Sunday, December 23, 2012

Ditemani Spy Cat



Bagai tau-tau je yang diri dia tu dipuji-puji oleh AidahDinas Aldi & Nini D, Zorro datang malam semalam dalam hujan yang separa lebat dan tak malunya minta wet food...hahaha amboii Zorro dah buat macam keluarga sendiri je.  Oleh kerana dah mula sayang, I pi cukai satu tin ayam rebus nak bagi pada Incik Zorro.  Bila bagi kat dia, Cleo, Belle, Baby, Blackie and Lady, kena gak bagi..karang tak pasal dapat surat komplen..haha..yang the rest will be given petang hari ni.



Lepas makan wet food tu, Zorro temankan I sidai baju. Yeeee..saya sidai baju memalam sebab saya ni pemalu orang nya ..haha.. Zorro tunggu je sampai I habis sidai.  Lepas tu, he meow to me agaknya cakap dia basah lagi, so i went in ambil kitchen towel and lap badan dia sampai kering.  Pastu dia mintak garuk2 badan dia..  Sambil tu I cakap lah "wahh, Zorro, ramai yang kata Zorro hensem..ada cakap macam Antonio Banderas" sekali dia dongak 







"Tell las mujeres bonitas, gracias! Now I am going to give some exclusive pose for my fans"
So sila lah feast your eyes..



















Itu lah aksi2 tarian Flamenco ala kucing manja..
Lepas habis beraksi sakan, tetiba Zorro ajak masuk rumah.. Alamak aii tak boleh lah karang marah pulak family dia. Pujuk dia makan kibbles and pesan lenkali datang lagi.. Baru lah dia tak ikut masuk rumah. Kesian Zorro.
I ingat if monday ni dia datang siang hari, I nak mandikan dia lah. Kotor bebenor .. Sure family dia kajut!! Hahaha tapi tak apa ke eh?

6 comments:

Aidah said...

Tu dia. Pos mengancam...siap pakai swimming trunk. So sexxxxxaaayy bebeh! Mesti ramai aweks nih. I imagine dia ni datang rumah U naik Harley dgn leather jacket and all. Hahaha.

zard said...

@Aidah,

Memang sexy mamat ni, malam tadi datang jenguk I kat belakang rumah masa I tengah kemas the cats' place. Kalau dia datang dgn Harley dgn leather jacket as you imagine mesti sekarang I tengah demam gigil, kajuttt.. Haha

Nini D.. said...

kalo akak mandikan dia lepas nih..kompem tambah ensem!

zard said...

@Nini D

Niat hati mmg lah nak mandikan si Zorro ni, tapi tak plak dia dtg, kakak rasa macam dia boleh baca je niat kakak ni..haish.. tak apa tunggu lagi hari sabtu ni..

myrozza said...

amboi zorro... mentang2 Na amek gambo bukan main meliut lentok lagi posing... tak menahan sungguh...

zard said...

@myrozza

Dah namanya Zorro mestilah pandai bagi pose yang ala-ala hawt dan mengoda..tak nampak ke siap pakai speedo corak love kembang lagi..hehe