Wednesday, July 24, 2013

Tetamu - Makkah (5)

ke mana ya hari ni.. oo Ustaz K nak bawa pi ziarah lagi.. kali ni Ustaz K bawa kami ziarah ke tempat di mana Nabi Adam A.S. dan isterinya Hawa dipertemukan setelah 400 tahun terpisah semenjak mereka dikeluarkan dari Syurga dan diturunkan ke bumi (correct me if i'm wrong in giving the info..ni yang I dengar dari Ustaz K).

Dalam perjalanan ke tempat istimewa itu..

According to Ustaz K, tembok besar yang panjang ini di dirikan  dan dibiayai oleh seorang wanita yang kaya  tapi lupa lah cerita tu.. sorry ya.. hehe..
Akhirnya kami pun sampai lah ke destinasi tersebut.. iaitu Jabal Rahmah.  Ustaz K beritahu tempat ini sangat mustajab untuk memohon kepada Allah S.W.T. untuk mendapatkan jodoh, mengerat kan kasih sayang antara suami dan isteri..yang suami nak tambah satu pun pun boleh gak berdoa di sini dan isterinya boleh mengaminkan doa tersebut tapi tambah doa dahulu iaitu 'Ya Allah jangan lah kau makbulkan doa suami ku itu Ya Rahim..aamiinn" hiks hiks hiks.. itu Ustaz K yang ajar..hehe.. 

Kat sini boleh naik unta tapi at own risk sebab mereka-mereka ni semua adalah pedagang2 tanpa lesen.
Semasa kami sampai, kami nampak ramai peniaga-peniaga 'haram' berjualan di situ..ada jual jubah ada jual serbuk inai.  Tiba-tiba dengan tak semena-mena peniaga-peniaga tu bertempiaran lari .. woaaahh kenapakah..kenapakah.. ooo polis dah mai .. patutlah.. tapi kesian ada beberapa barang dagangan mereka yang terpaksa mereka tinggalkan atau pun berselerak diatas dataran tersebut.. 

Jabal Rahmah - ramai orang yang nak mohon kat Allah untuk dapat  jodoh ya.. 
Tapi sayang seribu kali sayang..tempat tersebut tiada umat yang peduli untuk memastikan kebersihannya.. terlalu banyak sampah sarap yang dibuang dengan sesuka hati mereka.. *sigh*

Yang putih-putih bertaburan di atas tanah tu adalah cebisan-cebisan polisterin 
Oh ya lupa nak bagitau pada yang nak tau lah.. masa nak berdoa tu, kita perlu mengadap ke arah Kaabah (jangan takut di situ ada ditunjukkan arah kiblat), jangan jadi macam i punya lah teruja pi mengadap Jabal Rahmah lah..sib baik nampak arahan.. ha ha ha if not tak pasal dah salah aqidah.. takut woo.. plus kat situ ada satu batang tiang kayu, jangan sekali-kali berdoa kat situ. tak nak, tak nak, tak nak.. hahah macam Prof. Easy lah pulak..haha.. 

Ini di lereng tingkat satu di Jabal Rahmah
ramai yang larat mendaki, tapi i tak sanggup nak daki al-maklum lah nak simpan kederat satu lagi seriau takut gedebuk gedebak jatuh lah pulak ... nanti sampai kat kaki bukit terus i bersimpuh malu..hiuhiuhiu..

Lenggang je dataran ni.. sebab semua dah kena perambat dek Polis
Ya..unta-unta ini juga di sita kerana memberi perkhidmatan tanpa permit.. 



Tiba-tiba tali yang menarik unta ni terputus, terus unta ni diam je..kesian i tenguk rasa macam je nak ambik permit bawa dia balik.. huhuhuhu
Oleh kerana kedatangan kami adalah untuk menunaikan ibadah Umrah, tapi untuk mendapat sikit pengetahuan Ustaz K telah membawa kami pusing-pusing lihat tempat-tempat yang di gunakan ketika menunaikan ibadah Haji.

