Friday, July 5, 2013

Tetamu - Madinah (2)

Selepas kami puas membuat 'lontaran' di ladang kurma.. maka kami meneruskan perjalanan ..perjalanan jauh tak ku rasa..kerna hati ku melonjak sama..wah wah.. mementang nak puasa ni kan..terus macam ingat lagu balik kampung.. haa puasa dah abis ganti ke belum?? haaa haaa..dah ke belum.. (heheh tanya tu sebab yang tukang tanya tu dah abis ganti.. tahun lepassss lagi..tu yang eksyen..kihkihkih..)

ni bukan pemandangan dari karpet terbang tapi dari atas bas ya.. 
akhirnya sampai lah kami kat perkarangan Jabal Uhud (Jabal tu bukit dalam bahasa arab lah..*pada yg tak tahu.. i pun baru tau ni..hehe.) haaa sapa ingat tentang kisah Jabal Uhud yang mashyur itu.. cepat angkat tangan.. 
Ustaz Khaldon: Ana! ooo Ustaz tau ye.. silakan kisah pada kami ni..hehehe.. 
Di situ terdapat satu sekolah (sekolah tahfiz kot) di dinding sekolah tersebut ada mural yang menyatakan kisah Perang Uhud tersebut..  

Ustaz Khaldon: ...karena melihat teman-teman seangkatan lelah karena pertempuran, maka sahabat-sahabat nabi saw telah jatuh kasihan dan berangkat turun untuk membantu sahabat2 yg lelah tadi mengangkat harta-harta rampasan perang hingga terlupa tentang pesan rasullullah..

En. yg berbaju biru: mm..mm ooo mmm...
Jabal Uhud itu sungguh luas sekali.. warnanya dahulu seperti bukit-bukit biasa tapi telah ditukarkan oleh Allah S.W.T kepada warna merah kehitam-hitaman untuk mengingatkan kita tentang peperangan yang telah berlaku dahulu dimana banyak darah-darah para pahlawan muslimin yang mengalir serta darah para tentera kufar yang dapat sahabat-sahabat Rasullullah tumbangkan.. 
En. Pakai kemeja tee: uishhh luasnya pemandangan .. 
Setelah berada di situ selama beberapa minit..kami meneruskan perjalanan lagi.....ke pasar kurma..tapi masa tu lupa nak tangkap foto.. ampun maaf ..gue terlupa sich....  

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami melalui beberapa masjid-masjid 

pemandangan tepi masjid Qiblatain..
Kami tidak berhenti di masjid ini, kerana sudah kesuntukkan waktu, Ustaz Khaldon hanya bawa kami ke masjid-masjid yang dijanjikan oleh Allah pahala yang berlipat-lipat kali ganda jika beribadah di dalamnya sahaja.. 

Masjid Qiblatain ini sering di lawati oleh jemaah-jemaah dari Iran.
Setelah itu kami melewati masjid 7 tapi kini telah tinggal 5 sahaja. 

Sekilas lalu pemandangan Masjid 7
Selepas membuat 'lontaran' di pasar kurma, kami pun terus di bawa kembali ke hotel kerana waktu solat zohor tak lama lagi.. 

bersambung....




Wednesday, July 3, 2013

Tetamu - Madinah

Selepas solat subuh di Masjid Nabawi yang indah tu.. memang cantik sesangat, selepas bersarapan pagi kami pun dibawa menziarahi beberapa tempat yang sangat ohsemmm..

bahagian solat wanita yang membawa anak-anak kecil

macam malam tapi sebenarnya dikala subuh yang hening ... 
Semasa dalam perjalanan untuk menziarah tu, kami dibawa melalui perkuburan Baqi' di mana di situlah ditempatkan Saidatina Aisyah (r.a) serta sebahagian para sahabat nabi.. kita di suruh beri salam kepada mereka
sayu je rasa hati ni.. moga-moga kita semua dapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada penghuni2 Baqi' 
Di kiri-kanan perjalanan, kita akan nampak pohon-pohon kurma yang sedang galak berbuah..

rupa macam kelapa sawit tapi ia hebat dari kelapa sawit.. uuuu bestnyaa..
Tempat pertama yang kami ziarahi adalah Masjid Quba'.  Ustaz yang membawa kami, memberitahu, besar ganjaran yang Allah akan berikan sekiranya kita dapat bersolat di Masjid ini..

