Hari terakhir kami di Madinah, selepas solat jamak zohor - asar di Masjid Nabawi (jamak di Masjid Nabawi kita akan buat 4 rakaat - 4 rakaat sebab in shaa Allah pahalanya terlalu banyak jadi mesti rebut peluang) kami akan berangkat ke Makkah Al-Mukarammah. So sebelum solat Zohor, kami semua alhamdullillah sudah mandi sunat ihram, lepas tu buat solat sunat ihram selepas solat Zohor di Masjid Nabawi.
Pemandangan pada hari akhir kami di Masjid Nabawi, Madinah Al- Munawarah.. |
Sebelum kami berangkat pergi, kami telah membaca doa selamat tinggal kepada Rasullullah saw serta bumi Madinah, doa kami dipimpin oleh Ustaz Khaldon. Walaupun mengucapkan selamat tinggal, tapi kami mohon agar kami dipanggil kembali untuk menziarahi Rasullullah serta segala yang ada di bumi Madinah Al-Munawarah.
Salam buat junjungan besar kita Rasullullah saw. *kesat airmata*
Perjalanan kami ke Makkah Al-Mukarrammah mengambil masa selama 6 jam perjalanan darat. Kami ke sana dengan menaiki bus. Sebelum sampai ke tanah suci Makkah..kami akan dibawa bermiqat di Bir Ali. Bermiqat bermaksud memasang niat ihram.
Pintu gerbang penanda tempat mengambil miqat untuk jemaah yang datang dari Madinah. |
Di sini juga terdapat sebuah masjid, sesiapa yang belum solat sunat ihram, diminta berbuat demikian di masjid di Bir Ali ini.
Since I have performed the solah, so I duduk je lah kat dalam bas tersebut, lagi pun keadaan di luar agak berbahang.
Sayup je nampak menara masjid tersebut.. ini kalau bawa sekali Dinas Ali, sure dapat foto yang sangat cantik.. :) |
Selepas semua jemaah telah berada di dalam perut bas, kami di berikan cemilan (bahasa indo untuk makanan ringan) untuk mengalas perut sekiranya lapar.. sedap wooo.. croissant berinti coklat ..so apa lagi 'Allahumma bariklana ..... Bismillah... *burp* Alhamdullillah'
rupanya bukan ada isi coklat je..tapi ada perisa lain.. just they gave us this.. sedap wooo. |
Sepanjang perjalanan ke Makkah kami semua diduga olehNya.. aircond bas angin dia terlalu sepoi-sepoi bahasa.. *nangis sambil mohon ampun*
Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….
1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika lah:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.
Aircond yang angin sepoi-sepoi bahasa telah membuat para jemaah merasa keletihan.. sambil kami bertalbiah.. kami juga beristighfar.. mohon ampun.. moga cubaan yang melanda segera berakhir.. keadaan di luar hanyalah pandangan padang fasirunnn..
Perjalanan kami berhenti seketika di Wadi Qudait (alamak lupa nak snap foto kat sini) untuk makan malam dalam dulang dan sekiranya nak jamak solat Maghrib dan Isyak pun boleh.. i decided to perform the solah at Makkah..
silau.. tapi tenang.. |
Kami sampai di tanah suci Makkah pada jam 10:30 malam dan check-in kat hotel sekitar jam 11:00 malam, selepas kami letak bagasi kami..serta bersihkan diri (masa ni kena hati-hati sebab kami dalam ihram so kena jaga pantang larang).. kami pun turun ke lobby berkumpul..setelah itu.. kami beramai-ramai.. telah di bawa masuk ke Masjidil Haram.. untuk menunaikan umrah pertama kami..
Maaf disebabkan terlalu teruja..hingga lupa nak snap any photo pada hari tu.. so kena tunggu okay.. Allah sahaja yang tahu betapa kerdil nya diri ini bila I was taken to do tawaf.. we performed 7 pusingan.. selepas itu kami di bawa ke tempat saie.. dan akhirnya bertahalul.. all photos will be shown in next entry..so sabarrr..
We completed our 1st Umrah at around 3:00 am.. Alhamdullillah.. dan kami pun beransur pulang ke kamar hotel masing-masing.. untuk mandi, solat subuh serta.. Zzzzzzzz...
Zzzzzzz |
2 comments:
Bilik hotel tu kenapa panjang sangat corridor tu Na. Yang pintu kat corridor tu dia punya bathroom ke? Banyak pulak soklan makcik ni kan. Sori Na.
Aidah,
bukan you je pelik..i pun pelik.. my parent's and my in-laws' room tak ada pun hall memanjang gitu..dari laluan tu.. ke laluan bilik air dan dapur (boleh lah masak maggi mee tanpa tumisan dan masak air..hehe) tak apa no worries..boleh jawab i jawab..
Post a Comment