Khemah-khemah yang digunakan oleh para jemaah Haji nanti.. 

See i told you, not that hot lah.. so jangan eksen..tempat kita pun panas gak.. cuma udara nya kering je.. 
Setelah itu kami di bawa ke Masjid di  Ja'rana untuk bermiqat untuk melakukan Umrah sesampainya di Makkah nanti.

Setelah itu kami di bawa melintasi kawasan perkuburan Al-Ma'la, di sinilah Ummul Mukminin iaitu Siti Khadijah (r.a) dikebumikan.  Seperti di perkuburan Baqi', kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan.

Tanah Perkuburan Al-Ma'la


Masjid Jin
Di sini lah para Jin telah berbait dan memeluk agama Islam setelah mendengar Rasullullah saw membaca Al-Quran.  Masjid ini berdekatan dengan perkuburan Al-Ma'la.  Ustaz K memberitahu kami bahawa masih ramai lagi kaum Jin Islam ada di sini dan pesan beliau sebagaimana yang kita ketahui sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia.  Nasihat beliau, hindari lah dari mereka ini maksudnya jangan lah nak berkhadam-khadam..karang di khadam nya kita, apa pun tak boleh.. hehe.. tapiiiii ada gak yang bertanya, masa ni I dah macam alahai nak tanya lagi ke.. (i ni memang cepat seram you) "kita boleh tenguk dan jumpa mereka ke Ustaz?"  Ustaz K menjawab, "boleh, datang lah ke masjid ini dan bacalah surah Jin.. dengan izin Allah nanti jumpa lah...tapi saya tak nak bawa" hehe...

Construction site di Makkah .. dalam perjalanan pulang ke hotel 
------------------------------------
pada ke esokkan harinya, selepas solat subuh serta solat sunat yang lain-lain i.e. solat dhuha, solat taubat etc. kami macam biasa berdembai lah ke restoran untuk breakfast.  Selepas breakfast, kami berehat lah di hotel seketika, at around 10am - 11am something, my father and my better-half turun dari hotel dan menuju ke Masjidil Haram untuk solat Jumaat.  Kena pi awal-awal nanti ramai jemaah takut tak dapat tempat.

Suasana jemaah yang masuk ke Masjidil Haram.. 
Tidak seperti di Masjid Nabawi, kaum wanita memang di galakkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi kerana terdapat ruang khas solat yang luas untuk kaum wanita.

Di Masjidil Haram, bukan tak boleh, boleh..tapi beri lah jemaah lelaki yang solat Jumaat kerana mereka tu wajib pi.. kita ni sunat.. karang kita pi dah kita ambil tempat mereka, furthermore, if jemaah wanita pi, tak ada ruang khas untuk wanita.  Jadi solat lah kita amongst jemaah lelaki.. so not appropriate lah.

Dah start Solat Jumaat ..ramai kan..just imagine yang kat dalam..

Selesai sudah solat Jumaat.. 
Seringnya ketika solat 5 waktu, Imam Masjidil Haram akan membaca ayat lazim yang panjang-panjang.. ada sekali tu, di waktu subuh, Imam Masjidil Haram telah membaca surah ahzab, menitis airmata.  Untuk solat Jumaat kerana waktu siang, matahari sedang memancar terik, maka Imam telah membaca ayat-ayat lazim yang pendek sahaja.
Dah penuh sangat hingga kat lorong-lorong pun mereka bersolat Jumaat.
kita kat hotel, solat Dzuhur lah.. lepas tu kami turun untuk ke restaurant --> makan tengahari lah..


Bersambung..... 





















Monday, July 22, 2013

Tetamu - Makkah (4)

Hmmmmm.. kemana pulak kita ni ya.. kiri kanan adalah fadang al-fasiruuuunn.... tapi tak apa dalam kenderaan tu kita ramai.. if kena tinggal kat padang pasir maka bukan kita sensorang yang garing tapi ramai yang akan ikut serta..hehe..