Pemandangan di luar Masjid Quba'


Pemandangan dalaman Masjid Quba' di bahagian solat wanita.

Destinasi kedua kita pula terus ke Ladang Kurma.. tapi pada ketika itu, buah-buah kurma masih lagi muda di tangkai..belum masak ranum.. jadi kita berkerumun lah kat kedai yang jual buah-buah kurma


Mari mari.. kurma kurma.. ada Ajwa (kurma Nabi), kurma Amber, Rotab.. murah-murah.. kismis pun ada.. pistachio pun ada.. gajus pun ada.. badam pun ada.. kurma lagiiii lah ada..


bersambung

Monday, July 1, 2013

Gwiyomi Hideki

Sementara tunggu i habis karang tentang cerita menjadi 'tetamu' let us feast our eyes dengan aksi 'Gwiyomi' Hideki ..



Yang sebenarnya tengah mimpi bergwiyomi hahaha




- Posted using BlogPress from ZARD's iPhone

Tetamu


assalammualaikum.. 

ini ada ceita sikit, segan pun ada nak habaq.. tapi ceita je lah ea.. on 6/6/2013 bersamaan dengan 27 haribulan Rejab, bersamaan dengan hari Israk & Mikraj pada jam 5:30 ptg, my better-half, my SIL, my MIL, my Mak, my Ayah and yours truly telah pun berangkat ke dua tanah suci sebagai tetamu Allah dan Kekasihnya, Rasullullah saw.. alhamdullillah.. naik Saudi Air, tapi FA semua rupa asian je.. hehe..

My better-half berkobar heret hand luggage nak pi naik airplane nuu

yes..tak salah destinasi yaaa..
Ini adalah pemergian pertama kami berdua, semuanya diaturkan oleh my better-half.  I tak tau langsung apa-apa kecuali nak pi Madinah dan Makkah untuk ibadah Umrah.  Tu yang sonyap yo.. sebab mana tak berketuntang nak siap kan kerja.. mana nak baca belajar lagi..huhu.. so mahap kan daku..

Semua jemaah di galakkan menggunakan lunggage yang disediakan..ya lah tak ler hilang ke hapa..senang kan.. 
Dengan izin Allah, kami sampai di airport Madinah sekitar jam 10:30 mlm (waktu Madinah & Makkah)

pandangan bandaraya Madinah Al-Munawarah dari atas 
woaaahhh dah dekat dah dekat.. masa tu hati ..dup dap dup dap dup dap.. Alhamdullillah pilot touch down sangat efisien sekali.. tak ada duk dak pak pok..semua.. tapi smooth saja..

Dari airport to our hotel, kami kena naik bas, ada pandangan yang pelik sekali... pandang kiri pelik..pandang kanan pelik.. bila sampai kat hotel..baru lah tau..rupanya kedatangan kami disambut dengan suasana 'BLACKOUT!' tapi tak apa kita bersabar lah ya walau dalam kegelapan.. Mutawif kami bernama Ustaz Mohamad Kholdun, berasal dari Indonesia tapi bernikah dengan gadis Malaysia.  Hensem tau.. hehe..sempat juga.. tapi yang penting beliau baik orangnya. Ustaz suruh kami bersih2kan diri, sebab sebentar lagi kami akan ke Masjid Nabawi untuk bertemu dengan Rasullullah saw.

Sekitar jam 12 tgh malam lebih sikit, kami pun berada di perkarangan Masjid Nabawi.  Walking distance je dari hotel yg kami tinggal.

"Assalammualaika Ya Rasullullah.." Ustaz Khaldon leads us in giving salam to our beloved Prophet , his friends and ahli-ahli Baqi
Suasana di luar Masjid Nabawi

Salah satu menara di Masjid Nabawi
Di hari kedua, kaum wanita dibawa untuk menziarahi Raudhah.. how's the feeling? tak terkata. Memang banyak tempat kami kena berhenti untuk menunggu.. tapi tak apa asalkan dapat rezeki untuk solat sunat di dalam kawasan Raudhah, alhamdullillah.



