Aktiviti hari ini adalah ziarah ke beberapa tempat, but I will tell you the first place yang kami visited. The Two Holy Places Museum. Nak mai and ziarah tempat ni bukan senang, kena tunggu lama gak lah nak dapatkan kebenaran, since tempatnya kecil, jadi beberapa coaster (macam van) je dibenarkan masuk per visit. Alhamdullillah, our rezeki to be the first yg sampai, tapi tetap kena tunggu.
Model Masjidil Haram dalam skala kecil |
Mengikut kata Ustaz K (penatlah nak taip nama Ustaz Khaldon berkali-kali..so now kita panggil je lah beliau dengan gelaran Ustaz K..mahapkan daku Ustaz..hihihi), kerajaan Arab Saudi tidak berapa keen to maintain historical places (meaning conserve and buat cantik2) or have huge museum sebab takut ada jemaah melakukan pekara khurafat ..
Tangga yang digunakan suatu waktu dahulu untuk Imam Masjidil Haram ke Mimbar |
Tak sure ini adalah replika atau acuan yang terdahulu.. |
Kelambu Kaabah dahulunya bukanlah berwarna hitam sahajatapi ada bewarna hijau & merah..biru?hmm tu lupa..
Dahulu kelambu Kaabah adalah kiriman daripada negara-negara Islam..tapi sekarang pembuatan kelambu Kaabah telah diambil alih oleh pentadbiran kerajaan Arab Saudi sepenuhnya.
Salah satu cebisan daripada kelambu Kaabah yang terdahulu |
Dulu para jemaah dibenarkan melawat tempat yang menghasilkan kelambu Kaabah, tapi sekarang tak boleh lagi.. sebab mengikut kata Ustaz K, setiap lawatan di buat ke tempat tersebut, para jemaah akan meminta selembar benang emas, dan mereka memberikan nya.. Mind you..the thread tu mmg dari pure gold.. Aiyoo sorang mintak selembar..if 2 juta jemaah..*facepalm* so dengan itu sah lah I ni adalah yang tergolong dari jemaah yang tak dapat selembar benang apalagi nak pi tempat buat kelambu Kaabah tu..huhuhu..
Model keratan rentas perigi Zam-Zam .. uihh panjangnya alis mata minah arab ni.. hehe |
Sekarang kita hanya dapat minum sahaja air zam-zam. Periginya dah tak boleh tenguk..dulu mereka kata siap ada bilik air and boleh mandi dengan air zam-zam..ish ish ish..
Rasanya semua taukan adab minum air zam-zam ni..so tak perlu lah ceita.. Tapiiiiii nak really sedap bila minum air zam-zam tika di Malaysia..haaa letak ia dalam peti es..marbeles!!
Bekas-bekas air yang digunakan untuk menyimpan air Zam-Zam oleh mereka yang terdahulu .. tengah-tengah tu adalah diperbuat daripada kulit kambing.. opkos telah di samak bersih lah.. |
Jika kita bertawaf, kita akan nampak pancuran emas, berdoalah untuk mendapatkan kemurahan rezeki dari yang Ar-Rahman sebab tempat itu adalah salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa, in sha Allah. Aaminn.
Bekas Pancuran Emas yang terdahulu, sekarang telah diganti baru |
No more sight seeing to perigi zam-zam.. yang ada air zam-zam yang telah di masukkan ke dalam tong-tong air yang di letakkan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi untuk diminum oleh para jemaah. Masjid lain, I'm not aware whether they have it or not..tapi Masjid Quba rasanya ada..
Bahagian atas perigi Zam-Zam |
Ensel lama untuk pintu Kaabah |
Al-Quran yang di tulis tangan dalam era pemerintahan Othman Bin Affan (original ni tau) |
Actually banyak artifek-artifek penting yang dapat kita lihat kat muzium tu, tapi I don't want to kill the thrill sebab nak bagi all of you bertambah berkobar untuk jadi tetamu Allah S.W.T. serta junjungan besar kita Rasullullah saw. Jika tunjuk semua, tak best lah.. hiks hiks hiks.. so i kongsikan serba sedikit.
I pun banyak tempat yang tak dapat ziarah and like all of you, I pun mengharap dijemput jadi tetamu lagi.. tak kira lah Umrah ke atau untuk menunaikan ibadah Haji..
Bersambung...
.... nanti kat last episode bukan sahaja I show you the jus, dessert yang I asik minum and makan.. tapiiiii wajah-wajah kesayangan hamba yang I diberi izin untuk berkenalan di sana...tungguuuuuu
4 comments:
terima kasih kak sbb berkongsi keindahan di sana...membuak2 rasa hati nak ke sana
Nini,
Moga doa Nini untuk jadi tetamu Nya di Aamiin kan oleh para malaikat. In sha Allah. Aamiin..
Na, kat mana sebenarnya tempat perigi zam2 tu. Dekat dalam masjidilharam tu ke?
I suka betul baca your entries ni. Banyak gamba so bolehlah bayangkan sikit2 kita ada sekali kat situ. Hehehe. Thanx Na.
Aidah,
I think dalam kawasan masjidil haram. Thanks for your support memandangkan i ni pemalas nak update tahap kronik gak..hehe..
In sha Allah, your time will come to be Allah SWT's guest. Aamiin
Post a Comment