Actually, to me lah cuaca either di Madinah, Makkah dan Jeddah tidak lah panas mana, cuma rasa bahang sikit je.  To tipu our mind, gunakan lah spek hitam atau orang putih cakap Sunglasses babeh..

Padang Pasir yang luas di kiri kanan highway.. 
Walaupun cuaca panas kering, tapi tenguk kuasa Allah ada juga pohon-pohon yang merimbun..
Akhirnya kami sampai ke Ladang Unta.. ingatkan ada banyak lah unta..rupanya.. alahai.. ini jeeee..tapi jadi lah.. 

Unta-unta yang sedang bersantai sambil sun bathing.. 

Kat ladang unta ni, unta-untanya sangat lah pemalu
See.. i told you.. punya lah pemalu siap sorok muka lagi.. 


Dah habis membeli susu Onta yang penuh khasiat itu, one of it bagus untuk orang yang ada athma dan untuk para pasangan yang telah berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat (akak? ihh tak kosa ler wehh.. dah complacent kata omputih, lagi pun my better-half pun kata dah bahagian kita tak ada zuriat, mungkin kita ni untuk tujuan lain)  dah berfoto bersama-sama Onta..maka tiba lah masa untuk pulang ke Makkah untuk menunaikan Umrah yang ke 3

Bai-bai onta-onta semua..moga kita dapat bertemu lagi.....

Bersambung .......


p/s: Susu unta tu rasa dia macam air jagung tapi tak manis.. 


27/12/12 - 18/7/2012


6 months and 20 days was the time given to us, for us to know each other,  for you to trust us, for us to take care of you and most important for you to feel our love....

I was not ready to be part from you but your fate has been written and on 18/7/2013 you left us without saying goodbye.  I hope you know that no matter how hard you resist us semasa hidup, kasih sayang kami sentiasa ada buat dirimu.

Our lil Chloe

I shall cherish our moments together my petite girl
You may be gone but you will never be forgotten..

I will miss you, always..
As I laid your cold body on the napkin, I was hoping that you could give me a sign that you are still alive, but... 
Only this I could offer you..
May you rest in peace my lil sayang.  May Allah S.W.T. let you be with my other purrlings yang pergi terlebih dahulu dari you.. in sha Allah..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hachiko, the sad daddy
On that day, before kami terjumpa Chloe's body, I nampak Hachiko's mood macam a bit down, rupanya dia di dalam kesedihan ...forgive Na ya Hachi....  :"(






Wednesday, July 17, 2013

Tetamu - Makkah (3)

Aktiviti hari ini adalah ziarah ke beberapa tempat, but I will tell you the first place yang kami visited.  The Two Holy Places Museum.  Nak mai and ziarah tempat ni bukan senang, kena tunggu lama gak lah nak dapatkan kebenaran, since tempatnya kecil, jadi beberapa coaster (macam van) je dibenarkan masuk per visit.  Alhamdullillah, our rezeki to be the first yg sampai, tapi tetap kena tunggu. 

Model Masjidil Haram dalam skala kecil
Mengikut kata Ustaz K (penatlah nak taip nama Ustaz Khaldon berkali-kali..so now kita panggil je lah beliau dengan gelaran Ustaz K..mahapkan daku Ustaz..hihihi), kerajaan Arab Saudi tidak berapa keen to maintain  historical places (meaning conserve and buat cantik2) or have huge museum sebab takut ada jemaah melakukan pekara khurafat ..

Tangga yang digunakan suatu waktu dahulu untuk Imam Masjidil Haram ke Mimbar

Tak sure ini adalah replika atau acuan yang terdahulu..
Kelambu Kaabah dahulunya bukanlah berwarna hitam sahajatapi ada bewarna hijau & merah..biru?hmm tu lupa..

Dahulu kelambu Kaabah adalah kiriman daripada negara-negara Islam..tapi sekarang pembuatan kelambu Kaabah telah diambil alih oleh pentadbiran kerajaan Arab Saudi sepenuhnya.

