Tuesday, July 16, 2013

Tetamu - Makkah (2)

Hari ni kami akan mengerjakan Umrah buat kali kedua.  Untuk itu, para jemaah diminta untuk siap-siap mandi sunat ihram, selepas itu berihram.

Apa gak ler yang my better-half tengah concentrate tu.. kira riyal ke? hehehe
Kali ini kami semua dibawa bermiqat di Masjid Tanaim atau juga dikenali Masjid Siti Aishah.  Di situ para jemaah melaksanakan solat sunat ihram.  Di situ juga Ustaz Khaldon telah memberitahu sekiranya ada para jemaah yang ingin ikut serta ziarah ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Makkah.  Fees nya adalah SR 25/seorang.  Ziarah tersebut akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Masjid Tanaim a.k.a. Masjid Siti Aisyah..dimana beliau telah diberi izin oleh suaminya Rasullullah saw untuk bermiqat di sini suatu ketika dulu 
Setelah selesai solat sunat ihram kami pun dibawa kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Umrah kami sambil dipimpin oleh Ustaz Khaldon.

Ini bukan saya dan suami..tetiba je mereka ni interframe.. actually I want to capture foto Kaabah.. jika nak berkenalan dengan si baju hijau tu sila lah ke Makkah Al-Mukarramah =) 
Setelah selesai 7 pusingan tawaf, kami pun menunaikan solat sunat tawaf 2 rakaat.

Ustaz Khaldon, bila pakai ihram comel gak Ustaz ni.. mengagumi ciptaan Allah S.W.T. tak apa..tapi jangan keterlaluan.. heheh.. but honestly he is a nice chap... pandai cerita tentang sejarah Makkah dan Madinah.. 
Cute kan..tenguk sekilas je..tenguk lelama marah wife dia..iyeee dah ada isteri orang Malaysia..

Selepas itu, kami menuju ke bukit Safa untuk menunaikan Saie..iaitu berulang alik sebanyak 7 kali dari Safa ke Marwah.

Diambil dari tetingkap kecil ketika ber Saie.. sempat juga tu.. 
Bangunan yang punya banyak tingkap itu adalah tapak asal kediaman Rasullullah saw.


Kawasan Saie yang lapang serta berhawa dingin..selesa sekali

Di laluan yang lampunya memancarkan cahaya berwarna hijau adalah tempat untuk para jemaah lelaki untuk berlari-lari anak. 

My Dad ketika ber Saie .. suka dia =)
Sekiranya ada jemaah yang tak mampu nak berjalan kaki ketika melakukan Saie, bolehlah mengupah tukang-tukang sorong kerusi roda, yang akan menyorong seperti gaya F1 driver..huhu ngeri you.  Ataupun merempit secara berhemah macam ayah saya ni.  This motor wheel chair can be rented and it's fee adalah SR 50 untuk yang duduk seorang atau SR 100 untuk yang duduk berdua.  Yang bestnya, laluan Saie untuk para-para jemaah yang menggunakan kenderaan ringan ini samada dipandu oleh F1 driver atau merempit secara sendirian mahupun berdua adalah berasingan.  Jadi tiadalah terjadi insiden kaki jemaah yang berjalan digelek oleh tayar kerus roda.

Salah satu tanda ..i'm not sure bukit Safa or Marwah.. sorry..
For Saie we must start from bukit Safa (if nak lihat sebahagian bukit Safa tersebut, boleh lah pergi ke tingkat bawah.  Oh ya, kami di bawa ke tingkat atas oleh Ustaz Khaldon) dan berakhir di bukit Marwah.  Meaning Safa sampai Marwah dikira satu larian.

Sebelum bertahalul, kami akan berdoa dulu.  For those yang dah botak.. memadai lah melalukan either gunting atau pisau di atas kulit kepala tanpa mencederakan kulit kepala ...
Selepas selesai 7 larian, maka kita semua duduk mengadap Kaabah dan bertahalul iaitu bercukur rambut untuk jemaah lelaki sahaja atau bergunting untuk jemaah lelaki dan perempuan sekurang-kurangnya 3 helai.  Jemaah lelaki sahaja yang boleh bercukur botak.

Selesai.. bergegas lah kami pulang ke hotel untuk berehat seketika
Selesai bertahalul, maka selesailah sudah ibadah Umrah dan terlerailah pantang larang ketika berihram.

Ayah: Haji, Haji..jus tu berapa riyal?
Penjual: 5 Riyal, Haji..
Sebelum pulang ke hotel untuk berehat sementara menunggu waktu Dzuhur tiba, marilah kita menyinggah dan membasah tekak dengan jus-jus yang sedap serta dessert yang nyam nyam.. Nanti at the last episode I will share the photo of the nyam nyam dessert.. :) 


Bersambung .....


5 comments:

Aidah said...

Bestnyalah baca your blog ni. Puas tengok gamba. Lepas ni kalau ada rezeki nak pi sana, boleh refer your blog. Tq na for today's update. Terasa sangat nak pergi.

zard said...

Aidah,

Thanks for your support. tak banyak foto yang i ambil either i terngangga kagum atau my family member asik enterprem je..

In sha Allah, ada rezeki you sekeluarga.. Rasullullah saw tunggu je tu. Aaminn

zard said...

Aidah,

Thanks for your support. tak banyak foto yang i ambil either i terngangga kagum atau my family member asik enterprem je..

In sha Allah, ada rezeki you sekeluarga.. Rasullullah saw tunggu je tu. Aaminn

Dinas Aldi said...

Ni first time tengok gambar kerusi roda kat sana tu ha. Menariklah, bagus untuk kemudahan jemaah yg tak mampu nak berjalan dalam jarak jauh. Tapi awat depa tolak laju2 macam F1 driver, tak takut terpelanting ka jemaah yg duduk atas kerusi roda tu, haisy..

Err tak sabaq nak tengok gambaq jus2 serta dessert, hehe..

zard said...

Dinas,

Kerusi roda auto tu rupa dia lebih pada mini buggy itu yang my dad dapat merempit tu sebab kaki beliau sengal2. Yg kerusi roda biasa tu, boleh ahli keluarga tolong tolakkan (dapat pahala tau, in sha Allah), tapi kalau nak upah tukang tolak itu yg jadi laju macam driver F1 sbb tukang tolak tu nak cepat siap so boleh pi ambil upah yang lain.. tp takut lah tak cukup pusingan atau larian.. terpelanting tu tak ada dengar tapi rasa nya konar baring sure berlaku..

haa nak tenguk gambaq jus2 serta dessert tu .. kena sabaqqqqq.. nyam nyam srupp srupp.. hehe