Turun kat Victoria Station, I nampak donut kiosk yang suka sangat2 iaitu Krispy Kreme..terus pasang azam tahun baru, on the way nak balik hotel, nak beli sekotak..haha boleh? No worries, kat Malaysia pun dah ada jual. Cuaca quite nice, tapi a bit colder than yesterday but tak memerlukan I pakai gloves. Kira macam dalam aircond full blast but nice feeling.
Lepas beli the tix, kami pi jalan-jalan sebab trip untuk pegi sekolah untuk hari tu dah habis. Sebab tiada hala tujuan, kami main redah je lah... Kami lalu kat Ambrosden Avenue, I like the apartments here
Sekali kami sampai tempat ni
Bukan teruja tenguk church ni tapi tempat ini adalah
Tempat yang sering digunakan untuk pertabalan atau pengkebumian diRaja. Yang atas ni kedai jual souvenirs.
Masa kami jenjalan tu, kami nampak ramai orang pakai bunga Poppy plastik kat lapel baju mereka. Being a kepochi, I senyum-senyum pi tanya kat one guy ni, nasib baik dia mau bagitau, dia cakap bulan tu adalah bulan memperingati the Veterans of War.. Hari Bekas Perajurit kalau kat sini. Bestkan mereka masih mau raikan.. Kat sini.. Asik nak bercekau je sesama bangsa dan agama..hmm malas nak komen lah.. Kat laman church tu, ada banyak benda cacak2 macam ni
Nak kata kubuq..takan lah konit and tanam rapat2 plak kan.. So meh kita zoom camera phone ni
Dekat lagi
Bila I baca apa yang tertulis, memang sebak sangat rasa.. Seorang ayah 'gugur' kerana peperangan. Lama gak kami kat situ, till I saw this
They remembered!! Cemana lah I tak bangga (forget about the cross thingy dah mereka yang prepare the event, nak macam batu nisan kita, next time sila lah ingat ya buat event ala gini, tapi cara islamic lah dari konsert bagai) Bendera Malaysia tu..Lambang Polis kita tu..wahh..
Nanti sambung lagi..nak pi sambung nangis jap..sebak bila tenguk balik foto2 gini..teringat kat askar-askar kita yang mati-matian mempertahankan Malaysia masa peperangan dunia yang terdahulu. Moga tiada lagi peperangan atau pergaduhan berlaku di negara kita. In shaa Allah. Aaminn.
4 comments:
Betul2 sweet la how they still remember, saya pun rasa sebak jugak ni..
Dalam sebak2 tu, donut tak dilupakan. Tapi kena cari donut inesen yg kosong saja pasai saya banyak dah telan gula minggu ni..huhuuu..
@Dinas
Omputih ni suka ingat hari2 penting .. Tak yah lah yg besar2,birthday cukup, beriya mereka menyambut..
Ya donut iteww tetap dibeli on my way back to the hotel..dpt 6 ketul dalam satu kotak, bagi 2 ketul kat my better half..yg lagi 4 ketul tu kakak makan sorang sambil pejam2 mata.. Sodapp .. Dinas makan lah donut plain cicah dgn sambal..sodap gak tu
Kan best kalau tak gaduh2 kan. Kalau tak gaduh, tentu ada banyak masa nak ingat mereka yang telah pergi. Masa I tengok citer bukit kepong tu, siap nangis lagi. Sedih.
Na, I dah dapat all the ingredients for my mak's soup. Punya susah nak carik especially the japanese shitake. Alhamdulillah and today dia dah minum 3 cups of the special soup. Dan dgn izin Allah, ada improvement. Alhamdulillah. Thank you for your doa, na.
@Aidah
Ya, betul cakap you, lg pun setiap org Islam itu bersaudara. If kita semua united, in shaa Allah tak ada sapa berani ganggu kita. Usahkan gaduh, nak bg jelingan pun gegel..
Alhamdullillah, moga dengan doa ikhlas dari semua,, in shaa Allah dipermudahkan segala usaha untuk your mom cepat sihat. Aaminn.
psst..3 cawan Puan Wok hirup the soup ya..sure lazat tu..
Post a Comment