Salah satu cebisan daripada kelambu Kaabah yang terdahulu
Dulu para jemaah dibenarkan melawat tempat yang menghasilkan kelambu Kaabah, tapi sekarang tak boleh lagi.. sebab mengikut kata Ustaz K, setiap lawatan di buat ke tempat tersebut, para jemaah akan meminta selembar benang emas, dan mereka memberikan nya.. Mind you..the thread tu mmg dari pure gold.. Aiyoo sorang mintak selembar..if 2 juta jemaah..*facepalm* so dengan itu sah lah I ni adalah yang tergolong dari jemaah yang tak dapat selembar benang apalagi nak pi tempat buat kelambu Kaabah tu..huhuhu..

Model keratan rentas perigi Zam-Zam ..  uihh panjangnya alis mata minah arab ni.. hehe
Sekarang kita hanya dapat minum sahaja air zam-zam.  Periginya dah tak boleh tenguk..dulu mereka kata siap ada bilik air and boleh mandi dengan air zam-zam..ish ish ish..

Rasanya semua taukan adab minum air zam-zam ni..so tak perlu lah ceita.. Tapiiiiii nak really sedap bila minum air zam-zam tika di Malaysia..haaa letak ia dalam peti es..marbeles!!

Bekas-bekas air yang digunakan  untuk menyimpan air Zam-Zam oleh mereka yang terdahulu .. tengah-tengah tu adalah diperbuat daripada kulit kambing.. opkos telah di samak bersih lah.. 
Jika kita bertawaf, kita akan nampak pancuran emas, berdoalah untuk mendapatkan kemurahan rezeki dari yang Ar-Rahman sebab tempat itu adalah salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa, in sha Allah. Aaminn.

Bekas Pancuran Emas yang terdahulu, sekarang telah diganti baru
No more sight seeing to perigi zam-zam.. yang ada air zam-zam yang telah di masukkan ke dalam tong-tong air yang di letakkan di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi untuk diminum oleh para jemaah.  Masjid lain, I'm not aware whether they have it or not..tapi Masjid Quba rasanya ada.. 

Bahagian atas perigi Zam-Zam 

Ensel lama untuk pintu Kaabah

Al-Quran yang di tulis tangan dalam era pemerintahan Othman Bin Affan (original ni tau)

Actually banyak artifek-artifek penting yang dapat kita lihat kat muzium tu, tapi I don't want to kill the thrill sebab nak bagi all of you bertambah berkobar untuk jadi tetamu Allah S.W.T. serta junjungan besar kita Rasullullah saw.  Jika tunjuk semua, tak best lah.. hiks hiks hiks.. so i kongsikan serba sedikit. 

I pun banyak tempat yang tak dapat ziarah and like all of you, I pun mengharap dijemput jadi tetamu lagi.. tak kira lah Umrah ke atau untuk menunaikan ibadah Haji.. 



Bersambung...

.... nanti kat last episode bukan sahaja I show you the jus, dessert yang I asik minum and makan.. tapiiiii wajah-wajah kesayangan hamba yang I diberi izin untuk berkenalan di sana...tungguuuuuu



Tuesday, July 16, 2013

Tetamu - Makkah (2)

Hari ni kami akan mengerjakan Umrah buat kali kedua.  Untuk itu, para jemaah diminta untuk siap-siap mandi sunat ihram, selepas itu berihram.

Apa gak ler yang my better-half tengah concentrate tu.. kira riyal ke? hehehe
Kali ini kami semua dibawa bermiqat di Masjid Tanaim atau juga dikenali Masjid Siti Aishah.  Di situ para jemaah melaksanakan solat sunat ihram.  Di situ juga Ustaz Khaldon telah memberitahu sekiranya ada para jemaah yang ingin ikut serta ziarah ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Makkah.  Fees nya adalah SR 25/seorang.  Ziarah tersebut akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Masjid Tanaim a.k.a. Masjid Siti Aisyah..dimana beliau telah diberi izin oleh suaminya Rasullullah saw untuk bermiqat di sini suatu ketika dulu 
Setelah selesai solat sunat ihram kami pun dibawa kembali ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Umrah kami sambil dipimpin oleh Ustaz Khaldon.

