Wednesday, July 3, 2013

Tetamu - Madinah

Selepas solat subuh di Masjid Nabawi yang indah tu.. memang cantik sesangat, selepas bersarapan pagi kami pun dibawa menziarahi beberapa tempat yang sangat ohsemmm..

bahagian solat wanita yang membawa anak-anak kecil

macam malam tapi sebenarnya dikala subuh yang hening ... 
Semasa dalam perjalanan untuk menziarah tu, kami dibawa melalui perkuburan Baqi' di mana di situlah ditempatkan Saidatina Aisyah (r.a) serta sebahagian para sahabat nabi.. kita di suruh beri salam kepada mereka
sayu je rasa hati ni.. moga-moga kita semua dapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada penghuni2 Baqi' 
Di kiri-kanan perjalanan, kita akan nampak pohon-pohon kurma yang sedang galak berbuah..

rupa macam kelapa sawit tapi ia hebat dari kelapa sawit.. uuuu bestnyaa..
Tempat pertama yang kami ziarahi adalah Masjid Quba'.  Ustaz yang membawa kami, memberitahu, besar ganjaran yang Allah akan berikan sekiranya kita dapat bersolat di Masjid ini..

Pemandangan di luar Masjid Quba'


Pemandangan dalaman Masjid Quba' di bahagian solat wanita.

Destinasi kedua kita pula terus ke Ladang Kurma.. tapi pada ketika itu, buah-buah kurma masih lagi muda di tangkai..belum masak ranum.. jadi kita berkerumun lah kat kedai yang jual buah-buah kurma


Mari mari.. kurma kurma.. ada Ajwa (kurma Nabi), kurma Amber, Rotab.. murah-murah.. kismis pun ada.. pistachio pun ada.. gajus pun ada.. badam pun ada.. kurma lagiiii lah ada..


bersambung

5 comments:

Dinas Aldi said...

Allah, seronok betoi tengok buah kurma di pokok tu. Teringin saya nak tembak gambaq buah kurma yg bergantungan di pokoknya.

Ada bahagian solat khas untuk wanita yg bawak anak kecik rupanya eh..

Nini D.. said...

walaupon tak sampai lagi kat sana tapi rasa mcm nini dah pegi sana bila dgr cerita akak & tengok gambar2nya

zard said...

Dinas & Nini,

moga2 Dinas & Nini juga punya peluang jadi tetamu Allah S.W.T.

Aidah said...

Masa you mentioned Amber tu, pestaim I dengar. Rasa memang sahlah belum pernah lagi. Camana rasanya Na? Kurma Ajwa kat sana mahal tak? Kat sini kussemangat....mahal jugak.

zard said...

Aidah,

Kurma Amber & Ajwa (Nabi) adalah kurma yang quite expensive kat sana. Amber tu besar dari Ajwa, ikut kata Ustaz Khaldon, elok utk kita perempuan yg ada sakit-sakit tulang.. harga kurma Ajwa kat sana sekilo dalam 90 riyal. Kurma susu pernah rasa tak? i suka tu.. sedapp..