ke mana ya hari ni.. oo Ustaz K nak bawa pi ziarah lagi.. kali ni Ustaz K bawa kami ziarah ke tempat di mana Nabi Adam A.S. dan isterinya Hawa dipertemukan setelah 400 tahun terpisah semenjak mereka dikeluarkan dari Syurga dan diturunkan ke bumi (correct me if i'm wrong in giving the info..ni yang I dengar dari Ustaz K).
|
Dalam perjalanan ke tempat istimewa itu.. |
|
According to Ustaz K, tembok besar yang panjang ini di dirikan dan dibiayai oleh seorang wanita yang kaya tapi lupa lah cerita tu.. sorry ya.. hehe.. |
Akhirnya kami pun sampai lah ke destinasi tersebut.. iaitu Jabal Rahmah. Ustaz K beritahu tempat ini sangat mustajab untuk memohon kepada Allah S.W.T. untuk mendapatkan jodoh, mengerat kan kasih sayang antara suami dan isteri..yang suami nak tambah satu pun pun boleh gak berdoa di sini dan isterinya boleh mengaminkan doa tersebut tapi tambah doa dahulu iaitu 'Ya Allah jangan lah kau makbulkan doa suami ku itu Ya Rahim..aamiinn" hiks hiks hiks.. itu Ustaz K yang ajar..hehe..
|
Kat sini boleh naik unta tapi at own risk sebab mereka-mereka ni semua adalah pedagang2 tanpa lesen. |
Semasa kami sampai, kami nampak ramai peniaga-peniaga 'haram' berjualan di situ..ada jual jubah ada jual serbuk inai. Tiba-tiba dengan tak semena-mena peniaga-peniaga tu bertempiaran lari .. woaaahh kenapakah..kenapakah.. ooo polis dah mai .. patutlah.. tapi kesian ada beberapa barang dagangan mereka yang terpaksa mereka tinggalkan atau pun berselerak diatas dataran tersebut..
|
Jabal Rahmah - ramai orang yang nak mohon kat Allah untuk dapat jodoh ya.. |
Tapi sayang seribu kali sayang..tempat tersebut tiada umat yang peduli untuk memastikan kebersihannya.. terlalu banyak sampah sarap yang dibuang dengan sesuka hati mereka.. *sigh*
|
Yang putih-putih bertaburan di atas tanah tu adalah cebisan-cebisan polisterin |
Oh ya lupa nak bagitau pada yang nak tau lah.. masa nak berdoa tu, kita perlu mengadap ke arah Kaabah (jangan takut di situ ada ditunjukkan arah kiblat), jangan jadi macam i punya lah teruja pi mengadap Jabal Rahmah lah..sib baik nampak arahan.. ha ha ha if not tak pasal dah salah aqidah.. takut woo.. plus kat situ ada satu batang tiang kayu, jangan sekali-kali berdoa kat situ. tak nak, tak nak, tak nak.. hahah macam Prof. Easy lah pulak..haha..
|
Ini di lereng tingkat satu di Jabal Rahmah |
ramai yang larat mendaki, tapi i tak sanggup nak daki al-maklum lah nak simpan kederat satu lagi seriau takut gedebuk gedebak jatuh lah pulak ... nanti sampai kat kaki bukit terus i bersimpuh malu..hiuhiuhiu..
|
Lenggang je dataran ni.. sebab semua dah kena perambat dek Polis |
|
Ya..unta-unta ini juga di sita kerana memberi perkhidmatan tanpa permit.. |
|
Tiba-tiba tali yang menarik unta ni terputus, terus unta ni diam je..kesian i tenguk rasa macam je nak ambik permit bawa dia balik.. huhuhuhu |
Oleh kerana kedatangan kami adalah untuk menunaikan ibadah Umrah, tapi untuk mendapat sikit pengetahuan Ustaz K telah membawa kami pusing-pusing lihat tempat-tempat yang di gunakan ketika menunaikan ibadah Haji.
|
Khemah-khemah yang digunakan oleh para jemaah Haji nanti.. |
|
See i told you, not that hot lah.. so jangan eksen..tempat kita pun panas gak.. cuma udara nya kering je.. |
Setelah itu kami di bawa ke Masjid di Ja'rana untuk bermiqat untuk melakukan Umrah sesampainya di Makkah nanti.