Ini bukan saya dan suami..tetiba je mereka ni interframe.. actually I want to capture foto Kaabah.. jika nak berkenalan dengan si baju hijau tu sila lah ke Makkah Al-Mukarramah =) 
Setelah selesai 7 pusingan tawaf, kami pun menunaikan solat sunat tawaf 2 rakaat.

Ustaz Khaldon, bila pakai ihram comel gak Ustaz ni.. mengagumi ciptaan Allah S.W.T. tak apa..tapi jangan keterlaluan.. heheh.. but honestly he is a nice chap... pandai cerita tentang sejarah Makkah dan Madinah.. 
Cute kan..tenguk sekilas je..tenguk lelama marah wife dia..iyeee dah ada isteri orang Malaysia..

Selepas itu, kami menuju ke bukit Safa untuk menunaikan Saie..iaitu berulang alik sebanyak 7 kali dari Safa ke Marwah.

Diambil dari tetingkap kecil ketika ber Saie.. sempat juga tu.. 
Bangunan yang punya banyak tingkap itu adalah tapak asal kediaman Rasullullah saw.


Kawasan Saie yang lapang serta berhawa dingin..selesa sekali

Di laluan yang lampunya memancarkan cahaya berwarna hijau adalah tempat untuk para jemaah lelaki untuk berlari-lari anak. 

My Dad ketika ber Saie .. suka dia =)
Sekiranya ada jemaah yang tak mampu nak berjalan kaki ketika melakukan Saie, bolehlah mengupah tukang-tukang sorong kerusi roda, yang akan menyorong seperti gaya F1 driver..huhu ngeri you.  Ataupun merempit secara berhemah macam ayah saya ni.  This motor wheel chair can be rented and it's fee adalah SR 50 untuk yang duduk seorang atau SR 100 untuk yang duduk berdua.  Yang bestnya, laluan Saie untuk para-para jemaah yang menggunakan kenderaan ringan ini samada dipandu oleh F1 driver atau merempit secara sendirian mahupun berdua adalah berasingan.  Jadi tiadalah terjadi insiden kaki jemaah yang berjalan digelek oleh tayar kerus roda.

Salah satu tanda ..i'm not sure bukit Safa or Marwah.. sorry..
For Saie we must start from bukit Safa (if nak lihat sebahagian bukit Safa tersebut, boleh lah pergi ke tingkat bawah.  Oh ya, kami di bawa ke tingkat atas oleh Ustaz Khaldon) dan berakhir di bukit Marwah.  Meaning Safa sampai Marwah dikira satu larian.

Sebelum bertahalul, kami akan berdoa dulu.  For those yang dah botak.. memadai lah melalukan either gunting atau pisau di atas kulit kepala tanpa mencederakan kulit kepala ...
Selepas selesai 7 larian, maka kita semua duduk mengadap Kaabah dan bertahalul iaitu bercukur rambut untuk jemaah lelaki sahaja atau bergunting untuk jemaah lelaki dan perempuan sekurang-kurangnya 3 helai.  Jemaah lelaki sahaja yang boleh bercukur botak.

Selesai.. bergegas lah kami pulang ke hotel untuk berehat seketika
Selesai bertahalul, maka selesailah sudah ibadah Umrah dan terlerailah pantang larang ketika berihram.

Ayah: Haji, Haji..jus tu berapa riyal?
Penjual: 5 Riyal, Haji..
Sebelum pulang ke hotel untuk berehat sementara menunggu waktu Dzuhur tiba, marilah kita menyinggah dan membasah tekak dengan jus-jus yang sedap serta dessert yang nyam nyam.. Nanti at the last episode I will share the photo of the nyam nyam dessert.. :) 


Bersambung .....