Semasa di Raudhah teringin hati nak ambil foto, tapi takut handphone kena rampas oleh pegawai-pegawai yang bertugas, tapi yang lebih penting nak banyak-banyak mohon keampunan.. I doakan semuga yang sudi baca catatan ni akan diberi keizinan serta peluang untuk bersolat dan berdoa di taman syurga tersebut.

Selepas jam 7 pagi (if i'm not mistaken) maka berkembang lah 'cendawan' yang cantik ini..
Salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi yang diperuntukkan untuk kaum wanita

Cantikkan.. teduh je

Deretan tong air zam-zam.. minum lah sepuas-puasnya.. sedap dan segar sangat..

one of the stall di pasar pagi
Bila nak pulang dari Masjid Nabawi ke hotel.. haaaa masa ni iman mesti kena lagi kuat sebab kena lalu banyak tempat 'lontaran' huhuhu.. 

Bersambung....

Sorry Kerana Sepi Terlalu Lama..

As salam semua. Haluuuuuu *sengih* lama betul tak jenguk kat tempat ni, bukan merajuk tapi sibuk banget, kerana dijemput menjadi tetamu (alhamdullillah) serta sibuk melayan si kecik-sikecik yang dah makin nakal... terutama nya si Hideki ni.. (yg kecik2 lelain tu ada mak bapak nya.. si Hideki ni sebatang kara je.. tu yg focus kat dia lebih.. so bukan acara pilih kasih.. hehe)



Ada satu pagi dahulu ketika on the way to the office, i saw this beautiful sight (bilalah dapat such beautiful sight again??)





since small I tak pernah muak melihat pelangi.

I still remember when I'm on a flight to one destination, Allahuakbar!! I sangat beruntung kerana dapat tenguk two rainbows at the same time. Apa lagi terngangga ler.. hehe..

Bila lah ya haze ni nak clear betul2, dengar cerita macam nak mai balik je.. hmmm.. sabar je lah...




Thursday, April 25, 2013

Ada Apa Dengan 5 Mei?


Smithy: "Nanti Na pegi tau.."
Na: "opkos lah"
Lily: "Matam tite ni tak boyeh ke"
Na: "ada dalam senarai pendaftaran tak? Pegang pensil pun tak boyeh ada hati nak juga ..hehe"
Tuah: "Moga2 yang terpiyeh tu, perjuangkan lah nacheb makhluk2 matam tite ni tapi yang tak bernacheb baik dan yang ternaya tu"
Na: "In shaa Allah"
Chloe & Nadim: "undi lah dengan bitak..butan denan emochi atau cebab catap catap owang lain"
Reese: "Nanti Na patai baju apa?"
Na: "apa punya pertanyaan ni? haha"
RZ-I: "Tangan perjudikan masa tepan tami. "
Hideki: "Mali lah mali..kita mengundi, talan kan lah kewatipan pada negala..."
Hideki: "Pilihanlaya tu apa Na?"
Na: "Laaa beriya benor.. ingatkan tau..rupanya idak.. isk..isk..isk.."
No matter who you want to vote, I plead think wisely before you decide.  Never use emotion to make any decision.. bak kata pepatah Melayu lama "Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati" (Ikut Hati = being emotional, tak sama maksud dengan gerak hati, harap maklum).

Moga Cepat Sembuh, Nio

Pagi tadi dapat berita Nio demam.


Terus teringatkan si kecik Hideki kat rumah. Yang 8 ekor lagi bukan tak ingat tapi mereka tu ada ibu kandung so boleh lah tenguk2kan.

"Apa? Nio tatuh?!! Ciannnnn nyaaa"

Moga Nio cepat sembuh dan kembali cergas seperti biasa. Aaminn.

"Kecian kat Nio kan Na?. tepat2 tihat ya tawan..lajin2 matan ubat.. Dengar tatap Tatak ya.."

Moga Allah murahkan rezeki cikgu Anis. Aaminn..  Bila any of the  tak sihat, rasa tak keruan hati ni..betul tak?