Setelah itu kami di bawa melintasi kawasan perkuburan Al-Ma'la, di sinilah Ummul Mukminin iaitu Siti Khadijah (r.a) dikebumikan. Seperti di perkuburan Baqi', kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan.
|
Tanah Perkuburan Al-Ma'la |
|
Masjid Jin |
Di sini lah para Jin telah berbait dan memeluk agama Islam setelah mendengar Rasullullah saw membaca Al-Quran. Masjid ini berdekatan dengan perkuburan Al-Ma'la. Ustaz K memberitahu kami bahawa masih ramai lagi kaum Jin Islam ada di sini dan pesan beliau sebagaimana yang kita ketahui sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia. Nasihat beliau, hindari lah dari mereka ini maksudnya jangan lah nak berkhadam-khadam..karang di khadam nya kita, apa pun tak boleh.. hehe.. tapiiiii ada gak yang bertanya, masa ni I dah macam alahai nak tanya lagi ke.. (i ni memang cepat seram you) "kita boleh tenguk dan jumpa mereka ke Ustaz?" Ustaz K menjawab, "boleh, datang lah ke masjid ini dan bacalah surah Jin.. dengan izin Allah nanti jumpa lah...tapi saya tak nak bawa" hehe...
|
Construction site di Makkah .. dalam perjalanan pulang ke hotel |
------------------------------------
pada ke esokkan harinya, selepas solat subuh serta solat sunat yang lain-lain i.e. solat dhuha, solat taubat etc. kami macam biasa berdembai lah ke restoran untuk breakfast. Selepas breakfast, kami berehat lah di hotel seketika, at around 10am - 11am something, my father and my better-half turun dari hotel dan menuju ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat. Kena pi awal-awal nanti ramai jemaah takut tak dapat tempat.
|
Suasana jemaah yang masuk ke Masjidil Haram.. |
Tidak seperti di Masjid Nabawi, kaum wanita memang di galakkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi kerana terdapat ruang khas solat yang luas untuk kaum wanita.
Di Masjidil Haram, bukan tak boleh, boleh..tapi beri lah jemaah lelaki yang solat Jumaat kerana mereka tu wajib pi.. kita ni sunat.. karang kita pi dah kita ambil tempat mereka, furthermore, if jemaah wanita pi, tak ada ruang khas untuk wanita. Jadi solat lah kita amongst jemaah lelaki.. so not appropriate lah.
|
Dah start Solat Jumaat ..ramai kan..just imagine yang kat dalam.. |
|
Selesai sudah solat Jumaat.. |
Seringnya ketika solat 5 waktu, Imam Masjidil Haram akan membaca ayat lazim yang panjang-panjang.. ada sekali tu, di waktu subuh, Imam Masjidil Haram telah membaca surah ahzab, menitis airmata. Untuk solat Jumaat kerana waktu siang, matahari sedang memancar terik, maka Imam telah membaca ayat-ayat lazim yang pendek sahaja.
|
Dah penuh sangat hingga kat lorong-lorong pun mereka bersolat Jumaat. |
kita kat hotel, solat Dzuhur lah.. lepas tu kami turun untuk ke restaurant --> makan tengahari lah..
Bersambung.....
4 comments:
Seronoknya baca & tengok gambaq. Baca pasal Masjid Jin tu, seram jugak rasanya, macam tu rupanya eh..
Dinas,
hehe..gambaq amik pakai handphone je dik..malas nak bawak kamera.. info pun mana yang teringat..
masa sampai kawasan tu, Ustaz K beritahu, mmg banyak Jin Islam kat kawasan tu..cuma kita ja tak nampak..tapiiii yang kat shopping mall sedang shopping2 tu bukan Jin itu manusia..katanya..hahaha
Memang ada orang pi mekah sebab nak bawak jin balik sebab I pernah dengar citer tu. Dah jadi lain pulak niatnya kan. Mintak Allah lindung kita dari perkara2 sebegitu.
Aidah,
Ustaz K tu cakap, yg toyol tu pun jin gak.. actually dia tu bukan nya mcm budak.. tapi dia merupa macam kanak2.. ihhh seram plak.. tu lah nak pi sana tu bukannya senang.. kena dapat invitation baru lah dapat pi..bila pi buat benda syirik.. rugi je lah.. moga kita semua dijauhkan dari perlakuan sebegitu..aaminn..
Post a Comment