Monday, July 1, 2013

Tetamu


assalammualaikum.. 

ini ada ceita sikit, segan pun ada nak habaq.. tapi ceita je lah ea.. on 6/6/2013 bersamaan dengan 27 haribulan Rejab, bersamaan dengan hari Israk & Mikraj pada jam 5:30 ptg, my better-half, my SIL, my MIL, my Mak, my Ayah and yours truly telah pun berangkat ke dua tanah suci sebagai tetamu Allah dan Kekasihnya, Rasullullah saw.. alhamdullillah.. naik Saudi Air, tapi FA semua rupa asian je.. hehe..

My better-half berkobar heret hand luggage nak pi naik airplane nuu

yes..tak salah destinasi yaaa..
Ini adalah pemergian pertama kami berdua, semuanya diaturkan oleh my better-half.  I tak tau langsung apa-apa kecuali nak pi Madinah dan Makkah untuk ibadah Umrah.  Tu yang sonyap yo.. sebab mana tak berketuntang nak siap kan kerja.. mana nak baca belajar lagi..huhu.. so mahap kan daku..

Semua jemaah di galakkan menggunakan lunggage yang disediakan..ya lah tak ler hilang ke hapa..senang kan.. 
Dengan izin Allah, kami sampai di airport Madinah sekitar jam 10:30 mlm (waktu Madinah & Makkah)

pandangan bandaraya Madinah Al-Munawarah dari atas 
woaaahhh dah dekat dah dekat.. masa tu hati ..dup dap dup dap dup dap.. Alhamdullillah pilot touch down sangat efisien sekali.. tak ada duk dak pak pok..semua.. tapi smooth saja..

Dari airport to our hotel, kami kena naik bas, ada pandangan yang pelik sekali... pandang kiri pelik..pandang kanan pelik.. bila sampai kat hotel..baru lah tau..rupanya kedatangan kami disambut dengan suasana 'BLACKOUT!' tapi tak apa kita bersabar lah ya walau dalam kegelapan.. Mutawif kami bernama Ustaz Mohamad Kholdun, berasal dari Indonesia tapi bernikah dengan gadis Malaysia.  Hensem tau.. hehe..sempat juga.. tapi yang penting beliau baik orangnya. Ustaz suruh kami bersih2kan diri, sebab sebentar lagi kami akan ke Masjid Nabawi untuk bertemu dengan Rasullullah saw.

Sekitar jam 12 tgh malam lebih sikit, kami pun berada di perkarangan Masjid Nabawi.  Walking distance je dari hotel yg kami tinggal.

"Assalammualaika Ya Rasullullah.." Ustaz Khaldon leads us in giving salam to our beloved Prophet , his friends and ahli-ahli Baqi
Suasana di luar Masjid Nabawi

Salah satu menara di Masjid Nabawi
Di hari kedua, kaum wanita dibawa untuk menziarahi Raudhah.. how's the feeling? tak terkata. Memang banyak tempat kami kena berhenti untuk menunggu.. tapi tak apa asalkan dapat rezeki untuk solat sunat di dalam kawasan Raudhah, alhamdullillah.



Semasa di Raudhah teringin hati nak ambil foto, tapi takut handphone kena rampas oleh pegawai-pegawai yang bertugas, tapi yang lebih penting nak banyak-banyak mohon keampunan.. I doakan semuga yang sudi baca catatan ni akan diberi keizinan serta peluang untuk bersolat dan berdoa di taman syurga tersebut.

Selepas jam 7 pagi (if i'm not mistaken) maka berkembang lah 'cendawan' yang cantik ini..
Salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi yang diperuntukkan untuk kaum wanita

Cantikkan.. teduh je

Deretan tong air zam-zam.. minum lah sepuas-puasnya.. sedap dan segar sangat..

one of the stall di pasar pagi
Bila nak pulang dari Masjid Nabawi ke hotel.. haaaa masa ni iman mesti kena lagi kuat sebab kena lalu banyak tempat 'lontaran' huhuhu.. 

Bersambung....

6 comments:

Nini D.. said...

sis...bestnya dah dpt menjejakkan kaki ke sana

zard said...

Nini D,

Alhamdullillah dik, moga2 semua kenalan handai taulan yang kakak kenali dapat juga dijemput sebagai tetamu Allah, in sha Allah..aaminn.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah dah sampai ke sana & dah selamat kembali ke tanahair :)

zard said...

Alhamdullillah, thanks Dinas.. If ada rezeki rinduuuu nak pi lagi..

Aidah said...

Tumpang hepi sebab dapat baca jugak dan tengok gambar. Terimakasih sampaikan salam I pada baginda Rasulullah saw, ya Na.

zard said...

Aidah,

In sha Allah, you and the rest akan jg dijemput utk jadi tetamu Allah S.W.T serta junjungan kita Rasullullah saw. *hugs*