
On sunday tu, parent R Zairyn suprised her with the present yang dia memang ingin kan.  Apa lagi Lego.

beriya sungguh membuka
With her gift tapi birthday girl tak mandi
Tadaaa.. dah siap.. kali ni she was forced to assembled it by herself, mom dia tolong sikit2 je
Later, according to her mom, mereka bawalah the girls for birthday lunch treat.  We can't join due to unforseen reasons.  Kemain suka lah itu birthday girl.

R Zairyn told her mom, the Larva cake is super sedap.. a must to order.. amboiiihh 

See how happy R Zara Iman when comes to food.. 

The satisfied face

# untung eaaa. dapat celebrate 2 hari berturut-turut..


Happy Birthday Darling *muah*

Enda Na & Ayah Ngah ucapkan selamat hari lahir buat R Zairyn, moga membesar menjadi anak yang solehah, berbudi bahasa, taat pada ibubapa, hormat pada orang tua, pintar berjaya dalam hidup baik di dunia mahupun di akhirat kelak.  semuga ALLAH SWT sentiasa melindungi dan mempermudahkan segala urusan anakanda.  In sha Allah, aamiin.

Wednesday, August 20, 2014

Loe salah ngerti donk Mas.. beda donk..beda..

semalam pagi berita sedih ni keluar.. 


sekali around nak dekat tengahari.. ada komen dari saudara nusantara kita .. nak ketawa pun ya nak nanges pun ya.. aduhh mas, beda banget sich.. 


Tuesday, August 12, 2014

Hachiko - 2

semalam terjadilah pergaduhan antara Hideki dan Lady, tak tau nak buat cemana lagi.  nak salahkan Hideki, masa kecik-kecik dia dulu selalu kena katok dgn Lady, so bila dia dah besar apa lagi balas dendam lah kot. semalam nampak segaris luka kat tangan Hideki.. according to my better-half, Lady pun teruk gak.. kena kokak dengan Hideki.  he told me dah macam pergaduhan yang nak membunuh *aduhh risau nya*

Hachiko ni kami bela semenjak kami jumpa dia dulu lemah di depan rumah jiran, masa tu usia dia sekitar 1.5 months.  sekarang dah besar dah banyak anak-anak dia dengan Chomel.  so far, Hachiko ni tak banyak masalah, baik je.. bila i tengah kemas their litter boxes, nanti dia lah yang rajin tunggu kat tepi i.  tak banyak kerenah, tapi most of the cats takut dengan Hachiko walaupun dia tak jarang tunjuk taiko. Na heart you, Hachiko!!

Jazz (1)

Jazz ni lahir berempat, tapi umur Teja tak panjang, so tinggallah Aman, Layla dan Jazz sendiri.  Berbanding siblings dia, Jazz ni dalam kategori kitten yang agak bagak dan badan sasa.. sangat friendly and quite cemburu bila i layan kittens yang lebih muda dari dia.  my better-half selalu cakap, Jazz ni macam rupa Alsatian.. hahaha.. ye ke?



Monday, August 11, 2014

Satu Hari atau Jingle Bell??

hari ahad yang lalu (10/8/2014), my better-half and i went to a mall, nak cuci kereta and brunch.  sementara nak ke kedai makan, menyinggah lah kat MPH.  macam biasa lah, i ni kalau kat MPH, mesti nak beli alat tulis.. tak tau lah kenapa.. memang suka beli alat tulis.. once done with my shopping spree (katanya) i pun pi lah duduk kat luar kedai sementara menunggu my better-half abis membelek buku-buku yang dia nak beli (kot).

Masa duduk sendirian kat situ, dengar lah lagu raya yang pihak mall mainkan..  ðŸŽµsatu hari di hari raya, ku lihat cahaya bersinar indah .. 🎵 dalam hati terpikir, dah 14 syawal dah.. this year i tak beraya sangat.. mungkin tahun-tahun mendatang juga raya will be celebrated only on the first of syawal.  

tiba-tiba habis je lagu raya tu.. i dengar lagu yang familiar tapi pelik nau bunyi nya.. 

entrance to MPH

pandai depa, tau hari raya makan banyak.. terus adakan demo alatan exercise.. 

masih tak ramai lagi.. 
🎵.. jingle bell ..jingle bell.. jinggle all the way..🎵   laaa depa pi putaq lagu krismas.. haru naaa.. ada 3 bulan lagi dek non oiii.. pastu bukak sampai lagu tu habis .. tak sabaq kaaaa.. adeh.. banyak perayaan kena lalui dulu ya .. raya haji belum tempuh.. deepavali blum mai.. hari malaysia .. hari kebangsaan malaysia.. banyakk lagi.. so sabaq sabaq lah ya.. 

