Kini tibalah masa untuk kami semua pulang ke tanahair, ke rumah masing-masing. Kata tetamu, tetamu takan nak berlama-lama tinggal kat rumah orangkan. Selepas melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal, kami pun perlahan-lahan meninggalkan Kaabah, Masjidil Haram akhir sekali keluar dari Makkah. Sayu nya hati ni.. airmata usah cakap lah dah macam air sungai yang kecil tu.. mengalir je..
Larangan selepas melakukan tawaf wida' adalah tidak boleh mengambil foto2, tidak boleh membeli barangan-barang cenderahati, tidak boleh bersenang-senang di hotel, tidak boleh memberi sedekah (untuk tidur seketika tak apa lah.. nak beli untuk makan sendiri di hotel boleh lah.. )
Selepas kami makan tengahari, kami pun menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Jeddah iaitu Lapangan Terbang khas untuk jemaah haji. Perjalanan dari Kota Makkah ke Kota Jeddah mengambil masa kurang lebih 2 jam.
Di sepanjang jalan kenangan itu, kiri kanan hanyalah padang fasirrrrr.. fasir di kiri fasir di kanan fasir di depan fasir belakang.. if nak praktik tayammum memang lah boleh sesangat..
|
On the way to Jeddah |
|
Padang fasirrrr je.. padang al-fasirun laaa |
Setelah beberapa lama mengembara bersama-sama unta tunggangan di padang pasir yang luas hehehe verangan je..sebenarnya naik bas je.. akhirnya kami tiba di kota Jeddah, kata Ustaz K, kota Wanita Tua, karena Jeddah adalah satu kota lama (sila baca dengan telor Indonesia ya). Sebelum terus menuju ke lapangan terbang, kami singgah di sebuah Masjid Ar-Rahmah tetapi lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di kalangan jemaah-jemaah Asia. Masjid ini dibina di pinggir pantai Laut Merah. Laut ini lah dahulu pernah Nabi Musa a.s. di beri perintah dari Allah S.W.T. untuk di belah dan melaluinya agar baginda dapat meloloskan diri dari Firaun serta tenteranya.
Ada satu kawasan di perkarangan masjid ini yang boleh juga kita gunakan untuk bersolat sambil angin laut menghembus kencang..woahhh.. nasib baik my telekung tak terangkat you..hehe..
|
Kat sini lah kita solat.. uihh kalah scene Adam & Hawa huhuhu |
Setelah selesai, kita jalan-jalan lah sikit kat kawasan tersebut sebab masih ada masa, di sekitar kawasan tersebut adalah jual-jualan..seperti sup bakso.. kurma segar.. yaaa memang rame ya peniaga-peniaga dari Indonesia..
|
Nampak tak ada satu besi macam bengkuk bentuk kon..haa itu adalah taman tema mereka.. |
|
Menghirup udara laut sebentar.. |
Ustaz K tidak dapat menghantar kami ke Lapangan Terbang, perjalanan beliau hanya cukup sampai di sini sahaja..
|
the guys and the Ustaz.. mintak otogerap gamaknya.. |
|
Moga ada rezeki untuk ke sini lagi... |
|
Kawasan perumahan mereka.. |
Akhirnya pada petang Ahad 16/6/2013, kami selamat tiba di KLIA. Alhamdullillah.. tapi kat sudut hati rindu nak balik ke sana..
|
Menunggu bagasi serta air zam-zam |
|
Tunggu dengan penuh kesabarannnnn... |
|
..itu saya punya tuuuuuu... hehehe |
4 comments:
Alhamdulillah. Cantiknya masjid terapung tu :)
Alhamdulillah selamat sudah ya, na. Mesti bila balik sini termimpi2 situasi di sana macam arwah abah I dulu. Hampir tiap malam mimpi kaabah.
Dinas,
mmg cantik dik.. dgn angin laut aduhh syahdu...rasanya kalau Dinas yg amik foto2 tu mmg superb lah
Aidah,
alhamdullillah, setiap hari hati mesti teringat nak pi sana lagi.. moga diberilah peluang utk jadi tetamu MU YA Allah.. Aamiin
Post a Comment