Friday, July 4, 2014

Ahli Baru!!

rahmat berganda dibulan Jun 2014.  Moira telah selamat melahirkan anak-anaknya pada 25/6/2014.  kali ini Moira really take good care of them, mungkin kesal sebab tahun lepas semua anak-anaknya mati hingga Moira terpaksa menumpang kasih dengan anak-anak Mu'ezza.
anak-anak Moira, lahir pada 25/6/2014
then on 29/6/2014, ketika kami nak bersihkan tempat Moira serta anak-anak kecil nya, tiba-tiba mata ni terpandang satu makhluk kecil berdarah-darah sedang dikuis-kuis oleh Kang Ji-hwan.  "Ya ALLAH, anak Moira.. " dalam hati terus terfikir perut baby tu terburai.. sekali ternampak ianya terkuit-kuit.. amati sekali lagi.. "laaa baru lahir.. placenta mak aihhh.. ni anak sapa plak ni" sekali ternampak Mia, perut dah melayut.. ooo anak Mia ya.. pakai sarung tangan, tatang bayi yang agak sejuk itu bersama-sama tali pusat yang masih intact dengan placenta nya.. suakan ke Mia.. Mia merengus trus meninggalkan anak kecil itu pergi.. dalam hati risau "cemana ni..tali pusat pun tak potong lagi.. aduhh" masa tu juga terdengar suara my better-half berkata, "Na..look here.." sambil menunjuk ke arah dalam sebuah rumah kucing kami.. "Ya RAB, selonggok lagi .. 2 ekor babies sama juga keadaannya.. terus ambil keputusan drastik.. tali pusat kena potong.. if not susah nak selenggarakan.. i ran off to my bedroom, ambil scissors yang paling tajam, alcohol swab untuk sterilise kan gunting itu sebelum memotong. (have to do it sebab tali pusat mereka dah saling berpintal sesama sendiri..takut tercabut), dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim berserta tawakkal kepada yang ESA *sap sap sap* sebahagian tali pusat terpisah daripada placenta mereka.  dengan persetujuan my better-half, kami satukan anak-anak yang tidak dikehendaki oleh ibu mereka kedalam tempat anak-anak Moira bersama doa agar Moira dapat menerima anak-anak kecil ini..
anak-anak Mia, lahir pada 29/6/2014
syukur alhamdullillah, ketika Moira kembali ketempatnya untuk menyusukan anak-anaknya, Moira terus menerima the babie.. wahhh hati sangat suka.. 
hello my lil darling
hi sleepy baby
aren't they adorable
cuddling together
hey cutie pies
now they look very healthy and getting along fine with their other siblings. moga terus sihat dan membesar dengan jayanya. #makin besar lah ahli keluarga kami, alhamdullillah.. 

Thursday, July 3, 2014

Jon-Jon

jon-jon was born on 29/10/13, mulanya dia bertiga beradik, malangnya satu dari adik-beradik jon-jon tiada rezeki untuk meneruskan hidup bersama kami, maka tinggallah jon-jon dengan saudaranya yang kami beri nama patchi bustamam.

jon-jon membesar dengan sihat. seperti kittens kami yang lain, dia adalah sangat cergas, berlari kesana sini, comel dan lincah. 

malang tak berbau, tanpa ada sebarang notis, pada malam 3 ramadhan 1435 bersamaan 1/7/2014, ketika kami ketempat kucing-kucing kami untuk tujuan mengemas serta membersihkan litterbox mereka, my better-half ternampak jon-jon sedang terbaring lesu bersama lelehan darah bercampur air liur keluar dari badannya.  "na, jon-jon!" hanya itu saja yang terucap.. i rushed to the said area.. my heart stopped when i see my 'son' lying there helplessly "ya ALLAH, apa dah jadi ni.. "only that i could utter.. slowly i picked him up scared of any broken bones.. jon-jon mengerang perlahan.. dan i laid him on top of the washing machine. i checked his heart beat.. it was beating very fast.. di bibir tak putus berdoa agar ALLAH SWT panjangkan usia jon-jon.  i hugged his little body gently, to let him know he is not alone, i will always be there for him.. 2 kali jon-jon menoleh to looked at my face, gently i whispered to him, "jon-jon, mesti kuat ya, kejap je kita pegi hospital ok.. kuat ya nak".  airmata turun sederas sungai selepas hujan yang lebat..tiba-tiba.. jon-jon seperti kejang.. ketika itu mata tertoleh kearah perutnya, berombak kencang..and i know my baby can't make it.. i put my face closely towards his, and whisper to his ears "ALLAH..ALLAH..ALLAH" hanya dengan niat biar lah sakratulmaut be gentled with my little baby.. ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGASIHANI.. my wished was granted.. i see my little darling jon-jon breathe out his very last breath gently.. selepas itu segala nya seperti terhenti.. masa itulah i tahu jon-jon telah kembali kepada YANG ESA, YANG MAHA PENCIPTA segala yang berada dibumi mahupun dilangit.. 

Ya RAB, ampunkan segala salah silap ku
jika ada kekurangan dalam menjaga
makhluk indah ciptaan mu ini..
Ya RAHMAN sesungguhnya ku bersyukur atas kurniaan MU
Jon-Jon, maafkan Na jika 
hati kecil mu pernah tercalar
jika Na kurang perhatian
jika Na kurang tumpuan
tapi percayalah setiap dari kamu semua
punya hak, punya ruang di dalam 
kasih dan sayang Na
dalam hati Na..
moga ada izin dari NYA untuk kita bertemu lagi 
buah hati Na
Jon-Jon

my lil baby - Jon-Jon
Jon-Jon di belakang sekali
walaupun tak selalu bertemu tapi Jon-Jon tetap rapat dengan his only sibling
thinking of something, sayang..
my curious Jon-Jon
Jon-Jon sedang membuli Patchi Bustamam
Jon-Jon bersama Tuah
Na akan selalu ingat kat Jon-Jon tau

tidurlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

foto terakhir Jon-Jon pada malam yang malang itu

Na, Opie and all of your siblings love you always.
till we meet again 
rest well my dearest 
Jon-Jon
JON-JON (29/10/2013 - 01/07/2014)